CERPEN
KOMSAS: MUNSYI
A.
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah
hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.
Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat
sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga
yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda,
asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke
bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua
perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku
untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu
Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi
akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’
mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan
rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah
‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak
kelihatan di mana-mana.
B. TEMA
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang
tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta
akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.
C. PERSOALAN
1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina
kehidupan
Contohnya, ‘saya’
memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya
seperti kebanyakan remaja yang lain.
2. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya, pihak
penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan
negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa
tidak puas hati rakyat.
3. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan
kehidupannya.
Contohnya,
‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum
berhijrah ke bandar.
4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati
nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada
pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di
bandar.
5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu
keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh
akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.
D. PLOT
1. Permulaan
Cerpen dimulakan
dengan kisah ‘saya’ tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana
bimbang anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda
anak-anak muda di kota.
2. Perkembangan
Bonda pernah bercerita
pada ‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan
rakyat negara ini.
Setelah Negara
merdeka, perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
Ibu menasihati ‘saya’
agar memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini. ‘Saya’ juga membaca
membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa
‘saya’
Setelah bonda yakin
dengan kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota
untuk membaiki taraf hidup saya. ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk
disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi.
Di Bandar ,’saya’
dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan
nilai-nilai murni dan batas kehidupan.
‘Saya’ mendengar
berita kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai
bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
3. Klimaks
Aku sampai di
perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan
rumah-rumah di situ. Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam
peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ.
4. Peleraian
Berhari-hari aku
mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.
E. TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog - “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik
bonda saya.”
2. Imbas kembali - Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah
mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
3. Imbas muka - Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
4. Pemerian - Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas
dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.
Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang
maharaja di zaman kesultanan melayu. Di jari-jemarinya lengkap
menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
5. Kejutan - Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil
alih kampung tradiri yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah
dan hotel bertaraf lima bintang.
6. Saspens - Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.
F. WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
utama
‘Saya’
1. Seorang yang taat. Cth - ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke
bandar.
2. Seorang yang amanah. Cth - ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu
buku-buku yang sepatutnya diserahkan
kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
3. Seorang yang gemar membaca. Cth - ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
4. Seorang yang tidak mudah putus asa. Cth - ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila
sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah
ditolak oleh ibunya.
Watak sampingan
Bonda ‘saya’
1. Seorang yang
berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
2. Seorang yang
bersifat patriotik.
Bonda menasihati
‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
3. Seorang yang amat
memahami
Bonda mengizinkan
‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati
dirinya.
Munsyi
1. Kawan lama bonda.
2. Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian
tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
3. Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.
F. LATAR
Latar masa
1. Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan
system pecah dan perintah.
2. Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan
nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.
Latar tempat
1. Di kampung - Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’
meninggalkan kampung untuk berhijrah ke
kota
2. Di kota - ‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina
kehidupan yang lebih sempurna.
3. Di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota - Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
1. Masyarakat kampong
- ‘Saya’ dan bonda
tinggal di kampung.
2. Masyarakat remaja
yang tinggal di Bandar - ‘Saya’
dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh
keseronokan hidup.
3. Masyarakat yang
mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan - Penduduk kampung tradisi mengadakan
demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik
mereka oleh pihak berkuasa.
4. Masyarakat yang
cekal dan berani - Anak-anak bangsa pada
zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan
yang terkenal.
G. GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Zaman- berzaman
2. Metafora - Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
3. Peribahasa - Bahasa jiwa bangsa
4. Simile - Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping
bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
5. Hiperbola - Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang
bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.
H. NILAI
1. Patriotik - Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda
dan agama.
2. Ketaatan - ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke
bandar.
3. Kegigihan - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka
hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
4. Amanah - ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku
kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
I. PENGAJARAN.
1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu
- ‘Saya’ tidak membantah
ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
2. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan
- Anak-anak bangsa pada
zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan
yang terkenal.
3. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan
- ‘Saya’ telah mengkaji
teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik
ibunya.
4. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan
- ‘Saya’ meminta izin
ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun
hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan