Isnin, 6 Februari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI SELANGOR SET 2 2022, SOALAN NO.2 : SINTAKSIS (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

NOTA  AYAT AKTIF – AYAT PASIF

1.   Kata ganti nama diri ganti nama diri mesti diulang kaji dari masa ke masa untuk memastikan anda faham pembetukan ayat pasif, terutama menggunakan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga dalam ayat pasif.

Contoh:
Kata ganti nama diri pertama: aku, saya, beta, hamba, patik, ku, kita, kami
Kata ganti nama diri kedua: engkau, kau, kamu, awak, kalian, anda, tuan hamba, tuanku
Kata ganti nama diri ketiga: dia, nya, mereka, beliau, baginda

2.     Subjek bagi ayat mesti dikenal pasti.
Contoh: Ali membaca buku.
Subjek: Ali

3.     Kata kerja transitif perlu dikenal pasti dalam setiap ayat aktif.
Contoh: Ali membaca buku.
Kata kerja transitif: membaca

4.   Objek dalam setiap ayat aktif mestilah dikenal pasti. Jika ayat itu ada dua objek, kenal pasti objek tepat sahaja. Objek sipi tidak mengalami perubahan dalam ayat pasif.
Contoh 1: Ali membaca buku.
Objek: buku

Contoh 2: Ali membacakan ibu buku.
Objek tepat: ibu
Objek sipi: buku

5.     Ada 3 jenis ayat pasif yang perlu dikuasai oleh murid. Yang pertama ialah ayat yang melibatkan subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua sahaja.
Contoh:
Saya membaca buku. (aktif)
subjek
kata kerja aktif
objek
Saya
membaca
buku

Ayat pasif
objek
subjek
kata kerja pasif
Buku
saya
baca

PERHATIAN!
6.  Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan kata kerja berimbuhan di-... oleh
Contoh:
(a)
Saya membaca buku. (aktif)
Buku dibaca oleh saya. (salah) (pasif)
Buku saya baca. (betul) (pasif)

(b)
Engkau menulis karangan. (aktif)
Karangan ditulis oleh engkau. (salah) (pasif)
Karangan engkau tulis. (betul) (pasif)

7. Apabila kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat yang sesuai, iaitu sebelum subjek. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan menyebabkan maksud ayat berubah. Kata bantu yang dimaksudkan terbahagi kepada dua iaitu kata bantu aspek seperti telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, dan belum dan kata bantu ragam seperti, hendak, mahu, harus,, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin.

Contoh:
(a)
Saya sudah membaca buku. (aktif)
Buku sudah baca saya. (salah) (pasif)
Buku sudah saya baca. (betul) (pasif)

(b)
Engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan engkau perlu tulis. (salah) (pasif)
Karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)

8. Apabila keterangan predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Saya sudah membaca buku di pondok. (aktif)
Buku di pondok sudah saya baca. (salah) (pasif)
Buku sudah saya baca di pondok. (betul) (pasif)


(b)
Pada waktu lapang, engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan pada waktu lapang perlu engkau tulis. (salah) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
Karangan perlu engkau tulis pada waktu lapang. (betul) (pasif)

9. Jika kata ganti nama diri ketiga hadir dalam ayat aktif, frasa kerja pasif berimbuhan “di...oleh” digunakan. Penggunaan “oleh” ialah unsur pilihan (opsyenal) dalam ayat pasif.

Lihat contoh di bawah:
Sharifah membaca buku. (aktif)
subjek
kata kerja aktif
objek
Sharifah
membaca
buku

Ayat pasif
objek
kata kerja pasif
subjek
Buku
dibaca oleh
Sharifah Bahum
Buku
dibaca
Sharifah Bahum

10. Apabila kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat yang sesuai, iaitu sebelum kata kerja. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan menyebabkan maksud ayat berubah.
Contoh:
(a)
Sharifah Bahum sudah membaca buku. (aktif)
Buku dibaca sudah oleh Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Buku sudah dibaca oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Buku sudah dibaca Sharifah Bahum. (betul) (pasif)

(b)
Murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan ditulis perlu oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)

11.  Apabila keterangan predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Sharifah Bahum sedang membaca buku di pondok. (aktif)
Buku di pondok sedang dibaca oleh Sharifah Bahum.(salah) (pasif)
Buku sedang dibaca oleh Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
Buku sedang dibaca Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)

(b)
Pada waktu lapang, murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan pada waktu lapang perlu ditulis oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis oleh murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)

12. Kekecualian diberikan kepada ayat pasif semu yang berimbuhan ter-. Hal ini dikatakan demikian kerana fungsi makna imbuhan ter- perlu dikekalkan. Oleh sebab itu, imbuhan ter- tidak mengalami sebarang perubahan imbuhan apabila dipasifkan. Selain itu, kata sendi nama “oleh” ialah unsur wajib ditulis sebelum subjek ditulis dalam ayat pasif semu.
Lihat contoh di bawah:

Sharifah Bahum terpijak paku. (aktif)
subjek
kata kerja aktif
objek
Sharifah Bahum
terpijak
paku.

        Ayat pasif
objek
kata kerja pasif
subjek
Paku
terpijak oleh
Sharifah Bahum

Paku terpijak Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Paku terpijak oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Paku Sharifah Bahum terpijak. (salah) (pasif)

Jawapannya:-

 i)                   Ayat Aktif

Ibu bapa perlu menerapkan ilmu kewangan dalam diri anak seawal empat tahun.

Ayat Pasif

Ilmu kewangan perlu diterapkan oleh ibu bapa dalam diri anak seawal empat tahun.

 

ii)                 Ayat Aktif

Pendidikan kewangan dapat memupuk rasa tanggungjawab

 Ayat Pasif

Rasa tanggungjawab dapat dipupuk oleh pendidikan kewangan.

 

iii)               Ayat Aktif

Mereka dapat membeli sesuatu barangan yang dikehendaki

 Ayat Pasif

Sesuatu barangan yang dikehendaki dapat dibeli oleh mereka.



 

Tiada ulasan: