Nota ayat biasa dan ayat songsang
Ayat songsang.
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek +
predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa.
(subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan
bertujuan memberikan penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan
ayat biasa kepada ayat songsang berlaku tanpa ada penambahan
perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat
melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan
atau imbuhan ayat songsang anda salah dari segi binaannya.
Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan
pendek )
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi
kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai
subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat
ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa
Kerja
i.
Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan frasa kerja
dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata kerja dengan kata
bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata
adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli.
(susunan songsang)
ii. Pendepanan kata adjektif dengan
kata bantu.
Rumah Kak Zue masih
teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah
Kak Zue. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat segak.
(susunan biasa)
Sangat segak Encik
Zaidi. (susunan songsang)
iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata
penguat
Haji Nasser masih segak amat.
(susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan
songsang)
c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Frasa
sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas
itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk
ibu rantai emas itu. (susunan songsang)
ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam
predikat.
Penonton-penonton merempuh
masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam
dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)
FORMULA AYAT SONGSANG.
Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan
Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1 |
2 |
3 |
|
Dia |
membeli |
buku |
di kedai itu. |
KGND - Ketiga |
Frasa Kerja Transitif |
Objek |
Frasa Keterangan |
Subjek |
Predikat |
FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1
Ayat Biasa:
1 |
2 |
3 |
Dia |
membeli buku |
di kedai itu. |
Contoh ayat songsang (i)
2 |
3 |
1 |
Membeli buku |
di kedai itu |
dia |
Contoh ayat songsang (ii)
2 |
1 |
3 |
Membeli buku |
dia |
di kedai itu |
Contoh ayat songsang (iii)
3 |
1 |
2 |
Di kedai itu |
dia |
membeli buku |
Contoh ayat songsang (iv)
3 |
2 |
1 |
Di kedai itu |
membeli buku |
dia |
Jawapannya:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan