Nota ayat biasa dan ayat songsang
Ayat songsang.
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek +
predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa.
(subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan
bertujuan memberikan penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan
ayat biasa kepada ayat songsang berlaku tanpa ada penambahan
perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat
melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan atau
imbuhan ayat songsang anda salah dari segi binaannya.
Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata
penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai
subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat
ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa
Kerja
i. Pendepanan
kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan frasa kerja
dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata kerja dengan kata
bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata
adjektif sahaja.
Ramli rajin.
(susunan biasa)
Rajin Ramli.
(susunan songsang)
ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata
bantu.
Rumah Kak Zue masih
teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah
Kak Zue. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat segak.
(susunan biasa)
Sangat segak Encik
Zaidi. (susunan songsang)
iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata
penguat
Haji Nasser masih
segak amat. (susunan biasa)
Masih segak
amat haji Nasser. (susunan songsang)
c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk
ibu rantai emas itu. (susunan songsang)
ii. Frasa
sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan.
(susunan biasa)
Ke
dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)
FORMULA AYAT SONGSANG.
Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan
Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1 |
2 |
3 |
|
Dia |
membeli |
buku |
di
kedai itu. |
KGND
- Ketiga |
Frasa
Kerja Transitif |
Objek |
Frasa
Keterangan |
Subjek |
Predikat |
FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1
Ayat Biasa:
1 |
2 |
3 |
Dia |
membeli
buku |
di
kedai itu. |
Contoh ayat songsang (i)
2 |
3 |
1 |
Membeli
buku |
di
kedai itu |
dia |
Contoh ayat songsang (ii)
2 |
1 |
3 |
Membeli
buku |
dia |
di
kedai itu |
Contoh ayat songsang (iii)
3 |
1 |
2 |
Di
kedai itu |
dia |
membeli
buku |
Contoh ayat songsang (iv)
3 |
2 |
1 |
Di
kedai itu |
membeli
buku |
dia |
Soalan 2: Sintaksis
(i) - Merupakan elemen terpenting dalam kehidupan
seharian manusia bahasa.
- Dalam kehidupan seharian manusia, bahasa
merupakan elemen terpenting.
-
Merupakan elemen terpenting bahasa dalam kehidupan seharian manusia.
(ii) - Membolehkan pelajar menguasai pelbagai bidang ilmu
peranan bahasa
Melayu.
(iii) - Dapat membantu pelajar bersaing pada peringkat yang
lebih tinggi kebolehan
pelajar
menguasai bahasa Melayu.
- Pada peringkat
yang lebih tinggi, kebolehan pelajar menguasai bahasa Melayu
dapat membantu
pelajar bersaing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan