LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Ahad, 12 Ogos 2018

LATIHAN UNTUK MEMANTAPKAN TATABAHASA


LATIHAN TATABAHASA

KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA

PRAKTIS 1

(i)             Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang sukar dilupakan olehku.
(ii)           Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini.
(iii)          Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
ingatan - kenangan
dilupakan olehku - aku lupakan
ii.
prihatin - perhatian
di - pada
iii.
mencantas - menebas
tiap - setiap

PRAKTIS 2
(i)            "Masyarakat berfikir" adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada zaman ke-21.
(ii)          Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bulanan.
(iii)         Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak mukimnya pada minggu depan.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
zaman - abad
adalah - ialah
ii.
ditatap - disemak
dengan - pada
iii.
anak- penduduk
membincangkan tentang - membincangkan

PRAKTIS 3
(i)             Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.
(ii)           Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut gembira daripada peminatnya.
(iii)          Persembahan teater yang mengisahkan tentang kehidupan Tun Dr. Mahathir telah berjaya menarik penggiat-penggiat teater seluruh Malaysia menontonnya.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
di samping - di sisi
desa - di desa
ii.
dimasyhurkan - dinobatkan
daripada - oleh
iii.
penggiat-penggiat - peminat-peminat
mengisahkan tentang - mengisahkan

PRAKTIS 4
(i)            Pelbagai sayur-mayur dijual oleh Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan pendapatan bagi membiayai keluarganya.
(ii)          Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak berharga kerana memberikan manfaat yang banyak kepada berjuta penduduk dunia sejak terciptanya alam ini lagi.
(iii)         Tanah lungsur yang berlaku di lereng bukit itu telah meranapkan tiga buah rumah apabila penghuninya bernasib baik kerana mereka tiada di rumah ketika itu.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
membiayai - menyara
Pelbagai sayur-mayur - Pelbagai sayur
ii.
berharga - ternilai
berjuta - berjuta-juta
iii.
lungsur - runtuh
apabila - tetapi

PRAKTIS 5
Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
komuniti - komunikasi
berbagai - berbagai-bagai / pelbagai
ii.
pelebar - penyebar
Ini kerana - Hal ini dikatakan demikian kerana
iii.
perasaan - minda
di dalam - dalam

PRAKTIS 6
(i)            Semua pelajar-pelajar digalakkan supaya menonton laman Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat kemasukan ke Institusi Pengajian Awam (IPTA).
(ii)          Walaupun kita terpaksa bersaing-saing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, persahabatan perlulah dipulihara.
(iii)         Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala cabaran agar supaya kita berjaya dalam pelajaran.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
menonton - melayari
Semua pelajar-pelajar - Semua pelajar
ii.
dipulihara - dipelihara
bersaing-saing - bersaing
iii.
merempuh - menempuh
agar supaya - agar / supaya

PRAKTIS 7
(i)             Setengah orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditindih kesusahan.
(ii)           Pihak kerajaan tempatan diusulkan agar memperbanyak aktiviti yang menguntungkan kepada para remaja.
(iii)          Ayah menasihati agar kami mengikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk supaya kami tidak bersikap bongkak.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
ditindih - ditimpa
Setengah - Sesetengah
ii.
diusulkan - disaran
menguntungkan kepada - menguntungkan
iii.
rasmi - resmi
menasihati agar kami - menasihati kami agar

PRAKTIS 8
(i)             Semua murid-murid hendaklah menceburi aktiviti kokurikulum, di samping menumpukan aspek akademik bagi mencapai kecemerlangan secara holistik.
(ii)           Nasi Arab Restoran yang baru dibuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peminat.
(iii)          Perabot-perabot yang diimport itu mendapat permintaan yang menggembirakan oleh penduduk di kawasan kejiranan itu.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
menceburi - menyertai
Semua murid-murid - Semua murid
ii.
peminat - pengunjung
Nasi Arab Restoran - Restoran Nasi Arab
iii.
menggembirakan - menggalakkan
oleh - daripada

PRAKTIS 9
(i)             Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan ekonomi yang tidak menentu.
(ii)           Murid diminta berdiri untuk mendendangkan lagu patriotik bagi menghormati kepada negara.
(iii)          Pengetua sekolah-pengetua sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena sambutan Hari Guru Malaysia pada tahun ini.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
kemiskinan - kemelesetan
saling bantu-membantu - saling membantu
ii.
mendendangkan - menyanyikan
menghormati  kepada - menghormati
iii.
darjat - pangkat
Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah - Pengetua-pengetua sekolah

PRAKTIS 10
Sukan merupakan lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran dalam sesuatu permainan. Selain itu, sukan tidak sahaja menjadi medan untuk mempamerkan skil permainan atlet dalam bidang masing-masing, malahan menjadi medan yang dapat meningkatkan mutu permainan sesuatu pasukan. Lazimnya tiap negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan dalam penganjuran kejohanan sukan yang bermutu dan bertaraf dunia.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
lapangan - bidang
tidak - bukan
ii.
kecerdasan - kecergasan
tiap - tiap-tiap / setiap
iii.
bidang - sukan
dalam - melalui

PRAKTIS 11
(i)            Orang yang mengetahui berbagai bahasa tidak mudah dibuli atau diambil kemudahan oleh orang lain.
(ii)          Kos perbelanjaan untuk membina taman permainan kanak-kanak itu dibayar oleh pihak swasta.
(iii)         Program Rakan Muda dilaksanakan mengikut gaya hidup tertentu kerana setengah kementerian mempunyai kecekapan dalam bidang tersebut untuk membangunkan belia.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
kemudahan - kesempatan
berbagai - berbagai-bagai / pelbagai
ii.
dibayar - dibiayai
Kos perbelanjaan - kos / perbelanjaan
iii.
kecekapan - kemahiran
setengah - sesetengah

PRAKTIS 12
(i)            Bantuan Rakyat 1Malaysia ialah untuk membantu golongan yang berkemampuan rendah.
(ii)          Beberapa buah rumah-rumah rosak teruk dan pokok rebah akibat ribut yang melanda kawasan itu.
(iii)         Lima hakim telah mengadili Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
berkemampuan- berpendapatan
ialah - adalah
ii.
rebah - tumbang
rumah-rumah - rumah
iii.
mengadili - menghakimi
Lima hakim - Lima orang hakim

PRAKTIS 13
(i)            Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.
(ii)          Kereta api Sinaran Pagi dari Johor Bahru telah terbabas dari landasan menyebabkan dua gerabaknya terbalik.
(iii)         Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
melayangkan - mengibarkan
kepada - pada
ii.
terbabas - tergelincir
dua gerabaknya - dua buah gerabaknya
iii.
tepat - muktamad
sektor kerajaan - di sektor kerajaan

PRAKTIS 14
(i)             Wanita itu amat rindukan anaknya sehingga tanpa segan malu meraung apabila dimaklumkan oleh polis bahawa anaknya masih belum dijumpai.
(ii)           Adalah dimaklumkan bahawa hari esok diumumkan sebagai cuti awam.
(iii)          Ibu sedang memotong ikan di dapur, sementara ayah memperbaiki keretanya yang rosak.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
segan malu - segan silu
rindukan - rindu akan
ii.
awam - umum
Adalah dimaklumkan - Dengan ini dimaklumkan
iii.
memotong - menyiang
memperbaiki- membaiki / membaikkan

PRAKTIS 15
(i)             Pengajian yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian akan berjaya menghasilkan baka pokok yang bermutu tinggi.
(ii)           Untuk memastikan yang produktiviti syarikat mereka bertambah, Encik Hasnan berjanji memberikan bonus sebagai intensif kepada para pekerjanya.
(iii)          Lukisan-lukisan yang bergayut di dinding itu menarik perhatian para pengunjung.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
Pengajian - Penyelidikan
akan - telah
ii.
intensif - insentif
memastikan yang produktiviti - memastikan produktiviti
iii.
bergayut - tergantung
di - pada

PRAKTIS 16
(i)             Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.
(ii)           Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di masa cuti demi meninggikan bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.
(iii)          Perdana Menteri Malaysia yang satu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan penting di dalam sejarah kemerdekaan tanah air tercinta.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
perawatan - pemeriksaan
pelbagai penyakit-penyakit - pelbagai penyakit
ii.
meninggikan - meningkatkan
di - pada
iii.
satu - pertama
di dalam - dalam

PRAKTIS 17
(i)             Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii)           Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.
(iii)          "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
dokumentasi - dokumentari
video klip -  klip video
ii.
Yang Berhormat - Yang Amat Berhormat
ke - kepada
iii.
Hadiah - Pingat
dianugerahkan oleh beta - beta anugerahkan

PRAKTIS 18
(i)             Puan Fatimah tercegat apabila dimaklumkan bahawa anak bongsunya meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya.
(ii)           Perjanjian Pelanggan merupakan antara usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
(iii)          Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbagai-bagai mestilah bersatu padu sama ada pada waktu senang dengan susah.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
tercegat - terkejut
di dalam - dalam
ii.
Perjanjian - Piagam
antara usaha-usaha - antara usaha
iii.
berbagai-bagai - majmuk
dengan susah - mahupun pada waktu susah




PRAKTIS 19
Ahmad telah menduduki temu duga untuk jawatan guru sandaran. Antara dokumen-dokumen yang perlu dibawa ialah sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lain-lain lagi. Dia berasa agak takut bila berhadapan dengan penemu duga. Melalui sesi soal jawab baharu dia tahu bahawa kelulusan akademik sahaja bukan menjamin kejayaan dalam kerjaya.


Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
menduduki - menghadiri
Antara dokumen-dokumen - Antara dokumen
ii.
takut - gementar
bila - apabila
iii.
baharu - baru
bukan - tidak

PRAKTIS 20
(i)        Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
(ii)       Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.
(iii)      Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh  lampu isyarat merah kerana terlewat  menghadiri temu janji.

Kesalahan istilah
Kesalahan tatabahasa
i.
melorek - mencanting / melukis
dari - daripada
ii.
digigit - digerit
ditinggalkan oleh kami - kami tinggalkan
iii.
merempuh - melanggar
lampu isyarat merah - isyarat lampu merah


Tiada ulasan: