Khamis, 3 Januari 2019

SOALAN 2 (A) PEMAHAMAN UMUM BERDASARKAN TEKS RUMUSAN


2 (a)
PEMAHAMAN UMUM
(SOALAN BERFOKUS  KEPADA PETIKAN TEKS)
PEMAHAMAN UMUM:-
    i)   Keperluan menjawab soalan satu. ( pelajar maksud frasa pada ayat dihitamkan)
    ii)  Keperluan menjawab soalan dua. ( Japapan ada dalam teks- isi      
       minimum 2 dan sebaik-baiknya 3     isi)
 iii)Keperluan menjawab soalan ketiga. ( Jawapan soalan berbentuk KBAT- pendapat anda- isi minimum  2 dan sebaik-baiknya tiga)
LATIHAN BERTERUSAN DAN PEMAHAMAN FORMAT SOALAN ( PELAJAR PERLU TAHU APA YANG PERLU DIJAWAB DAN  TAHU CARA MENJAWABNYA DENGAN
BIMBINGAN GURU.
9

Soalan I: Rumusan
(30 markah)

(SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017)

Baca petikan berikut dengon teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

         Kebelakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang pesat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonorni digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumurnkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk konvensional dengan menjual produk-produk mereka di premis-premis perniagaan kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah.

         Ledakan teknologi lnternet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah dalam urusan jual beli. Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan. jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berusan juat beli tanpa perlu pergi ke prermis-premis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport  barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, keraiaan telah melancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017.

        Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata mampu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya rnelalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara  maya. Melalui ekonomi digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak RM 112 bilion merjelang tahun 2025.

Sebelum ini, pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah, kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi. Hal ini meniadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disumbangkan oleh PKS.  Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi ,digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa & iradapan bolelr ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS j uga boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan lagi sektor berkenaan. Keadaan ini seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar. Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Ekonomi Digital Pacu Ekonomi Masa Hadapan'
oleh Roharni Shafie
Dewan Masyarakat, Bil.7 2017


Soalan 2 (a) : Pemahaman Umum


Berdasarkan petikan Soalan I di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)          Berikan maksud rangkai kata menangani migrasi.                                                 ( 2 markah)

(ii)         Pengarang ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha
              Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
              Nyatakan masalah-masalah tersebut.                                                                     ( 3 markah)

(iii)        Golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas
              talian.
              Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda
              membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini?


                                                                                                                                               (4 markah)

Skema jawapan soalan pemahaman umum:-

Soalan 2  (a) : Petikan Umum
(i) Maksud rangkai kata menangani migrasi
   - mengatasi penghijrahan / perpindahan / pergerakan   2 m
   - mengatasi migrasi      1 m
   - menangani penghijrahan / perpindahan /pergerakan   1 m
(Maksimum 2 markah )

(ii) Masalah-masalah
P I   masalah pemasaran
P2   produktiviti dan teknologi yang rendah
P3   kekurangan modal dan pembiayaan
P4   masalah lokasi

(Maksimum 3 markahl
( lsi cukup:2 isi )

(iii) Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum saya membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini                                                                                                                                                                                                                                                 Markah
Pl    Membuat perbandingan harga barangan antara syarikat / peniaga atas talian agar                       
       dapat rnernbeli barangan dengan harga yang lebih rendah                                              1 + 1
P2 Membeli daripada syarikat / individu yang telah terkenal agar dapat mengelakkan                           
      daripada tertipu                                                                                                                  1 + 1
P3 Mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat pembayaran agar tidak                         
      mendatangkan masalah semasa proses pembayaran                                                          1 + 1
P4 Mempunyai capaian / kernudahan Internet bagi melakukan proses pembelian dan                           
      pembayaran atas talian                                                                                                       1 + 1
P5 Memastikan barangan yang ingin dibeli berkuaaliti dan sesuai dengan harga yang                                  ditawarkan                                                                                                                         1 + 1
P6 Memastikan syarikat / penjual mempunyai perkhidmatan lepas jualan agar dapat            1+ 1
      memudahkan pengguna melaporkan sebarang masalah
P7 Memastikan barangan yang dibeli / syarikat menawarkan tempoh jaminan yang                              
     tertentu agar sebarang kerosakan terhadap barangan dapat dibuat pertukaran                    1 + 1

                                                                                                                             (Maksimum 4 markah)
                                                                                                                                       ( lsi cukup:3 isi )

JAWAPAN PELAJAR YANG DISERTAKAN DENGAN HURAIAN - ISI CUKUP 2 ISI SAHAJA
KETERANGAN DI ATAS BERMAKSUD, JIKA PELAJAR MENYENARAIKAN ISI TANPA HURAIAN, ISI CUKUP 3 ISI TETAPI JIKA PELAJAR MENYENARAIKAN JAWAPAN DENGAN HURAIAN DAN CONTOH SEKALI, ISI CUKUP HANYA 2 ISI. SEBAGAI NASIHAT, SEBAIK-BAIKNYA PELAJAR MENULIS 3 ISI, WALAUPUN PELAJAR MENULIS ISI DAN HURAIAN KERANA DIKUATIRI ADA ISI YANG PELAJAR TULIS TIDAK TEPAT.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Rumusan tingkatan 4 modul bahasa melayu spm 2018

Unknown berkata...

Isi isi tersurat manfaat manfaat ekonomi digital