Khamis, 2 Ogos 2018

KENAPA PELAJAR PERLU MENGAMBIL PERHATIAN TERHADAP ANALISA SOALAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SOALAN PERCUBAAN NEGERI YANG TELAH SAYA PAPARKAN SEBELUM INI.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada pelajar bakal menghadapi kertas Percubaan dan Peperiksaan SPM 2018. Sebagai makluman, Analisa Soalan Peperiksaan Kertas 1 dan 2 SPM 2017 amat penting untuk pelajar:-

  1. Mengetahui soalan-soalan peperiksaan yang telah dikeluarkan oleh penggubal soalan negeri-negeri pada tahun 2017.
  2. Mengetahui soalan yang masih belum keluar, dan soalan berkenaan berpotensi untuk keluar pada peperiksaan Percubaan 2018 dan juga peperiksaan sebenar.
  3. Merancang dan mengulangkaji  soalan-soalan masih belum keluar dalam peperiksaan Percubaan Negeri terutama pada tahun 2016, dan 2107.
  4. Membuat perbandingan soalan-soalan yang telah dikeluarkan semasa peperiksaan SPM lepas, melibatkan soalan SPM Ulangan Jun dan Soalan SPM Oktober.
Hanya pelajar yang bijak dan bertanya kepada guru mata pelajaran anda di sekolah akan dapat merancang persediaan dan ulangkaji anda untuk menghadapi peperiksaan Percubaan Negeri. Saya dimaklumkan ada daerah dan negeri menghadapi peperiksaan Percubaan Minggu ini dan juga minggu hadapan dan seterusnya. Pelajar daerah dan negeri yang masih belum menghadapi peperiksaan percubaan masih boleh merujuk analisan soalan peperiksaan untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan percubaan. Kebijaksanaan anda merancang dan membuat analisa sendiri berkiatan soalan percubaan negeri 2017, dan 2016 akan memberi kelebihan kepada anda untuk menghadapi peperiksaan yang akan anda hadapi. Selamat menghadap peperiksaaan Percubaan SPMN 2018. Semoga anda dapat menjawab soalan berkenaan sebaik mungkin.

Sekiranya ada masa, saya akan cuba membuat analisa soalan Percubaan Negeri 2018 setelah saya mendapat soalan-soalan peperiksaan berkenaan serta membandingkan soalan Percubaan SPM 2016 serta melihat analisa soalan telah keluar sama ada Soalan Kertas SPM Jun dan Oktober tahun-tahun lepas. Insya-Allah.

Tiada ulasan: