SOALAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2018
Bahagian A
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan :
45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan
keistimewaan penggunaan komputer dan Internet oleh masyarakat era e-komuniti.
Huraikan pendapat anda tentang
keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian.
Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KEISTIMEWAAN
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
PENGAJIAN JARAK JAUH
SEBARAN MAKLUMAT
PERHUBUNGAN
Di bawah disediakan Jadual Pengembangan Idea Karangan Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi,
dan Perenggan Penutup. Lengkapkan jadual berkenaan dengan ayat-ayat yang disarankan. Untuk perenggan isi, pilih satu sahaja isi daripada isi yang terdapat dalam karangan. Selamat mencuba.
PERENGGAN PENGENALAN:-
Cadangan, anda boleh rujuk berita di Internet berkaitan isu penggunaan media sosial dan ulas.
Anda juga boleh menggunakan peribahasa yang ada kaitan penggunaan masa senggang.
Anda juga boleh menggunakan pengenalan jenis definisi.
Anda juga boleh menggunakan pengenalan jenis Al-Quran berkaitan penggunaan masa senggang
yang sesuai.
Gunakan kreativiti anda menulis pengenalan karangan yang sesuai kerana pengenalan karangan
sangat penting sebagai pendedahan awal kemahiran anda mengarang.
Anda juga boleh menggunakan peribahasa yang ada kaitan penggunaan masa senggang.
Anda juga boleh menggunakan pengenalan jenis definisi.
Anda juga boleh menggunakan pengenalan jenis Al-Quran berkaitan penggunaan masa senggang
yang sesuai.
Gunakan kreativiti anda menulis pengenalan karangan yang sesuai kerana pengenalan karangan
sangat penting sebagai pendedahan awal kemahiran anda mengarang.
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PILIH PENGENALAN JENIS FAKTA
|
Hasil laporan Digital 2018 yang dikeluarkan
oleh Hootsuit dan We Are Social, jumlah pengguna internet di negara ini
menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna yang mewakili 79 peratus
penduduk Malaysia.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Peningkatan bilangan penggunaan media sosial ini
mengambarkan bilangan pengguna di Malaysia yang celik menggunakan media sosial
semangkin meningkat selaras peningkatan dan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Namun begitu, perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi ada baik dan buruknya kerana hanya mutu
yang mengenali manikam.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Jika perkembangan dunia digital
ini tidak diikuti dengan perkembangan nilai dan moral masyarakat
Malaysia sudah pasti natijahnya akan memberi kesan kepada pembinaan insan
madani yang diharapkan oleh pihak kerajaan untuk membantu perkembangan negara.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh sebab itu, golongan muda yang
menjadi tunjang pembangunan negara perlu diberi perhatian kerana pemuda
harapan negara dan pemudi tiang negara.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya, pemuda dan pemudi negara menyalahgunakan
media sosial dalam kehidupan seharian mereka
sudah pasti mereka akan terjerumus ke lembah kebinasaan.
|
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
|
Sebaliknya, jika mereka mengaplikasi
penggunaan media sosial untuk meningkatkan jati diri dan mendapatkan maklumat
yang berfaedah sudah pasti kemajuan bidang komunikasi memberi impak positif kepada mereka.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, bagaimanakah media sosial
mampu digunakan dengan sebaik-baiknya dalam kalangan masyarakat Malaysia
dalam kehidupan seharian?
|
PILIH SALAH SATU ISI DARIPADA ISI
YANG DIKEMUKAKAN DAN KEMBANGKAN MENGGUNAKAN JADUAL PERENGGAN KARANGAN DI
BAWAH:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Pada realitinya, memang tidak
dapat dinafikan media sosial amat penting dalam komunikasi masyarakat
marcapada.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Hal ini demikian kerana dengan
menggunakan media sosial masyarakat boleh berhubung dengan sahabat handai atau orang yang tersayang di mana-mana
sahaja mereka berada tanpa mengabaikan hubungan mereka.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Bahkan juga dengan menggunakan
media sosial seperti twitter, telegram, whatsapp, facebook, whe chat, dan
pelbagai lagi wahana perhubungan, masyarakat dapat menjalankan perniagaan
secara online tanpa perlu ada premis atau kedai untuk menjual barangan mereka
dengan pihak kedua atau pelanggan.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Hal ini demikian membuktikan
bahawa media sosial bukan sahaja dapat
merapatkan ukhwah antara sahabat dan kenalan malah mereka dapat mencari
pelanggan untuk menjual barangan atau perkhidmatan tanpa memerlukan mereka
bergerak kesesuatu tempat dan ini secara langsung akan mengurangkan kos.
|
AYAT CONTOH
|
Sebagai contoh, jika anda berada
di dalam atau luar negara seperti berada di Amerika Syarikat atau di Jepun anda
masih boleh berhubung dengan kenalan dan sahabat serta boleh menjual barangan
dan perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan.
|
FRASA MENARIK
|
Bak kata peribahasa Melayu yang
jauh kita dekatkan yang dekat kita rapatkan begitulah fungsi media sosial
kepada masyarakat pada zaman teknologi maklumat kerana maklumat di hujung
jari dan dunia tanpa sempadan.
|
UNSUR KBAT LAPISAN KEDUA
|
Sekiranya, masyarakat menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian sebarang kerja
akan menjadi mudah dan mereka dapat menyingkat masa dan wang dengan
menggunakan media sosial.
|
FRASA MENARIK
|
Sebaliknya, jika mereka seperti katak
di bawah tempurung dan tidak celik menggunakan media sosial sudah pasti mereka
akan sering ketinggalan berbanding mereka yang tahu menggunakan media sosial.
|
AYAT PENEGAS
|
Sudah terang lagi bersuluh, media sosial
amat penting dalam komunikasi masyarakat marcapada.
|
PERENGGAN PENUTUP:-
PERKARA
|
PENERANGAN
|
AYAT PENYIMPUL
|
Kesimpulannya, keistimewaan
penggunaan media sosial dalam kehidupan masyarakat tidak dapat dinafikan sama
sekali.
|
AYAT CADANGAN
|
Berdasarkan pendapat saya di atas
jelas menunjukkan peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat memang
banyak faedahnya seperti media sosial berfungsi sebagai wahana perhubungan
antara masyarakat, sebagai wahana
komunikasi mahasiswa yang mengambil pengajian jarak jauh di universiti seperti
berhubung dengan pensyarahnya, serta media social bertindak sebagai wahana
penyampaian maklumat kepada masyarakat.
|
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM
PERENGGAN DIBINCANGKAN
|
Selain itu, banyak lagi fungsi
media sosial dalam kehidupan yang boleh disenaraikan seperti media sosial sebagai
wahana penyampaian ilmu, media sosial sebagai alat untuk membantu perniagaan,
media sosial berfungsi sebagai perpaduan masyarakat dan
|
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
|
Hal ini menjelaskan betapa peranan
media sosial istimewa dan mampu membantu kerja seharian masyarakat dalam
menyelesaikan masalah kehidupan serta memudahkan kerja seharian mereka.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya masyarakat buta dan
tidak celik penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mereka ibarat katak bawah tempurung ketinggalan dan berada
di dunia sendiri.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh sebab itu, masyarakat perlu
menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian agar mereka boleh berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain.
|
AYAT HARAPAN
|
Semoga masyarakat Malaysia akan
sentiasa menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak
tetinggal dan mampu bersaing dengan masyarakat dunia
|
Contoh karangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan