Gurindam Beberapa Petua Hidup :
Maksud Gurindam (Komsas Tingkatan 5)
Rangkap 1
|
Peringatan kepada
pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang menyelidik terlebih dahulu,
pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.
|
Rangkap 2
|
Saranan agar
berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham
dan sengketa sesama manusia.
|
Rangkap 3
|
Kata-kata yang
kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh memudaratkan hidup masyarakat.
|
Rangkap 4
|
Sekiranya
seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang sopan boleh
menyebabkan dia mengalami masalah yang besar.
|
Rangkap 5
|
Seseorang yang
gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
|
Rangkap 6
|
Saranan agar
pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika perkara itu berlaku
perlulah diterima dengan tabah.
|
Rangkap 7
|
Ilmu yang tidak
dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang sesuai untuk diamalkan.
|
Rangkap 8
|
Ilmu pengetahuan
dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk menuntut ilmu.
|
Rangkap 9
|
Saranan agar
bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya mengandungi
berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
|
Rangkap 10
|
Sifat budi
pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang didampinginya.
|
Rangkap 11
|
Lazimnya,
seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat dan fiilnya untuk
memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.
|
Rangkap 12
|
Seseorang yang
bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan disanjung tinggi.
|
Rangkap 13
|
Seseorang yang
bersifat dermawan akan dapat melawan hati orang di sekelilingnya.
|
Rangkap 14
|
Seseorang yang
bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat bantuan dan pertolongan.
|
Rangkap 15
|
Nama seseorang
yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.
|
Rangkap 16
|
Saranan agar
pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu sebelum menolong sesama
manusia
|
Rangkap 17
|
Perbuatan mengadu
domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan hubungan sesama manusia tidak
harmoni.
|
Rangkap 18
|
Peringatan agar
tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia kerana Tuhan pasti akan
melaknati orang yang berbiat demikian
|
Tema
Gurindam “Beberapa Petua Hidup”
bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam
kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang positif
serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan
berdisiplin.
Persoalan
1. Kegigihan dalam membudayakan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia.
2. Kesungguhan dalam mengamalkan
nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang
tindakan.
4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan
masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya
tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap
tindak-tanduk manusia.
Bentuk
Gurindam
1. Gurindam “Beberapa Petua
Hidup” ialah puisi terikiat/tidak bebas.
2. Gurindam ini terdiri
daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam
setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Baris
pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam
setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah
perkataan dalam sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam
setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua
belas suku kata.
6. Rima akhir gurindam
ialah aa.
Gaya
Bahasa dan Keindahan Bunyi
1. Antara unsur gaya
bahasa yang terdapat dalam gurindam ”Beberapa Petua Hidup” termasuklah
:
a) Kata arkaik (kata
klasik). Contohnya: upas
b) Kata pinjaman bahasa
Arab.
Contohnya: khianat; laknat
c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk
lurus kelengkeng berkait
e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin,
racun dan upas.
f) Metafora. Contohnya: mulut
tajam dan kasar; taman pergaulan
g) Inversi. Contohnya: Tentu
dirimu kelak tersesat.
2. Antara unsur
keindahan bunyi yang digunakan termasuklah:
a) Asonansi. Contohnya:
i. Perulangan vokal a: Perkataan
tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi
vokal a sebanyak tujuh kali.
ii. Perulangan vokal i: Manusia
dikenal sifat budinya
Dalam
contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.
b) Aliterasi. Contohnya:
i. Perulangan konsonan s: Supaya
terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.
ii. Perulangan konsonan t: Tetapi
tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi
konsonan t sebanyak dua kali.
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya,
kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan
sebagai sebuah taman pergaulan.
2. Nilai rasional. Contohnya,
kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
3.
Nilai kesopanan. Contohnya,
kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
4. Nilai kerajinan. Contohnya,
kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
5. Nilai mengenang
jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang
masa.
6. Nilai kerjasama. Contohnya,
sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
7. Nilai baik
hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama
manusia.
8. Nilai setia
kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa
mendorong rakannya ke arah kebaikan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berfikir
secara rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum menuturkan
kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
2. Kita mestilah bijak
memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan
benar.
3. Kita perlulah menjaga
tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk mengelakkan
sengketa.
4. Kita mestilah rajin
belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.
5. Janganlah kita mengadu
domba dan membuat
fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
6. Janganlah kita
berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu
sendiri berada dalam kesusahan.
7. Kita hendaklah sentiasa
berbudi sesama manusia agar dikenang orang.
LATIHAN GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP
(i) Apakah maksud rangkap
kedua gurindam di atas?
[2 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda,
mengapakah kita perlu berwaspada ketika menuturkan kata-
kata keada seseorang?
Nyatakan tiga alasan
anda.
[3 markah]
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Jelaskan dua nilai murni
yang terkandung dalam gurindam tersebut. [4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan