Selasa, 15 Januari 2019

HASILAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP KARANGAN BERPANDU PdPC PADA HARI INI


HASILAN PERBINCANGAN KARANGAN GURU DAN PELAJAR PADA HARI INI MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI, DAN PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS DEFINISI
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, obesiti merupakan istilah gemuk  yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan.
AYAT RANGSANGAN  1
Dasawarsa , obesiti di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat.
AYAT RANGSANGAN  2
Berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala 3.3 juta individu lagi disahkan obesiti.
AYAT RANGSANGAN  3
Masalah obesiti terjadi kerana sikap dan budaya remaja tidak mengambil kesah penjagaan kesihatan dan juga memandang enteng akan permasalahan berkaitan obesiti.
FRASA MENARIK
Peribahasa Melayu ada mengatakan mencegah lebih baik dari merawat.
UNSUR KBAT
Sekiranya, obesiti ini berleluasa sudah pasti  golongan remaja akan mudah mendapat penyakit tiga serangkai yang merugikan negara kerana kehilangan kalangan remaja yang sepatutnya menyumbangkan produktiviti negara akan terbantut dan ini merugikan negara.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh individu dan remaja dalam menangani masalah obesiti yang berleluasa.

KATA KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBSETI DENGAN MENJALANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Sebagai seorang pelajar berminda kelas pertama saya ingin memperkatakan  usaha mencegah obesiti dengan kata kunci pentingnya pemeriksaan kesihatan dalam kalangan remaja.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini demikian kerana pegawai kesihatan mampu mengurangkan kadar obesiti yang berleluasa dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja.
AYAT HURAIAN 2
Apabila remaja mendapat pemeriksaan secara berkala di klinik, sudah pasti pihak doktor akan dapat mengawal dan mengesan sebarang masalah yang melibatkan kesihatan remaja terutamanya masalah obesiti.
AYAT HURAIAN 3
Seyogia, dengan rawatan yang sempurna  remaja akan dapat mengelak  diri daripada menghadapi masalah obesiti.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, sepanjang rawatan dijalankan, golongan remaja akan diberi pemeriksaan teliti contohnya dengan mengambil darah, menilai status kencing manis, mengambil tekanan darah darah tinggi, dan serta memeriksa degupan jantung remaja kerana masalah berkenaan ada kaitan dengan sindrom obesiti.
UNSUR KBAT
Sekiranya golongan remaja gagal untuk menerima pemeriksaan yang sepatutnya, nescaya masalah kesihatan remaja akan bertambah kritikal terutama ketika mereka sudah berumur.
FRASA MENARIK
Sebelum nasi menjadi bubur, remaja haruslah menjaga kesihatan mereka daripada awal kerana jika terlambat dan masalah obesiti sudah membarah, ketika itu sebarang tindakan sudah tidak berguna lagi.
AYAT  PENEGAS
Sudah terang lagi bersuluh, pemeriksaan kesihatan amat penting  untuk mencegah masalah obesiti daripada membelenggu kesihatan diri para remaja.

KATA KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBESETI DENGAN MENJALANKAN AKTIVITI SENAMAN

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Selain itu, golongan remaja boleh mengelakkan obesiti dengan melakukan aktiviti senaman atau riadah pada waktu senggang.
AYAT HURAIAN 1
Dengan melakukan aktiviti senaman atau riadah remaja dapat membakar lemak atau kalori yang menjadi faktor utama berlakunya obesiti dalam kalangan masyarakat.
AYAT HURAIAN 2
Di samping itu, aktiviti senaman juga membolehkan badan remaja mengeluarkan peluh dan menyingkirkan bahan toksik dan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh badan.
AYAT HURAIAN 3
Aktiviti senaman juga dapat mengelakkan golongan remaja daripada menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, lemah jantung, diebetis yang dikenali sebagai penyakit tiga serangkai.
AYAT CONTOH
Antara senaman yang boleh kita lakukan seperti berjogging, yoga, senamrobik, merentas desa, zumba, mendaki gunung dan sebagainya.
UNSUR KBAT
Jika remaja gagal melakukan aktiviti senaman sebagai budaya, nescaya tubuh badan remaja senang dijangkiti penyakit.
FRASA MENARIK
Oleh sebab remaja perlu berusaha untuk memastikan kesihatan mereka sentiasa sihat kerana peribahasa Melayu ada mengatakan badan cergas otak cerdas.
AYAT  PENEGAS
Tegasnya, golongan remaja haruslah sentiasa melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengekalkan keseimbangan badan.

KATA KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBSETI DENGAN PENGAMBILAN PEMAKANAN SEIMBANG

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Bahkan juga, usaha remaja untuk mencegah masalah obesiti  adalah dengan mengutamakan pemakanan seimbang pada setiap hari.
AYAT HURAIAN 1
Sebagaimana kita sedia maklum makanan seimbang amat penting untuk memastikan tumbesaran badan seimbang dan mengelakkan obeseti dan penyakit berkait dengan pemakanan.
AYAT HURAIAN 2
Antara keperluan makan makanan seimbang yang diperlukan oleh seseorang untuk mengekalkan tumbusaran adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat, vitamin, lemak, protin, mineral dan garam galian.
AYAT HURAIAN 3
Pengambilan makanan berkenaan perlu mengikut piramid makanan iaitu mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak yang menjadi faktor utama berlakunya obesiti.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, pengambilan makanan yang mengandungi minyak berlebihan dan kandungan santan perlu dikurangkan dalam pengambilan makanan setiap hari.
UNSUR KBAT
Jika, remaja tidak dapat mengawal pengambilan makanan yang berminyak dan makanan yang berlemak, mereka mudah untuk mengalami obesiti.
FRASA MENARIK
Perlu diingatkan sudah terhantuk baru terngadah sudah tidak berguna lagi.
AYAT  ARAHAN
Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang amat penting dijadikan budaya seharian untuk mengelakkan obesiti.

  Pelajar yang mampu boleh menambah satu isi karangan lagi
  Isi cadangan : 1.   mengamalkan puasa sunat pada hari yang tertentu.
                          2.  pengambilan makanan kesihatan yang diluluskan oleh Kementerian 
                               Kesihatan Malaysia



PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

Ayat Penyimpul
Konklusinya, usaha -usaha pencegahan obesiti dalam kalangan remaja boleh dilakukan daripada awal remaja kerana jika terlambat remaja boleh menghadapi masalah obesiti yang kronik.
Ayat cadangan
Sebagai langkah untuk mengelakkan masalah obesiti dalam kalangan remaja, saya telah menggariskan beberapa langkah seperti menjalankan pemeriksaan kesihatan, menjalankan aktiviti senaman atau riadah dan juga mengambil makanan seimbang.
Ayat Cadangan lain.
Selain itu, remaja boleh mengamalkan amalan puasa sunat dan mengambil makanan kesihatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Apabila usaha-usaha yang digariskan di atas diaplikasi remaja dalam menjalani kehidupan seharian sudah pasti remaja dapat mengelakkan diri daripada mengalami obesiti.
Unsur KBAT
Sebaliknya, remaja yang alpa dan mengambil enteng permasalahan obesiti, sudah pasti mereka akan menghadapi impak dan kesan sampingan sama ada semasa mereka remaja atau pada masa mereka tua nanti.
Frasa menarik
Imam Hakim meriwayatkan hadis Nabi dalam kitab al-Mustadrak, iaitu ingat kaya sebelum miskin,  ingat sehat sebelum sakit,  ingat muda sebelum tua, ingat lapang sebelum sempit, ingat hidup sebelum mati.
Ayat harapan
Konklusinya, sebagaI remaja berwawasan usaha-usaha untuk mengelakkan obesiti perlu menjadi keutamaan supaya kehidupan mereka akan sempurna..

Sebagai makluman, pelajar boleh membuat penambahbaikan hasilan karangan di atas dengan menggunakan kreativiti anda. Oleh sebab itu sebarang tokok tambah terhadap hasilan karang di atas amat digalakkan.

7 ulasan:

Unknown berkata...

good job

Unknown berkata...

Tq

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Sangat Berguna...
Pelajar boleh menjadikan sebagai bahan mengulangkaji.....terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Boleh tiru.....sangat bagus

Unknown berkata...

Terbaik la