Khamis, 5 Disember 2019

KAEDAH TUISYEN SECARA ONLINE DAN FAEDAHNYA KEPADA PELAJAR TINGKATAN 4 SAINS 2019 KE ARAH KECEMERLANGAN SPM 2020.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pelajar 4 Sains sudah mulai respon kaedah pembelajaran secara online. Semoga kaedah ini mampu mencemerlangkan pelajar 4 Sains yang akan membuat persediaan awal. Melalui pembejaran seperti ini, pelajar akan dapat menjawab soalan secara santai dan boleh melakukan latihan di mana-mana sahaja tanpa masalah. Harapan saya agar pelajar 4 Sains mengambil peluang ini sebaik-baiknya kerana mereka tidak perlu ke sekolah untuk tuisyen dan mereka boleh melakukan latihan secara santai di mana-mana sahaja.

Cuma saya risau ada pelajar yang bermasalah kerana perisian komputer dan capaian internet mereka lemah. Walau bagaimana pun, hendak seribu daya dan tak hendak seribu dalih kerana masing-masing ada “handpone” dan maklumat di hujung jari. Insya-Allah, pembejaran secara online ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar saya. Saya akan cuba terbaik untuk menggunakan tuisyen on-line sebagai pembelajaran abad ke-21. Selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar SMK Seri Londang Excellent.

Saya dalam perjalanan ke kampung saya di Gopeng, Perak. Doakan emak saya sembuh seperti biasa. Insya-Allah latihan yang kamu buat, akan saya semak. 

Tiada ulasan: