Isnin, 2 Disember 2019

PERHATIAN SEMUA PELAJAR KELAS 4 SAINS SMK SERI LONDANG 2019. SILA GUNAKAN BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI SEBAGAI WAHANA UNTUK MENDAPATKAN PELBAGAI MAKLUMAT BAHASA MELAYU SPM DAN SILA GUNAKAN BAHAN SAYA UPLOAD DARI SEMASA KE SEMASA DI DALAM BLOG INI. INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU ANDA. IKHLAS DARIPADA SAYA SEBAGAI GURU BAHASA MELAYU ANDA PADA TAHUN 2020. ANDA BERADA DI MANA-MANA SAHAJA, ANDA SENTIASA BERSAMA-SAMA SAYA.

       PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR 4 SAINS SMK SERI LONDANG 2019. SILA BERI PERHATIAN ANDA KEPADA LAMAN BAHASA MELAYU SPM KERANA SAYA SENTIASA MENERBITKAN PELBAGAI BAHAN BAHASA UNTUK ANDA MEMBUAT LATIHAN SEPANJANG CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN 2019. SEHINGGA SAAT INI SAYA TIDAK NAMPAK SEBARANG TINDAK BALAS DARIPADA ANDA. OLEH SEBAB ITU, SAYA BERKESEMPATAN KE SEKOLAH PAGI  TADI UNTUK MENYIAPKAN SIJIL ULBS PELAJAR SPM 2019 DAN SAYA JUGA SEMPAT MEMAKLUMKAN KEGUNAAN BLOG INI  INI KEPADA PELAJAR 4 SAINS YANG TERLIBAT DENGAN TUISYEN BAHASA INGGERIS. OLEH ITU, GUNAKALAH BLOG INI UNTUK ANDA MEMBUAT LATIHAN BAHASA MELAYU SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN INI.  SAYA SENTIASA MENGHARAPKAN PELAJAR 4 SAINS SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG INI KERANA BANYAK LATIHAN BAHASA SAYA TERBITKAN

         OLEH SEBAB ITU, SAYA MENGHARAPKAN PELAJAR 4 SAINS “ADD” DIRI ANDA KE DALAM BLOG INI SEBAGAI PENGIKUT SETIA SAYA. SELAIN ITU, PELAJAR 4 SAINS BOLEH BERINTERAKSI DENGAN SAYA SEMASA MEMBUAT LATIHAN, SAMA ADA MENGGUNAKAN PELBAGAI APLIKASI SEPERTI MENGGUNAKAN EMAIL, MELALUI WHATSAAP KELAS, BERINTERAKSI DENGAN SAYA MENGGUNAKAN BUKU CATATAN, ATAU MELALUI RUANGAN KOMENTAR DI DALAM BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. SAYA JUGA AKAN CUBA BERINTERAKSI DAN MEMBANTU ANDA JIKA ADA SOALAN YANG ANDA TIDAK FAHAM DAN MEMERLUKAN BIMBINGAN SAYA. CUBA AMBIL MASA UNTUK MELAKUKAN LATIHAN KERANA DARI SEMASA KE SEMASA SAYA AKAN TERBITKAN LATIHAN UNTUK ANDA LAKUKAN SEMASA CUTI INI. SAYA TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBUAT KELAS TAMBAHAN SEPANJANG CUTI KERANA SAYA TAHU ANDA SENTIASA SIBUK DENGAN AKTIVITI KELUARGA DAN SATU CARA UNTUK SAYA BERINTERAKSI DENGAN ANDA MELALUI WAHANA BLOG YANG SAYA CIPTA UNTUK KITA TERUS BERSAMA SETIAP MASA.

        AGAK MENDUKACITAKAN JIKA ANDA TIDAK MENGGUNAKAN BLOG INI KERANA ANDA BOLEH MENDAPAT PELBAGAI MAKLUMAT BAHASA SECARA SANTAI. ANDA BOLEH MENCARI BAHAN SEPERTI SOALAN-SOALAN SPM SEBENAR TAHUN-TAHUN LEPAS, SOALAN SPM BAHASA MELAYU PERCUBAAN SE-MALAYSIA TAHUN-TAHUN LEPAS, SELAIN ITU, DALAM BLOG INI ADA SKEMA JAWAPAN SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI SE-MALAYSIA UNTUK MENJADI PANDUAN ANDA MENJAWAB SOALAN BERFORMAT SPM, BAHKAN JUGA RUANGAN E-KAMUS DEWAN, BOLEH ANDA GUNAKAN UNTUK MENCARI ISTILAH ATAU MAKSUD KATA DAN PELBAGAI NOTA YANG SENTIASA SAYA UPLOAD SETIAP MASA. OLEH SEBAB ITU, SAYA MEMOHON AGAR ANDA SENTIASA MENGGUNAKAN APLIKASI INI UNTUK SENTIASA MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN ANDA BERBAHASA. INGAT, SAYA SENTIASA BERADA DENGAN ANDA SETIAP MASA. OLEH SEBAB ITU, GUNAKANLAH BLOG INI KE ARAH KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU ANDA. DEMI MASA, SESUNGGUHNYA  RUGILAH ANTARA KAMU YANG MEMPERSIA-SIAKAN MASA LAPANG KAMU DAN BERUNTUNGLAH JIKA KAMU DALAM KALANGAN ORANG YANG SENTIASA MENGHARGAI MASA.

Tiada ulasan: