Jumaat, 3 Februari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM KUALA LUMPUR TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 



Nota berkenaan Kata Hubung


Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

Kata Hubung Gabungan


Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.


Contoh:


1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.

 


Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
         
Ayat utama                              Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.

Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1.    Kata hubung pancangan relatif
2.    Kata hubung pancangan komplemen
3.    Kata hubung pancangan keterangan


Jawapannya seperti tersenarai di bawah. Anda hanya perlu memilih empat kata hubung

daripada enam kata hubung yang disenaraikan di bawah.

i)   yang

ii)  untuk

iii) dengan

iv) dan

v)  jika

vi) tetapi

Bina empat ayat menggunakan kata hubung yang telah anda pilih.

i)

ii)

iii)

iv)

Tiada ulasan: