Jumaat, 3 Februari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM LIMBANG SARAWAK TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 

KATA BILANGAN
1.   Maksud:
    Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.

2.  Contoh Kata bilangan
           
Jenis Kata Bilangan
Contohnya
Kata bilangan tentu
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan
Satu, dua, tiga, dan seterusnya
Contoh ayat: Dua ekor kambing.
Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)
Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.
Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan pecahan.
(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)
Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya.
Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan.
(Menunjukkan bilangan yang berpisah)
Setiap, tiap-tiap, setiap, masing-masing.
Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
Kata bilangan himpunan.
(Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)
Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.
Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tingkat.
(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah)
Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.

Jenis Kata Bilangan

contoh

Kata bilangan himpunan

1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.

2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.

3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.

1. satu,dua tiga, sepuluh

2. Dua ekor kambing.

3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad

4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata bilangan tak tentu

1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.

1. segala, semua, para, beberapa, seluruh

2. Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata bilangan tingkat

1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.

1. pertama, kedua, ketiga

2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.

Kata bilangan pecahan

1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.

1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus

2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.

Kata bilangan pisahan

1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap

2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Jawapannya seperti dalam senarai di bawah. Anda perlu menyenarai empat daripada lima kata bilangan yang disenaraikan.

i)    kedua

ii)   sebahagian

iii)  sesetengah

iv)  masing-masing

v)   segala

Kemudiam, anda perlu membina empat ayat menggunakan kata bilangan yang telah anda pilih.

i)

ii)

iii)

iv)

Tiada ulasan: