Nota ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali
sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang
menembak burung.
Subjek = Lelaki
gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat
yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan
Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, kerana, agar, seraya
dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali
sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah
buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat
Majmuk )
Jawapannya:-
Jawapan
soalan 1
Ayat tunggal
i)
Kuih tradisional
mempunyai kaitan dengan sesuatu kepercayaan.
ii)
Kuih tradisional
mempunyai kaitan dengan perlambangan tertentu
Ayat majmuk:-
Kuih
tradisional mempunyai kaitan dengan sesuatu kepercayaan dan perlambagan
tertentu.
Jawapan
soalan 2
i)
Remaja tidak
berminat untuk belajar membuat kuih tradisional ini.
ii)
Kuih ini agak
sukar disediakan.
Ayat majmuk:-
Remaja
tidak berminat untuk belajar membuat kuih tradisional ini kerana kuih
ini agak sukar disediakan.
Jawapan
soalan 3
i)
Kuih tradisional
ini perlu terus dipromosikan dengan pelbagai cara,
ii)
Warisan ini
mampu menjadi wahana penyatu Keluarga Malaysia.
Ayat majmuk:-
Kuih
tradisional ini perlu terus diprosikan dengan pelbagai cara agar warisan ini mampu menjadi
wahana penyatu Keluarga Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan