Soalan 2 : Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat perintah yang lengkap dengan menggunakan kata perintah yang
betul. Kata perintah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang
berhuruf condong.
Bonda melarang anak untuk berhijrah ke
bandar kerana bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya negatif. Namun
anak tetap dengan pendiriannya untuk ke bandar dan memberitahu bondanya supaya
tidak bimbang kerana dia akan menjaga dirinya di bandar. Namun bonda berharap
anaknya menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda meminta anaknya
menyerahkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi. Bonda juga
berpesan kepada anaknya supaya terus berjumpa dengan Munsyi setelah tiba di
bandar. Sebelum anaknya turun melangkah pergi, bonda mengajak anaknya untuk
minum pagi bersamanya .
Dipetik dan diubah suai
daripada
Cerpen Munsyi Oleh Husna
Nazri
Dewan Bahasa dan Pustaka
[ 6 markah]
Nota Kata Perintah:-
Kata
perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah,
arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:
Jangan : Menyatakan maksud
larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu.
Harap : Menyatakan maksud
keinginan mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.
Jemput : Menyatakan maksud mengajak atau mengundang.
Minta : Menyatakan
maksud ingin akan sesuatu.
Sila : Meminta seseorang melakukan sesuatu dengan
cara hormat/beradab.
Tolong : Menyatakan maksud meminta
pertolongan atau bantuan, atau minta melakukan sesuatu untuknya.
Usah : Menyatakan maksud larangan atau tegahan daripada
melakukan sesuatu.
Nota:
Dalam penulisan atau pembinaan ayat, elak menggunakan dua kata perintah dalam
satu ayat.
Contoh ayat:
"Tolong jangan sentuh barang-barang di atas meja ini, " kata
Cikgu Ali.(SALAH)
"Jangan sentuh barang-barang di atas meja ini, " kata Cikgu Ali.
(BETUL)
"Harap jangan ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada anaknya.
(SALAH)
"Jangan ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada anaknya.(BETUL)
Jawapan:-
1. Jangan
berhijrah ke bandar
2. Usah
bimbang bonda , saya akan menjaga keselamatan diri
3. Harap
anaknya menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.
4. Tolong
serahkan sejumlah buku untuk kawan lamanya bernama Munsyi.
5. Minta
terus berjumpa dengan Munsyi setelah tiba di bandar
6. Jemput
minum pagi bersama bonda.
[6 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan