SOALAN KARANGAN BERPANDU KERJA RUMAH
KELAS 5 SAINS SAYA ARAHKAN KEPADA PELAJAR PADA HARI INI SEBAGAI KERJA RUMAH
CONTOH KARANGAN DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN MURID. PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MENYALIN 100% KARANGAN INI TETAPI PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN SAMA ADA MENAMBAH ISTILAH, FRASA MENARIK DAN PENGOLAHAN AYAT. SAYA MENGHARAPKAN PELAJAR PATUH KEPADA ARAHAN.
Era pascaperindustrian
dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita kini jelas
menekankan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang yang sememangnya penting serta
perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah
membuktikan ilmu atau pengetahuanlah yang akan menetukan kejayaan seseorang
seandainya dimanfaatkan dengan baik. Oleh itu, setiap orang seyogianya berusaha
mencari seberapa banyak ilmu demi kesejahteraan kehidupan di dunia mahupun di
akhirat. Ilmu Pelita hidup, demikianlah kata-kata hikmat yang
menggambarkan pada kita manfaat yang diperoleh seandainya kita berilmu. Sekiranya
pelajar alpa, dan mengganggap penguasaan ilmu tidak penting dalam kehidupan
mereka mereka bagaikan menongkah arus
globalisasi dan mereka sentiasa dalam kerugian. Sebaliknya, murid yang
memberikan penguasaan ilmu dalam budaya kehidupan mereka, sudah pasti mereka
akan menjadi insan yang berjaya. Oleh sebab itu, semua anggota masyarakat
hendaklah menggunakan masa untuk memenuhkan ilmu di dada. Apabila seseorang itu
berilmu, sudah tentulahlah pelbagai maslahat akan diperoleh terutama.
Persoalannya, apakah faedah yang diperoleh apabila kita menuntut ilmu ?
Terdapat
banyak maslahat ataupun kebaikan menuntut ilmu, antaranya ilmu membolehkan kita
memperoleh kerja yang lebih baik. Dengan pelbagai ilmu yang dimiliki, peluang
kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan seseorang itu lebih mudah untuk
mendapat kerja. Kita juga akan mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi. Dengan
jawatan dan gaji yang lumayan, seseorang itu mampu membantu kedua-dua ibu bapa
dan memberikan kesenangan kepada mereka. InsyaAllah, hasrat dan impian yang
terpendam selama ini akan direalisasikan jika kita mempunyai ilmu sebagaimana
yang disabdakan oleh Nabi Muhammad yang bermaksud “barangsiapa yang mahu
kehidupan di dunia, maka bagi mereka ilmu sandarannya” . Oleh itu,
terbuktilah bahawa jika kita mempunyai ilmu, maka kita mampu meneruskan
kehidupan dengan ilmu yang dimiliki. Kerja seperti doktor, peguam, jurutera,
guru, akauntan dan sebagainya memerlukan mereka menguasai ilmu pengetahuan.
Ingatlah, kuat ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya. Sekiranya
kita tidak memiliki ilmu, sudah tentulah kita tidak akan mendapat kerja yang
kita idam-idamkan. Sebaliknya, mereka yang berilmu sentiasa menjadi iddola
rujukan masayarakat. Tegasnya, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang lebih
baik dan terbuka sekiranya mereka mempunyai ilmu pengetahuan.
Selain itu, kelebihan menuntut ilmu akan dapat
melahirkan individu yang memiliki minda kelas pertama. Masyarakat minda kelas
pertama ini ialah masyarakat yang mampu berdaya saing kerana sudah tentu
masyarakat yang sebegini memiliki jati diri dan akhlak yang terpuji berkat
daripada ilmu yang dimiliki. Seandainya kita tidak mempunyai ilmu, maka kita
tentu tidak mampu bersaing dengan orang yang lebih berjaya kerana tidak
mempunyai kemahiran untuk mengahadapi cabaran. Masyarakat minda kelas pertama
yang disegani dan dihormati lahir daripada masyarakat yang sentiasa
mengutamakan aspek tarbiah yang berterusan sebagai pemacu pembentukan insan
yang berguna. Hal ini demikian kerana mereka mengganggap bahawa ilmu itu adalah
harta yang paling bernilai berbanding harta yang lain. Dengan ilmu yang kita
miliki, kita boleh diangkat menjadi pemimpin yang berketerampilan serta peneraju
dan pengganti kepimpinan negara. Bahkan
juga, insan yang berilmu tidak mudah ditipu oleh sesiapa sahaja yang ingin
mengambil kesempatan atas kelemahan diri kita dek kurangnya ilmu di dada.
Golongan yang terpedaya dengan tipu helah golongan yang berkepentingan ialah
golongan yang tidak berfikir panjang kerana mereka tidak boleh membezakan
antara hak dan batil. Sekiranya, kita berilmu kita akan sentiasa dihormati
masyarakat dan menjadi rujukan serta menjadi teladan. Sebaliknya, insan yang
tidak berilmu bagaikan melukut di tepi gantang. Tegasnya, kelebihan menuntut
ilmu akan dapat melahirkan individu yang memiliki minda kelas pertama. Hal ini
selaras dengan gurindam Melayu yang berbunyi:
Kalau
kamu rajin mengaji,
Tentu
kamu akan dipuji.
Akhir sekali, apabila seseorang itu menuntut ilmu, dia
boleh mencipta pelbagai peralatan berasaskan keperluan semasa. Seseorang yang
memilih bidang Teknik dan Vokasional umtuk melanjutkan pelajaran, sudah pasti
didedahkan dengan kemahiran dan latihan dalam bidang-bidang tertentu. Latihan
dan kepakaran yang dimiliki ini membolehkan seseorang itu untuk mencipta
pelbagai peralatan berasaskan keperluan semasa. Ketika menuntut ilmu sama ada
di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar
telah diajar dan diterapkan dengan unsur inovasi dan kreativiti. Keadaaan ini
membolehkan pelajar mencipta sesuatu
yang lebih kreatif dan inovasi bagi meningkatkan penguasaan diri. Selain itu,
seseorang yang memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains dan
Teknologi sudah pasti dapat menyumbang idea dan kepakaran mereka dengan mencipta
teknologi yang lebih tinggi untuk memajukan negara seperti mencipta mesin-mesin
dan peralatan berteknologi tinggi dalam bidang pertanian dan
perindustrian. Sebagai contoh, En.
Zulkefli Haron, 56 tahun, pemilik Syarikat
Zull Design Autotronic merupakan salah seorang
masyarakat Malaysia yang telah menghasilkan 1000 produk inovasi bagi memenuhi
keperluan peniaga terutamanya melibatkan usahawan perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) dan peniaga kecil yang mahu memulakan perniagaan. Sudah
terang lagi bersuluh, apabila individu mempunyai ilmu pengetahuan, mereka boleh
menghasilkan pelbagai produk inovatif untuk kemudahan orang lain kerana jika kita dapat menjadi garam yang dapat menahan daging
daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan
daging. Bahkan masyarakat berilmu
dapat membantu negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain dalam bidang sains dan Teknologi.
Kesimpulannya,
ilmu amat penting dalam kehidupan dan memiliki ilmu banyak kebaikan dalam
kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari mestilah mencakupi ilmu dunia dan
ilmu akhirat. Kedua-dua ilmu ini mestilah seimbang demi menjamin hidup yang
bahagia di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kita janganlah membuang masa dengan
melakukan perkara yang tidak bermanfaat. Gunakanlah masa yang ada untuk
menuntut ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya bidang teknologi maklumat dan
komunikasi yang sentiasa berubah dari masa ke masa. Akhirulkalam, janganlah
kita persia-siakan masa yang ada dengan menjadi manusia yang lalai tanpa
melakukan aktiviti yang berfaedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan