Ahad, 5 Februari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG TAHUN 2022, SOALAN NO.2 : SINTAKSIS (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 

Nota ayat biasa dan ayat songsang

Ayat songsang.

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat songsang  berlaku tanpa  ada penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat songsang anda  salah dari segi binaannya.

 

Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)

Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

 

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)

Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)

Dialah / ibu saya. (susunan songsang)

Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

 

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a)       Pendepanan Frasa Kerja

i.          Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)

Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

 

ii.      Pendepanan frasa kerja dengan objek.

Zaleha membaca buku. (susunan biasa)

Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

 

iii.   Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)

Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

 

b)      Pendepanan Frasa Adjektif

 i.      Pendepanan kata adjektif sahaja.

         Ramli rajin. (susunan biasa)

        Rajin Ramli. (susunan songsang)

 

ii.    Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.

       Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)

       Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

 

iii.  Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.

      Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)

      Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

 

  iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat

       Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)

       Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

 

c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama

          i.     Frasa sendi nama sebagai predikat.

                 Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)

                 Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

 

          ii.   Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

                Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)

                Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

 FORMULA AYAT SONGSANG.

 Ayat biasa:

Dia / membeli buku di kedai itu.

Cara Songsangan Ayat:                 

Nomborkan penggalan ayat.

1

2

3

Dia

membeli

buku

di kedai itu.

KGND - Ketiga

Frasa Kerja Transitif

Objek

Frasa Keterangan

Subjek

Predikat

 FORMULA:

Ayat Biasa : 1+2+3

Ayat songsang:

i.        2+3+1

ii.       2+1+3

iii.     3+1+2

iv.     3+2+1

 Ayat Biasa:

1

2

3

Dia

membeli buku

di kedai itu.

 Contoh ayat songsang (i)

2

3

1

Membeli buku

di kedai itu

dia

 Contoh ayat songsang (ii)

2

1

3

Membeli buku

dia

di kedai itu

 Contoh ayat songsang (iii)

3

1

2

Di kedai itu

dia

membeli buku

 Contoh ayat songsang (iv)

3

2

1

Di kedai itu

membeli buku

dia


    Jawapannya:-



Tiada ulasan: