KATA BILANGAN
1.
Maksud:
Kata
bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.
2. Contoh Kata bilangan
Jenis Kata Bilangan
|
Contohnya
|
Kata bilangan tentu
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan
|
Satu, dua, tiga, dan seterusnya
Contoh ayat: Dua ekor kambing.
|
Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan
yang tidak tentu)
|
Beberapa, segala, seluruh, sekalian,
setengah-setengah, dan sebagainya.
Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.
|
Kata bilangan pecahan.
(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)
|
Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan
sebagainya.
Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid
tahun enam yang hadir ke majlis itu.
|
Kata bilangan pisahan.
(Menunjukkan bilangan yang berpisah)
|
Setiap, tiap-tiap.
Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar
yuran sekolah dengan segera.
|
Kata bilangan himpunan.
(Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)
|
Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh,
berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.
Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan
berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
|
Kata bilangan tingkat.
(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu
jumlah)
|
Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja
dalam peraduan lukisan.
|
3. Kesilapan kata bilangan:
a.
Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
menggunakan kata bilangan tentu.
SALAH
|
BETUL
|
Tiga motosikal itu berjenama Honda.
|
Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.
|
Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
|
Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
|
Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR.
|
Seratus orang calon telah menghadiri seminar UPSR.
|
b. Menggandakan
kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang
membawa maksud jamak (banyak).
SALAH
|
BETUL
|
Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
|
Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
|
Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
|
Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
|
Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.
|
Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.
|
c. Menggunakan penjodoh
bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu kecuali
kata bilangan tak serupa – beberapa.
SALAH
|
BETUL
|
Amran membeli beberapa buku cerita.
|
Amran membeli beberapa buah buku cerita.
(Tatabahasa Dewan m.s 197)
|
Para orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
|
Para peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
|
Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram.
|
Sesetengah bas persiaran beroperasi secara haram.
|
d. Menggandakan kata nama
konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.
SALAH
|
BETUL
|
Kebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.
|
Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.
|
Semua surat-surat telah dihantar kepada para tetamu.
|
Semua surat telah dihantar kepada para tetamu.
|
Sebahagian daripada pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.
|
Sebahagian daripada pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.
|
e. Menggunakan kata
singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
SALAH
|
BETUL
|
Kedua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di
dunia.
|
Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di
dunia.
|
Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah?
|
Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah?
|
Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.
|
Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.
|
f. Tidak meletakkan
penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
dengan kata bilangan himpunan.
SALAH
|
BETUL
|
Ketiga-tiga anak Pak Halim menuntut di luar negara.
|
Ketiga-tiga orang anak Pak Halim menuntut di luar negara.
|
Beratus-ratus sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.
|
Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.
|
Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
|
Beribu-ribu keping cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
|
g. Penggunaan kata bilangan
tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.
SALAH
|
BETUL
|
Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.
|
Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.
|
*Para tidak seharusnya digunakan
untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati
seperti penjahat, pengganas,
pengemis, penagih dan penipu.
h. Tidak menggunakan kata
bilangan himpunan yang betul.
SALAH
|
BETUL
|
Berbagai acara diadakan dalam karnival jualan
murah.
|
Berbagai-bagai acara diadakan dalam karnival
jualan murah.
|
Tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu
pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.
|
Tiap-tiap pelanggan yang berkunjung ke
restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.
|
i.Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung
sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit
yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh
bilangan.
SALAH
|
BETUL
|
Peserta pertandingan pidato diberi masa lima
buah minit sahaja.
|
Peserta pertandingan pidato diberi masa lima
minit sahaja.
|
Beberapa buah bahagian rumah pangsa itu telah retak.
|
Beberapa bahagian rumah pangsa itu telah retak.
|
Tiga orang mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.
|
Tiga mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.
|
j. Kata bilangan tentu tidak boleh
didekatkan dengan kata bilangan.
SALAH
|
BETUL
|
Harga daging itu lapan setengah ringgit
sahaja.
|
Harga daging itu lapan ringgit setengah
sahaja.
|
Saya menunggu awak sudah dua setengah
jam.
|
Saya menunggu awak sudah dua jam
setengah.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan