KESALAHAN UMUM TATABAHASA
1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata
Ganti Diri
1. Kata beliau,
dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan
salah.
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
- Firdaus
dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
- Anjing itu
garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3. Kata dia dan ia tidak
boleh digunakan untuk binatang dan benda.
- Baju ini mahal.
Ia diimport dari Itali. ( salah )
- Baju ini
mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
- Beruang ini
sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
- Beruang ini
sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4. Kata kami
bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak
disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda
dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
- “Kami mesti
memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
- “Kita mesti
memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
- “Kita akan
ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
- “Kami akan
ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5. Kata mereka
tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
- Ayam-ayam itu
dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
- Ayam-ayam itu
dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
- Buku-buku ini
tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
- Buku-buku
ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6. Kata mereka tidak
boleh diulang.
- Mereka-mereka yang
ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
- Mereka yang
ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7. Kata
ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
- Kalau tidak
dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
- Kalau tidak
dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
- Kucing itu mati
kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
- Kucing itu mati
kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
1. Terdapat
6 jenis kata bilangan:
- Kata bilangan
tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
- Kata bilangan
tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah,
dan sebagainya.
- Kata bilangan
pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
- Kata bilangan
pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
- Kata bilangan
himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
- Kata bilangan
tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2. Kata
bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua
tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3. Kata para
tidak boleh diulang.
- Para-para penduduk
perlu bekerjasama. ( salah )
- Para penduduk perlu
bekerjasama. ( betul )
4. Kata
bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak
boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk
penghitungan.
- dua setengah meter (
salah )
- dua suku jam (
salah )
- tiga setengah ringgit (
salah )
- dua meter setengah (
betul )
- dua jam suku (
betul )
- tiga ringgit setengah (
betul )
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh
bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
|
BETUL
|
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh buah kampung
segala ekor binatang
sekalian orang peserta
para orang guru
|
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru
|
3. Penjodoh
bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
|
BETUL
|
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
|
beberapa
usul
kedua-dua
sifat
setiap
sumbangan
semua
pendapat
segala
cadangan
tiap-tiap
kenangan
pelbagai
teguran
|
Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;
ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu.
Kata daripada digunakan untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda
abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH
|
BETUL
|
Devi datang daripada Batu
Kurau.
Saya menunggu
Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat
pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai
oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor
yang hidup
|
Devi
datang dari Batu Kurau.
Saya menunggu
Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat
pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai
oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor
yang hidup.
|
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja.
Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang,
benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang
rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya,
kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie.
( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan
untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa.
Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah.
( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar
setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari
semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata
Kerja
1. Ada dua jenis kata kerja:
a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
- kata kerja yang
berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
- kata kerja yang
berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
- kata kerja yang
berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
- kata kerja yang
berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
- kata kerja yang
berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
- Kata kerja yang
berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum,
minta dan mohon) mesti berawalan men-
a. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai
maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Hafizuddin memberikan Seha
sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas
air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau
bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri
itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman
Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya
agar rajin belajar.
|
Hafizuddin memberi Seha
sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak
segelas air.
Baginda mengurniai beliau
bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri
sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman
Tasik Taiping.
Yatie menasihati saya
agar rajin belajar.
|
5. Kata
kerja intarnsitif terbahagi kepada:
- Kata kerja asal seperti ada,
bangun, duduk, dan sebaginya.
- Kata kerja yang
berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
- Kata kerja yang
berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
- Kata kerja yang
berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
- Kata kerja yang
berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
- Kata kerja yang
berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6. Kata
kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan
awalannya. Contoh:
- tanya kepada
Hamidah ( salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat (
salah )
jangan melompat ( betul )
jangan melompat ( betul )
- senyum kepada
Kartina ( salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata Hubung
1. Ada 3
jenis kata hubung iaitu:
- Kata hubung
gabungan seperti atau,
dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
- Kata hubung
pancangan seperti agar,
bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
- Kata hubung
berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan
saja….tetapi juga dan sebaginya.
2. Kata
hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan
kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan
berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan
kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3. Kata
hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan
kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
· Midah
termenung bila menerima berita itu. ( salah )
· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
Penggunaan Kata Yang Tidak
Tepat
1. adakah dan apakah: Adakah digunakan
untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
Apakah digunakan untuk
mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH
|
BETUL
|
Apakah benar kata-katamu
itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
|
Adakah benar
kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?
|
2. boleh dan dapat : Boleh lebih
tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai
digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH
|
BETUL
|
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
|
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.
|
3. bukan dan tidak: Bukan digunakan
apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa
kerja menjadi predikat.
SALAH
|
BETUL
|
Cincin
ini bukan cantik.
Kami bukan membaca
buku.
Basikal
ini bukan mahal.
Saya bukan duduk
di situ.
|
Cincin
ini tidak cantik.
Kami tidak membaca
buku.
Basikal
ini tidak mahal.
Saya tidak duduk
di situ.
|
4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan
yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
|
BETUL
|
Kawasan pendalaman itu
akan dimajukan.
Beberapa
kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai
Air Hitam akan dijalankan.
|
Kawasan pedalaman itu
akan dimajukan.
Beberapa
kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air
Hitam akan dijalankan.
|
Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
· pengulanagn
kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
· Penggunaan
kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan
sebagainya.
· Pengulangan
kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan
sebagainya.
· Penggunaan
kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan,
kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
· dua biji
telur
· semua murid
· para pendidik
· pelbagai acara
· segala haiwan
· sekalian penduduk
· seluruh kawasan
3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna
jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
· Lukisan
itu cantik-cantik belaka.
· Pakaian
di situ mahal-mahal harganya.
· Ayam di
situ gemuk-gemuk.
· Pemuda di
sini gagah-gagah belaka.
· Gadis di
sini cantik-cantik.
· Kuih
itu sedap-sedap rasanya.
· Pahlawan
Melaka handal-handal nampaknya.
· Murid
sekolah ini rajin-rajin belaka.
4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun
kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
· D beerti
unsur yang diterangkan
· M beerti
unsur yang menerangkan
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
lain-lain
hal
Nani
Kedai Roti
goreng
cempedak
Maggi
mi
tomato
sos
mini
bas
mini
taman
|
hal-hal
lain
Kedai
Roti Nani
cempedak
goring
mi
Maggi
sos
tomato
bas
mini
taman
mini
|
5. Frasa Adjektif
· Frasa
adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif
sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam
ayat.
· Frasa
adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.
· Kata
adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi
tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Bangunan
itu tertinggi.
Nani terpandai.
Orang
itu terkuat.
|
Bangunan
itu paling tinggi.
Nani paling
pandai.
Orang
itu paling kuat
|
· Apabila
kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata
penguat tidak diperlukan.
Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di
dalam kelas. ( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi
sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
· Kata penguat tidak
boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Buah
langsat ini sangat manis sekali.
Budak
itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh
indah nian pemandangan
di situ.
|
Buah
langsat ini manis sekali.
Budak
itulah yang paling nakal.
Sungguh
indah pemandangan
di situ.
|
· Frasa
adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif
itu diperluas.Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Budak
itu tidak suka durian.
Nora
sangat takut anjing.
Nani
sangat gemar filem Hindustan.
Mereka
tidak perlu pertolongan kami.
Saya benci
sikapnya itu.
|
Budak
itu tidak suka akan durian.
Nora
sangat takut akan anjing.
Nani
sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka
tidak perlu akan pertolongankami.
Saya benci
akan sikapnya itu.
|
6. Frasa Kerja Intransitif
· Frasa
kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
· Frasa
kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai
kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
· Kata
kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa
nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH
|
BETUL
|
berlandaskan
pada undang-undang
berbantalkan
dengan lengan
berpandukan
pada kamus
beratapkan
dengan langit
bertilamkan
dengan rumput
|
berlandaskan
undang-undang
berbantalkan
lengan
berpandukan
kamus
beratapkan
langit
bertilamkan
rumput
|
- Frasa kerja
intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja
intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Kamu
mesti ingat janji-janjimu
Kakak
tidak mahu tidur sini.
Beliau
akan datang kampung ini.
Nani
ingin berjumpa cikgu.
Saya
ingin bertemu gadis itu.
Kami ternampak
Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
|
Kamu
mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak
tidak mahu tidur di sini.
Beliau
akan datang ke kampung ini.
Nani
ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya
ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak
akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
|
Frasa Kerja Transitif
- Frasa kerja
transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja
transitif serta frasa nama sebagai objek kepada
kata kerja transitif itu.
- Di antara kata
kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu,
kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
|
BETUL
|
Beliau
turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora
tidak mengetahui akan hal itu.
Kami membincangkan
tentang masalah itu.
Mereka melebarkan
lagi jalan itu.
Nani menceritakan
tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen
ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.
|
Beliau
turut menyentuh perkara itu.
Nora
tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan
masalah itu.
Mereka melebarkan
jalan itu lagi.
Nani menceritakan
pengalamannyasemasa menuntut di luar negara.
Cerpen
ini mengisahkan perjuanganmenentang penjajah.
|
Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat
pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
· frasa
kerja pasif diri pertama
· frasa
kerja pasif diri kedua
· frasa
kerja pasif diri ketiga
3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri
daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi
didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita,
saya dan sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada
kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului
oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.
5. Frasa
kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi (
oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi
itu boleh digugurkan.
6. Bentuk
frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk
frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
|
BETUL
|
diambil
olehku
dibuang
oleh kami
disimpan
oleh kita
dihantar
oleh saya
dilaksanakan
oleh patik
diburu
oleh hamba
|
kuambil
kami
buang
kita
simpan
saya
hantar
patik
laksanakan
hamba
buru
|
7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh
disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
|
BETUL
|
ditanya
oleh anda
diberikan
oleh engkau
dibeli
oleh kamu
dikirim
oleh awak
diperintahkan
oleh tuanku
dibersihkan
oleh kalian
|
anda
Tanya
engkau
berikan
kamu
beli
awak
kirim
tuanku
perintahkan
kalian
bersihkan
|
8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan
dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri
kedua.
SALAH
|
BETUL
|
beliau
tulis
dia
kumpulkan
mereka
kutip
baginda
rasmikan
ia
bersihkan
|
ditulis
oleh beliau
dikumpulkan
olehnya
dikutip
oleh mereka
dirasmikan
oleh baginda
dibersihkan
olehnya
|
8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri
pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH
|
BETUL
|
kami
akan atasi
kita
perlu tolong
saya
sudah kirim
hamba
akan khabarkan
patik
belum laksanakan
anda
mesti edarkan
engkau
telah baca
kamu
akan baiki
awak
mesti siapkan
kalian
harus bereskan
|
akan
kami atasi
perlu
kita tolong
sudah
saya kirim
akan
hamba khabarkan
belum
patik laksanakan
mesti
anda edarkan
telah
engkau baca
akan
kamu baiki
mesti
awak siapkan
harus
kalian bereskan
|
KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan
· Ayat
gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat
tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
· Kesalahan
dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang
membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Mereka
akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi?
Saya
tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai.
Baik
yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.
Hadiah
ini untuk Izzat bukan Hazwan.
Jangankan membeli
kereta, motosikal pun saya tak mampu.
|
Mereka
akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?
Saya
tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.
Baik
yang kaya atau yang miskin datang
ke
rumahnya.
Hadiah
ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.
Jangankan membeli
kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.
|
2. Ayat Pancangan
· Ayat
pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang
salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
· Kesalahan
dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam
ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Rumah itu
di atas bukit tidak ada penghuninya.
Bangunan itu
yang tinggi Menara Maybank.
|
Rumah di
atas bukit itu tidak ada penghuninya.
Bangunan yang
tinggi itu Menara Maybank.
|
· Kesalahan
dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata
hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa
utama. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Kami
berdoa kamu berjaya.
Semua
orang tahu dia anak Pak Hamid.
|
Kami
berdoa agar kamu berjaya.
Semua
orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.
|
3. Ayat tergantung
· Ayat
mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
· Dalam
susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan
letak predikat di belakang.
Contoh:
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
· Dalam
susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
Itulah / teman saya.
· Bentuk
ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ ayat
tergantung “
· Ayat
tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung,
kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan
sebagainya.
SALAH
|
BETUL
|
Di
seluruh negara mengalami banjir.
Kerana
hal itu akan dibincangkan.
Dengan
kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak
pelajar lulus dengan baik.
Ada
pihak membangkang cadangan itu.
Dia
yang datang kelmarin
Mengetahui
hal itu saya membatalkan rancangan
Kesan
kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Turut
menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah
perlu kita lakukan sekarang?
Siapa
kata saya berbohong?
Peserta-peserta
yang lulus saja akan dipilih.
Daripada
bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Mengikut
beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas.
Yang
manakah betul?
|
Seluruh
negara mengalami banjir.
Hal
itu akan dibincangkan.
Kehadiran
tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak
pelajar yang lulus dengan baik.
Ada
pihak yang membangkang cadangan itu.
Dia
datang kelmarin.
Setelah
mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.
Sebagai
kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Yang
turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah
yang perlu kita lakukan sekarang?
Siapakah
yang mengatakan bahawa saya berbohong?
Peserta-pesert
ayng lulus saja yang akan dipilih.
Bukti-bukti
ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Beliau
mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.
Yang
manakah yang betul?
|
4. Ayat yang
Tidak Betul Susunannya
· Kata-kata
sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
· Apabila
kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak
baku.
Contoh:
Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
2 ulasan:
Terima kasih atas perkongsian
terima kasih boss
Catat Ulasan