Jumaat, 3 Februari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI SABAH TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 

Nota Kata nama dan kata kerja

 

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

    Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

 

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

 

Manusia , orang

ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang

ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan

pokok, betik, rumput, lalang dll

benda

pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat

pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

 

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

 

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

    Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

    Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

 

manusia

Zaidi, Mei Fong,

Subramaniam

binatang

Tompok (kucing),

Jalak (ayam)

tempat

Muar (daerah),

Seremban (bandar),

Jepun (negara)

bangunan

Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),

Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku

Keluarga (majalah),

Rentong (novel),

Kamus Dewan ( buku)

benda

Proton Perdana

(kereta), Pilot

(pen), Seiko (jam)

 

KATA KERJA

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.Dalam sesebuah ayat,kata kerja berfungsi sebagai predikat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ). Menurut (Nik Safiah Karim et al. 2009), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.



Kata Kerja Transitif
Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan 'me-' sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan seperti mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Contoh ayat: Ali menyepak bola.
                     Mereka memancing ikan.

Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak, memancing tersebut terkena kepada orang atau benda lain.

Contoh: Kucing itu menangkap seekor burung.\
             Perempuan itu menjual sayur.
             Bapa itu sedang menulis surat.

Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh:

    Subjek                     Kata Kerja Transitif                Objek
1. Kakak                      memasak                                kari ayam.
2. Farid                        menendang                             bola.
3. Sabri                        menulis                                   surat.

Jenis-jenis Kata Kerja Transitif 
Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a) Kata kerja transitif aktif- berfungsi dalam ayat aktif
    Anisah mencuci pakaian di tepi sungai.
b) Kata kerja transitif pasif- berfungsi dalam ayat pasif
    Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai.

Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

Jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif

a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et al. 2009) . Contoh:

   Subjek            Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap           Pelengkap
1.Adik                bermain                                                         di padang.
2.Alias                tinggal                                                           di Kedah.

b) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
KAta Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contoh:
   Subjek               Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap             Keterangan
1.Mereka              makan                                                                            di sawah.
2.Mereka              membeli-belah                                                               di Ipoh.


Jawapannya:-

Kata Nama:-

i)     Universiti Putra Malaysia ( UPM)

ii)    dron

iii)   Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, Besut.

Bina dua ayat menggunakan kata nama yang telah anda peroleh:-

i)    Dron tersebut digunakan oleh tentera Malaysia untuk mengawal kegiatan pengganas

      yang sering menceroboh kawasan persisiran pantai negara.

ii)   Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, Besut telah 

       menjalankan kaedah semaian hidroponik padi terkini.

Kata kerja:

i)    menggunakan

ii)   merakam

iii)  memperkenal

iv)  pengeluaran

v)   penerbangan

Bina dua ayat menggunakan kata kerja yang anda pilih daripada lima lima kata kerja yang terdapat dalam petikan:-

i)   Fatimah menggunakan pisau untuk memotong sayur -sauran

ii)  Daud merakamkan video sepanjang  lawatan mereka ke Pulau Tioman sebagai kenang-          kenanngan.


Tiada ulasan: