Jumaat, 6 Disember 2019

JAWAPAN SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SOALAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR 2016


LATIHAN FARIDZUAN

                                 ( Kesalahan pemilihan istilah- anda tidak mengubah  )                                           
   Petikan di atas membincangkan kesan buruk penggunaan internet di negara kita. X 0 markah)

   Antara kesan buruk penggunaan internet ialah penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral. / ( 2 markah ) Selain itu, internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan yang tidak bermoral  /( 2 markah ) serta internet digunakan untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. / ( 2 markah ) Di samping itu,internet juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain / ( 2 markah ) dan internet turut menimbulkan masalah perundangan terbesar dan undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. / ( 2 markah ) Bahkan juga,internet turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus berlaku  ( 0 markah , ayat tidak lengkap)

   Antara langkah yang boleh dilakukan untuk membendung penyalahgunaannya adalah dengan kerajaan mestilah menyekat akses laman web yang negatif. / ( 2 markah ) Seterusnya,ibu bapa mestilah memantau laman web yang dilayari oleh anak-anak. / ( 2 markah )

   Kesimpulannya,masyarakat mestilah membendung masalah penggunaan internet supaya negara aman dari segala fitnah dan khabar angin. / ( 2 markah )

Ulasan guru:-
i)  Pengenalan ada tidak tepat kerana kesalahan istilah kesan, iaitu menggunakan istilah yang asal.
2)  Isi terakhir, ayat tidak lengkap tertinggal berlaku.
3)  Berhati-hati semasa merumus, jangan leka istilah yang perlu diubah dan ayat isi mesti lengkap kerana kesalahan meninggal istilah terakhir berlaku memberi kesan kepada markah keseluruhan.

P       -   2 markah

S1     -   2 markah
S2     -   2 markah
S3     -   2 markah
S4     -   2 markah
S5     -   2 markah
S6     -   0 markah
            --------------
             10 markah
            --------------

T1     -   2 markah
T2     -   2 markah
           ---------------
              4 markah
           ---------------

K      -    2 markah

Markah isi           -  16 markah
Markah bahasa  -    8  markah
                              ---------------
                               24 markah
                              ---------------



Pemahaman
1)Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana ialah selalu digunakan sebagai saluran. / ( 2 markah )
                   ( kesalahan menggunakan kata pemeri- rujuk penggunaan kata pemeri)
2)Kebaikan penggunaan internet ialah / adalah kerana dapat memberi maklumat tanpa sekatan. / ( 2 markah ) Selain itu, sesiapa sahaja dapat menerbitkan bahan dengan kos yang sangat murah.  Oleh sebab kesalahan kata pemeri bukan kesalahan yang besar tetapi jangan ulangi kesalahan yang sama selepas ini. Pastikan anda faham penggunaan kata pemeri. Ok. / ( 3 markah ) 

3)Pada pendapat saya,ciri-ciri laman web mata pelajaran yang mampu menarik minat pelajar ialah / adalah kerana, masih berlaku kesalahan penggunaan kata pemeri penerangan atau nota dapat difahami dengan jelas supaya membantu murid yang tidak faham sesuatu mata pelajaran. / ( 2 markah) berhati-hati menggunakan kata pemeri dah banyak kesalahan anda lakukan kesalahan yang sama . Seterusnya, laman web tersebut mestilah mempunyai banyak bahan latihan supaya murid dapat meningkatkan kemahiran sesuatu subjek. / ( 4 markah )

Jumlah markah :  9 markah.

Sekali lagi saya ingatkan, jangan melakukan kesalahan penggunaan kata pemeri. Selepas ini, jika anda melakukan kesalahan yang sama, saya tidak akan menerima kesalahan yang anda lakukan.

LATIHAN PUTERI

     Rumusan membincangkan impak-impak negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannnya. / ( 2 markah )
                              ( Kesalahan penggunaan kata pemeri / internet perlu ditulis huruf besar)                 
            Impak negatif penggunaan internet  adalah internet sebagai medium penyebaran bahan imperialisme yang meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa. / ( 2 markah ) Internet juga  dijadikan  wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral ( 2 markah ), menyebarkan fitnah serta khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu / ( 2 markah ) dan menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetangah negara. / ( 2markah ) Impak yang terakhir, internet akan menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. /  ( 2 markah )

         Selain itu, langkah-langkah membendung penyalahgunaan internet  dilakukan melalui kerajaan  menetapkan undang-undang bagi penyalahgunaannya / ( 2 markah ) dan mengharamkan pengunaan internet bagi kanak-kanak bawah umur. / ( 2markah ) Langkah seterusnya ialah pihak bertanggungjawab haruslah  melakukan iklan berkenaan implikasi penyalahgunaan internet. / ( 2 markah )

        Tuntasnya, kerajaan sewajarnya mencegah penyalahgunaan internet agar keselamatan rakyat  terjamin. / ( 2 markah )

                                                                                                             ( 118 patah perkataan)

P      -  2 markah

S1    -  2 markah
S2    -  2 markah
S3    -  2 markah
S4    -  2 markah
S5    -  2 markah
          --------------
            10 markah
          --------------

T1    -   2 markah
T2    -   2 markah
T3    -   2 markah
           --------------
            6 markah                Tahniah Puteri anda berjaya menghasilkan rumusan yang
           --------------                baik, sila berhati dengan penggunaan kata pemeri dan 
                                            kesalahan ejaan.
K     -    2 markah

Markah  isi          -  20 markah
Markah bahasa  -   10 markah
                                -------------
                               30 markah
                                -------------
Sila berhati-hati menggunakan kata pemeri kerana banyak sangat pelajar melakukan kesalahan yang sama. Saya dah tak boleh membantu anda, jika kesalahan yang sama berulang. Ingat, ini amaran saya kali terakhir.

soalan 2:

i) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana adalah kerap digunakan sebagai alat. / ( 2 markah )

ii) Beberapa kebaikan internet yang dinyatakan pengarang  ialah keupayaan memberikan maklumat tanpa sekata  serta membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas. Selain itu, internet juga mengubah cara manusia berkomunikasi ./  ( 3 markah )

iii) Pada pendapat saya, ciri-ciri laman web mata pelajaran yang mampu menarik minat pelajar ialah laman web ceria contohnya berwarna-warni dan mempunyai watak animasi yang terkenal  / menarik kerana pelajar lebih tertarik dengan perkara yang ceria. / ( 2markah )  Selain itu, laman web yang disediakan  menarik haruslah mudah diakses tanpa gangguan sebarang virus supaya pelajar dapat melayari web tersebut dengan lancar. / ( 2 markah) Cara yang terakhir ialah pihak yang menguruskan web tersebut haruslah kerap memasukkan bahan-bahan pembelajaran yang terkini pada setiap masa supaya cabaran pembelajaran yang sukar pada masa kini dapat diatasi dengan menggunakan web tersebut. ( 2 markah )

Markah :  9 markah )

Tahniah Puteri, pada masa yang sama jaga pemilihan istilah yang tepat.

LATIHAN SUZIE

            Rumusan membincangkan impak-impak negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannnya. / ( 2markah )
                        ( Kesalahan penggunaan kata pemeri dan istilah internet perlu ditulis huruf besar)
            Impak negatif penggunaan internet  adalah internet sebagai medium penyebaran bahan imperialisme yang meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa. / 2 markah ) Internet juga  dijadikan  wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral, menyebarkan fitnah serta khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu / ( 2 markah)  dan menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetangah negara.  / ( 2 markah ) Impak yang terakhir, internet akan menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. / ( 2 markah )

         Selain itu, langkah-langkah membendung penyalahgunaan internet  dilakukan melalui kerajaan  menetapkan undang-undang bagi penyalahgunaannya / ( 2 markah )  dan mengharamkan pengunaan internet bagi kanak-kanak bawah umur. / ( 2 markah ) Langkah seterusnya ialah pihak bertanggungjawab haruslah  melakukan iklan berkenaan implikasi penyalahgunaan internet. / ( 2 markah )

        Tuntasnya, kerajaan sewajarnya mencegah penyalahgunaan internet agar keselamatan rakyat  terjamin. / ( 2 markah )

                                                                                                              ( 118 patah perkataan)

Ulasan guru:-
1) Hati-hati penggunaan kata pemeri, dah letih saya mengulas kesalahan penggunaan kata pemeri.
2) Hati-hati juga kesalahan ejaan.


P      -  2 markah

S1    -  2 markah
S2    -  2 markah
S3    -  2 markah
S4    -  2 markah
          --------------
            8 markah
          --------------

T1    -   2 markah
T2    -   2 markah
T3    -   2 markah

           --------------

K     -    2 markah

Markah isi            -   18 markah
Markah bahasa   -     9  markah
                            -------------------
                                 27 markah
                            -------------------

Isi tidak cukup.


soalan 2:

i) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana adalah kerap digunakan sebagai alat. / ( 2 markah )

ii) Beberapa kebaikan internet yang dinyatakan pengarang  ialah keupayaan memberikan maklumat tanpa sekata serta membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas. Selain itu, internet juga mengubah cara manusia berkomunikasi .
/ ( 3 markah )

Kesalahan sama seperti Puteri.

iii) Pada pendapat saya, ciri-ciri laman web mata pelajaran yang mampu menarik minat pelajar ialah laman web ceria contohnya berwarna-warni dan mempunyai watak animasi yang terkenal kerana pelajar lebih tertarik dengan perkara yang ceria. / ( 2 markah ) Selain itu, laman web yang disediakan haruslah mudah diakses tanpa gangguan sebarang virus supaya pelajar dapat melayari web tersebut dengan lancar. / ( 2 markah ) Cara yang terakhir ialah pihak yang menguruskan web tersebut haruslah kerap memasukkan bahan-bahan pembelajaran yang terkini pada setiap masa supaya cabaran pembelajaran yang sukar pada masa kini dapat diatasi dengan menggunakan web tersebut. / ( 2 markah )
/ ( 4 markah )

Jumlah markah : 9 markah 

Saya masih tidak menerima sebarang latihan daripada mana-mana pelajar yang lain? Kenapa? Saya masih menunggu........... Saya tidak boleh menunggu begitu lama kerana saya akan uploadkan latihan baru, karangan. Semoga pelajar yang lain boleh melihat contoh jawapan soalan rumusan dan pemahaman umum di atas sebagai contoh. Semoga latihan karangan saya uploadkan buat, saya ingin fokus bahagian pengenalan dan isi. Semoga pelajar 4 Sains fokus cara menghasilkan karangan pula.

Rumusan Irdina

Rumusan membincangkan natijah-natijah negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaan.  ( 2 markah )

                Antara kesan negatif penggunaan internet adalah internet sebagai medium penyebaran bahan imperialisme yang meruntuhkan nilai nilai budaya dan moral suatu bangsa. ( 2 markah ) Internet juga dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral, ( 2 markah ) malahan dapat menyebarkan fitnah serta khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu ( 2 markah ) dan menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara.( 2 markah ) Akhir sekali, internet akan menimbulkan masalah perundangan tersebar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. ( 2 markah )

                Langkah untuk membendung penyalahgunaan internet adalah pihak sekolah perlu mengadakan ceramah motivasi yang berkaitan dengan penyalahgunaan internet ( 2 markah ) dan kerajaan haruslah mengadakan kempen berkaitan kesan penyalahgunaan internet. ( 2 markah )

                 Konklusinya, kita perlulah menggunakan internet dengan rasional supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan internet. ( 2 markah )
                                                                                                          118 patah perkataan

P      -    2 markah

S1    -    2 markah
S2    -    2 markah
S3    -    2 markah
S4    -    2 markah
S5    -    2 markah
            ---------------
             10 markah
            ---------------

T1    -    2 markah
T2    -    2 markah
            --------------
             2 markah
            --------------

K     -    2 markah

Markah Isi           -  18
Markah Bahasa   -   9
                        -------------
                                   27 markah
                        ------------
Kurang isi


1) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana ialah selalu digunakan sebagai saluran. 
    ( 2markah )

2) Beberapa kebaikan internet yang dinyatakan pengarang ialah memberi keupayaan maklumat tanpa sekatan serta membolehkan masyarakat memperoleh dan dapat menyebarkan maklumat dengan bebas. Seterusnya, internet juga dapar menyebarkan imej digital dan mengubahkan cara manusia berkomunikasi. ( 3 markah )


3) Pada pendapat saya, ciri ciri laman web matapelajaran yang mampu menarik minat pelajar ialah lama web haruslah ceria dan dapat menarik minat pelajar contohnya, menggunakan ilustrasi yang menarik. Seterusnya, laman web perlulah sentiasa dikemaskini kandungan maklumat yang terkini dan perlulah mempunyai banyak bahan rujukan seperti nota, soalan kuiz dan latihan. Akhir sekali, laman web tersebut perlulah diberi akses secara percuma supaya mudah untuk digunakan oleh pelajar. ( 4 markah )

    Jumlah markah  =  9 markah


NURUL ATIRA MUHAMAD APANDI
        (  Kesalahan ejaan dan penggunaan tentang selepas kata aktif transitif)
       Rumusan membingkan tentang impak-impak negatif penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.  ( 2 markah )

       Impak negatif penggunaan Internet ialah Internet merupakan medium penyebaran bahan imperialisme yang meruntuh nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa. ( 2 markah ) Seterusnya,Internet juga dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral, ( 2 markah ) dan  menyebarkan fitnah serta khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. ( 2 markah ) Selain itu, impak dari pengunaan Internet tersebarnya pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. ( 2 markah ) Akhir sekali, Internet akan menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. ( 2 markah )

          Langkah-langlah bagi membendung penyalahgunaan Internet ialah dengan ibu bapa perlu mengawasi anak-anak ketika mereka sedang melayari Internet ( 2 markah) dan menghadkan masa mereka. ( 2 markah ) Seterusnya, bagi membendung masalah ini, kerajaan bertanggungjawab untuk mengetatkan undang-undang bagi sesiapa yang salah menggunakan Internet. ( 2 markah ) Akhir sekali,pihak bertnggungjawa seperti media massa perlu menyiarkan iklan pengharaman bagi kanak kanak bawah umur untuk melayari Internet. ( 2 markah )
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------120 P.P
        Rumusanya,semua pihak bertangunjawab bagi mencegah penyalahgunaan Internet agar keselamatan seua rakyat terjamin.   
                                                                                                         ( 138 patah perkataan)     
 Lebih patah perkataan. Penutup rumusan tidak di semak.
P      -   2 markah
S1    -   2 markah
S2    -   2 markah
S3    -   2 markah
S4    -   2 markah
             8 markah
T1    -   2 markah
T2    -   2 markah
T3    -   2 markah
T4    -   2 markah
K      -   0 markah  ( Tidak dikira kerana lebih patah perkataan)
        ----------------
            18 markah
        ---------------
Markah isi           -  18
Markah bahasa  -    9
                       ----------
                               27 markah
                       ----------
Pemahaman 
1.Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana ialah selalu digunakan sebagai saluran.
   ( 2 markah )
2.Dua penggunaan Internet ialah dapat mencari pelbagai makluman dan memudahkan pelajar untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Selain itu,dapat memberikan maklumat tanpa sekatan.
   ( Isi ada di dalam teks- jangan menggunakan pendapat sendiri )
   ( 0 markah )

3.Pada pendapat saya,ciri-ciri laman web mata pelajaran mampu menarik minat pelajar kerana remaja zaman sekarang lebih gemar melayari Internet X .Daripada mereka membuang masa melayari perkara ang tidak berfaedah lebih baik mereka menghabiskan waktu dengan membuat latihan didalam Internet. X Laman web juga akan banyak membantu murid mendapatkan penerangan ata nota untuk lebih difahami dengan jelas. (  2 markah )
   ( Terdapat kesalahan, kemungkinan kesalahan menaip tetapi tetap dianggap salah dan ayat tidak gramatis)   
   ( Isi pertama dan kedua, anda tidak menyatakan kenapa Internet menarik minat pelajar. Isi ketiga, baru ada kenyataan kenapa Internet dijelaskan kenapa Internet mampu menarik minat pelajar kerana ada penerangan atau nota )
   
NOOR SUZIELAWATI

Rumusan membincangkan impak-impak yang negatif penggunaan internet di Malaysia. ( 2markah )

Antara impak negatif yang terdapat dalam penggunaan internet ialah menjadi tempat penyebaran bahan imperialisme yang negatif, ( 2 markah ) penyebaran pelbagai judul buku yang diharamkan ( 1 markah, isi tidak lengkap ) dan terdapat banyak kes pelanggaran hak cipta juga. ( 2 markah ) Seterusnya, impak negatif media massa ialah penyebaran iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain.( 2 markah ) Media massa juga merupakan tempat menyebarkan fitnah dan khabar angin yang negatif.( 1 markah, isi tidak lengkap ) Selain itu, seringkali terjadi jenayah ekonomi dan penipuan transaksi melalui talian terus. ( 2 markah )

       Langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung perkara tersebut ialah ibu bapa mestilah mengawal penggunaan internet terhadap anak-anak mereka ( 2 markah ) dan pihak kerajaan perlu mengetatkan udang-undang bahawa penyalahgunaan internet bakal dikenakan denda. ( 2 markah )
.
Konklusinya, masyarakat haruslah berwaspada dengan penggunaan internet agar negara kita bebas dari pelbagai jenis jenayah. ( 2 markah )

119 patah perkataan

P       -   2 markah

S1     -   2 markah
S2     -   1 markah
S2     -   2 markah
S3     -   2 markah
S4     -   1 markah
S5     -   2 markah
          ----------------
            10 markah
          ----------------

T1     -    2 markah
T2     -    2 markah
          ----------------
               4 markah
          ----------------

K       -    2 markah

Markah isi          -   18 markah
Markah bahasa  -     9 marrkah
                           -------------------
                               27 markah
                           -------------------


2(A)-Pemahaman

i.  Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana ialah selalu digunakan sebagai 
    medium. ( 2 markah )

ii. Kebaikan internet yang pengarang nyatakan ialah keupayaannya memberikan maklumat tanpa sekatan. Selain itu, internet juga telah mengubah cara manusia berkomunikasi. ( 3 markah )

iii. Pada pendapat saya, antara ciri laman web mata pelajaran yang menarik minat pelajar untuk melayarinya ialah laman web tersebut mestilah mudah untuk kita mencari bahan. Selain itu, isi kandungan dalam laman web tersebut hendaklah padat dengan isi dan mudah difahami. Seterusnya laman web tersebut hendaklah di sertakan dengan pelbagai soalan dari pelbagai daerah bagi pelajar lebih mudah untuk mengulangkaji pelajaran.
    ( 4 markah )

    Jumlah markah =  9 markah

    Internet, huruf awal perlu huruf besar kerana kata berkenaan kata rasmi.

    Sila rujuk skema jawapan pada bahagian bawah soalan.

PEMBETULAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN NURUL ATIRA
Rumusan membincangkan tentang (gugurkan kata tentang kerana selepas kata kerja transitif perlu terus subjek ) punca-punca berlakunya  longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah.  ( 2 markah )
Antara punca yang menyebabkan berlakunya longgokan sampah ialah terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya mengikut cara yang betul. ( 2 markah ) Selain itu,amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungksan pakai buang seperti polisterina dan beg plastik ( tidak perlu contoh ) yang semakin berleluasa pada masa ini. ( 2 markah ) Seterusnya,terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan. ( 2 markah ) Sikap pembaziran dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya ketika musim perayaan dan hal ini menyebabkan pembuangan sisa makanan semakin bertimbun. ( 0 markah ) Akhir sekali,longgokan sampah berlau akibat tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada diseluruh negara tidak mencukupi ( 2 markah ) dan masayarakat tidak mempunyai kesedaran yang tinggi. ( 2 markah )

            Antara kesan-kesan longgokan sampah ialah kawasan persekitaran akan menjadi kotor serta akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. ( 2 markah ) Selain itu, nama baik negara kita akan tercemar kerana mempunyai kawasa persekitaran yang kotor serta berbau. ( 2 markah ) Akhir sekali,kesan longgakan sampah yang berleluasa akan mencemarkan alam sekitar. ( 2 markah )

            Kesimpulannya,kita haruslah mengadakan kempen bagi menjaga alam sekitar dan dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak membuang sampah secara longgokan. ( 2 markah )
                                                                                      125 patah perkataan.
   P       -   2 markah
  S1      -   2 markah
  S2      -   2 markah
  S3      -   2 markah
  S4      -   2 markah
  S5      -   2 markah
              ---------------
                 10 markah
              ----------------
T1        -  2 markah
 T2       -  2 markah
 T3       -  2 markah
             ---------------
               6 markah
             --------------
 K        -   2 markah
 Markah isi          -  20 markah
 Markah bahasa -   10 markah
                          -------------------
                                30 markah
                          --------------------
        

Soalan pemahaman

1.Maksud rangkai kata semakin serius ialah bertambah teruk keadaan. tidak perlu
   ( 2 markah )

2.Cara-cara bagi mengatasi masalah pembuangan sampah yang tidak terkawal ialah dengan mengadakan kempen untuk mewujudkan rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dalam keadaan bersih dan selamat.Tindakan undang-undang yang ketat ke atas individu yang membuang sampah secara tidak terkawal perlu dikenakan hukuman.Oleh itu,semua pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah pembuangan sampah.


3.Pada pendapat saya kempen ini dapat dijayakan dengan lebih berkesan sekiranya semua pihak mempunyai rasa bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.Antara cara bagi menjayakan kempen tanpa plastik ialah dengan mengenakan bayaran kepada individu yang memerlukan beg plastik di pasar raya.Selain itu,pihak pasaraya harus menggunakan beg kertas dari kertas yang terpakai agar penggunaan beg plastik dapat dikurangkan.Akhir sekali,pihak yang bertanggungjawab perlu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan menggunakan beg plastik.

Pelajar yang tidak menghantar latihan akan saya catat dan sila beri penjelasan bertulis kepada saya semasa sesi persekolahan. Mohon pelajar memaklumkan kepada rakan-rakan situasi ini. Kemungkinan mereka terlepas pandang tetapi surat tunjuk sebab perlu untuk penjelasan situasi berkenaan. Harap maklum.




Tiada ulasan: