Khamis, 10 Januari 2019

KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 3 (A) KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM UNTUK PdPC KELAS 4 SAINS (10/1/2019) DAN 5K1 (11/1/2019)

Soalan 3(a) Kertas Bahasa Melayu 2 dianggap mudah sesetengah pelajar. Namun pelajar perlu faham soalan item ini terbahagi kepada pelbagai skop  melibatkan kata atau frasa sebagai mana yang diperincikan dalam jadual di bawah.

Sebagai pelajar yang bijak, pelajar perlu membuat persediaan dengan melakukan pelbagai latihan dengan merujuk pelbagai soalan, sama ada contoh-contoh soalan yang terdapat dalam buku rujukan di pasaran, contoh soalan percubaan negeri tahun-tahun lepas, soalan-soalan peperiksaan SPM sebenar yang pernah dikeluarkan untuk memahami skop soalan 3 (a).

Walaupun soalan 3 (a) memperuntukkan 6 markah, namun markah ini boleh menentukan pelajar akan mendapat keputusan A+, A, B+, dan seterusnya. Oleh sebab itu, soalan 3 (a) jangan dianggap mudah.

3(a)
MEMBINA AYAT BERDASARKAN KATA YANG DIBERIKAN.
MEMBINA AYAT BERDASARKAN KATA YANG DIBERIKAN:-
i)              kata tunggal – contoh sedap, kuat. dsb.
ii)             kata ganda- contoh enak-enak, makan-makan dsb.
iii)            pasangan kata ganda dan kata berimbuhan contoh masak-masak, memasak.
iv)            pasangan kata dan kata ganda seluruh contoh malam, semalaman.
v)             pasangan kata dan kata majmuk contoh lalu, lalulintas.
vi)            kata yang hampir maksud contoh  merebus dan mengukus.
vii)           pasangan kata homograf contoh rendang dan rendang.
viii)          pasangan kata berbeza makna tetapi hampir sama bunyi contoh belot dan belut.
ix)            kata dan kata berimbuhan contoh didik  dan pendidik.
x)             pasangan kata berimbuhan contoh kemasyhuran dan pemasyhuran.
xi)            kata majmuk dan kata majmuk berimbuhan contoh kuat kuasa dan dikuatkuasakan.
xii)          contoh frasa- melayari laman web, semangat setiakawan.
SOALAN DIANGGAP MUDAH TETAPI PELAJAR PERLU FAHAM MAKSUD KATA ATAU FRASA YANG DIBERIKAN:-. 
OLEH SEBAB ITU, PELAJAR PERLU:-
i)    Banyakkan membaca untuk meluaskan perbendaharaan kata.
ii)   Membuat latihan merujuk soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas.
iii)  Membuat latihan menjawab soalan-soalan peperiksaan percubaan tahun-tahun lepas.
iv)  Membuat rujukan jawapan dengan merujuk kamus dewan online atau Kamus Dewan Bahasa.
v)   Pelajar perlu mendapat bimbingan guru untuk mendapat panduan menjawab soalan ini.
MARKAH
6

Contoh-contoh soalan 3(a) Kertas SPM percubaan SPM Negeri -Negeri Se-Malaysia  PdPC pada 10/1/2019  (Khamis) dan Kelas 5K1 pada 11/1/2019 (Jumaat). Diharapkan pelajar boleh merujuk soalan-soalan berkenaan lebih awal.


     Soalan Peperiksaan Percubaan SMK Sungai Manik, Perak 2018

(a)  Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)   lauk-pauk
(ii)  mandi-manda
(iii) desas-desus
(iv) lintang-pukang
(v)  gilang-gemilang
(vi) turun-temurun

[6 markah]


          Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri Melaka  2018

(a) Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau menggugurkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)   ulang kaji
(ii)  campur aduk
(iii) biru laut
(iv) mendabik dada
(v)  memberi impak
(vi) mengorak langkah

[6 markah]


        Contoh jawapan:

         1.  Lauk pauk yang dihidangkan semasa Farid kahwin enak belaka.
       
         2.  Tempat mandi manda yang terdapat di Taiping ialah Bukit Merah Lake Town.
  
         3.  Ada desas desus mengatakan Farid telah berkahwin dengan Siti .
  
         4.  Amrun lari lintang pukang setelah dikejar oleh anjing liar itu .

         5.  Sambutan Kemerdekaan pada tahun 2018 disambut dengan gilang gemilang .

         6.  Ubat gamat merupakan ubatan tradisional yang digunakan sejak turun temurun.

         7.  "Farid,buat ulangkaji sekarang juga," kata emak kepada Farid.

         8.   "Jangan campur aduk urusan perkahwinan dengan urusan peribadi," kata Saiful kepada  
                 Khairi

         9.  Warna langsir itu biru laut.

       10.  Yakub mendabik dada selepas memenangi acara larian 100 meter.

       11.  Kenaikan harga barang memberi impak kepada ekonomi masyarakat kita.

       12.  Pengetua SMK Seri Londang mengorak langkah dengan melakukan penambahbaikan
              program kurikulum sekolah arah kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Seri Londang.

        


Tiada ulasan: