LATIHAN
TATABAHASA
KESALAHAN
KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
PRAKTIS 1
(i)
Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu
meninggalkan ingatan manis yang sukar dilupakan olehku.
(ii)
Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin
dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini.
(iii)
Ayah mencantas semak samun di kebunnya
pada tiap hujung minggu.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
ingatan - kenangan
|
dilupakan olehku - aku lupakan
|
ii.
|
prihatin - perhatian
|
di - pada
|
iii.
|
mencantas - menebas
|
tiap - setiap
|
PRAKTIS 2
(i)
"Masyarakat berfikir" adalah
asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada zaman ke-21.
(ii)
Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua
untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bulanan.
(iii)
Ketua kampung akan membincangkan tentang
masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak mukimnya pada minggu depan.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
zaman - abad
|
adalah - ialah
|
ii.
|
ditatap - disemak
|
dengan - pada
|
iii.
|
anak- penduduk
|
membincangkan tentang - membincangkan
|
PRAKTIS 3
(i)
Tidak kira sama ada di kota atau desa,
semua manusia adalah sama di samping Tuhan.
(ii)
Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan
sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut gembira daripada
peminatnya.
(iii)
Persembahan teater yang mengisahkan tentang
kehidupan Tun Dr. Mahathir telah berjaya menarik penggiat-penggiat
teater seluruh Malaysia menontonnya.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
di samping - di sisi
|
desa - di desa
|
ii.
|
dimasyhurkan - dinobatkan
|
daripada - oleh
|
iii.
|
penggiat-penggiat - peminat-peminat
|
mengisahkan tentang - mengisahkan
|
PRAKTIS 4
(i)
Pelbagai sayur-mayur
dijual oleh Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan pendapatan bagi membiayai
keluarganya.
(ii)
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang
tidak berharga kerana memberikan manfaat yang banyak kepada berjuta
penduduk dunia sejak terciptanya alam ini lagi.
(iii)
Tanah lungsur yang berlaku di lereng
bukit itu telah meranapkan tiga buah rumah apabila penghuninya bernasib
baik kerana mereka tiada di rumah ketika itu.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
membiayai - menyara
|
Pelbagai sayur-mayur - Pelbagai sayur
|
ii.
|
berharga - ternilai
|
berjuta - berjuta-juta
|
iii.
|
lungsur - runtuh
|
apabila - tetapi
|
PRAKTIS 5
Media massa merupakan satu saluran komuniti yang
berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika
kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini
kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada
masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan mendidik
masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan
mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
komuniti - komunikasi
|
berbagai - berbagai-bagai / pelbagai
|
ii.
|
pelebar - penyebar
|
Ini kerana - Hal ini dikatakan demikian kerana
|
iii.
|
perasaan - minda
|
di dalam - dalam
|
PRAKTIS 6
(i)
Semua pelajar-pelajar
digalakkan supaya menonton laman
Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat kemasukan ke Institusi
Pengajian Awam (IPTA).
(ii)
Walaupun kita terpaksa bersaing-saing
sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, persahabatan perlulah dipulihara.
(iii)
Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh
segala cabaran agar supaya kita berjaya dalam pelajaran.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
menonton - melayari
|
Semua pelajar-pelajar - Semua pelajar
|
ii.
|
dipulihara - dipelihara
|
bersaing-saing - bersaing
|
iii.
|
merempuh - menempuh
|
agar supaya - agar / supaya
|
PRAKTIS 7
(i)
Setengah orang
suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditindih kesusahan.
(ii)
Pihak kerajaan tempatan diusulkan agar
memperbanyak aktiviti yang menguntungkan kepada para remaja.
(iii)
Ayah menasihati agar kami mengikut rasmi
padi, semakin berisi semakin tunduk supaya kami tidak bersikap bongkak.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
ditindih - ditimpa
|
Setengah - Sesetengah
|
ii.
|
diusulkan - disaran
|
menguntungkan kepada - menguntungkan
|
iii.
|
rasmi - resmi
|
menasihati agar kami - menasihati kami agar
|
PRAKTIS 8
(i)
Semua murid-murid
hendaklah menceburi aktiviti kokurikulum, di samping menumpukan
aspek akademik bagi mencapai kecemerlangan secara holistik.
(ii)
Nasi Arab Restoran
yang baru dibuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peminat.
(iii)
Perabot-perabot yang diimport itu mendapat
permintaan yang menggembirakan oleh penduduk di kawasan kejiranan
itu.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
menceburi - menyertai
|
Semua murid-murid - Semua murid
|
ii.
|
peminat - pengunjung
|
Nasi Arab Restoran - Restoran Nasi Arab
|
iii.
|
menggembirakan - menggalakkan
|
oleh - daripada
|
PRAKTIS 9
(i)
Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan
ekonomi yang tidak menentu.
(ii)
Murid diminta berdiri untuk mendendangkan lagu patriotik bagi menghormati kepada negara.
(iii)
Pengetua sekolah-pengetua sekolah akan diberikan kenaikan darjat
sempena sambutan Hari Guru Malaysia pada tahun ini.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
kemiskinan - kemelesetan
|
saling
bantu-membantu - saling membantu
|
ii.
|
mendendangkan - menyanyikan
|
menghormati kepada - menghormati
|
iii.
|
darjat - pangkat
|
Pengetua
Sekolah-Pengetua Sekolah -
Pengetua-pengetua sekolah
|
PRAKTIS 10
Sukan merupakan lapangan
yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran dalam sesuatu
permainan. Selain itu, sukan tidak sahaja menjadi medan untuk
mempamerkan skil permainan atlet dalam bidang masing-masing, malahan
menjadi medan yang dapat meningkatkan mutu permainan
sesuatu pasukan. Lazimnya tiap negara mampu mengaut keuntungan yang
lumayan dalam penganjuran kejohanan sukan yang bermutu dan bertaraf
dunia.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
lapangan - bidang
|
tidak - bukan
|
ii.
|
kecerdasan - kecergasan
|
tiap - tiap-tiap / setiap
|
iii.
|
bidang - sukan
|
dalam - melalui
|
PRAKTIS 11
(i)
Orang yang mengetahui berbagai bahasa tidak mudah dibuli atau
diambil kemudahan oleh orang lain.
(ii)
Kos perbelanjaan untuk membina taman permainan kanak-kanak itu dibayar oleh pihak
swasta.
(iii)
Program Rakan Muda dilaksanakan mengikut gaya hidup tertentu kerana setengah
kementerian mempunyai kecekapan dalam bidang tersebut untuk membangunkan
belia.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
kemudahan - kesempatan
|
berbagai - berbagai-bagai / pelbagai
|
ii.
|
dibayar - dibiayai
|
Kos perbelanjaan - kos / perbelanjaan
|
iii.
|
kecekapan - kemahiran
|
setengah - sesetengah
|
PRAKTIS 12
(i)
Bantuan Rakyat 1Malaysia ialah untuk membantu golongan yang berkemampuan
rendah.
(ii)
Beberapa buah rumah-rumah rosak teruk
dan pokok rebah akibat ribut yang melanda kawasan itu.
(iii)
Lima hakim telah mengadili
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
berkemampuan- berpendapatan
|
ialah - adalah
|
ii.
|
rebah - tumbang
|
rumah-rumah - rumah
|
iii.
|
mengadili - menghakimi
|
Lima hakim - Lima orang hakim
|
PRAKTIS 13
(i)
Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara
berterusan dan tidak terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.
(ii)
Kereta api Sinaran Pagi dari Johor Bahru telah terbabas dari
landasan menyebabkan dua gerabaknya terbalik.
(iii)
Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di
sektor swasta atau sektor kerajaan.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
melayangkan - mengibarkan
|
kepada - pada
|
ii.
|
terbabas - tergelincir
|
dua gerabaknya - dua buah gerabaknya
|
iii.
|
tepat - muktamad
|
sektor kerajaan - di sektor kerajaan
|
PRAKTIS 14
(i)
Wanita itu amat rindukan anaknya
sehingga tanpa segan malu
meraung apabila dimaklumkan oleh polis bahawa anaknya masih belum dijumpai.
(ii)
Adalah dimaklumkan
bahawa hari esok diumumkan sebagai cuti awam.
(iii)
Ibu sedang memotong ikan di dapur,
sementara ayah memperbaiki keretanya yang rosak.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
segan malu - segan silu
|
rindukan - rindu akan
|
ii.
|
awam - umum
|
Adalah dimaklumkan - Dengan ini dimaklumkan
|
iii.
|
memotong - menyiang
|
memperbaiki- membaiki / membaikkan
|
PRAKTIS 15
(i)
Pengajian
yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian akan berjaya menghasilkan baka pokok yang
bermutu tinggi.
(ii)
Untuk memastikan yang produktiviti
syarikat mereka bertambah, Encik Hasnan berjanji memberikan bonus sebagai intensif
kepada para pekerjanya.
(iii)
Lukisan-lukisan yang bergayut di
dinding itu menarik perhatian para pengunjung.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
Pengajian - Penyelidikan
|
akan - telah
|
ii.
|
intensif - insentif
|
memastikan yang produktiviti - memastikan
produktiviti
|
iii.
|
bergayut - tergantung
|
di - pada
|
PRAKTIS 16
(i)
Setiap individu digalakkan membuat perawatan
kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas
daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.
(ii)
Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas
tambahan di masa cuti demi meninggikan bilangan murid yang lulus
dalam peperiksaan nanti.
(iii)
Perdana Menteri Malaysia yang satu,
iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan penting di dalam
sejarah kemerdekaan tanah air tercinta.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
perawatan - pemeriksaan
|
pelbagai penyakit-penyakit - pelbagai penyakit
|
ii.
|
meninggikan - meningkatkan
|
di - pada
|
iii.
|
satu - pertama
|
di dalam - dalam
|
PRAKTIS 17
(i)
Dalam dokumentasi Tahun Melawat
Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan
pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii)
Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang
Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak
RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.
(iii)
"Hadiah kebesaran yang dianugerahkan
oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada masyarakat," titah raja
kepada rakyatnya.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
dokumentasi - dokumentari
|
video klip -
klip video
|
ii.
|
Yang Berhormat - Yang Amat Berhormat
|
ke - kepada
|
iii.
|
Hadiah - Pingat
|
dianugerahkan oleh beta - beta anugerahkan
|
PRAKTIS 18
(i)
Puan Fatimah tercegat apabila dimaklumkan bahawa anak bongsunya
meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya.
(ii)
Perjanjian Pelanggan merupakan antara usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan awam.
(iii)
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbagai-bagai
mestilah bersatu padu sama ada pada waktu senang dengan susah.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
tercegat - terkejut
|
di dalam - dalam
|
ii.
|
Perjanjian - Piagam
|
antara usaha-usaha - antara usaha
|
iii.
|
berbagai-bagai - majmuk
|
dengan susah - mahupun pada waktu susah
|
PRAKTIS 19
Ahmad telah menduduki
temu duga untuk jawatan guru sandaran. Antara dokumen-dokumen yang perlu
dibawa ialah sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lain-lain lagi. Dia berasa
agak takut bila berhadapan dengan penemu duga. Melalui sesi soal
jawab baharu dia tahu bahawa kelulusan akademik sahaja bukan
menjamin kejayaan dalam kerjaya.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
menduduki - menghadiri
|
Antara dokumen-dokumen - Antara dokumen
|
ii.
|
takut - gementar
|
bila - apabila
|
iii.
|
baharu - baru
|
bukan - tidak
|
PRAKTIS 20
(i) Kebanyakan pekerja kilang batik di
Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi
kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
(ii) Habis pakaian di dalam almari itu digigit
oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.
(iii) Ayah memandu melebihi had laju yang
ditetapkan lalu merempuh lampu
isyarat merah kerana terlewat menghadiri temu janji.
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
|
i.
|
melorek - mencanting / melukis
|
dari - daripada
|
ii.
|
digigit - digerit
|
ditinggalkan oleh kami - kami tinggalkan
|
iii.
|
merempuh - melanggar
|
lampu isyarat merah - isyarat lampu merah
|
38 ulasan:
.
Terima kasih!
terima kasih untuk pengkongsian bahan
TERIMA KASIH. MOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN ANDA DENGAN SEBANYAK-BANYAK KEBAIKAN.
tks
Terima kasih atas perkongsian bahan. Semoga sentiasa diberkati dengan kebaikan
Terima kasih.
Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat.
terimah kasih cikgu.!!!
Terima kasih cikgu
terima kasih
tq
Sama-sama. Doakan saya terus sihat. berkongsi ilmu bahasa Melayu. Semoga saya mampu menangani Kanser Usus yang saya hadapi semenjak tahun 2015. Aamiin.
terima kasih. perkongsian yang bermakna.
Thanks teacher 😊
Thanks teacher ��
Terima kasih atas perkongsian cikgu. Sangat membantu. Mohon keinginan daripada cikgu untuk saya kongsikan bahan ini dengan murid-murid saya.
Terima kasih cikgu
terima kasih mengurangkan beban kami❤
Terima kasih atas perkongsian bahan ini.Semoga Allah permudahkan kehidupan cikgu.Saya minta izin utk.berkongsi bahan ini
Terima kasih atas perkongsian ilmu.Saya minta izin kongsi
izinkan saya kongsi ye cikgu..terima kasih cikgu.
Sangat membantu....terima kasih atas perkongsian
Terima Kasih, izinkan saya untuk berkongsi...
Terima Kasih, izinkan saya untuk berkongsi...
Jutaan terima kasih atas perkongsian cikgu. Semoga cikgu sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.
Saya mohon keizinan untuk memanjangkan latihan ini kepada anak didik.
TERIMA KASIH CIKGU, SEMOGA CIKGU SENTIASA DIBERKATI ALLAH AMIIN
saya mohon keizinan menggunakan bahan ini...terima kasih
Assalamualaikum tuan, mohon keizinan tuan untuk guna bahan ini untuk anak didik saya.
Semoga tuan dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah S.W.T selalu. Amin.
terima kasih
mohon izin utk berkongi cikgu. terima kasih.
Terima kasih cg... Saya doa kan cg sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah... AMIN..
TERBAIK..
IZINKAN SAYA BERKONGSI LATIHAN INI DENGAN ANAK MURID SAYA...
T.KASIH
Terima kasih cg..mohon dijadikan rujukan dan latihan utk pelajar saya ye. Barakallah.
hmmm terimakasih banyak banyak sejutaaa terimakasih kepada cg ðŸ˜☝️ bergunaa sangat
Sama-sama gais👌😊
semoga Allah merahmati tuan dari dunia hingga akhirat atas perkongsian ini..aaminn
Terima kasih atas doa untuk saya.
Catat Ulasan