JAWAPAN SOALAN KAJIAN SATU NOVEL FARIDZUAN (KELAS 4 SAINS)
Berdasarkan satu novel yang telah kamu kaji di tingkatan 4, huraikan peristiwa -peristiwan menarik dan nayatakan sebab-sebabnya kamu berkata demikian.
Berdasarkan satu novel yang telah kamu kaji di tingkatan 4, huraikan peristiwa -peristiwan menarik dan nayatakan sebab-sebabnya kamu berkata demikian.
Berdasarkan Novel
Jendela Menghadap Jalan,karya Rohani Matdarin yang saya kaji di tingkatan 4
terdapat beberapa peristiwa menarik yang menjadi perhatian saya sebagai
pembaca.Peristiwa menarik yang pertama ialah peristiwa mengubati
penyakit,contohnya datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi,ibu Geetha
dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba.( 1 markah )Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan
tradiaional ini dapat membantu menyembukan pesakit yang tidak mahu pergi ke
hospital kerana kos rawatan yang tinggi. ( 1 markah )
Selain itu,peristiwa menarik yang kedua
ialah peristiwa memaafkan kesalahan orang lain seperti Lili memaafkan kesalahan
Rafiq dan Haziq yang telah menculiknya,walaupun tindakan mereka itu tidak
baik. ( 1 markah ) Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan
orang yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita
mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah
melakukan pekara yang tidak baik kepada kita. ( 1 markah )
Akhir sekali,peristiwa menarik yang
ketiga ialah peristiwa menghargai pemberian orang lain,buktinya nenek Lili
berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang.Bekas kemenyan ini diberikan oleh
pesakit datuk iaitu Puan Letchumi.Datuk dan nenek amat menghargai pemberian
orang lain,oleh sebab itu nenek tetap mencarinya sehingga berjaya
menemukannya. ( 1 markah ) Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah
menghargai apa-apa pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk
hubungan yang baik sesama kita. ( 1 markah )
Markah isi - 4 markah
Markah bahasa - 3 markah
----------------
Jumlah markah - 7 markah
----------------
TAHNIAH, FARIDZUAN. SEMOGA ANDA MENJADI SEORANG PELAJAR EXCELLENT.
JAWAPAN
MUHAMMAD AIMAN B. ZUMDY ( TING. 4 SAINS)
Berdasarkan
Novel Jendela Menghadap Jalan ,karya Rohani Matdirin yang saya kaji di
tingkatan 4 terdapat beberapa peristiwa menarik yang menjadi perhatian saya
sebagai pembaca. Peristiwa menarik yang pertama ialah
peristiwa datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout
dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek,pegaga,daun sirih
,daun belimbing dan sebagainya. ( 1 markah ) Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap penyakit
dengan perubatan tradisional. Kita juga harus perlu membantu orang yang
memerlukan bantuan jika kita mempunyai kepakaran dalam apa-apa bidang. ( 1markah )
Selain itu,peristiwa menarik yang kedua ialah
peristiwa memaafkan kesalahan orang lain seperti Lili memaafkan kesalahan Rafiq
dan Haziq yang telah menculiknya,walaupun tindakan mereka itu tidak
baik. ( 1 markah ) Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili
memaafkan orang yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya
kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah
melakukan pekara yang tidak baik kepada kita. ( 1 markah )
Akhir sekali, peristiwa yang ketiga ialah peristiwa menyelesaikan
masalah kubah surau seperti Lili ,Geetha ,Danel mewakili golongan remaja yang
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang-orang kampung yang kurang
dengan pembinaan masjid baharu , sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau
yang sudah lama usianya. ( 1 markah ) Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana
walaupun Geetha dan Danel berlainan bangsa dan agama,mereka sanggup
membantu Lili yang beragama Islam untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan
surau di Kampung Sentosa. ( 1 markah )
Markah isi - 4 markah
Markah bahasa - 3 markah
------------------
7 markah
------------------
Tahniah, Aiman. Jawapan anda tepat dan menarik.
Selain itu , peristiwa menarik kedua adalah peristiwa mengenai semangat setiakawan yang timggi contohnya Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Namum begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu. ( 1 markah ) Peristiwa ini menarik kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq. ( 1 markah )
JAWAPAN LATIHAN AZYANA HIZAM TING 4
SAINS
Berdasarkan Novel Jendela Menghadap Jalan,
karya Rohani Matdarin yang saya kaji di tingkatan 4 terdapat beberapa peristiwa
menarik yang menjadi perhatian saya sebagai pembaca. Peristiwa pertama adalah
peristiwa anak yang patuh akan ibunya contohnya Lili tidak mahu pulang ke
kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti
bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke
kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya. ( 1 markah ) Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sebagai seorang
anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri
sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah. ( 1 markah )
Selain itu , peristiwa menarik kedua adalah peristiwa mengenai semangat setiakawan yang timggi contohnya Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Namum begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu. ( 1 markah ) Peristiwa ini menarik kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq. ( 1 markah )
Selain itu , peristiwa menarik kedua adalah
peristiwa mengenai semangat setiakawan yang timggi contohnya Lili telah diculik
oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia
telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Namum begitu, dek rasa
tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha
untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada
dua beradik itu. ( 1 markah ) Peristiwa ini menarik kerana Danel telah menunjukkan semangat
setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq
dan Haziq. ( 1 markah )
Markah isi - 4 markah
Makah bahasa - 3 markah
-----------------
7 markah
----------------
Tahniah, Azyana. Soalan novel sebenar mudah.
JAWAPAN PUTERI ANISYA AQILA BT. ALAN
Berdasarkan
Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdirin yang saya kaji di
tingkatan 4 terdapat beberapa peristiwa menarik yang menjadi perhatian dan
pelajari saya sebagai pembaca. Peristiwa pertama ialah peristiwa anak
yang patuh akan ibunya, misalnya Lili yang tidak mahu pulang ke kampung
ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti bersama
rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung
dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap yang
berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya. ( 1 markah ) Peristiwa
ini menarik perhatian kerana memberi pengajaran kepada saya sebagai seorang
anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak sendiri kerana
dia percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah. ( 1 markah)
Selain itu, peristiwa menarik kedua ialah peristiwa
memaafkan kesalahan orang lain contohnya Lili memaafkan kesalahan Rafik dan
Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan meraka itu tidak baik dan
melanggar undang-undang. ( 1 markah ) Peristiwa ini menarik kerana kesanggupan Lili
memaafkan orang yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya
supaya kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut
pernah melakukan perkara yang tidak baik kepada kita. ( 1 markah )
Akhir sekali, peristiwa menarik yang
terakhir ialah peristiwa menghargai pemberian orang lain seperti nenek Lili
berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini diberikan oleh
pesakit datuk iaitu Puan Letchumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian
orang lain, oleh sebab itu nenek tetap berusaha mencarinya sehingga berjaya
menemuinya. ( 1 markah ) Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah
menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk
hubungan yang baik sesama kita. ( 1 markah )
Markah isi - 4 markah
Markah bahasa - 3 markah
----------------
7 markah
----------------
JAWAPAN IRDINA BATRISIA
PELAJAR 4 SAINS
Berdasarkan
novel yang saya kaji,Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin di
tingkatan 4 terdapat beberapa peristiwa menarik dapat saya perhatikan. Peristiwa
pertama adalah peristiwa mengubati penyakit contohnya, datuk Lili dapat
menyembuhkan penyakit Puan Letchumi iaitu ibu kepada Geetha dengan menggunakan
rawatan tradisional melalui penggunaan herba. ( 1 markah ) Hal ini demikian kerana,peristiwa
ini berjaya manarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan
tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke
hospital kerana kos rawatan yang tinggi.( 1 markah )
Peristiwa kedua adalah menyelesaikan
masalah kubah surau buktinya,Lili ,Geetha,Danel mewakili golongan remaja yang
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang orang kampung yang kurang
bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang
di surau yang sudah lama usianya, ( 1 markah ) sebabnya ( huruf besar kerana ayat baru ) peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan bangsa dan
agama,mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk menyelesaikan
masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa. ( 1 markah )
Akhir sekali,peristiwa mengenai
semangat setiakawan yang tinggi,buktinya Lili telah diculik oleh Rafiq dan
Haziq dan telah menggemparkan seluruh penduduk kampung . Dia telah dilarikan
dan disembunyikan di sebuah tempat. Namun begitu,rasa tanggungjawab terhadap
rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan
akhirnya Danel telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik
itu. ( 1 markah ) Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan
semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik
oleh Rafiq dan Haziq. ( 1 markah )
Markah isi - 4 markah
Markah bahasa - 3 markah
----------------
7 markah
----------------
JAWAPAN SUZIE
Berdasarkan
Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Rohani Matdirin yang saya kaji di
tingkatan 4 terdapat beberapa peristiwa menarik yang menjadi perhatian saya
sebagai pemmbaca. Peristiwa pertama ialah anak yang patuh akan ibunya.
Peristiwa ini menarik kerana, Lili sebagai seorang anak yang patuh akan ibunya
untuk bercuti di kampung dan sanggup mengenepikan kehendaknya untuk bersama-sama
dengan kawan-kawannya. ( 2 markah )
Selain itu, peristiwa menarik kedua
ialah memaafkan kesalahan orang lain. Peristiwa ini menarik kerana, kesanggupan
Lili memaafkan orang yang pernah menculiknya dengan begitu mudah sekali.
Peristiwa menarik yang ketiga ialah menghargai pemberian orang ain. Peristiwa
ini menarik kerana, nenek Lili mencari bekas kemenyan yang dibeli oleh pesakit
datuk iaitu Puan Letchumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian orang dan
berusaha mencarinya sehingga jumpa. ( 2 markah )
Tambah satu isi lagi sebagai 'backup' jika anda mempunyai masa.
Kesimpulannya, jika soalan meminta anda menyatakan peristiwa nyatakan peristiwanya tetapi jika anda diminta menyatakan sebab anda menganggap peristiwa ini menarik nyatakan sebabnya. Oleh sebab itu, sila patuh kepada kehendak soalan.
Sebenarnya, soalan ini mudah kerana saya telah menulis isi dan cara menjawabnya. Anda hanya cuma perlu mengisi dan menambah binaan ayatnya agar menjadi ayat gramatis. Gunakanlah kesempatan ini untuk membuat setiap latihan yang telah saya upload dan insya-Allah kamu akan mendapat manfaatnya kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran online sangat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Saya mengharapkan lebih ramai pelajara menggunakan kaedah ini dan pembelajaran akan berlaku dengan lebih mudah dan santai.
Saya baru balik daripada sekolah, dan Nurul Atira serta Nurul Syalwana datang berjumpa saya untuk mendapatkan bahan. Tahniah, mereka datang kerana sukar untuk mengakses internet dan saya membantu mereka mencetak bahan. Apa jadi dengan pelajar yang lain saya pun tak tahu nak kata tak tolong, dah tolong tetapi tidak ada seorang pun mengambil kesempatan peluang untuk memajukan penguasaan bahasa. Pelbagai usaha saya lakukan untuk kepentingan pelajar tetapi mereka menyepi sahaja. Tak apalah, saya akan berjumpa juga dengan mereka pada sesi persekolahan tahun 2020.......... Semoga Allah membukakan hati mereka.
Saya baru balik daripada sekolah, dan Nurul Atira serta Nurul Syalwana datang berjumpa saya untuk mendapatkan bahan. Tahniah, mereka datang kerana sukar untuk mengakses internet dan saya membantu mereka mencetak bahan. Apa jadi dengan pelajar yang lain saya pun tak tahu nak kata tak tolong, dah tolong tetapi tidak ada seorang pun mengambil kesempatan peluang untuk memajukan penguasaan bahasa. Pelbagai usaha saya lakukan untuk kepentingan pelajar tetapi mereka menyepi sahaja. Tak apalah, saya akan berjumpa juga dengan mereka pada sesi persekolahan tahun 2020.......... Semoga Allah membukakan hati mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan