HASILAN PERBINCANGAN KARANGAN
GURU DAN PELAJAR PADA HARI INI MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN
PENGENALAN, PERENGGAN ISI, DAN PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PENGENALAN JENIS
DEFINISI
|
Berdasarkan Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka, obesiti merupakan istilah gemuk yang
disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan.
|
AYAT RANGSANGAN
1
|
Dasawarsa , obesiti di
Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dalam kalangan
masyarakat.
|
AYAT RANGSANGAN
2
|
Berdasarkan laporan
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta orang
dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan
berlebihan manakala 3.3 juta individu lagi disahkan obesiti.
|
AYAT RANGSANGAN
3
|
Masalah
obesiti terjadi kerana sikap dan budaya remaja tidak mengambil kesah
penjagaan kesihatan dan juga memandang enteng akan permasalahan berkaitan
obesiti.
|
FRASA MENARIK
|
Peribahasa Melayu ada
mengatakan mencegah lebih baik dari merawat.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya, obesiti ini
berleluasa sudah pasti golongan remaja akan mudah mendapat penyakit
tiga serangkai yang merugikan negara kerana kehilangan kalangan remaja yang
sepatutnya menyumbangkan produktiviti negara akan terbantut dan ini merugikan
negara.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh individu dan remaja dalam menangani
masalah obesiti yang berleluasa.
|
KATA
KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBSETI DENGAN MENJALANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
TEMA/ KATA KUNCI ISI
|
Sebagai seorang
pelajar berminda kelas pertama saya ingin memperkatakan usaha mencegah
obesiti dengan kata kunci pentingnya pemeriksaan kesihatan dalam kalangan
remaja.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Hal ini demikian
kerana pegawai kesihatan mampu mengurangkan kadar obesiti yang berleluasa
dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Apabila remaja
mendapat pemeriksaan secara berkala di klinik, sudah pasti pihak doktor akan
dapat mengawal dan mengesan sebarang masalah yang melibatkan kesihatan remaja
terutamanya masalah obesiti.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Seyogia, dengan
rawatan yang sempurna remaja akan dapat mengelak diri daripada
menghadapi masalah obesiti.
|
AYAT CONTOH
|
Sebagai contoh, sepanjang
rawatan dijalankan, golongan remaja akan diberi pemeriksaan teliti contohnya
dengan mengambil darah, menilai status kencing manis, mengambil tekanan darah
darah tinggi, dan serta memeriksa degupan jantung remaja kerana masalah
berkenaan ada kaitan dengan sindrom obesiti.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya golongan
remaja gagal untuk menerima pemeriksaan yang sepatutnya, nescaya masalah
kesihatan remaja akan bertambah kritikal terutama ketika mereka sudah
berumur.
|
FRASA MENARIK
|
Sebelum nasi menjadi
bubur, remaja haruslah menjaga kesihatan mereka daripada awal kerana jika
terlambat dan masalah obesiti sudah membarah, ketika itu sebarang tindakan
sudah tidak berguna lagi.
|
AYAT PENEGAS
|
Sudah terang lagi
bersuluh, pemeriksaan kesihatan amat penting untuk mencegah masalah
obesiti daripada membelenggu kesihatan diri para remaja.
|
KATA
KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBESETI DENGAN MENJALANKAN AKTIVITI SENAMAN
TEMA/ KATA KUNCI ISI
|
Selain itu, golongan
remaja boleh mengelakkan obesiti dengan melakukan aktiviti senaman atau
riadah pada waktu senggang.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Dengan melakukan aktiviti
senaman atau riadah remaja dapat membakar lemak atau kalori yang menjadi
faktor utama berlakunya obesiti dalam kalangan masyarakat.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Di samping itu,
aktiviti senaman juga membolehkan badan remaja mengeluarkan peluh dan
menyingkirkan bahan toksik dan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh badan.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Aktiviti senaman juga
dapat mengelakkan golongan remaja daripada menghidap penyakit kronik seperti
darah tinggi, lemah jantung, diebetis yang dikenali sebagai penyakit tiga
serangkai.
|
AYAT CONTOH
|
Antara senaman yang
boleh kita lakukan seperti berjogging, yoga, senamrobik, merentas desa,
zumba, mendaki gunung dan sebagainya.
|
UNSUR KBAT
|
Jika remaja gagal
melakukan aktiviti senaman sebagai budaya, nescaya tubuh badan remaja senang
dijangkiti penyakit.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh sebab remaja
perlu berusaha untuk memastikan kesihatan mereka sentiasa sihat kerana
peribahasa Melayu ada mengatakan badan cergas otak cerdas.
|
AYAT PENEGAS
|
Tegasnya, golongan
remaja haruslah sentiasa melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu untuk mengekalkan keseimbangan badan.
|
KATA
KUNCI USAHA-USAHA PENCEGAHAN OBSETI DENGAN PENGAMBILAN PEMAKANAN SEIMBANG
TEMA/ KATA KUNCI ISI
|
Bahkan juga, usaha
remaja untuk mencegah masalah obesiti adalah dengan mengutamakan pemakanan
seimbang pada setiap hari.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Sebagaimana kita sedia
maklum makanan seimbang amat penting untuk memastikan tumbesaran badan
seimbang dan mengelakkan obeseti dan penyakit berkait dengan pemakanan.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Antara keperluan makan
makanan seimbang yang diperlukan oleh seseorang untuk mengekalkan tumbusaran
adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat,
vitamin, lemak, protin, mineral dan garam galian.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Pengambilan makanan
berkenaan perlu mengikut piramid makanan iaitu mengurangkan pengambilan makanan
berlemak dan berminyak yang menjadi faktor utama berlakunya obesiti.
|
AYAT CONTOH
|
Sebagai contoh,
pengambilan makanan yang mengandungi minyak berlebihan dan kandungan santan
perlu dikurangkan dalam pengambilan makanan setiap hari.
|
UNSUR KBAT
|
Jika, remaja tidak
dapat mengawal pengambilan makanan yang berminyak dan makanan yang berlemak,
mereka mudah untuk mengalami obesiti.
|
FRASA MENARIK
|
Perlu diingatkan sudah
terhantuk baru terngadah sudah tidak berguna lagi.
|
AYAT ARAHAN
|
Sudah terang lagi
bersuluh, pemakanan seimbang amat penting dijadikan budaya seharian untuk
mengelakkan obesiti.
|
Isi cadangan : 1. mengamalkan puasa sunat pada hari yang tertentu.
2. pengambilan makanan kesihatan yang diluluskan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia
PERENGGAN
PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, usaha
-usaha pencegahan obesiti dalam kalangan remaja boleh dilakukan daripada awal
remaja kerana jika terlambat remaja boleh menghadapi masalah obesiti yang
kronik.
|
Ayat cadangan
|
Sebagai langkah untuk
mengelakkan masalah obesiti dalam kalangan remaja, saya telah menggariskan
beberapa langkah seperti menjalankan pemeriksaan kesihatan, menjalankan
aktiviti senaman atau riadah dan juga mengambil makanan seimbang.
|
Ayat Cadangan lain.
|
Selain itu, remaja
boleh mengamalkan amalan puasa sunat dan mengambil makanan kesihatan yang
diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
|
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
|
Apabila usaha-usaha
yang digariskan di atas diaplikasi remaja dalam menjalani kehidupan seharian
sudah pasti remaja dapat mengelakkan diri daripada mengalami obesiti.
|
Unsur KBAT
|
Sebaliknya, remaja
yang alpa dan mengambil enteng permasalahan obesiti, sudah pasti mereka akan
menghadapi impak dan kesan sampingan sama ada semasa mereka remaja atau pada
masa mereka tua nanti.
|
Frasa menarik
|
Imam Hakim
meriwayatkan hadis Nabi dalam kitab al-Mustadrak, iaitu ingat kaya sebelum
miskin, ingat sehat sebelum sakit, ingat muda sebelum tua,
ingat lapang sebelum sempit, ingat hidup sebelum mati.
|
Ayat harapan
|
Konklusinya, sebagaI remaja berwawasan usaha-usaha untuk mengelakkan obesiti perlu menjadi keutamaan supaya
kehidupan mereka akan sempurna..
|
Sebagai
makluman, pelajar boleh membuat penambahbaikan hasilan karangan di atas dengan menggunakan kreativiti anda. Oleh sebab itu
sebarang tokok tambah terhadap hasilan karang di atas amat digalakkan.
7 ulasan:
good job
Tq
Terima kasih
Sangat Berguna...
Pelajar boleh menjadikan sebagai bahan mengulangkaji.....terima Kasih
Terima kasih
Boleh tiru.....sangat bagus
Terbaik la
Catat Ulasan