Jumaat, 24 Ogos 2018

NOTA DAN CONTOH LATIHAN MASTERI MENJAWAB SOALAN NOVEL BAHAGIAN 4 (A) DAN 4(B) NOVEL- FOKUS HUJUNG PERCUTIAN PERSEKOLAHAN

         Pada malam ini, akhir dan penghujung percutian cuti Persekolahan dan Cuti Hari Aidil Adha, saya cuba membincangkan teknik menjawab soalan Novel bahagian Soalan 4(a) dan 4 (b) Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2). Sebagai makluman pelajar, soalan bahagian ini sepatutnya soalan bonus kepada pelajar dan amat beruntung kalau pelajar berminat membaca novel kerana soalan ini mudah dijawab dan mudah untuk mendapat markah penuh (15 markah). Oleh sebab itu, sebagai memudahkan pelajar memahami novel Jendela Menghadap Jalan  Novel Kajian Pelajar (Ting4) dan Novel Songket Berbenang Emas Kajian Pelajar( Ting. 5), saya lampirkan nota ekspres untuk memudahkan pelajar membuat ulangkaji, serta diikuti dengan Analisa Soalan-Soalan Percubaan Tahun 2017 serta soalan yang telah keluar dalam Peperiksaan SPM Sebenar, sama ada kertas Ulangan Jun dan Kertas SPM November.

         Saya akan cuba memasukkan bahan novel di atas secara berperingkat-peringkat kerana bahan berkenaan banyak dan saya perlu mengambil masa untuk melaksanakan tugasan berkenaan melibatkan:-
  1. Nota ekspres kajian Komsas
  2. Analisa soalan Percubaan Negeri-Negeri 2017.
  3. Analisa soalan Sebenar Kertas SPM Ualangan Jun dan Kertas SPM November.
  4. Bahan teknik menjawab soalan novel.
  5. Latihan masteri soalan novel.
BAHAGIAN 1 ( NOTA EKSPRES -BANDINGAN ANTARA NOVEL TING 4 DAN NOVEL TING 5)


NOTA  EKSPRES NOVEL MENENGAH ATAS ( BANDINGAN ANTARA NOVEL TING. 4 DAN TING. 5)
(SUMBANGAN CIKGU MOHD RAMSUL UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG  YANG DISAYANGI)

JENDELA MENGHADAP JALAN
ROHANI MATDIRIN

NOVEL SONGKET  BERBENANG EMAS
KHAIRUDDIN AYIP
SINOPSIS UMUM)

Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili, seorang  anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-kata ibunya walau batinnya melawan agar  tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar tempat di kampung terdapat  beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan  Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang berfifat antagonis dalam novel ini seperti Rafik dan Haziq.
Watak remaja  yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca  sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan  jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi kepada para remaja bahawa ruang untuk berbuat baik dan bertaubat sentiasa terbuka luas jika seseorang itu berkeinginan untuk melakukannya.
Lili menetap di kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya menghadap jalan. Ketika berada di kampung  Lili berasa penduduknya pelik-pelik belaka. Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional tetapi watak remaja pula digambarkan sebagai 'penentang' kepada adat tradisional datuk itu. Datuk tetap menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun temurun. Nanun begitu, watak remaja dalam novel ini pula  tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia agar lebih senang untuk dikendalikan.
Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili. Ekoran peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah iaitru ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan.
Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat terutamanya remaja. Pembaca dapat mencontohi  nilai keberanian dan kesungguhan watak-watak remaja yang ditampilkan dalam  novel ini terutamanya watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya ada dalam diri mereka.






SINOPSIS UMUM

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan.  Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil  setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
            Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
            Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya.  Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.



TEMA:- PERSOALAN POKOK ATAU UTAMA YANG DIKEMUKAN DALAM SESEBUAH KARYA ( NOVEL)
Ø  Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah dan masalah tersebut diselesaikan dengan cara bermuafakat.

Ø  Masalah keganasan rumah tangga yang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya berjaya diselamatkan.

Ø  Masalah masa depan perubatan tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.

Ø  Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.

Ø    Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.

TEMA:- PERSOALAN POKOK ATAU UTAMA YANG DIKEMUKAN DALAM SESEBUAH KARYA ( NOVEL)

 Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.

Ø  Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya. Kehidupan

Ø  Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka.Namun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.

Ø  Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran rumahnya

Ø  Dahlia juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang hidup senang.

Ø  Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini

Ø  Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir.

Ø   Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

PERSOALAN:- IDEA-IDEA SAMPINGAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGKARYA UNTUK MEYOKONG PERSOALAN UTAMA ATAU TEMA
Ø  Persoalan tentang keganasan rumah tangga, contohnya Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.

Ø  Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional, contohnya Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.

Ø  Persoalan tentang sikap prihatin contohnya Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.

Ø  Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampong, contohnya Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.


PERSOALAN:- IDEA-IDEA SAMPINGAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGKARYA UNTUK MEYOKONG PERSOALAN UTAMA ATAU TEMA

Ø  Kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran, contohnya Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Ø  Kemiskinan dalam masyarakat kampung, Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Ø  Berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya, contohnya Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang

Ø  Keinsafan selepas menyedari kesilapan diri,  contohnya Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.  Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.

Ø  Bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain, contohnya Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.  Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

Ø  Kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup, contohnya Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh.  Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

Ø  Pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat,contohya  penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.

Ø  Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas, Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik.  Haji Sulaiman banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka.  Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ø  Semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa, contohnya Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan.  Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya.  Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Ø  Pengekalan identiti bangsa dan jati diri, contohnya Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu

Ø Persoalan  jodoh pertemuan di tangan Allah contohnya,
            Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu
            meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.








PLOT:-SUSUNAN PERISTIWA BERDASARKAN SEBAB DAN AKIBAT DALAM SESEBUAH NOVEL. PLOT ERBINA MENGIKUT KROLOGI IAITU DENGAN BINAAN PERMULAAN CERITA, PERKEMBANGAN, PERUMITAN (KONFLIK), PUNCAK (KLIMAKS) DAN PELERAIAN.
 Permulaan
Ø  Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
Ø  Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
Ø  Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
 Perkembangan
Ø  Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
Ø  Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
Ø  Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
Ø  Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
Ø  Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
Ø  Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
Ø  Danel sering menulis artikel tentang pisang.
Ø  Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel
Konflik
Ø  Konflik dengan diri sendiri
Ø  Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
Ø  Konflik dengan orang lain
Ø  Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
Ø  Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
Ø  Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.
Klimaks / Puncak
Ø  Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. 
 Peleraian
Ø  Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
Ø  Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
Ø  Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
Ø  Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ø  Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
Ø  Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
Ø  Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
Ø  Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
Ø  Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
Ø  Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.


PLOT:-SUSUNAN PERISTIWA BERDASARKAN SEBAB DAN AKIBAT DALAM SESEBUAH NOVEL. PLOT ERBINA MENGIKUT KROLOGI IAITU DENGAN BINAAN PERMULAAN CERITA, PERKEMBANGAN, PERUMITAN (KONFLIK), PUNCAK (KLIMAKS) DAN PELERAIAN.

Permulaan

Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti . Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.

Perkembangan

 Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular.

Perumitan/Konflik
Ø  Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000.Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.
Ø  Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.

Ø  Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
Ø  Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
Ø  • Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.

Klimaks/Kemuncak

Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya.Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga Dahlia.

Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.

Peleraian/ Pengakhiran

Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam cerita baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan, dan sebagainya., sementara perwatakan adalah sifat (lahiriah)atau fizikal (jasmaniah) watak berkenaan. Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah laku serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap, dan pemikiran.
Watak dan perwatakan utama:-
1.  Lili
Ø  Lepasan sekolah menengah
Ø  Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
Ø  Berpura-pura menjaga hari ibunya
Ø  Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
Ø  Akur cakap orang tua
Ø  Suka berkawan dan peramah
Ø  Menjadi teman baik Geetha
Ø  Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
Ø  Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
Ø  Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.
Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman):-
Ø  Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
Ø  Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
Ø  Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
Ø  Ajar Lili Ilmu Kegamaan
Ø  Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
Ø  Sayang Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
Ø  Berjaya Mengislamkan William
Ø  Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
Ø  Berumur 70tahun
Ø  Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
Ø  Rajin Membaca Kitab
Ø  Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
Ø  Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
Ø  Pandai Mengurut (Mengurut Danel)
Danel:-
Ø  Anak William
Ø  Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
Ø  Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
Ø  Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
Ø  Percaya Perubatan Moden
Ø  Akrab Dengan Datuk
Ø  Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
Ø  Sering Membantu Nenek Memasak
Ø  Memasak Menggunakan Pisang
Ø  Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah):-
Ø  Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
Ø  Isteri Kepada Datuk
Ø  Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
Ø  Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
Ø  Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
Ø  Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.
Geetha:-
Ø  Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
Ø  Siswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
Ø  Anak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.
Ø  Menjadi Akrab Dengan Lili.
Ø  Seorang Yang Tepati Janji.
Abang Rashid:-
Ø  Sering Membantu Datuk Dan Nenek
Ø  Mengambil Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.
Ø  Kutip Buah Dari Kebun Datuk
Ø  Belum Berkahwin

 Ibu Lili :-
Ø  Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
Ø  Tanam Herba Pembuka Selera Makan
Ø  Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
Ø  Gemar Belajar Silat.
Ø  Belajar Di Luar Negara
Ø  Menjawat Jawatan Penting.

Rafiq Dan Haziq:-
Ø  Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
Ø  Menduduki PMR
Ø  Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
Ø  Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
Ø  Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
Ø  Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.

Seman:-
Ø  Suami Che Jah
Ø  Kaki judi, berhutang dan minum arak
Ø  Melarikan kubah surau
Ø  Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
Ø  Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
Ø  Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam cerita baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan, dan sebagainya., sementara perwatakan adalah sifat (lahiriah)atau fizikal (jasmaniah) watak berkenaan. Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah laku serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap, dan pemikiran.
Watak dan perwatakan watak utama

1. Dahlia
Ø Anak sulung (m/s 8)- harapan keluarga mempunyai lima orang adik
Ø Seorang yang bakal menduduki STPM (m/s 5)
Ø Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim (Ting. 6) (m/s 42) dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5)
Ø Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya • Seorang yang bijak-Cikgu hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
Ø Hidup dalam suasana kemiskinan –berhutang dengan Tauke Lim (m/s 14) • Ibunya menghidap penyakit kemurungan
Ø Bapanya dipatuk ular
Ø Seorang yang tidak sombong –melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari (m/s 10)
Ø Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak (m/s 19)
Ø Seorang yang penyayang – sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan adik-adiknya.
Ø Seorang yang menghormati tetamu –memberi layanan yang baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya (m/s 21)/ menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib berkunjung ke rumahnya (m/s 78)
Ø Seorang yang menjaga tatasusila budaya – akur kepada budaya Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua (m/s 27)
Ø Seorang yang berani- Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said (m/s 53)
Ø Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan (m/s 57)
Ø Seorang yang bertanggungjawab- Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital (m/s 73)

Watak Sampingan
1. Saleha
Ø  Ibu Dahlia
Ø  Berumur 39 tahun (m/s 16)
Ø  Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan Abu Bakar)
Ø  Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang • Bekerja sebagai penoreh getah
Ø  Seorang yang penyayang- semasa sihat ,beliau yang menjaga semua keperluan anak-anaknya.


2. Embong
Ø  Bapa Dahlia. Berasal dari Melaka.
Ø  Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anakanaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
Ø  Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya
Ø  Seorang yang percaya akan kehendak takdir –Isterinya menjadi kurang siuman (m/s 22)
Ø  Seorang yang penyabar (m/s 24)- Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
Ø  Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya – menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia (m/s 32)
Ø  Seorang yang berani- Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.

3. Azhari
Ø  Berkumis nipis
Ø  Bermuka bulat (m/s 7)
Ø  Tinggi
Ø  Kacak
Ø  Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
Ø  Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah • Suka akan Dahli
Ø  Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguhsungguh(m/s 6)
Ø  Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.
4. Siti Wangi
Ø  Sahabat Dahlia
Ø  Bermuka bulat
Ø  Sentiasa ceria


 5. Tauke Lim
Ø  Berbangsa Cina
Ø  Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluarga Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal.
Ø  Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang
Ø  Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga Embong
Ø  Seorang yang pemurah- menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.
Ø  Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama • Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.

 6. Nek Kiah
Ø  Ibu Saleha
Ø  Suka membandingkan antara anaknya- Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.
Ø  Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya.
Ø  Seorang yang pemarah
Ø  Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu.
Ø  Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.
Latar:
Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang, dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya.

Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.

Ø  Dungun
Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
Ø  Daerah asal ibu Lili
Pekan Sejahtera
Ø  Tempat Tinggal Geetha
Ø  Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.

Pekan Sentosa

Ø  Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
Bendang

Ø  Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung

Masjid

Ø  Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
Ø  Tempat Datuk Bersolat Berjemaah
Rumah Datuk

Ø  Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
Ø  Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
Ø  Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
Ø  Tempat Danel berurut dengan datuk
Kedai Runcit Letchumi

Ø  Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja
Ø  Tempat Lili Bertemu Geetha
Ø  Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.

Kedai Runcit Ah Kwan
Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
Ø  Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.

Balai Raya

Ø  Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
Ø  Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau

Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu cerita.
Maghrib
Ø  Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.

Pagi
Ø  Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
Ø  Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.

Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan berlaku.  Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
Latar Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi Kekeluargaan
Ø  Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.
Ø  Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
Ø  Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.

Latar Masyarakat Yang Prihatin
Ø  Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
Ø  Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
Ø  Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
Ø  Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
Latar masyarakat yang buruk sangka.
Ø  Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
Ø  Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.
Ø  Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan

Latar
Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang, dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya.

Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.
Ø  Padang bola jaring  - Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
Ø  Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia.
Ø  SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.
Ø  Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
Ø  Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.
Ø  Kebun getah - 20 meter dari rumah  seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah.
Ø  Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.
Ø  Hospital Batu Pahat (Wad 6)  - Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal
Ø  Hospital Batu Pahat (Wad 4) - Ayah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
Ø  Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
Ø  Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia - Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.
Ø  Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer  dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
Ø  Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini.
Ø  Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. - Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
Ø  Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.  



Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu cerita.

Ø   Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama.
Ø   Maghrib - Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah.
Ø   Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah
Ø   Malam - Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital
Ø   Empat bulan sebelum peperiksaan STPM -  Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja.
Ø   Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang.
Ø   Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya.
Ø   Tidak sampai seminggu - Embong dirawat di Hospital Batu Pahat.
Ø   Pada waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada ayah mereka masih marah akan tindakannya menjual kambing ayahnya.    
Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan berlaku.  Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
Masyarakat kampung  - Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul. 
Ø  Masyarakat guru - Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.  Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang bijak . 
Ø   Masyarakat pelajar -    Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah.  -    Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum. 
Ø  Masyarakat yang saling membantu  – Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat      Embong meluahkan perasaan. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia. 
Ø  Masyarakat yang bertanggungjawab - Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya, Embong yang    menghadapi masalah. 
Ø  Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya - Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja. 
Ø  Masyarakat yang insaf akan kesilapannya - Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya  yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya. 
Ø  Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup - Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan. Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah. Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental.
Ø  Masyarakat yang penyayang - Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya. Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit. Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu. 
Ø  Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan - Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya  dia tetap  melamar Dahlia . Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah. 

BAHASA
GAYA BAHASA
Ø  Repetisi – Contohnya :  itulah madu, itulah racun. Menerima salah, menolak juga salah.
Ø  Metafora - Contohnya:  gunung harapan, kotak fikirannya.
Ø  Simile – Contohnya :  macam neraka, bagai hendak tersiat-siat hatinya, seperti mahu menelan.
Ø  Peribahasa – Contohnya :  sudah terang lagi bersuluh, biar alah membeli, menang memakai.
Ø  Personifikasi – Contohnya :  Motosikalnya mengaum membelah kesunyian pagi, bahang kepanasan bertakung di pelupuk mata, rumahnya roboh ditelan air.
Ø  Hiperbola – Contohnya :  kepiluan kian menggunung.
Ø  Bahasa asing - Contohnya : Bahasa Inggeris - the best men win!                                     Bahasa Jepun -  Koi-bito.   Bahasa Indonesia -  ongkos.   Bahasa Arab -  Assalamualaikum, bismillah, insya-Allah.

Teknik Penulisan
Teknik Pemerian :-Bermaksud penceritaan tentang peristiwa atau keterangan tentang watak secara langsung oleh pengarang.
Ø  Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
Ø  Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
Ø  Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi.

Teknik Dialog:- Pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita.
Ø  Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
Ø  Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.  Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
Ø  Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
Ø  Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.
Ø   
Teknik Monolog/ monolog dalaman :-
Ø  Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
Ø  Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
Imbas Kembali : bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami. Mengenang semula, contohnya berlalku melalui mimpi, kenangan, dan ingatan sesuatu watak. Antara contoh teknik imbas digunakan di dalam novel
Ø  Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
Teknik Saspens: Merupakan teknik yang menyerlahkan suasana ketegangan dalam karya komsas terutamanya novel atau cerpen yang menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

Ø  Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.

Teknik Penulisan
Teknik pemerian :- Bermaksud penceritaan tentang peristiwa atau keterangan tentang watak secara langsung oleh pengarang.

Ø  Pengarang mengambarkan keadaan sungai dan jalan tanah berlumpur yang becak selepas hujan turun di kampung Dahlia.
Ø  Pengarang mengambarkan keadaa balai raya yang hanya berkeluasan 50 x 20 meter yang dijadikan tempat pemindahan banjir.

Teknik Dialog:- Pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita menjadikan jalan cerita lebih realistic.
Ø  Perbualan antara Dahlia dengan Azhari ketika mereka bertemu di kantin sekolah. Dalam pertemuan itu Azhari menyatakan hajatnya untuk berkunjung ke rumah Dahlia.
Ø  Dialog antara Nek Kiah dengan Dahlia berkaitan dengan kegunaan dan pengertian sirih pinang sebagai adat dalam upacara perkahwinan masyarakat Melayu.

Teknik imbas kembali:- bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami. Mengenang semula, contohnya berlalku melalui mimpi, kenangan, dan ingatan sesuatu watak. Antara contoh teknik imbas digunakan di dalam novel ini ialah:-
Ø  Ingatan semula Dahlia tengtang peristiwa Azhari yang mengungkapkan bait-bait pantun yang difahami maksudnya sewaktu menghantarnya pulang ke rumah pada petang Khamis.
Ø  Seleha terkenangkan akan kisah berlaku pada zaman mudanya dahulu apabila dia mengambil masa berjam-jam untuk bersiap berjumpa dengan Embong.

Teknik Imbas Muka : Imbas muka merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku.Teknik ini juga bertujuan untuk mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan masyarakat kesan aksi-aksi  watak berkenaan dalam cerita berkenaan.

Ø  Dahlia membayangkan gelagat dan kerenah teman-teman sekelasnya yang sedang mengisi perut sambal begelak ketawa di kantin sekolah sewaktu dia berada di bilik warden asrama.
Ø  Dahlia membayangkan tindakan dan kata-kata penolakan daripada ibu Azhari terhadapnya setelah melihat rumah kayu buruknya.
Ø  Embong membayangkan betapa bermaknanya peristiwa merisik anak gadis sulung mereka, Dahlia oleh keluarga Azhari sekiranya isterinya ada bersama.


Teknik Saspen: Merupakan teknik yang menyerlahkan suasana ketegangan dalam karya komsas terutamanya novel atau cerpen yang menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Ø  Peristiwa Dahlia yang berani terjun ke dalam sungai yang berkeladak dan berarus deras untuk menyelamatkan Said yang sudahpun tenggelam di dasar sungai. Pembaca tertanya-tanya dan ingin tahu samada Said dapat diselamatkan dan nasib Dahlia dalam peristiwa dalam peristiwa yang mencemaskan itu.
Ø  Peristiwa banjir yang naik dengan cemat sehingga menenggelamkan anak tangga dan mencecah sampai ke lantai rumah Embong sedangkan bot penyelamat masih belum muncul. Pembaca tertanya-tanya akan nashi Nek Kiah dan Embong sekeluarga sekiranya air banjir menenggelami ruma kayu itu.



Teknik kejutan: Perubahan berlaku dalam cerita secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan kejutan yang diduga oleh pembaca. Teknik ini merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik.
Ø  Peristiwa Dahlia bertemu dengan Azhari di Hospital Permai, Johor Bahru sewaktu melawat ibunya yang sedang menerima rawatan lanjut di sana. Pembaca tidak menyangka bahawa Dahlia akan bertemu dengan Azhari yang bertugas di situ sebagai pekerja sementara.
Ø  Peristiwa Bakar cuba menyerang Mak Enton yang telah memfitnah dan menuduh Dahlia kakaknya sebagai perempuan yang rendah akhlak dan bersekedudukan dengan ayahnya. Pembaca terkejut denga tindakan Bakar yang agresif dan berani itu kerana sebelum ini, dia langsung tidak memperdulikan nasib dan masalah yang menimpa keluarganya itu

Teknik monolog dan monolog dalaman. Monolog ialah tutur kata atau pengucapan watak secara sendirian dalam bentuk doa, ratapan, keluh kesah, rayuan cinta, dan sebagainya.
Monolog dalaman pula ialah kata hati atau pengucapan batin watak, sama ada ditujukan kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
Ø  Dengan bermonolog, Embong berasa marah dan kesal dengan tuduhan Anton terhadap Dahlia, walaupun anaknya sanggup menyelamat Said.
Ø  Dahlia bermonolog agar Allah memberikan kekuatan kepada adiknya, Mawar untuk menghadapi pelajaran dengan tenang.



Nilai
Nilai terbagai kepada dua:-
NILAI KEMANUSIAAN
Sifat-sifat postif/ mulia/ bermoral/ nilai-nilai murni/ baik
Contoh:    kasih saying, tolong-menolong, kebijaksanaan, hormat-menghormati dan sebagainya

NILAI KEMASYARAKATAN
Amalan-amalan baik dalam masyarakat
Contoh    hormat- menghormati, tolong- menolong

1.  Nilai Jati Diri
Ø  Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.


Nilai Tanggungjawab:-
Ø  Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.


2.   Nilai Prihatin
Ø  Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
Ø  Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.
3.   Nilai baik hati
Ø  Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
Ø  Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
4.   Nilai kasih sayang
Ø  Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
Ø  Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.




Nilai
Nilai terbagai kepada dua:-

NILAI KEMANUSIAAN
Sifat-sifat postif/ mulia/ bermoral/ nilai-nilai murni/ baik
Contoh:    kasih saying, tolong-menolong, kebijaksanaan, hormat-menghormati dan sebagainya

NILAI KEMASYARAKATAN
Amalan-amalan baik dalam masyarakat
Contoh    hormat- menghormati, tolong- menolong

1.  Kasih sayang (Lengkapkan contoh bagi nilai kasih sayang)
Ø  Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya – Contohnya:
Ø  Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya, contohnya, Dahlia menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. 
Ø  Kasih sayang suami terhadap isterinya - Contohnya:
Ø  Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya - Contohnya:
Ø  Kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya - Contohnya: - Kasih sayang adik terhadap kakaknya- Contohnya:
Ø  Kasih sayang cucu terhadap neneknya- Contohnya:

2. Keberanian
Ø  Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.
Ø  Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.

 3. Setia kawan
Ø  Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota
Ø  nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya.

 4. Pengorbanan
Ø  Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.
Ø  Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki.

 5. Keikhlasan
Ø  Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Ø  Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
Ø  Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya.
Ø  Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di balai raya.
Ø  Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.

6. Nasihat- menasihati
Ø  Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah. –
Ø  Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
 7. Kerjasama
Ø  Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.
Ø  Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.
Ø  Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.

8. Perpaduan/ Bersatu padu
Ø  Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir yang melanda kampung mereka.
Ø  Walaupun penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka hidup bersatu padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu walaupun berbangsa Cina.

9. Kegigihan
Ø  Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM.
Ø  Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital.

 10. Ketabahan
Ø  Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular.
Ø  Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.

11. Keinsafan
Ø  Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya. - Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya.
Ø  Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.
Pengajaran
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton
Ø  Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
Ø  Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
Ø  Kita hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.
Ø  Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarahsupaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
Ø  Kita hendaklah sayang akan ahli keluargasupaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.
       Cuba huraikan dan beri contoh pengajaran di atas.
PENGAJARAN
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton
Ø  Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.  
Ø  Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang tugasan.  
Ø  Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain.
Ø  Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
Ø  Kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain.   
Ø  Kita mestilah bersatu padu demi keharmonian hidup.  
Ø  Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
Ø  Kita mestilah berani berhadapan dengan sebarang masalah.  
Ø  Kita mestilah tabah dalam menempuh dugaan hidup.
Ø  Kita mestilah gigih belajar untuk mencapai kejayaan.   
Ø  Kita mestilah sedia berkorban demi kebahagiaan orang lain.  






Cuba huraikan dan beri contoh pengajaran di atas.


PELAJAR BOLEH MENGGUNAKAN NOTA DI ATAS SEBAGAI ASAS UNTUK MEMAHAMI KEDUA-KEDUA NOVEL YANG DIKAJI DAN PADA MASA YANG SAMA MENAMBAH ISI ATAU HURAIAN NOTA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI JAWAPAN SERTA PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM SEBENAR.

BAHAGIAN 2 ( ANALISA SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NOVEL 4(A) DAN 4 (B) NEGERI-NEGERI 2017)


ANALISA TERKINI SOALAN PERCUBAAN  BAHASA MELAYU NEGERI-NEGERI LAIN 2017.
SOALAN PERCUBAAN SPM  NEGERI 2017 ( ANALISA 4 A DAN 4 B)

BIL
NEGERI
SOALAN 4 A    ( 7 markah )
SOALAN 4 B   ( 8 markah )
1
KEDAH
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam  novel tersebut
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian  yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
2
SBP
Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.    
Huraikan dua latar tempat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan  kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.
3
PAHANG
Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan  dua peristiwa  sebuah  novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.
4
JOHOR (SMK DESA CEMERLANG)
Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya termasuk novel. 
Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji.
Berpandukan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan  satu peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama dalam setiap novel  tersebut
5
PERLIS
Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan keberanian.  Jelaskan dua persoalan keberanian yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan.  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama.  
6
TERENGGANU
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalarn novel tersebut.
Terdapat pelbagai peristiwa rnenarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa paling menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda berpendapat demikian.
7
MRSM
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.
Satu darpada nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji ialah keberanian.
Jelaskan satu peristiwa yang mengambarkan nilai keberanian bagi setiap novel tersebut.
8
KELANTAN
Dalam novel terdapat pelbagai peristiwa yang boleh diteladani oleh pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca.
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kejujuran bagi setiap novel.
9
SABAH
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang berserta contoh yang sesuai seperti yang diketengahkan dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan dengan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.
10
PERAK DAERAH PERAK TENGAH
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa tentang persoalan ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari dalam setiap novel yang telah anda pelajari.
11
MELAKA
Novel yang baik dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua kebaikan yang anda   peroleh.
Unsur saspen dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel. 
Jelaskan unsur saspen yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.
12
PERAK (SMK SUNGAI MANIK)
Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap  masyarakat yang sepatutnya dihindari.
13
SELANGOR
Konflik yang timbul dalam sesebuah novel membuat cerita semakin berkembang.
Jelaskan dua peristiwa yang dapat mengambarkan penyelesaian konflik antara watak utama dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keberanian  yang terdapat dalam setiap novel.
14
SARAWAK
(LIMBANG)
Watak sampingan ialah watak pembantu yang membantu watak utama membangunkan sesebuah cerita.
Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda pelajari. 
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan latar masyarakat  yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
15
NEGERI SEMBILAN
Persoalan 1
Persoalan 2
Kegigihan mencapai kejayaan
Ketabahan menghadapi dugaan
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan contoh peristiwa untuk kedua-dua persoalan di atas.
Pengakhiran sesebuah novel yang anda kaji telah menarik minat anda kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
Jelaskan keistimewaan tersebut.
16
WILAYAH PERSEKETUAN
Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang berkaitan dengan watak utama bagi setiap novel tersebut


ANALISA SOALAN SPM SEBENAR SPM ULANGAN JUN DAN SPM SEBENAR NOVEMBER AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN ( HARAP MAKLUM KERANA DALAM PROSES BINAAN)

BAHAGIAN 3 ( TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL 4(A) DAN 4 (B)


Format soalan Novel komsas:
Teknik dan Pemarkahan untuk soalan ini.

4 (a)  Markah 7
KAJIAN SATU NOVEL

Perkara
Markah
 Catatan
Isi
4
Isi cukup 2 isi. Pelajar digalakkan menyenaraikan 3 isi dengan isi ketiga berperanan sebagai “backup”.
Setiap isi perlu pengolahan ( Isi + huraian + contoh)
Setiap isi ( 1 markah) dan huraian dan contoh ( 1 markah)
Bahasa
3
Elakkan kesalahan bahasa.
Jumlah Markah
7


4 (b)  Markah 8
KAJIAN DUA NOVEL ( JAWAPAN PELAJAR PERLU MELIBATKAN KEDUA-DUA NOVEL DIKAJI DI TING. 4 DAN TINGKATAN 5)

Perkara
Markah
 Catatan
Isi
6
Isi cukup,  1  isi bagi setiap novel dikaji.  Pelajar digalakkan menyenarai 2  isi  bagi setiap novel dikaji dan isi kedua  berperanan sebagai “backup”
Setiap isi perlu pengolahan ( Isi + huraian + contoh)
Setiap isi ( 1 ½  markah) dan huraian dan contoh ( 1 ½ 
 markah)
Bahasa
2
Elakkan kesalahan bahasa
Jumlah Markah
8




Contoh Cara Menjawab Soalan 4 (a):- ( Kajian Satu Novel)

Soalan berdasarkan Soalan Percubaan Peperiksaan SBP 2017

4(a)  Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.
        Huraikan dua latar tempat  dalam sebuah novel yang anda kaji.



         CARA MENJAWAB ISI DAN HURAIAN ISI SOALAN KAJIAN SATU NOVEL 4 (a)

PERKARA
TAMBAH
( + )
HURAIAN + CONTOH
                ( 1 markah  )
                         ( 1 markah )
LATAR TEMPAT 1
+
HURAIAN DAN CONTOH PERISTIWA BERKAITAN LATAR TEMPAT
                  (  1 markah )

                          ( 1 markah )
LATAR TEMPAT 2
+
HURAIAN DAN CONTOH PERISTIWA BERKAITAN LATAR TEMPAT

Contoh Cara Menjawab Soalan 4 (b):- ( Kajian Dua Novel)


Soalan berdasarkan Soalan Percubaan Peperiksaan SBP 2017

4(b)  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kebijaksanaan bagi
         setiap novel tersebut


     CARA MENJAWAB ISI DAN HURAIAN ISI SOALAN KAJIAN DUA NOVEL 4 (b)

PERKARA
TAMBAH
( + )
HURAIAN + CONTOH
                ( 1 ½  markah  )
                         ( 1 ½ markah )
PERSOALAN KEBIJAKSANAAN 1
KAJIAN NOVEL TING 4
+
HURAIAN DAN CONTOH PERSOALAN KEBIJAKSANAAN
KAJIAN NOVEL TING 4
                  (  1 markah )

                          ( 1 markah )
PERSOALAN KEBIJAKSANAAN 2
KAJIAN NOVEL TING 5
+
HURAIAN DAN CONTOH PERSOALAN KEBIJAKSANAAN
KAJIAN NOVEL TING 5



BAHAGIAN 4 SOALAN LATIHAN MASTERI SOALAN NOVEL DAN CONTOH JAWAPAN


SOALAN LATIHAN MASTERI 4 (a) DAN CONTOH MENJAWAB  (KAJIAN SATU NOVEL):-

Soalan Percubaan Kertas Bahasa Melayu 2 SBP 2017

4(a)  Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.
        Huraikan dua latar tempat  dalam sebuah novel yang anda kaji.

        Berdasarkan satu novel yang saya kaji di tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdirin, pengarang telah mengemukakan dua latar tempat. Pertama latar tempat yang menjadi lokasi cerita novel ini ialah daerah Dungun, Terengganu. Daerah ini merupakan tepat tinggal datuk dan nenek Lili iaitu watak utama novel ini. Selain itu, daerah Dungun merupakan tempat kelahiran ibu Lili. Selain itu, satu lagi latar tempat novel Jendela Menghadap Jalan ialah  Kedai Runcit Letchumi iaitu tempat nenek Lili iaitu Hajah  Aisyah Tan Abdullah membawa Lili berbelanja. Selain itu di Kedai Runcit Letchumi juga menjadi tempat Lili bertemu dengan Ghetaa iaitu anak Letcumi yang kemudian menjadi kenalan Lili.


4(b)  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kebijaksanaan bagi
         setiap novel tersebut.

        Persoalan merupakan idea sampingan yang ingin diperkatakan oleh pengkarya dalam novelnya. Berdasarkan Novel Jendela Menghadap Jalan iaitu novel tingkatan 4 yang saya kaji terdapat persoalan kebijaksanaan watak utama iaitu Lili yang berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga che Jah. Lili dengan kebijaksanaanya meminta pertolongan Kak Hamimah iaitu salah seorang kakitangan  Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap buruk suaminya Seman. Akhirnya Seman ditangkap oleh pihak berkuasa untuk menjalani pemulihan. Selain itu, persoalan kebijaksanaan juga saya kesan dalam Novel Songket Berbenang Emas iaitu novel kajian saya di tingkatan lima. Persoalan kebijaksanaan ini dapat dibuktikan dengan kebijaksanaan watak utama iaitu Dahlia yang bijak menguruskan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya walaupun keluarganya hidup dalam kemiskinan.

LATIHAN MASTERI DAN NOTA RINGKAS KAJIAN DUA NOVEL YANG BOLEH MEMBANTU PELAJAR MEMBUAT LATIHAN SERTA ULANGKAJI UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN JUGA PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM 2018.

Soalan 1
Berdasarkan dua  novel yang anda kaji, huraikan tema yang di paparkan dalam kedua-dua novel berkenaan.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.

Lili :-

Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.
Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.
Lili cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa.
Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya, penduduk kampung menerima cadang Lili untuk membina masjid baharu.

Dahlia:-

Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah menjalankan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang kental.
Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.

Kegigihan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta ramai kenalan lelakinya.


Soalan 2

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang  dipaparkan dalam novel.                            ( 7 markah)


Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Masyarakat kampung

1.  Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.

3. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
Masyarakat kampung   

1. Masyarakat kampung yang  tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
Masyarakat yang saling membantu

1. Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .

2. Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah  mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional.

3.Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah.
Masyarakat yang saling membantu

1. Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.

2. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

3. Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah  musnah dilanda banjir.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain.

1. Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.

2. Lili ikhlas membantu  Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain

1. Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

2. Haji Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya.

3. Najib ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.

Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.

1. Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya

1. Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar  juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.

3. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya  yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Datuk bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya di kampung.

2. Datuk bertanggungjawab membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.

2. Haji Sulaiman bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir.
Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial

1. Anak-anak Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan terlibat dalam penagihan dadah.

2. Suami Che Jah, Seman suka bermain judi.
Masyarakat remaja yang terlibat dalam gejala sosial

1. Abu Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.


Soalan 3

Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.                                        (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Peristiwa mengubati pesakit

1. Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba.

2. Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi.

2. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana datuk Lili  bersedia membantu  sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional. Kita juga perlu membantu orang yang memerlukan bantuan jika kita mempunyai kepakaran dalam apa-apa bidang.
Peristiwa menyelamatkan nyawa orang lain

1. Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana sifat  berani yang ada pada Dahlia yang sanggup menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa orang lain ini jarang dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang gadis, namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi menyelamatkan nyawa orang lain.
Peristiwa menyelesaikan masalah kubah surau

1. Lili , Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah  orang-orang kampung  yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.
Peristiwa keluar dari asrama demi kepentingan keluarga

1. Dahlia sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan adik-adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, Dahlia selaku anak sulung tidak mementingkan dirinya sendiri dan sanggup berkorban demi keluarganya yang dilanda musibah.

Sebab
1.     Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih mengutamakan kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.
2.      
Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang tinggi
1. Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq.
Peristiwa mengenai perkara mistik
1. Pada mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan dimasukkan ke dalam hospital. Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang berbisa, iaitu ular mula mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam di bawah rumah mereka.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana pelbagai perkara pelik dan malang yang berlaku dalam keluarga Dahlia secara bertimpa-timpa seolah-olah seperti dirancang.

Peristiwa anak yang patuh akan ibunya

1. Lili tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sebagai seorang anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah.
Peristiwa sikap membantu dalam diri

1. Dahlia yang membantu anak Aton, Said yang kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya, Dahlia ternampak Said bermandi-manda di dalam sungai di hadapan rumahnya. Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas. Dahlia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan Said. Malangnya, derasan air sungai bermaharajalela ketika itu. Said mati lemas dan niat baik Dahlia itu disalah ertikan.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun tidak pandai berenang, Dahlia tetap memberanikan diri terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. Dia bagaimanapun gagal menyelamatkan Said yang telah lemas.



Peristiwa memaafkan kesalahan orang

1. Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka itu tidak baik.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan perkara yang tidak baik kepada kita.
Peristiwa sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama

1. Tauke Lim menyumbangkan barang-barang keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang diadakan di Kampung Parit Haji Rais, walaupun dia berbangsa Cina.

2. Tauke Lim juga sanggup memberi keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana amat memahami penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Embong.

3. Tauke Lim menyumbangkan sebanyak RM300 kepada Dahlia yang apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun.

4. Tauke Lim juga sanggup membayar harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana dia tidak mahu keluarga Embong berpindah dari situ apabila tanah itu dijualkan kepada orang lain kerana dia amat memahami penderitaan hidup keluarga Dahlia.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama kita mestilah bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
Peristiwa menghargai pemberian orang lain

1. Nenek Lili berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini diberikan oleh pesakit datuk iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian orang lain,oleh sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya sehingga berjaya menemukannya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.
Peristiwa menghargai pemberian orang lain

1. Dahlia amat menghargai kain songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan oleh Azhari. Simbolik daripada hadiah Azhari,Dahlia  berjanji akan menjaga jati dirinya walaupun di mana-mana jua dia berada.

2. Dahlia juga menghargai gelang pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian itu merupakan satu anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan adik-adiknya sebagai cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli tentang keluarga Dahlia.

Sebab

1. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.





Soalan 4

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang  watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.                                                                                            (7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Datuk( Haji Abdul Rahman)

1. Seorang yang kuat bekerja
Sebagai contoh, tangan datuk macam besi berkarat, uratnya biru dan tertonjol.

2. Seorang yang pakar tentang perubatan tradisional akar –akar kayu dan pengamal perubatan tradisionalSebagai contoh, datuk merawat Puan Letchumi dan Kak Mimah dengan menggunakan herba.

3. Seorang yang menghargai pemberian orang lain.
Sebagai contoh, datuk risau apabila bekas kemenyan pemberian Puan Letchumi dan tasbih hilang

4. Seorang yang kuat beribadat
Sebagai contoh, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan pandai dalam hal-hal keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan agama.

5. Seorang yang sangat menghargai nilai sejarah
Sebagai contohnya, datuk  menceritakan kehebatan rumah-rumah di Kampung Sentosa yang jendelanya menghadap jalan.
Embong

1. Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab
Sebagai contoh, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.

2. Seorang yang penyayang
Sebagai contoh, Embong sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.Beliau sanggup melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

3. Seorang yang percaya akan kehendak takdir
Sebagai contoh, Embong percaya akan kehendak takdir isterinya,Saleha menjadi kurang siuman kerana ketentuan Allah SWT.

4. Seorang yang penyabar
Sebagai contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.

5. Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya
Sebagai contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia

6. Seorang yang berani
Sebagai contohnya,  Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
Geetha

1. Seorang yang peramah
Sebagai contohnya, Geetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili sewaktu berada di dalam bas.
2. Seorang yang berani
Sebagai contohnya, Geetha berani mengajak Lili mendaki bukit untuk melihat matahari terbenam.

3. Seorang yang bijaksana
Sebagai contohnya, Geetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.
Azhari

1. Seorang yang berpendidikan tinggi
Sebagai contohnya, Azhari baru mendapat segulung ijazah

2. Seorang yang suka memberikan nasihat
Sebagai contohnya, Azhari sentiasa menasihati Dahlia agar belajar dengan bersungguh-sungguh.

3. Seorang yang pandai memujuk
Sebagai contohnya, Azhari pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.


Soalan 5

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan  dengan persoalan keberanian dalam menghadapi masalah.                                                                                                                                                                                                                          (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Persoalan keberanian dalam menghadapi masalah

1. Peristiwa Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa.

2.Peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
Persoalan keberanian dalam menghadapi masalah

1. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai berhampiran rumah Dahlia.

2. Peristiwa Embong berani membunuh ular sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji Kadir.


Soalan 6

Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda  pelajari.                                                              (7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Dua nilai kemanusiaan

1. Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti di kampung

2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak cik Lechutmi

3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama penduduk kampung bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah.

4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

- Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan kurang sesuai.

5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas solat berjemaah dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.

6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.

- Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan. Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di rumah datuk untuk bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.

10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah suaminya Seman yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Dua nilai kemanusiaan

1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka walaupun kehidupan mereka miskin .
- Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental.

2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah pendapatan keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital.

3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.

4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan .

5. Nilai keberanian
- Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas .

6. Nilai semangat setia kawan
- Kavita dan Najib berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran untuk Dahlia.

7. Nilai bersimpati
- Tauke Lim bersimpati terhadap keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,masalah kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya yang terlibat dengan gejala sosial.

8. Nilai keprihatinan
- Dahlia yang bimbang akan keadaan Nek Kiah yang tidak kelihatan selama beberapa hari terus pergi ke rumah neneknya untuk memastikan keadaan neneknya selamat.

9. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.

10. Nilai ketabahan
- Dahlia tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

Soalan 7

Jelaskan satu bukti kepincangan masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda  pelajari.                                                               (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial 
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

2. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai contohnya, Seman,suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

3. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapat
Sebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.

4. Kepincangan masyarakat yang tidak bertanggungjawab
Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. 

5. Kepincangan masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.
1. Kepincangan masyarakat yang berprasangka buruk terhadap orang lain
Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

2. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya,Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.

3. Kepincangan masyarakat yang suka menghina
Sebagai contohnya, Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

4. Kepincangan masyarakat yang mempunyai hasad dengki
Sebagai contohnya, Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang dengki akan mereka.
5.Kepincangan masyarakat yang memandang serong tentang kemiskinan orang lain
Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.

6. Kepincangan masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir
Sebagai contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.

Soalan 8

Huraikan dua bukti ketabahan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
                                                                                                                                                                                                                (7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Ketabahan menghadapi kerenah orang tua

1. Watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.

2. Watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

Ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik

1.  Watak utama, Lili  tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
Ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling

1. Watak utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

2. Watak utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari menghantarnya pulang ke rumah.

Ketabahan dalam menuntut ilmu

1. Watak utama, Dahlia tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya  semasa kampung mereka dilanda banjir.


Soalan 9

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan.                                                                               (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan

1. Peristiwa membantu mengubati pesakit
- Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba.

Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.

Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana datuk Lili  bersedia membantu  sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional.
Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan

1. Peristiwa sanggup membantu orang lain
Tauke Lim sanggup membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia walaupun berlainan bangsa.

Penduduk kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

2. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama untuk membantu orang lain
- Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang musnah semasa dilanda banjir.

Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana kita mestilah bekerjasama untuk meringankan beban yang dihadapi oleh orang lain.


Soalan 10

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel  tersebut.                               (7 markah) 

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1.Kuala Lumpur – Tempat tinggal Lili dan keluarganya

2. Stesen bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu

3. Perhentian bas Pekan Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti sebelum ke  Kampung  Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili

4. Pekan Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat tinggal Geetha

5. Surau- tempat orang kampung berkumpul

6. Bangsal di tepi sawah – Lili menunggu neneknya yang bekerja di sawah padi

7. Hutan- tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar kayu

8. Jeti nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel  menyaksikan matahari terbit
1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi. 

2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia

3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima

4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.

5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

6. Kebun getah- 20 meter dari rumah  seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah

7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.

8. Hospital Batu Pahat (Wad 6)  -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

9. Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.

10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.

11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.

12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer  dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.

13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini

14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.

15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.

Soalan 11

Huraikan satu peristiwa peleraian cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut dalam dua buah novel yang anda pelajari .                                                                                                                                                                                                             (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya berpendapat bahawa wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa menyelesaikan isu berkaitan kubah surau.Lili, Danel dan Geetha berjaya menyelesaikan isu berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Isu kubah surau ini telah menyebabkan generasi muda dan generasi tua tidak sependapat. Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana di kampung itu harmoni semula.

Selain itu, peristiwa saling berhubungan antara satu sama lain. Sebagai contohnya hubungan Lili, Geetha dan Danel semakin erat , mereka saling berhubungan antara satu sama lain melalui e-mel dan telefon.

Seterusnya, peristiwa menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga. Sebagai contohnya, Kak Mimah telah berjaya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah yang selalu didera oleh suaminya, Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan menduduki peperiksaan PMR.

Peristiwa ingin tahu tentang sejarah kampung. Sebagai contohnya,Lili tidak sabar untuk kembali ke kampung datuk dan neneknya semula kerana dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah jendela menghadap jalan.


Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya berpendapat bahawa adalah wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa berjaya melanjutkan pelajaran.Sebagai contohnya, Dahlia telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Hal ini berlaku demikian kerana, Dahlia telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM walaupun dia telah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidupnya.Sebagai contohnya, dia terpaksa keluar dari asrama atas sebab emaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi kemurungan/ tekanan perasaan sehingga kurang siuman.

Selain itu, novel ini wajar berakhir sedemikian melalui peristiwa pertunangan. Sebagai contohnya,watak utamanya Dahlia bertunang dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari merupakan seorang pemuda yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat akan hal Dahlia dan keluarganya.Oleh hal yang demikian,memang wajar Dahlia mengikat tali pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua belah pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam kemiskinan.

Seterusnya, peristiwa pemberian hadiah kepada seseorang yang istimewa. Sebagai contohnya ,hadiah kain songket berbenang emas yang diberikan oleh Azhari memang sesuai kerana songket ini melambangkan jati diri orang Melayu. Dahlia mesti berpegang kepada janjinya dengan Azhari. Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana pun dia berada kerana dia telah menjadi tunangan orang dan akan berkahwin dengan Azhari selepas tamat pengajiannya nanti. 

Soalan 12

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.                                                                                     (7 markah) 

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Dua pengajaran

1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Lili prihatin akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman.

2. Kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.                               
Sebagai contohnya, Lili, Danel dan Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa.

3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik.

4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, datuk dan nenek amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti persekolahannya.
Dua pengajaran

1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Tauke Lim dan Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan.

2. Kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai contohnya,Penduduk Kampung Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda banjir.

3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di sungai berdekatan dengan rumahnya.

4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, Dahlia amat menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik,Melati,dan Kiambang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.

Soalan 13

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan konflik dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut.                              
                                                                                                                                                                                                               (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa isu kubah surau
Konflik untuk meletakkan kubah surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan dibina.

Cara penyelesaian
LiliDanel dan Geetha akan mengadakan  perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
1. Peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain
Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.

Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan diri semasa ditegur oleh Nek Kiah.
2. Peristiwa keganasan rumah tangga
Konflik rumah tangga antara Che Jah dengan suaminya,Seman.

Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
2. Peristiwa sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim
Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.

Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.


Soalan 15

Huraikan dua keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca                                               (7markah)
                                                                                                                                      
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Keistimewaan watak utama (Lili)

1. Seorang yang penyayang
Lili memenuhi permintaan ibunya agar menghabiskan cuti persekolahan di kampung neneknya untuk membuktikan dia menyayangi ibunya.

2. Seorang yang gigih menuntut ilmu.
Lili gigih mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut dengan baik.

3. Seorang yang bijaksana menyelesaikan masalah.
Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Keistimewaan watak utama (Dahlia)

1. Seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya
Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya
setelah emaknya dirawat di hospital.

2. Seorang yang menghormati tetamu yang bertandang ke rumahnya
Dahlia melayan neneknya degan baik dan menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dahlia juga menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang ke rumahnya.

3. Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup
Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah dipatuk ular.




Soalan 14

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.                                                                                                                                                                                                   (markah)                                      
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1.Nilai tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Contohnya, Datuk Lili, sebagai pengamal perubatan tradisional bertanggungjawab dalam membantu pesakit yang datang berubat dengannya berasaskan  akar-akar kayu dan daun-daun herba.
1. Nilai tanggungjawab terhadap keluarga.
Contohnya, Embong bertanggungjawab menyara kehidupan keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.
2. Nilai tanggungjawab mendapatkan rawatan untuk ibu bapa.
Contohnya, Danel dan adik-beradiknya ingin mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk bapanya.
2. Nilai tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar.
Contohnya, Cikgu Hisyam bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai guru kelas Dahlia dengan sentiasa mengambil tahu perkembangan pelajaran dan permasalahan anak-anak muridnya termasuk Dahlia.
3. Nilai tanggungjawab sebagai ketua kampung.
Contohnya, ketua kampung bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan pondok tempat Rafiq dan Haziq bersembunyi.
3. Nilai tanggungjawab seorang kakak terhadap adik-adiknya.
Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga adik-adiknya sewaktu ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula dirawat di Hospital Bahagia.
4. Nilai tanggungjawab membantu orang yang dalam kesusahan.
Contohnya, Lili bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
5. Nilai tanggungjawab sesama rakan.
Contohnya, Kavita bertanggungjawab untuk membantu Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan menyalinkan nota untuk diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.




Soalan 16
Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut.                                                                                                                                                                                     ( 7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah.
Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Contoh :  Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan seperti kemiskinan hidup keluarga dan masalah keluarga. 
2.  Peristiwa kejayaan Danel menyiapkan artikel 'Segalanya Tentang Pisang’.
Contoh : Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas artikel tentang pisang dalam sebuah buku.
2. Peristiwa kejayaan keluarga Dahlia menginsafkan Nek Kiah.
Contoh: Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia akhirnya insaf selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit.
3. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran.
Contoh: Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
3. Peristiwa kejayaan masyarakat kampung bermuafakat dan bekerjasama semasa banjir besar melanda.
Contoh : Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makanan.
4. Peristiwa kejayaan Lili dan Danel menyelesaikan isu kubah.
Contoh: Lili dan Danel berasa amat gembira kerana akhirnya mereka berjaya menyelesaikan isu kubah dengan mencadangkan kubah itu diletakkan di masjid baharu yang bakal dibina.
4. Peristiwa kejayaan hubungan Dahlia dengan Azhari.
Contoh: Dahlia dan Azhari akhirnya bertunang walaupun menempuh pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka.

Soalan 17

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.                                                                                                                                                                                                                      (8 markah

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1.Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan
Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa keganasan Seman.
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu
Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang dipatuk ular.
2. Kegigihan menangani isu kubah
Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha memberikan cadangan untuk menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik penduduk kampung.

2.Kegigihan menguruskan rumah tangga/keluarga
Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital.
3. Kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan
Contoh : Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap jalan.
3. Kegigihan menyelamatkan mangsa lemas
Contoh : Dahlia gigih berusaha menyelamatkan Said anak Aton yang lemas di sungai.








Soalan 18

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan  yang  dipaparkan dalam novel tersebut.                                                                                                                                                                                                                       (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Persoalan masalah kepincangan rumah tangga
Contoh:  Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.

2. Persoalan keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.

3. Persoalan persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.

4. Persoalan perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.

5. Persoalan menuntut ilmu pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

6. Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.

7. Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud.  Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan.

9. Persoalan suka fitnah memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.    

1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.

4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.  Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya     berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.

5. Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan    nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.  Najib cuba   menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan    anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh.  Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

7. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka.  Haji Sulaiman mencadangkan       agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.

9. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang    di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

10. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu.

Soalan 19

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang mengandungi unsur saspens yang terdapat dalam setiap novel       tersebut.                (markah)                                                         
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa kehilangan kubah surau
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah tersebut.
1. Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai
.2. Peristiwa penculikan Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili.
2. Peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.
3. Peristiwa Lili diminta untuk pulang ke kampung oleh ibunya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang ke kampung datuknya seorang diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan datuk dan neneknya serta belajar hidup berdikari.
3. Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.
4. Peristiwa kehilangan datuk Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk pada malam tersebut. Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.
4. Peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.
5. Peristiwa datuk bercerita tentang jendela menghadap jalan
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sebab jendela dibina menghadap jalan. Rupa-rupanya jendela menghadap jalan merupakan satu strategi masyarakat Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan tentera Jepun.
5. Peristiwa hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Embong sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong. Sebenarnya bot penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
6. Peristiwa Che Jah tidak mesra ketika kunjungan Lili ke rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili. Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan membuat laporan polis atas salah laku anak-anaknya.
6. Peristiwa keluarga Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan mereka

Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut. Punca sebenarnya ialah kereta mereka rosak.
7. Peristiwa Kiambang hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak. Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia memegang dan menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.

**  Pelajar perlu memahami novel yang dikaji dan bukan menghafal soalan dan jawapan novel
      kerana  implikasi pembelajaran secara menghafal akan menyukarkan mereka menjawab soalan
      berunsur Kemahiran Berfikir Aras yang tinggi (KBAT). Sebagai contoh, soalan KBAT kini bukan
      terus bertanya aspek kajian novel seperti tema, persoalan, latar masa, latar masyarakat, latar
      tempat, nilai dan pengajaran tetapi bertanyakan unsur peristiwa dan kemudian mengaitkan unsur
      kajian novel. Seyogia, pelajar akan sukar untuk mengaitkan soalan dan jawapan yang
      dikehendaki.

Tiada ulasan: