SAJAK AKU MEMBACA LAGI (Razali Mohd Yussof)
RANGKAP
|
MAKSUD
|
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpulan mega
hembasan bayu dan
banjaran gunung.
|
Penyajak memandang ke
langit. Penyajak berasa dirinya sungguh kerdil melihat kebesaran Illahi yang
mencipta pelbagai fenomena alam. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia
menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui
awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
|
Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran
ombak dan wajah pelangi
mewarnai
kehidupan umat-Mu.
|
Penyajak meyelusuri
pula alam yang terbentang luas. Kedengaran kicauan burung, desiran ombak dan
keindahan pelangi yang melengkapi kehidupan manusia dengan pelbagai rencah
kehidupan.
|
ku mendongak lagi
membaca
langit
di
dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting
terkulai
daun-daun berguguran
helai
demi helai
di
lantai tanah airku yang makmur.
|
Penyajak mendongak ke
langit lagi dan cuba memahami langit. Penyajak mendapati bahawa alam semula
jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula
jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin
kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak
dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu.
|
Aku
membaca langit
Kutemui
bulan
dan bintang menangis
meratapi
luka nasib bangsa.
|
Penyajak masih mahu
memahami perkara yang tersurat di langit. Penyajak dapat menyaksikan
kekecewaan bulan dan bintang (pejuang-pejuang bahasa) yang
meratapi akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa
di tanah air sendiri.
|
Aku
mendongak lagi
menitis
air mata langit
membasahi
bahasa Melayuku
yang berdarah.
|
Penyajak kembali
mendongak ke langit. Kali ini,penyajak dapat menyaksikan kesedihan langit
yang turut menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan semakin
dilupakan anak bangsa.
|
TEMA
· Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.
PERSOALAN
1.
Keindahan alam semula
jadi ciptaan Tuhan
Contoh : Penyajak
menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui
awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2. Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang
Contoh : Penyajak
mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa
Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
3. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa
Melayu
Contoh : Para pejuang
bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu
yang tidak dimartabatkan.
4. Bahasa sebagai maruah bangsa.
5. Jati diri anak bangsa yang kian terancam.
BENTUK SAJAK
1.
Terdiri daripada lima
rangkap
2.
Terdiri daripada empat
hingga tujuh baris dalam satu rangkap
3.
Terdiri daripada satu
hingga enam perkataan dalam satu baris
4.
Terdiri daripada empat
hingga 12 suku kata dalam satu baris
5.
Rima akhir mempunyai
bentuk bebas / tidak terikat.
·
Rangkap pertama : abcde
·
Rangkap kedua : abcd
·
Rangkap ketiga : abcdefg
·
Rangkap keempat : abcd
·
Rangkap kelima : abcd
GAYA BAHASA
- sinkope
Contoh :
- Kuselusuri
alam
- menekuni kebesaran-Mu
- mewarnai kehidupan
umat-Mu
2. personifikasi
Contoh :
- desiran ombak dan wajah
pelangi
- dahan dan ranting terkulai
- bulan dan bintang menangis
meratapiluka nasib bangsa
- menitis air mata langit
- membasahi Bahasa
Melayuku yang berdarah
3. repitisi
Contoh :
·
helai demi helai
NILAI
1.
Nilai kesyukuran
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati
keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang
bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2.
Nilai cinta akan bahasa
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa
sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
3.
Nilai cinta akan alam
sekitar
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh
Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan
banjaran gunung.
PENGAJARAN
1.
Kita mestilah bersyukur
kepada Tuhan
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran,
penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan
melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2. Kita mestilah cinta akan bahasa.
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan
bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak
dimartabatkan.
3. Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan