Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid
Ahmad)
Sinopsis
Cerpen Cinta
Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan pendekatan
sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan
cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah
memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat
maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu
pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut
bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth
sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk
kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan
anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal
ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan
menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.
Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad
Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman
Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad
Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin
apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang
membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama
Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan
silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat
di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad
Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di
situ.
Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun
1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula
menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa
menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran
kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci
komunis.
Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya
meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung
melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup
diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang
tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak
pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam
keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat
perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu
akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan
Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun
rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia
pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ.
Tema
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal
Rasyid Ahmad) memaparkan tema perjuangan mementang penjajah. Ahmad Mutawakkil
yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap
bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan
Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi
penyebar maklumat tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia
belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang
pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini dibuktikan melalui pidato- pidato yang
disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan semangat patriotisme
dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda
yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup
menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup
menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum
mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati
oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda
itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.
Persoalan
1. Persoalan perubahan
sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah
sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus
buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan
penanaman getah. (m/s 40)
2. Persoalan kepentingan sikap
berdikari dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian
bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih. (m/s 41)
3. Persoalan kesan kedatangan
penjajah
Contoh:Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah
menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang. (m/s 42)
4. Persoalan tanggungjawab
seorang pemimpin
Contoh: Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas
solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang
nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan
mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya.(m/s 43)
5. Persoalan kepentingan
menguasi ilmu dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung
mendapatkan
maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis
dan bercakap
dalam bahasa Inggeris. (m/s 44)
6. Persoalan semangat
patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Contoh: Ahmad
Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat
buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu
untuk merdeka. (m/s 50)
TEMA :
Kegigihan dan keberanian
seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan tanah air.
1.Peristiwa
|
Tuan Booth bertindak membawa semua
ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih sayangnya
kepada keluarga
|
Persoalan
|
Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga
|
Perwatakan
|
Seorang yang penyayang
Tuan Booth
|
Latar Masyarakat
|
Masyarakat yang penyayang
|
Nilai
|
Kasih sayang
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah sentiasa
mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga
|
2.Peristiwa
|
Masyarakat kampung yang sentiasa
tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan
keganasan komunis
|
Persoalan
|
Persoalan tentang ketabahan dalam
mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang.
|
Perwatakan
|
Seorang yang
tabah Ahmad Mutawakkil
|
Latar Masyarakat
|
Masyarakat yang tabah mengharungi
zaman perang
|
Nilai
|
Ketabahan
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah tabah dalam
mengharungi zaman /waktu kesusahan
|
3. Peristiwa
|
Ahmad Mutawakkil seorang pemuda
yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memerdekakan tanah air
melalui pidato dan penulisan dalam menentang panjajahan Inggeris dan komunis.
|
Persoalan
|
Persoalan tentang semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang
pejuang tanah air
|
Perwatakan
|
Seorang yang mempunyai
semangat patriotismAhmad Mutawakkil
|
Latar Masyarakat
|
Masyarakat
yang mempunyai semangat patriotisme untuk memerdekakan tanah air
|
Nilai
|
patriotisme
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air
|
4.Peristiwa
|
Sandra yang mencintai Ahmad
Mutawakkil dalam diam sanggup menetap di kampung itu selepas
kemerdekaan dan mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis.
|
Persoalan
|
Persoalan tentang kisah cinta yang mendalam
|
Perwatakan
|
Seorang yang penyayang Sandra
|
Latar Masyarakat
|
Masyarakat
yang penyayang
|
Nilai
|
Kasih sayang
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah setia apabila
menyayangi seseorang dengan setulus hati
|
5. Peristiwa
|
Ahmad Mutawakkil belajar membaca
dan menulis dengan Sandra sehingga melayakkannya menjawat jawatan wartawan
|
Persoalan
|
Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan
|
Perwatakan
|
Seorang yang berilmu Ahmad
Mutawakkil
|
Latar Masyarakat
|
Masyarakat
yang sedar akan kepentingan ilmu
|
Nilai
|
Kebijaksanaan
|
Pengajaran
|
Kita
hendaklah sentiasa mencari ilmu demi memajukan bangsa
|
PERISTIWA
|
LATAR MASA
|
LATAR TEMPAT
|
Ahmad
Mutawakkil melangkah dalam keadaan terhuyung-hayang dan jatuh tersemban di
ribaan Imam Ngah Deraman kerana ditembak oleh komunis
|
Malam Jumaat
bulan Ogos 1953
|
Surau kampung
|
5 orang
komunis memasuki banglo Tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahmad
Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat menentang komunis
|
Pukul 9 pagi
Khamis
|
Banglo Tuan
Booth
|
Seorang budak
lelaki berbisik sesuatu kepada Ahmad Mutawakkil, yang membawa kepada
kehilangan beliau seterusnya kematiannya.
|
11 malam
|
Surau
|
Penduduk
kampung sembayang maghrib berjemaah
|
Senja
|
Surau
|
PEMAHAMAN
Latihan 1 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil
Antologi Sajadah Rindu)
Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa,
dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para
makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris kalimah- dipintu
surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa
bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu
Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak
sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera
menoleh.
Dek pelita ayam yang tergantung pada alang
beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang
tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua
matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala
seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun
kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah
Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu dek tenggelam punca.
1.
Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib?
2.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah
melihat lelaki itu ?
3. Berikan
satu persoalan berdasarkan petikan dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan
cerpen.
Latihan 2 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Antologi Sajadah Rindu)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun
perlahan-lahan. Sebelah tangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi
terkulai. Waktu itu, kami sedar-perkara yang ditakuti belakangan ini benar
benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana
lampu ayan yang menerangi kampong, kini diambang maut.
Ahmad
Mutawakkil-malam itu, Jumaat bulan Ogos 1953-dek luka yang parah melangkah
dengan longlai kea rah Imam Ngah Deraman.
Ketika kami semua masih terpegun dan
tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh melutut dan wajahnya tersembam di ribaan
Imam Ngah Deraman. Pada waktu itu, dalam keadaan dia mengerekot, kami Nampak
luka besar di belakang bahunya-bekas tusukan peluru.
Darah
masih mengalir, betul-betul di belakang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil.
Menyedari darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai. Penghulu
Ibrahim Deraman sigap segera membaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama kemudian,
bunyi nafasnya separuh mengeruh. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia terkulai
lalu pengsan.
a)
Berdasarkan petikan, nyatakan keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang
maut.
b)
Pada pendapat anda, apaka cabaran semasa berjuang menuntut kemerdekaan Negara?
c)
Nyatakan satu persoalan daripada petikan dan satu soalan daripada cerpen.
Latihan 3 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil, Antologi Sajadah
Rindu)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu. Sejarahnya hanya
jaluran kebun dan sawah. Pertengahan tahun 30-an, dating satu keluarga Orang
Putih-mengupah berates-ratus orang buruh,termasuk kami sendiri- meneroka
belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anak-anak getah.
Sebahagian buruh
pemugar beransur-ansur pergi. Tinggallah sekitar lima belas keluarga, membentuk
sebuah kampong kecil berumah teres di tengah estet. Beberapa tahun kemudian,
ketika pokok-pokok getah sudah tinggi melayup, hasilnya mula ditoreh. Seminggu
sekali, dikepalai Tuan Booth, kepingan getah dikandar puluhan pekerja melintasi
jalan kampong menuju ke bandar.
Kehadiran Tuan
Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba
sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dulunya tanah merah batu lada,
sudah dikejapkan, tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada
musim kemarau.
a)
Berdasarkan petikan, siapakah yang telah datang ke kampong itu dan apakah yang
telah dilakukan oleh mereka?
b)
Andaikan anda ialah Tuan Booth, apakah tindakan lain yang akan anda lakukan
untuk memajukan kampung itu?
c) Nyatakan
satu pengajaran berdasarkan petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan
cerpen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan