Secara umumnya, banyak pengguna bahasa waima guru subjek Bahasa Melayu sendiri turut menggunakan kata kerja membaiki, memperbaiki, dan memperbaik dengan cara yang salah. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa perkataan "membaiki" dan "memperbaiki" membawa maksud yang sama.
Sebenarnya, maksud ketiga-tiga perkataan itu ada perbezaan yang besar. Lihat makna perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga seperti yang berikut:
membaiki = membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainyamemperbaiki = (sastera lama) berbuat baik kepada
memperbaik = menjadikan bertambah baik (bagus, rapi dan sebagainya)
Antara kesilapan pengguna bahasa dan pembetulannya:
1.
Ali membaiki kereta yang rosak. (betul)
Ali memperbaiki kereta yang rosak. (salah)
2.
Teoh memperbaik tulisannya yang cakar ayam. (betul)
Teoh membaiki tulisannya yang cakar ayam. (salah)
3.
Dashmita memperbaiki orang tuanya dengan mentaati mereka. (betul)
Dashmita memperbaik orang tuanya dengan mentaati mereka. (salah)
4.
Pihak kerajaan tempatan itu membaik kerosakan jalan raya. (betul)
Pihak kerajaan tempatan itu membaiki kerosakan jalan raya. (salah)
5.
Ayah pandai membaiki kerosakan alat elektronik. (betul)
Ayah pandai memperbaiki kerosakan alat elektronik. (salah)
6.
Abang Zul memperbaik sistem audio keretanya di kesai aksesori. (betul)
Abang Zul memperbaiki sistem audio keretanya di kesai aksesori. (salah)
Sudah jelas dan mudah, bukan?
Saya berharap agar anda semua mendapat pencerahan tentang perbezaan antara membaiki, memperbaiki, dan memperbaik.
Selamat belajar dan ingatlah bahawa betulkan yang salah, biasakan yang betul.Selamat pagi dan salam bahasa jiwa bangsa!
Sumber info daripada Dr. Tan CL.
INFO BAHASA TAMBAHAN:-
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan
perkataan "Swafoto" bagi perataan "Selfie". Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar
kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri.
Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort
EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Ejaan bagi perkataan2
yg digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi ❌ resipi ✔️
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔️
3. istirehat ❌ istirahat ✔️
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔️
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔️
6. dasyat ❌ dahsyat ✔️
7. insuran ❌ insurans ✔️
8. ambulan ❌ ambulans ✔️
9. juwita ❌ juita ✔️
10. unggu ❌ ungu ✔️
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔️
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔️
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔️
14. redha ❌ reda ✔️
15. kerinting ❌ keriting ✔️
16. bergu ❌ beregu ✔️
17. kontingen ❌ kontinjen ✔️
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔️
19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔️
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔️
21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔️
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔️
23. majerin❌ marjerin ✔️
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔️
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔️
26. margasatwa ❌ mergastua ✔️
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔️
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔️
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔️
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔️
31. mee ❌ mi ✔️
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔️
33. respon ❌ respons ✔️
34. sunnah ❌ sunah ✔️
35. ramadhan ❌ ramadan ✔️
36. leukimia ❌ leukemia ✔️
37. emel ❌ e-mel ✔️
di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔️
39. cop nama ❌ cap nama ✔️
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔️
41. alergik ❌ alergi ✔️
42. ansurans ❌ ansuran ✔️
43. urusetia❌ urus setia ✔️
44. keretapi ❌ kereta api ✔️
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔️
46. naskah ❌ naskhah ✔️
47. atlit ❌ atlet ✔️
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔️
49. urusetia ❌ urus setia ✔️
50. fax ❌ faks/faksimile ✔️
51. was-was ❌ waswas ✔️
52. stokin ❌ stoking ✔️
53. karenah❌ kerenah ✔️
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔️
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔️
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔️
57. temu janji ❌ janji temu ✔️
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔️
58. hajjah ❌ hajah ✔️
59. agen ❌ ejen ✔️
60. murtabak❌martabak ✔️
JOM BELAJAR TENTANG KATA😊
Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa
1. Perbezaan antara "bersama" dengan "bersama-sama"
Bersama-sama membawa maksud berserta, bergandingan,
serentak:
Ayat contoh :
i. Ahmad dan Ali ke
sekolah bersama-sama.
ii. Bersama-sama surat ini saya sertakan sijil-sijil yang diperlukan oleh pihak tuan.
Bersama membawa maksud hubungan, semua@seluruh
Ayat contoh :
i. Mereka akan hidup
bersama tidak lama lagi
ii. Keputusan
mesyuarat itu disetujui
bersama tanpa ada sebarang bantahan.
2. Memperkasa atau memperkasakan
bahasa Melayu?
Jawabannya memperkasakan bahasa Melayu
Memperkasakan berdasarkan kata
akar@kata dasar perkasa BUKANNYA kata yang berawalan
"memper"...tetapi berawalan "mem". Perkataan perkasa ialah
kata adjektif yang bermaksud hebat kuat unggul yang memerlukan akhiran
"kan" berbeza dengan kata adjektif lain seperti giat➡️mempergiat@menggiatkan atau
tajam ➡️mempertajam@menajamkan.
Namun begitu, perkataan yang paling tepat ialah
"memerkasakan" hasil daripada proses "men...
"kan"...memerkasakan.
pasti➡️
memastikan.
perlu➡️memerlukan
3. Marcapada atau Marcapada ini?
Jawabannya ialah Marcapada...
kerana marcapada membawa maksud dunia sekarang ini. Jadi
kata tunjuk "ini" perlu digugurkan untuk menggelakkan berlakunya
kelewahan dalam ayat dan tidak gramatis.
KATA PENGUAT DARJAH PENGHABISAN YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA
BAHASA
paling + ter + KK = ✅
paling + ter + KN = ✅
paling + ter + KA = ❎
paling + ter + kenal (KK)
paling terkenal✅
paling + ter + bilang (KK)
paling terbilang✅
paling + ter + kemuka (KK)
paling terkemuka✅
paling + ter + nama (KN)
paling ternama✅
paling + ter + masyhur (KA)
paling termasyhur ❌
paling masyhur✅
termasyhur✅
paling + ter + cemerlang (KA)
paling tercemerlang❌
paling cemerlang✅
tercemerlang✅
paling + ter + popular (KA)
paling terpopular❌
paling popular ✅
terpopular ✅
paling + tersohor (KK)
paling tersohor✅
paling kesohor✅
paling sohor✅
tersohor✅
kesohor✅
paling + ter + gemilang(KA)
paling tergemilang ❌
paling gemilang✅
tergemilang✅
Yang di atas ialah pandangan saya. Jika ada pandangan lain,
bolehlah kita membincangkannya juga.
Info daripada Cikgu Tan CL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan