Sabtu, 14 Disember 2019

LATIHAN KARANGAN DIMENSI DIRI MENGGUNAKAN KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG- KERJA DALAM CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR 2019




 SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR 2016

Bahagian B

[ 100 markah ]

[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid yang menyertainya. Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.

Sebagai peringatan kepada pelajar 4 Sains, gunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup di bawah semasa mengarang. Pastikan setiap penulisan karangan anda perlu memasukkan setiap komponen ayat yang dicadangkan sama ada untuk perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup untuk menghasilkan karangan cemerlang.

Gunakan ganti nama diri pertama semasa menulis karangan ini kerana karangan ini jenis dimensi diri.

Pelajar mestilah menghuraikan :-
1. Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina penampilan diri.
2. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina daya kepimpinan
3. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin dan pelbagai sifat positif yang releven dan sesuai
4. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulun dapat mengisi masa senggang.
5. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina skil atau kemahiran dalam aktivti sukan.
6. Penglibatan aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar
    berbilang kaum.
7. Penglibatan aktiviti kokurikulum dapat menambah bilangan kenalan.


Isi-isi lain yang berkaitan boleh diterima.

PERENGGAN PENGENALAN, PILIH JENIS PENGENALAN YANG SESUAI
Contoh perenggan pengenalan menggunakan pengenalan jenis definisi.

PERKARA
PENERANGAN
PILIH PENGENALAN JENIS DEFINISI
"Kegiatan Kokurikulum” boleh dedefinisikan sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
AYAT RANGSANGAN  1
Aktiviti kokurikulum ini wajib disertai oleh setiap pelajar kerana pelajar boleh mengikuti pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti mengikuti  Pasukan Pakaian Seragam, aktiviti Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan.
AYAT RANGSANGAN  2
Oleh sebab itu, saya perlu menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah kerana pelbagai manfaat akan saya peroleh.
AYAT RANGSANGAN  3
Antara aktiviti yang boleh saya sertai semasa aktiviti kokurikulum dijalankan ialah aktiviti Unit Pakaian Seragam, seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Pasukan Polis, Kadet Remaja Sekolah, saya juga boleh menyertai permainan yang saya minati seperti bola sepak, sepak takraw, dan akhir sekali menyertai aktiviti kelab dan persatuan seperti persatuan Bahasa Melayu, Matematik, dan sebagainya.
FRASA MENARIK
Apabila saya menyertai aktiviti kokurikulum, saya akan dapat menggunakan masa senggang saya secara bermanfaat kerana masa itu emas.
UNSUR KBAT
Sekiranya saya tidak menggunakan masa sudah pasti masa saya berlalu begitu sahaja tanpa digunakan dengan perkara yang boleh mendatangkan manfaat kerana gunakanlah masa mudamu sebelum datang masa tua mu.
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
Sesungguhnya berutunglah orang yang menggunakan masa secara bermanfaat.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah kepentingan atau faedah aktiviti kokurikulum kepada saya?


KEMBANGKAN KARANGAN ANDA MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI PERTAMA:-

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI

AYAT HURAIAN 1

AYAT HURAIAN 2

AYAT HURAIAN 3

AYAT CONTOH

FRASA MENARIK

UNSUR KBAT LAPISAN KEDUA

FRASA MENARIK

AYAT  PENEGAS


KEMBANGKAN KARANGAN ANDA MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI KEDUA:-
CONTOH PENULISAN KARANGAN 

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya berpendapat aktiviti kokurikulum dapat membina daya kepimpinan kepada saya dan pelajar-pelajar lain.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini demikian kerana melalui aktiviti kokurikulum, saya didedahkan cara untuk mengendalikan unit beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi unit pakakain seragam yang lain.
AYAT HURAIAN 2
Saya juga didedahkan bagaimana untuk mengedalikan menyelaras aktiviti unit beruniform seperti cara berkawat kaki, cara untuk mengurus dan mengendalikan mesyuarat, dan cara untuk memimpin secara langsung saya akan dapat menyemai nilai berdikari, meningkatkan jati diri, dan nilai kepimpinan.
AYAT HURAIAN 3
Secara langsung aktiviti kokurikulum ini dapat meningkatkan disiplin diri terutama menghargai masa kerana masa itu ibarat emas.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, saya perlu berpakaian kemas agar menjadi contoh kepada pelajar lain dan perlu berada awal setiap kali aktiviti kawat kaki dijalankan agar perbuatan positif saya ini diikuti pelajar lain.
FRASA MENARIK
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa masa itu ibarat mata pedang jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.
UNSUR KBAT LAPISAN KEDUA
Sekiranya saya menghargai masa sudah pasti setiap perkara yang saya lakukan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
FRASA MENARIK
Jika saya tidak menjaga masa sudah pasti masa akan berlalu dan saya tidak akan mendapat keuntungannya.
AYAT  PENEGAS
Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan bakat dan daya kepimpinan saya sebagai seorang pemimpin.

KEMBANGKAN KARANGAN ANDA MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI KETIGA:-

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI

AYAT HURAIAN 1

AYAT HURAIAN 2

AYAT HURAIAN 3

AYAT CONTOH

FRASA MENARIK

UNSUR KBAT LAPISAN KEDUA

FRASA MENARIK

AYAT  PENEGAS


KEMBANGKAN KARANGAN ANDA MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI  KEEMPAT:-

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI

AYAT HURAIAN 1

AYAT HURAIAN 2

AYAT HURAIAN 3

AYAT CONTOH

FRASA MENARIK

UNSUR KBAT LAPISAN KEDUA

FRASA MENARIK

AYAT  PENEGAS



PERENGGAN PENUTUP:-

PERKARA
PENERANGAN
AYAT PENYIMPUL

AYAT CADANGAN

AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM PERENGGAN DIBINCANGKAN

AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN

UNSUR KBAT

FRASA MENARIK

AYAT HARAPAN


Anda boleh terus mengarang tanpa menggunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Pengembangan Pentup tetapi pastikan binaan ayat anda mengikut atau menggunakan ayat-ayat yang dicadangkan mengikut Kaedah  pengembangan Idea Karangan di atas. Gunakanlah masa senggang anda untuk menulis karangan berkenaan.

Gunakan segala maklumat yang terdapat di dalam blog ini untuk menghasilkan karangan yang cemerlang. Menghasilkan karangan cemerlang merupakan satu kepuasan.

Sekiranya anda masih tidak faham menggunakan Jadual Pengembangan Idea Isi Perenggan Pengenalan, atau Pengembangan Idea Isi Karangan, atau  Pengembangan Isi Peutup, sila hubungi saya segera menggunakan wahtsapp, atau komunikasi menggunakan blog ini. Semoga anda mengarang dengan santai.

SELAMAT MENGARANG


Tiada ulasan: