Assalamualaikum kepada
pelajar tingkatan 4 sains dan 5k1 dan juga semua pelajar SMK Seri Londang. Penulisan
saya pada hari ini berkenaan dengan program menyalin karangan mingguan, yang
sepatutnya pelajar lakukan pada minggu pertama bertarikh 7 hingga 11. Sebagai
makluman sepatutnya minggu pertama berdasarkan jadual menyalin karangan seperti
di bawah, pelajar perlu menulis karangan berpandu. Diharapkan pelajar patuh
kepada arahan berkenaan.
JADUAL MENYALIN KARANGAN CEMERLANG MINGGUAN
BILANGAN
|
FORMAT KARANGAN
|
MINGGU
|
1
|
KARANGAN BERPANDU
|
1
|
2
|
KARANGAN DIMENSI DIRI
|
2
|
3
|
KARANGAN DIMENSI KELUARGA/MASYARAKAT
|
3
|
4
|
KARANGAN DIMENSI NEGARA
|
4
|
5
|
KARANGAN DIMENSI ANTARABANGSA
|
5
|
6
|
KARANGAN DIMENSI KOMSAS
|
6
|
SEBAGAI PERINGANTAN, PELAJAR PERLU MENYALIN MENGIKUT KRITERIA KARANGAN CEMERLANG IAITU:-
Kedua, semasa menyalin
karangan berkenaan pelajar perlu merujuk karangan yang disalin perlu
mengikut jadual pengembangan idea perenggan pengenalan, pengembangan idea
perenggan isi, dan pengembangan idea perenggan penutup sebagai mana saya
jelaskan semasa pdpc. Walaupun begitu, untuk latihan menyalin karangan
pertama minggu pertama ini saya memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar
menyalin mana-mana karangan berpandu yang dirasakan perlu dengan merujuk buku
rujukan, bahan di internet. Namun kepada pelajar yang kreatif, pelajar boleh
membuat penambahan ayat berdasarkan keperluan jadual pengembangan idea
karangan. Antaranya seperti di bawah:-
MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
PERKARA
|
PENERANGAN
|
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
|
BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.
Membina ayat rangsangan dengan kata tanya apa berkaitan fokus
/tema pengenalan yang dipilih?
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya bagamana - fokus/ tema?
|
FRASA MENARIK
|
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.
|
UNSUR KBAT
|
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar selain menyusun atur ayat rangsangan secara kronologi dalam pengembangan idea dalam perenggan pengenalan. |
AYAT ARAHAN
|
MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….
Berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan. |
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI (UMUM)
TEMA/ KATA KUNCI ISI
|
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
Mendapatkan isi dengan penggunaan kata tanya apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih?
|
AYAT HURAIAN 1
|
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema? |
AYAT HURAIAN 2
|
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2. ( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya kenapa - fokus/ tema? |
AYAT HURAIAN 3
|
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya bagaimana - fokus/ tema? |
AYAT CONTOH
|
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT CONTOH. |
UNSUR KBAT
|
SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT |
FRASA MENARIK
|
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN
|
AYAT ARAHAN
|
TEGASKAN SEMULA ISI TEMA
KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA
|
JADUAL PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema)
|
Ayat cadangan
|
Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain
|
Ayat huraian cadangan
|
Huraikan kenapa pentingnya......tema?
|
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
|
Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ?
|
Unsur KBAT
|
Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya.
|
Frasa menarik
|
Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb.
|
Ayat harapan
|
Apa harapan anda terhadap tajuk/tema
|
Semoga, Jadual Pengembangan Idea Karangan di atas dapat membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
CONTOH HASILAN PENGGUNAAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN
LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN BIDANG SUKAN NEGARA
LAGU/ AYAT QURAN/
DSB
|
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, ……………………………………………………… |
AYAT RANGSANGAN 1
|
Lirik lagu Negaraku meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagaI seorang warganegara Malaysia.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Begitu juga diharapkan lagu ini akan memancarkan semangat patriotisme kepada individu, atau masyarakat.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan.
|
FRASA MENARIK
|
Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
|
AYAT RANGSANGAN
|
Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol Ann David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi altet negara telah banyak mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di mata dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara kerana mutu sukan negara kita ada kalanya pasang dan ada kalanya surut.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA
Kata Kunci Isi
|
Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia.
|
Ayat huraian 1
|
Hal ini demikian kerana dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.
|
Ayat huraian 2
|
Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersadana dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh atlet sukan ternama dunia.
|
Ayat huraian 3
|
Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.
|
Ayat contoh
|
Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil. Diikuti pula nama seperti Ziyad Zolkefli memecah rekod acara lontar peluru dan Muhamad Ridzuan Mohamad Puzi menjadi johan dalam acara lari 100 meter, perkembangan terbaru ini membanggakan warga negara Malaysia dan menambahkah sinar Kontijen Sukan Paralimpik Negara.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju. Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar.
|
Frasa menarik
|
Peribahasa Melayu ada mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan.
|
Ayat penegas
|
Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Peningkatan prestasi ahli sukan juga dipengaruhi oleh peningkatan latihan secara intensif.
|
Ayat huraian 1
|
Hal ini demikian kerana melalui latihan intensif menyebabkan ahli sukan dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang sukan yang diceburi justeru, mutu sukan negara pasti akan lebih meningkat.
|
Ayat huraian 2
|
Bahkan juga, dengan latihan intensif akan meningkatkan jumlah pingat yang diperoleh dalam kejohanan yang disertai.
|
Ayat huraian 3
|
Peningkatan latihan juga dapat melahirkan atlet yang berkualiti yang setaraf dengan atlet antarabangsa.
|
Ayat contoh
|
Sebagai contoh, menghantar atlet negara menjalani latihan bersama atlet daripada negara luar.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya atlet tidak melakukan latihan yang mencukupi, serta didedahkan dengan latihan intensif menggunakan kepakaran pakar sukan luar negara yang terkenal menggunakan pendekatan saintifik semasa sesi latihan.
|
Frasa menarik
|
Peribahasa ada mengatakan , jauh perjalanan luas pemandangan, begitulah hakikatnya dengan atlet yang mendapat latihan di luar negara. banyak ilmu dan pendedahan kemahiran sukan yang mereka terima selama mana mereka berada di sana.
|
Ayat penegas
|
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa latihan intensif yang banyak turut menyumbang kepada kemajuan bidang sukan negara.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Dalam pada itu, atlet sewajarnya didedahkan ke dalam kejohanan yang bertaraf antarabangsa turut menyumbang kepada langkah memajukan bidang sukan di negara kita.
|
Ayat huraian 1
|
Pendedahan kepada atlet dalam kejohan bertaraf antarabangsa akan meningkatkan pengalaman atlet akan bertambah
|
Ayat huraian 2
|
Hal ini disebabkan, atlet negara akan berkongsi pengalaman dengan atlet negara lain.
|
Ayat huraian 3
|
Imej negara juga akan meningkat apabila penglibatan atlet negara kita dalam pertandingan yang bertaraf antarabangsa contohnya, sukan Olimpik dan ASEAN.
|
Ayat contoh
|
Tamsilnya, pendedahan dalam kejohanan antarabangsa kepada saudara Ziyad menyebabkan Malaysia memperoleh pingat emas dalam sukan yang menjadi perhatian seluruh dunia iaitu Sukan Paralimpik di Brazil
|
Unsur KBAT
|
Seadainya, kerajaan tidak memberi pendedahan kepada para atlet, nescaya para atlet negara kita akan mempunyai masalah dalam bidang pengurusan dan Teknik dalam kejohanan yang dianjurkan.
|
Frasa menarik
|
Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya’.
|
Ayat penegas
|
Natijahnya, kerajaan sewajarnya berani mengambil risiko demi kejayaan atlet negara
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEEMPAT
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Seterusnya, usaha penyediaan prasarana sukan di peringkat negara, negeri, daerah, dan kampung perlu diberi keutamaan.
|
Ayat huraian 1
|
Prasarana sukan amat penting untuk kegunaan masyarakat kerana dengan adanya kemudahan berkenaan di semua lokasi strategik sama ada di peringkat negara, negeri, daerah dan kampung, memudahkan masyarakat mengunjunginya.
|
Ayat huraian 2
|
Oleh sebab itu, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Bandar perlu memberi perhatian terhadap prasarana sukan untuk masyarakat bukan saha tertumpu di bandar, malah juga di luar bandar.
|
Ayat huraian 3
|
Hal ini kerana, dengan adanya prasarana serta kelengkapan sukan berkenaan masyarakat boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk beriadah tidak kira di mana mereka berada.
|
Ayat contoh
|
Sebagai contoh, setiap kampung kini telah dibina gelanggang futsal yang selalu digunapakai remaja kampung.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha sebegini dilakukan secara berterusan, sudah pasti usaha untuk memajukan sukan negara akan sampai ke akar umbi iaitu melibatkan masyarakat keseluruhan, sama ada mereka tinggal di bandar mahupun kampung.
|
Frasa menarik
|
Sila lengkapkan.
|
Ayat penegas
|
Sila lengkapkan.
|
JADUAL PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan mutu sukan negara agar kejayaan sukan negara terserlah dan digeruni masyarakat dunia.
|
Ayat cadangan
|
Seyogia, usaha untuk membina dan meningkatkan prasarana sukan, latihan secara intensif, pemberian insetif sukan kepada atlet sukan berjaya di peringkat antarabangsa merupakan antara inisiatif untuk memajukan sukan negara.
|
Ayat cadangan
|
Usaha-usaha yang lebih proaktif perlu diberikan keutamaan seperti menggunakan kepakaran pelatih professional dari luar negara antara cadangan yang perlu diutamakan oleh Majlis Sukan Negara dan Kementerian, Belia dan Sukan.
|
Ayat cadangan
|
Oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu menyuntik lebih banyak budget berbentuk kewangan untuk meningkatkan mutu sukan negara agar keperluan atlet seperti prasana latihan dan kebajikan atlet sentiasa terjaga.
|
Frasa menarik
|
Kita tidak mahu usaha untuk memajukan sukan negara hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam atau sudah terhantuk baru tergadah untuk memajukan sukan negara kerana didapati mutu sukan negara sentiasa jauh ketinggalan berbanding mutu sukan negara maju dunia.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha untuk memajukan mutu sukan negara, sudah pasti ranking sukan negara berada di bawah negara Asia yang lain , apatah lagi negara jika dibandingkan mutu sukan negara terhebat dunia seperti Australia, Jepun, Amerika dan Rusia.
|
Ayat harapan
|
Diharapkan dengan usaha berterusan pihak bertanggungjawab untuk memajukan mutu sukan negara, atlet Malaysia akan dapat meyaingi atau duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju dunia.
|
Insya-Allah, saya akan menjelaskan dari semasa ke semasa keperluan yang perlu pelajar lakukan semasa program menyalin karangan ini semasa PdPC. Paling penting, pelajar perlu mulai menyalin karangan berpandu terbaik. Sekiranya pelajar bermasalah untuk mencari bahan, di bawah saya serta sebuah karangan yang boleh pelajar salin untuk program menyalin karangan minggu pertama.
Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tun Dr. Mahathir Mohammad, pernah mengatakan bahawa sesebuah masyarakat yang tidak menguasai ilmu atau kecekapan yang penting, pada suatu zaman akan dijajah orang lain. Jelaslah bahawa ilmu menjadi penyuluh hidup dalam semua aspek; sama ada dalam kehidupan sesebuah individu ataupun pembinaan sesebuah bangsa dan negara. Kini, kerajaan Malaysia amat mementingkan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakatnya dan menyeru rakyatnya agar menyabung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Antara inisiatif kerajaan termasuklah menangguhkan mereka yang gajinya kurang dari RM 4000 daripada membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN). Selain itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai biasiswa untuk murid-murid yang cemerlang dan juga golongan berpendapatan rendah supaya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Malaysia. Pada pendapat saya, banyak faedah yang boleh kita akan peroleh apabila kita dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya, apakah faedah-faedah yang akan kita peroleh sekiranya kita berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi ?
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya ingin membahaskan kelebihan melanjutkan pelajar ke IPT dengan kata kunci dapat berkawan dengan cendekiawan. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa jika kita berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa kepanasan bahang apinya. Namun, sekirannya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, secara tidak langsung bau wanginya akan terletak pada diri kita. Maksudnya, kita sebagai manusia senang dipengaruhi oleh orang-orang di sekeliling kita; oleh sebab itu kita haruslah bijak memilih rakan dan juga suasana di sekeliling kita untuk menyemai sikap-sikap positif dalam diri kita. Dengan melanjutkan pelajaran di universiti, kita akan banyak menjumpai mereka yang bijak pandai, rajin, inovatif, dan kreatif. Secara tidak langsung, kita akan mencontohi sikap–sikap terpuji mereka ini. Nilai–nilai tersebut banyak membantu dalam kehidupan seharian kita dan masa depan kita, bukan di sekolah sahaja. Seseorang yang ringan tulang dan sedia membantu sudah tentu akan lebih disenangi oleh manusia–manusia disekelilingnya berbanding rakan yang malas, bermulut tajam, dan megkhianati orang lain. Pendek kata, objektif melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti bukan semata-mata untuk menimba ilmu sahaja, tetapi juga untuk membina perwatakkan diri yang baik dan juga kemahiran-kemahiran lain seperti cara berkomunikasi dan melayan orang lain yang berada di sekeliling kita. Jika saya dapat melanjutkan pelajaran ke institut-institut pengajian tinggi awam sudah pasti saya merupakan orang yang paling bertuah kerana saya mampu menjadi golongan cendekiawan dan sudah pasti banyak impak positif yang akan saya terima seperti saya disemai dengan perwatakan, dan sahsiah golongan berkenaan sekaligus saya akan dipuji masyarakat. Tegasnya, kelebihan melanjutkan pengajian ke IPT akan memudahkan kita berkawan dengan cendekiawan yang akan menjadi rakan taulan kita sepanjang kita berada di menara gading.
Seterusnya, saya meluaskan horizon perbincangan dengan membahaskan kata kunci mauduk iaitu dengan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti mampu membantu saya mendapatkan pekerjaan setelah saya menamatkan pengajian. Dalam mendepani ombak modenisasi ini, kualifikasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi mencukupi untuk memastikan seseorang mendapatkan pekerjaan yang dihajati dan kelulusan sijil pelajaran Malaysia (SPM) hanya mampu membantu seseorang mendapatkan pekerjaan dengan gaji minimum sahaja. Seyogia, mereka yang hanya mempunyai sijil pelajaran sahaja pada zaman mencabar marcapada tidak mampu menampung kos sara hidup untuk kehidupan yang lebih kondusif apatah lagi bagi mereka yang telah berkeluarga. Adakah kita ingin terus-menerus bergantung kepada ibu bapa sepanjang hidup kita? Mereka sudah tua; kita perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan kita sendiri. Demi mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang lebih stabil, ijazah pertama menjadi kualifikasi minimum yang diperlukan. Hal ini demikian kerana pasaran tenaga manusia kini tepu dengan pemegang sijil ijazah pertama dan diploma. Demi bersaing dengan mereka, kita sendiri memerlukan kualifikasi yang sama. Walaupun sijil ijazah pertama atau diploma tidak akan menjamin kita mendapatkan pekerjaan, tetapi dengan sijil dan diploma berkenaan kita akan dapat meningkatkan peluang untuk berkerjaya. Asalkan kita bijak merebut peluang dan tekad mencari pekerjaan, sudah tentu kita akan berjaya. Sekiranya, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA sudah pasti kehidupan masa depan saya akan cemerlang. Sebaliknya, jika saya tidak mempunyai kelulusan, sudah pasti saya akan menghadapi kesukaran untuk bersaing mendapat kerja dengan mereka yang mempunyai ijazah, diploma apatah lagi sijil SPM dalam menempuh dunia yang penuh dengan ranjau dan duri.Tuntasnya, melanjutkan pengajian ke peringkat universiti mampu membantu saya mendapatkan pekerjaan setelah saya menamatkan pengajian nanti.
Seterusnya, dengan melanjutkan pelajaran ke IPTA juga kita dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Negara Malaysia kini mengalami pembangunan yang pesat sejajar dengan usaha kerajaan untuk menyediakan negara dan masyarakat ke arah negara berstatus maju. Wujudnya inisiatif-inisiatif, sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta, dalam pembinaaan infrastruktur, kemudahan awam, perkembangan teknologi dan juga intergrasi penggunaan teknologi, maklumat, komunikasi (TMK) dalam kehidupan masyarakat seharian. Oleh itu, Malaysia memerlukan pakar – pakar dan golongan profesional dalam bidang tersebut untuk menjayakan usaha-usaha yang dilakukan. Sebagai tamsilan, projek penambahbaikan Genting Highlands, antara tempat pelancongan yang terbesar di Malaysia, memerlukan sekurang-kurangnya 2 juta individu yang pakar dalam bidang TMK, kejuruteraan, pelancongan, dan sebagainya untuk menjayakan projek tersebut dalam tempoh dua tahun ini. Sekirannya tidak cukup rakyat Malaysia yang layak dari segi ilmu pengetahuan, kualifikasi, dan pengalaman, siapakah yang akan menjalankan projek tersebut? Adakah kita, sebagai rakyat Malaysia, ingin mengancam status quo kita di tanah air kita dengan kemasukan orang asing untuk memenuhi kuota pelaksanaan projek tersebut? Begitu cepat kita lupa apa yang terjadi pada zaman pemerintahan British? Oleh itu, kita haruslah berusaha memainkan peranan kita, walaupun sedikit, untuk menyambut usaha-usaha tersebut dan menjayakannya. Tuntasnya, pelanjutan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akan mewujudkan rakyat Malaysia yang layak dan mampu menyumbang dalam pembangunan negara kita yang tercinta ini.
Di samping itu, melanjutkan pelajaran di universiti akan melahirkan golongan intelektual yang mampu bersaing di persada antarabangsa. Seyogia, dengan melanjutkan pelajaran akan membuka mata para pelajar kepada dunia intelek yang tidak mungkin diketahui mereka sebelum ini melalui program-program yang bertujuan untuk mendedahkan murid kepada dunia di luar. Antaranya ialah penganjuran seminar, atau bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah luar. Selain itu, juga wujudnya universiti-universiti yang mempunyai persetejuan awal dengan universiti negara lain untuk mengadakan program pertukaran pelajar. Melalui program tersebut, pelajar-pelajar yang layak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Pengalaman ini sangat penting untuk mendedahkan para pelajar kepada perbezaan yang wujud antara negara kita dan negara lain. Pengalaman ini juga membangkitkan semangat inkuiri dalam diri pelajar dan membolehkannya membina perwatakan sendiri. Secara umumnya, pengajian ke peringkat universiti memberi pelajar-pelajar peluang untuk memperbaiki diri sendiri yang tidak didapati di tempat lain. Oleh sebab itu, sekiranya kita berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan bergelar Dr. Falsafah atau PHD, kita merupakan orang yang mampu untuk mencorakkan negara menjadi negara maju kerana negara memerlukan kreativiti kita untuk mencipta sesuatu yang baru sama ada untuk industri pertanian, permotoran, perkilangan dan sebagainya. Tegasnya, melanjutkan pelajaran di universiti akan melahirkan golongan intelektual yang mampu bersaing di persada antarabangsa.
Konklusinya, banyak faedah yang boleh kita dapati melalui pelanjutan pelajaran ke peringkat universiti. Kita haruslah menyambut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi baru yang berilmu pengetahuan dan mengambil peluang ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti. Bersyukurlah, kerana bukan semua manusia di dunia ini diberi peluang sama untuk menimba ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi seperti di negara kita. Wujudnya negara yang terlalu miskin sehingga kerajaannya tidak mampu mendirikan pusat pengajian tinggi. Ada juga warganegara terutama pelajar perlu menanggung kos pengajian yang tinggi atau terlalu mahal sehingga majoriti rakyatnya tidak mampu membiayainya ataupun muflis demi mengejarkan ilmu. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi kabur, gunakanlah peluang yang diberi ini sebaik mungkin untuk anda menyahut peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Pelajar dibenarkan untuk mengubahsuai dan membuat penambahbaikan karangan di atas terutamnya jika ada kesalahan ejaan, binaan ayat dan kesalahan tatabahasa. Kepada pelajar yang masih tidak faham modus operandi jadual pengembangan idea karangan, boleh merujuk saya di bilik Guru Kanan Bahasa. Semoga anda akan faham peranan Jadual Pengembangan Idea Karangan untuk memantapkan karangan anda. Harap maklum.
Pelajar yang telah menyiapkan karangan program menyalin karangan minggu pertama, boleh menyerahkan karangan berkenaan untuk saya semak dan sahkan penghantaran karangan anda berkenaan pada minggu depan. Selepas ini, kita akan menjurus kepada penulisan karangan 2, Dimensi Diri. Inysa-Allah. Sekiranya pelajar mampu, rujuk karangan respon terbuka jenis dimensi diri daripada mana-mana sumber. Anda juga boleh merujuk contoh karangan berkenaan di dalam blog ini yang pernah saya terbitkan. Harap maklum.
Pelajar yang telah menyiapkan karangan program menyalin karangan minggu pertama, boleh menyerahkan karangan berkenaan untuk saya semak dan sahkan penghantaran karangan anda berkenaan pada minggu depan. Selepas ini, kita akan menjurus kepada penulisan karangan 2, Dimensi Diri. Inysa-Allah. Sekiranya pelajar mampu, rujuk karangan respon terbuka jenis dimensi diri daripada mana-mana sumber. Anda juga boleh merujuk contoh karangan berkenaan di dalam blog ini yang pernah saya terbitkan. Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan