Di bawah saya lampirkan nota Puisi Tradisonal Syair Bidasari (
Jamilah Hj. Ahmad) untuk pelajar Tingkatan 4 Sains sebagai persediaan
pembentangan pada hari Rabu (23 Januari 2019). Pelajar disarankan mencari nota
dari sumber lain sebagai nota sebelum pembentangan.
SYAIR BIDASARI
A.
MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
Pengenalan kisah
seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali
sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh
dan perbandingan kepada pembaca.
Rangkap 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Di sebuah negeri
terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana.
Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar
geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang
soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).
Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Kegagahan dan
kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak
mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan
berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Sultan yang bijaksana
bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan,
permaisuri pun hamil.
Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Setelah beberapa
tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala petaka
datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Tiba-tiba pada suatu
hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri Kembayat.
Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja
sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan
kemusnahan.
Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Geroda melakukan
serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat
berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara
dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
Ketika itu baginda
sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat
jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran.
Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang
berlaku.
B.
Tema
Menceritakan Raja
Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang melarikan diri telah tiba di
sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat
mengandung telah tiba waktu untuk bersalin.Mereka mencari tempat persinggahan
yang sesuai yang berhampiran dengan sungai.
C.
Persoalan
1.
Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha
mencari kehidupan yang lebih terjamin.
2.
Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang
tersayang.
3.
Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
4. Persoalaan kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.
5. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin.
6. Persoalan kasih sayang terhadap ahli keluarga
7. Persoalan keadilan dan kesaksamaaan seorang pemerintah.
8. Persoalan musibah yang tidak boleh diramal.
4. Persoalaan kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.
5. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin.
6. Persoalan kasih sayang terhadap ahli keluarga
7. Persoalan keadilan dan kesaksamaaan seorang pemerintah.
8. Persoalan musibah yang tidak boleh diramal.
C.
Bentuk
1.
Terdiri daripada 8 rangkap.
2.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata.
4.
Semua baris adalah maksud.
5. Rima akhir aaaa kecuali rangkap ketiga aaba
5. Rima akhir aaaa kecuali rangkap ketiga aaba
D.
Gaya Bahasa
1.
Asonansi -Pengulangan huruf vokal - Dengarkan tuan suatu
riwayat (a)
2.
Aliterasi - Seri sultan raja bestari (s)
3.
Bahasa klasik- akas, ngadil, halifah, takhta
4.
Bahasa istana - baginda, permaisuri, takhta
5. Bahasa Arab -halifah
6. Epifora- pengulangan dia akhir ayat, contoh; beberapa lamanya dalam kerajaan baginda meninggalkan takhta kerajaan
7. Imej alam; unggas
5. Bahasa Arab -halifah
6. Epifora- pengulangan dia akhir ayat, contoh; beberapa lamanya dalam kerajaan baginda meninggalkan takhta kerajaan
7. Imej alam; unggas
E.
Nilai
1.
Nilai ketaatan
Rakyat Kembayat taat kepada sultan pemerintah.
2.
Nilai tanggungjawab
Raja negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri.
3.
Nilai keprihatin seorang pemimpin
Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung
oleh orang lain.
4.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
5. Kebijaksaan
Raja Negeri Kembayat bijak dan cekap memimpin kerajaan
6. Keadilan
Raja Negeri Kembayat memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada para pedagang senteri
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
5. Kebijaksaan
Raja Negeri Kembayat bijak dan cekap memimpin kerajaan
6. Keadilan
Raja Negeri Kembayat memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada para pedagang senteri
F.
Pengajaran
1.
Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar
hidup lebih bermakna.
2.
Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka
beroleh kebahagiaan .
3.
Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh orang
lain.
4.
Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita sentiasa
aman dan makmur.
5.
Kita mestilah berani menghadapi cabaran masa depan.
6.
Kita mestilah bijaksana mentadbir negara untuk kebaikan bersama.
7. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian organisasi.
8. Kita haruslah bersedia setiap masa menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak dijangka.
7. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian organisasi.
8. Kita haruslah bersedia setiap masa menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak dijangka.
Soalan Latihan:
Soalan
Latihan:
1) Berikan dua sifat raja yang
terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut.
Dua sifat raja yang terkandung dalam
rangkap kedua syair tersebut ialah seorang yang bijaksana
dan adil
2) Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan
yang akan diperoleh seseorang yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi?
Pada pendapat saya tiga kelebihan orang
yang diperoleh seseorang yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi ialah
dipandang mulia, disayangi,dihormati dan dikasihi.
3) Jelaskan dua persoalan yang terkandung dalam
syair ini.
Dua persoalan yang
terkandung dalam syair ini ialah perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha
mencari kehidupan yang lebih terjamin dan pengorbanan yang perlu ditanggung
demi orang yang tersayang.
2 ulasan:
Terboek
Thank you
Catat Ulasan