Ayat songsang.
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat songsang berlaku tanpa ada penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat songsang anda salah dari segi binaannya.
Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
i. Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)
iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)
ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)
FORMULA AYAT SONGSANG.
Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1 | 2 | 3 | |
Dia | membeli | buku | di kedai itu. |
KGND - Ketiga | Frasa Kerja Transitif | Objek | Frasa Keterangan |
Subjek | Predikat |
FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1
Ayat Biasa:
1 | 2 | 3 |
Dia | membeli buku | di kedai itu. |
Contoh ayat songsang (i)
2 | 3 | 1 |
Membeli buku | di kedai itu | dia |
Contoh ayat songsang (ii)
2 | 1 | 3 |
Membeli buku | dia | di kedai itu |
Contoh ayat songsang (iii)
3 | 1 | 2 |
Di kedai itu | dia | membeli buku |
Contoh ayat songsang (iv)
3 | 2 | 1 |
Di kedai itu | membeli buku | dia |
SOALAN 2:
SINTAKSIS
i) (Ayat Susunan Biasa )
Buli
siber merupakan perbuatan membuli melalui teknologi digital.
Jawapan (Susunan Songsang)
● Merupakan perbuatan membuli melalui
teknologi digital buli siber.
ii) (Ayat Susunan Biasa )
Masyarakat mengejar populariti dan
pendapatan di alam maya.
Jawapan (Susunan Songsang)
●
Mengejar populariti dan pendapatan di alam maya masyarakat.
● Di
alam maya masyarakat mengejar populariti dan pendapatan.
● Mengejar populariti dan pendapatan
masyarakat di alam maya.
iii) (Ayat Susunan Biasa )
Mangsa buli perlu membuat aduan kepada
pihak berkuasa.
Jawapan (Susunan Songsang)
● Perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa
mangsa buli.
●
Perlu membuat aduan mangsa buli kepada pihak berkuasa
● Kepada pihak berkuasa mangsa buli perlu
membuat aduan.
● Kepada pihak berkuasa perlu membuat aduan
mangsa buli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan