Ahad, 5 Februari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022, SOALAN NO.2 : SINTAKSIS (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)


 Nota Kata Perintah:-

Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.


Contoh: 

Jangan   : Menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu.
Harap    : Menyatakan maksud keinginan mendapatkan sesuatu atau meminta                            dilakukan sesuatu.
Jemput  : Menyatakan maksud mengajak atau mengundang.
Minta     : Menyatakan maksud ingin akan sesuatu.
Sila         : Meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab.
Tolong   : Menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan, atau minta melakukan sesuatu untuknya.
Usah     : Menyatakan maksud larangan atau tegahan daripada melakukan sesuatu.

Nota:
Dalam penulisan atau pembinaan ayat, elak menggunakan dua kata perintah dalam satu ayat.

Contoh ayat:

"Tolong jangan sentuh barang-barang di atas meja ini, " kata Cikgu Ali.(SALAH)
"Jangan sentuh barang-barang di atas meja ini, " kata Cikgu Ali. (BETUL)

"Harap jangan ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada anaknya. (SALAH)
"Jangan ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada anaknya.(BETUL)

 

Jawapannya:-

Soalan 2 – Sintaksis

 1 Bilakah perasmian Sukan Komanwel 2022 dilangsungkan?

   Perasmian Sukan Komanwel 2022 dilangsungkan bila?

 

2 Apakah pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022?

   Pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022 apa?

 

3 Berapakah pingat yang diraih oleh kontinjen negara?

   Pingat yang diraih oleh kontinjen negara berapa?

 

4 Mengapakah / Kenapakah kejayaan ini telah melepasi sasaran?

   Kejayaan ini telah melepasi sasaran mengapa / kenapa?

 

5 Siapakah yang berjaya menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia?

   Yang berjaya menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia siapa?

 

6 Di manakah upacara penutupan Sukan Komanwel 2022 diadakan dengan gilang- 

   gemilang?

   Upacara penutupan Sukan Komanwel 2022 diadakan dengan gilang-gemilang di

   mana?


Tiada ulasan: