Isnin, 14 Januari 2019

LATIHAN MENGHASILKAN KARANGAN BERPANDU PdPC ESOK 15/1/2019 (KELAS 4 SAINS DAN 5K1)

SOALAN KARANGAN PERCUBAAN NEGERI BELUD SABAH 2018. BERDASARKAN SOALAN KARANGAN BERPANDU DI BAWAH, CUBA HASILKAN KARANGAN BERSAMA GURU ANDA.
LANGKAH PERTAMA PILIH JENIS PENGENALAN KARANGAN YANG SESUAI MENGGUNAKAN KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN.

Pelajar yang berfikiran kreatif mampu menghasilkan latihan karangan mereka dengan merujuk sumber seperti internet untuk menghasilkan pengenalan menarik. Pelajar hanya perlu mengklik tajuk karangan berkaitan obesiti dan pelbagai maklumat yang boleh pelajar dapati berdasarkan tajuk berkenaan. Sekiranya pelajar tidak ada sumber akses internet, mereka juga boleh mendapatkan keratan akhbar lama yang ada membicarakan internet. Seyogia, peribahasa Melayu ada mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, justeru, pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mendapatkan bahan berkenaan antaranya menggunakan telefon bimbit kerana pada zaman sekarang, pelbagai sumber yang boleh membantu pelajar mendapatkan bahan. Telefon bimbit berkenaan sudah digunapakai oleh setiap ahli keluarga, sama ada abang, kakak, atau ibu bapa. Kesimpulannya, jika pelajar berusaha dan ada kerjasama ahli keluarga, sudah pasti pelajar mampu mencari sember maklumat berkenaan. Sebagai contoh, di bawah merupakan hasil carian saya di internet. Oleh sebab itu, pelajar boleh menggunakan sumber berkenaan untuk menghasilkan perenggan karangan.

Fakta atau maklumat yang ditemui di internet berkaitan obesiti:-
Fakta 1.
Tahukah anda, masalah obesiti di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan pada setiap tahun dan ini menunjukkan bagaimana sikap dan budaya masyarakat tempatan dalam menjaga kesihatan dan juga memandang enteng akan permasalahan ini. Selain itu, pada masa yang sama obesti juga dapat memberikan gambaran kepada kita bagaimana anggaran peningkatan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat tempatan.Antara punca masalah obesiti adalah kerana bilangan ibu bapa bekerja sering menyediakan anak-anak mereka makanan segera seperti “burger”, sosej, dan nuget.

Fakta 2.
Obesiti adalah suatu penyakit di mana lemak berlebihan berkumpul di dalam badan seseorang. Ia bukan sahaja akan menyebabkan aktiviti fizikal dan sosial seseorang menjadi terhad, malah akan menyebabkan jangka hayat seseorang menjadi pendek. Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ di dalam badan kita seterusnya dapat menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Seseorang itu dianggap menghidapi masalah obesiti apabila berat badannya adalah 45kg melebihi berat badan ideal seseorang itu. 

Fakta 3.
Isu obesiti semakin galak diperkatakan kebelakangan ini terutamanya melibatkan pelajar sekolah sehingga mendorong kerajaan mengeluarkan pekeliling untuk mencatat jisim indeks tubuh atau body mass index (BMI) di dalam laporan pelajar sekolah di negara kita.
Makanan berkolesterol tinggi seperti roti canai, nasi lemak, makanan dan minuman ringan, jeruk dan sebagainya dicadang supaya tidak lagi dijual di kantin-kantin sekolah dan ditukarkan dengan menu-menu lain yang lebih berkhasiat serta sesuai untuk pemakanan kanak-kanak.

Fakta 4.
BERDASARKAN laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala 3.3 juta individu lagi disahkan obes.
Lebih membimbangkan, masalah obesiti di Malaysia kian meningkat dari hari ke hari. Hal ini terjadi kerana banyak makanan rakyat negara ini yang digoreng menggunakan minyak masak dan mengandungi santan, sekali gus menyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.
Berdasarkan Kamus Dewan:

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, obesiti merupakan istilah gemuk  yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan.

Berdasarkan fakta dan maklumat di atas, pelajar yang bijak boleh mengesan ayat rangsangan yang boleh digunapakai untuk mengembang isi perenggan pengenalan berdasarkan jadual pengembangan idea perenggan pengenalan. Oleh sebab itu, membaca dan mendapatkan maklumat amat penting untuk membantu pelajar mengarang. Sebagai rumusannya, pelajar yang banyak membaca akan membantu mereka menghasilkan karangan yang baik. Budayakan membaca dalam kehidupan.

MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN

PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.


BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.
 Membina ayat rangsangan dengan kata tanya  apa berkaitan fokus 
/tema pengenalan yang dipilih?
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?
AYAT RANGSANGAN  3
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya  bagamana - fokus/ tema?
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.

UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar selain menyusun atur ayat rangsangan secara kronologi dalam pengembangan idea dalam perenggan pengenalan.

AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….
Berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan.


Sebagai peringatan sebelum pelajar mula mengarang, pelajar diingatkan untuk melihat soalan dan pelajar perlu patuh kepada arahan soalan iaitu, fokus penulisan perlu merujuk kepada golongan remaja. Sekiranya pelajar merujuk kata nama kita, atau masyarakat bermakna focus atau tema soalan sudah berubah dan ini akan memberi kesan kepada markah. Sebarang penulisan pelajar perlu merujuk remaja. Harap maklum.

CUBA LENGKAPKAN PERENGGAN PENGENALAN DI BAWAH BERSAMA-SAMA
DENGAN MENRUJUK DAN MENGEDIT DAPATAN INTERNET SERTA KAMUS DEWAN
BAHASA.


PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS DEFINISI
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, obesiti merupakan istilah gemuk  yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan.
AYAT RANGSANGAN  1
Dasawarsa , obesiti di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat.
AYAT RANGSANGAN  2
Berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala 3.3 juta individu lagi disahkan obesiti.
AYAT RANGSANGAN  3
Masalah obesiti terjadi kerana sikap dan budaya remaja tidak mengambil kesah penjagaan kesihatan dan juga memandang enteng akan permasalahan berkaitan obesiti.
FRASA MENARIK
Peribahasa Melayu ada mengatakan mencegah lebih baik dari merawat.

UNSUR KBAT
Sekiranya, obesiti ini berleluasa sudah pasti  golongan remaja akan mudah mendapat penyakit tiga serangkai yang merugikan negara kerana kehilangan kalangan remaja yang sepatutnya menyumbangkan produktiviti negara akan terbantut dan ini merugikan negara.

AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh individu dan remaja dalam menangani masalah obesiti yang berleluasa.

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI

TEMA/ KATA KUNCI ISI
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
 Mendapatkan isi dengan penggunaan kata tanya  apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih?
AYAT HURAIAN 1
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?
AYAT HURAIAN 2
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya kenapa - fokus/ tema?
AYAT HURAIAN 3
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya bagaimana - fokus/ tema?
AYAT CONTOH
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT CONTOH.
UNSUR KBAT
SEBAB DAN AKIBAT-  JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN
AYAT  ARAHAN
TEGASKAN SEMULA ISI TEMA
KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA


CUBA LENGKAPKAN JADUAL PENGEMBANGAN ISI KARANGAN PERTAMA DENGAN
KATA KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBSETI DENGAN MENJALANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Sebagai seorang pelajar berminda kelas pertama saya ingin memperkatakan  usaha mencegah obesiti dengan kata kunci pentingnya pemeriksaan kesihatan dalam kalangan remaja.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini demikian kerana pegawai kesihatan mampu mengurangkan kadar obesiti yang berleluasa dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja.
AYAT HURAIAN 2
Apabila remaja mendapat pemeriksaan secara berkala di klinik, sudah pasti pihak doktor akan dapat mengawal dan mengesan sebarang masalah yang melibatkan kesihatan remaja terutamanya masalah obesiti.
AYAT HURAIAN 3
Seyogia, dengan rawatan yang sempurna  remaja akan dapat mengelak  diri daripada menghadapi masalah obesiti.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, sepanjang rawatan dijalankan, golongan remaja akan diberi pemeriksaan teliti contohnya dengan mengambil darah, menilai status kencing manis, mengambil tekanan darah darah tinggi, dan serta memeriksa degupan jantung remaja kerana masalah berkenaan ada kaitan dengan sindrom obesiti.
UNSUR KBAT
Sekiranya golongan remaja gagal untuk menerima pemeriksaan yang sepatutnya, nescaya masalah kesihatan remaja akan bertambah kritikal terutama ketika mereka sudah berumur.
FRASA MENARIK
Sebelum nasi menjadi bubur, remaja haruslah menjaga kesihatan mereka daripada awal kerana jika terlambat dan masalah obesiti sudah membarah, ketika itu sebarang tindakan sudah tidak berguna lagi.
AYAT  PENEGAS
Sudah terang lagi bersuluh, pemeriksaan kesihatan amat penting  untuk mencegah masalah obesiti daripada membelenggu kesihatan diri para remaja.

CUBA LENGKAPKAN JADUAL PENGEMBANGAN ISI KARANGAN PERTAMA DENGAN
KATA KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBSETI DENGAN MENJALANKAN AKTIVITI SENAMAN

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Selain itu, golongan remaja boleh mengelakkan obesiti dengan melakukan aktiviti senaman atau riadah pada waktu senggang.
AYAT HURAIAN 1
Dengan melakukan aktiviti senaman atau riadah remaja dapat membakar lemak atau kalori yang menjadi faktor utama berlakunya obesiti dalam kalangan masyarakat.
AYAT HURAIAN 2
Di samping itu, aktiviti senaman juga membolehkan badan remaja mengeluarkan peluh dan menyingkirkan bahan toksik dan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh badan.
AYAT HURAIAN 3
Aktiviti senaman juga dapat mengelakkan golongan remaja daripada menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, lemah jantung, diebetis yang dikenali sebagai penyakit tiga serangkai.
AYAT CONTOH
Antara senaman yang boleh kita lakukan seperti berjogging, yoga, senamrobik, merentas desa, zumba, mendaki gunung dan sebagainya.
UNSUR KBAT
Jika remaja gagal melakukan aktiviti senaman sebagai budaya, nescaya tubuh badan remaja senang dijangkiti penyakit.
FRASA MENARIK
Oleh sebab remaja perlu berusaha untuk memastikan kesihatan mereka sentiasa sihat kerana peribahasa Melayu ada mengatakan badan cergas otak cerdas.
AYAT  PENEGAS
Tegasnya, golongan remaja haruslah sentiasa melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengekalkan keseimbangan badan.

CUBA LENGKAPKAN JADUAL PENGEMBANGAN ISI KARANGAN PERTAMA DENGAN
KATA KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBSETI DENGAN PENGAMBILAN PEMAKANAN SEIMBANG

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Bahkan juga, usaha remaja untuk mencegah masalah obesiti  adalah dengan mengutamakan pemakanan seimbang pada setiap hari.
AYAT HURAIAN 1
Sebagaimana kita sedia maklum makanan seimbang amat penting untuk memastikan tumbesaran badan seimbang dan mengelakkan obeseti dan penyakit berkait dengan pemakanan.
AYAT HURAIAN 2
Antara keperluan makan makanan seimbang yang diperlukan oleh seseorang untuk mengekalkan tumbusaran adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat, vitamin, lemak, protin, mineral dan garam galian.
AYAT HURAIAN 3
Pengambilan makanan berkenaan perlu mengikut piramid makanan iaitu mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak yang menjadi faktor utama berlakunya obesiti.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, pengambilan makanan yang mengandungi minyak berlebihan dan kandungan santan perlu dikurangkan dalam pengambilan makanan setiap hari.
UNSUR KBAT
Jika, remaja tidak dapat mengawal pengambilan makanan yang berminyak dan makanan yang berlemak, mereka mudah untuk mengalami obesiti.
FRASA MENARIK
Perlu diingatkan sudah terhantuk baru terngadah sudah tidak berguna lagi.
AYAT  ARAHAN
Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang amat penting dijadikan budaya seharian untuk mengelakkan obesiti.


MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP

Ayat Penyimpul
Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema)

Ayat cadangan
Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi  pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain
Ayat huraian cadangan
Huraikan kenapa pentingnya......tema?
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ?
Unsur KBAT
Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya.

Frasa menarik
Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb.

Ayat harapan
Apa harapan anda terhadap tajuk/tema

CUBA LENGKAPKAN JADUAL PENGEMBANGAN PERENGGAN PENUTUP DI BAWAH

Ayat Penyimpul
Konklusinya, usaha -usaha pencegahan obesiti dalam kalangan remaja boleh dilakukan daripada awal remaja kerana jika terlambat remaja boleh menghadapi masalah obesiti yang kronik.
Ayat cadangan
Sebagai langkah untuk mengelakkan masalah obesiti dalam kalangan remaja, saya telah menggariskan beberapa langkah seperti menjalankan pemeriksaan kesihatan, menjalankan aktiviti senaman atau riadah dan juga mengambil makanan seimbang.
Ayat Cadangan lain.
Selain itu, remaja boleh mengamalkan amalan puasa sunat dan mengambil makanan kesihatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Apabila usaha-usaha yang digariskan di atas diaplikasi remaja dalam menjalani kehidupan seharian sudah pasti remaja dapat mengelakkan diri daripada mengalami obesiti.
Unsur KBAT
Sebaliknya, remaja yang alpa dan mengambil enteng permasalahan obesiti, sudah pasti mereka akan menghadapi impak dan kesan sampingan sama ada semasa mereka remaja atau pada masa mereka tua nanti.
Frasa menarik
Imam Hakim meriwayatkan hadis nabi dalam kitab al-Mustadrak, iaitu ingat kaya sebelum miskin,  ingat sehat sebelum sakit,  ingat muda sebelum tua, ingat lapang sebelum sempit, ingat hidup sebelum mati.

Ayat harapan
Konklusinya, sebaga remaja usaha-usaha untuk mengelakkan obesiti perlu menjadi keutamaan supaya kehidupan mereka akan sempurna..
SEMOGA PELAJAR DAPAT MENGHASILKAN KARANGAN TERBAIK DENGAN BIMBINGAN GURU, SEPANJANG PdPC ESOK.

1 ulasan:

Saime berkata...

terima kasih cikgu. Halalkan saya menggunakan bahan cikgu.Moga terus menyumbang untuk menjana manfaat berpanjangan.