LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Ahad, 5 Ogos 2018

CONTOH HASILAN KARANGAN PELAJAR KELAS 5 SAINS- KELEBIHAN SEKTOR PERTANIAN ( TUTOR UTUSAN MALAYSIA)

CONTOH KARANGAN TERBAIK HASILAN 
PELAJAR KELAS 5 SAINS YANG BOLEH MENJADI CONTOH SERTA KELEMAHAN-KELEMAHAN PELAJAR MENGARANG KARANGAN SOALAN KARANGAN KERTAS 1 BAHAGIAN A (KARANGAN BERPANDU)



Sebagai makluman, soalan karangan berpandu di atas lebih menjurus kepada fokus ekonomi oleh sebab itu laras bahasa yang anda gunakan perlu ke arah fokus ekonomi. Maksudnya, istilah, dan binaan ayat anda perlu membicarakan sudut ekonomi dan penjelasan anda semasa mengarang perlu menggarapkan kefahaman anda terhadap isu ekonomi iaitu berkaitan kemaslahatan sektor pertanian negara.

DI BAWAH SAYA PAPARKAN HASILAN KARANGAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SEBAGAI 
PANDUAN . DI SAMPING ITU, SEBELUM ANDA MENYALIN HASILAN KARANGAN BERKENAAN ,CUBA PERHATIKAN  KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KARANGAN BERKENAAN. SALIN KELEBIHAN KARANGAN RAKAN ANDA, PADA MASA YANG SAMA PERBETULKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA, TERUTAMA BAHAGIAN BINAAN AYAT. ANDA BOLEH MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN TAMBAHAN SEKIRANYA PERLU.


KARANGAN 1 ( MUHAMMAD ALIF FAHMIN B. AZIZAN-5 SAINS)



KARANGAN 2 ( NUR SHUHADA BT MOHAMMAD-5 SAINS)






Ulasan untuk kedua-dua hasilan karangan.

KELEBIHAN KEDUA-DUA KARANGAN.
  1. Karangan Alif dapat dilihat melalui binaan ayat yang mantap dan usur KBAT jelas serta terdapatnya frasa menarik diselitkan dalam karangan.
  2. Karangan Nur Shuhada, menampakkan dari segi pengolahan isi karangan dan ideanya berkembnag dan matang.
KELEMAHAN KEDUA-DUA KARANGAN.

  1. Karangan Alif Fahmin, perlu penambahbaikan dari sudut pengolahan idea serta kepanjangan karangan.
  2. Karangan Nur Shuhada, perlu penambahbaikan dari segi binaan ayat kerana setiap perenggan Nur Shuhada kerap alpa dari segi binaan ayat, sama ada ayat tidak mantap atau berlakunya binaan ayat tergatung.

Kesimpulannya, karangan Nur Suhada boleh mengatasi markah karangan Alfi Fahmin sekiranya binaan ayatnya mantap. Oleh sebab itu, saya kerap memperbetul kesalahan ayat Nur Shuhada terutama ulasan saya di bahagian bawah perenggan pengenalan, isi, dan penutup Nur Suhada.

Sebagai peringatan, elakkan sebarang kesalahan bahasa sama ada kesalahan ejaan, tatabahasa dan binaan ayat yang boleh menjejaskan impression pemeriksa. Pemeriksa amat sensitif terhadap kesalahan bahasa semasa anda menghasilkan karangan.


SAYA JUGA AMAT HAIRAN KERANA SUDAH 7 BULAN SAYA MEMPERKENALKAN
KAEDAH MENGEMBANGKAN IDEA KARANGAN PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI, DAN PERENGGAN PENUTUP TETAPI MALANGNYA MASIH ADA  PELAJAR TIDAK MENGENDAHKAN KAEDAH BERKENAAN UNTUK MENGHASILKAN
KARANGAN CEMERLANG.

DI BAWAH, SAYA CUBA PAPARKAN SIKAP NEGATIF PELAJAR
YANG MASIH MENGAMBIL MUDAH SEMASA MENGHASILKAN KARANGAN DENGAN
SIKAP SAMBIL LEWA  DAN TIDAK BERUSAHA MENGHASILKAN KARANGAN
BERMUTU. FIKIR-FIKIRKANLAH. JIKA ANDA TIDAK MENGUBAH SIKAP BERKENAAN
DARI SEKARANG, ANDA AKAN TERLAMBAT DAN IMPAKNYA.............ANDA JUGA YANG RUGI. NAMUN, ANDA MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. BERUBAHLAH DARI SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT KERANA SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH TIDAK BERGUNA LAGI.


CONTOH PENGENALAN TIDAK BERMUTU DAN SIKAP PELAJAR YANG SAMBIL LEWA MENGHASILKAN KARANGAN.



Berdasarkan perenggan pengenalan karangan pelajar di atas, jelas menunjukkan pelajar mengambil jalan mudah dan tidak mengutamakan kaedah pengembangan idea perenggan pengenalan untuk menghasilkan pengenalan yang mampu menarik impression pemeriksa. Binaan ayat rangsangan juga mudah, dan tidak menarik. Pelajar juga mengabaikan unsur koheran, kesinambungan idea iaitu pertautan ayat untuk mengaitkan ayat sebelum dan selepasnya, akibatnya  binaan ayat tidak mantap. Begitu juga pelajar ini mengabaikan unsur tatabahasa dengan kesalahan kata kerja tidak sesuai seperti pemilihan kata kerja transitif  "menjadi" sepatutnya menjadikan dan objeknya tidak ditulis iaitu Malaysia dan juga tidak menggunakan kata nafi "namun" untuk menyatakan pada masa yang sama dalam mengutamakan sektor perindustrian, sektor pertanian tidak harus diabaikan. Pelajar ini juga mengabaikan unsur binaan frasa menarik, unsur KBAT, dan juga mengabaikan binaan ayat arahan. Pada masa yang sama jenis pengenalan yang digunakan terlampau umum dan tidak menarik.

Sila rujuk Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan di bawah
.
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN (JENIS PENGENALAN)


PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, SAJAK, DAN SEBAGAINYA. RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
PADA BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN  MAKSIMUM KEPADA IMPRESSION PEMERIKSA.  KESESUAIAN PEMILIHAN JENIS PENGENALAN MEMERLUKAN KREATIVITI PELAJAR TERUTAMA UNTUK MEMBUAT PERTIMBANGAN SAMA ADA PENGENALAN BERKENAAN SESUAI ATAU TIDAK SEBELUM MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN.
PELAJAR PERLU TAHU JENIS-JENIS PENGENALAN.
PELAJAR PERLU MEMBUAT LATIHAN DENGAN LEBIH KERAP DAN MEMIKIRKAN JENIS PENGENALAN YANG PALING MANTAP UNTUK MENARIK MINAT PEMERIKSA.
SEBAGAI INGATAN PERENGGAN PENGENALAN AMAT PENTING KERANA PEMERIKSA AKAN MEMBUAT TAFSIRAN AWAL SAMA ADA KARANGAN PELAJAR CEMERLANG ATAU SEBALIKNYA.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA  KARANGAN.
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa .......................isu/ tema karangan  atau tugasan pelajar merujuk soalan karangan.
Cara lain untuk memulakan ayat  untuk ayat rangsangan 1 pengenalan bergantung kepada jenis pengenalan yang dipilih oleh pelajar, Contoh,
Berdasarkan sajak, berdasarkan pantun, berdasarkan kata pemimpin dan sebagainya berkait dengan soalan…………………………… kerana…………………………..
Maksud sajak, maksud pantun, maksud kata-kata pemimpin amat bertepatan dengan tajuk soalan/ tema soalan kerana………….
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………  nyatakan  pendapat anda berkaitan tugasan anda.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti selain itu, bahkan juga, tambahan pula, situasi sedemikian berlaku kerana……….
Peringatan, pemilihan penanda wacana amat penting agar pertautan ayat sebelum ( Ayat Rangsangan 1) dan ( Ayat Rangsangan 2) ada perkaitannya.
AYAT RANGSANGAN  3
AYAT RANGANGAN KETIGA:-
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara ringkas berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:- Ayat rangsangan ketiga bukanlah wajib ditulis, tetapi untuk mendapat markah A+ , pelajar cemerlang perlu mengambil berat penulisan bahagian ini.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti selain itu, bahkan juga, tambahan pula, Situasi sedemikian berlaku kerana.
Peringatan, pemilihan penanda wacana amat penting agar  pertautan ayat dengan ayat dan kesinambungan ayat dengan frasa atau perenggan dengan perenggan. Contoh fungsi penanda wacana Bahkan juga, mengaitkan ( Ayat Rangsangan 2) dan ( Ayat Rangsangan 3).
FRASA MENARIK
FRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu  “ .............................” bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat denga nisi yang dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu……………………..
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”

Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada pertautan.
UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai kemungkinan
AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan……. ( Rujuk semula kepada soalan karangan)

CONTOH PERENGGAN ISI  KURANG BAIK DAN TIDAK MENGIKUT KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI .


Karangan pelajar di atas, kurang menarik kerana tidak mengikut pengembangan idea mengikut Kaedah Pengembangan Perenggan Isi. Antaranya, pelajar tidak menyelitkan frasa menarik, dan juga ayat berunsur KBAT. Selain itu, terdapat binaan ayat tergantung, seperti ayat tema atau isi kerana pelajar hanya menulis "sektor pertanian dapat menyediakan bahan mentah untuk perkembangan industri sahaja secara umum dan sepatutnya ditambah dengan hiliran ( bermaksud mengembangkan lagi sektor yang ada kaitan dengan produk bahan mentah hasil daripada industri pertanian). Kedua, berlakunya ayat tergantung iaitu " Tambahan pula,, kadar penduduk negara kita yang semakin pesat. sepatutnya ditulis kadar pertambahan penduduk negara kita yang semakin pesat sudah pasti diikuti dengan pertambahan produktiviti industri pertanian  agar dapat menampung kesimbangan pertambahan penduduk negara. Untuk ayat unsur KBAT, pelajar di atas sepatutnya menulis kesan akibat kurangnya bekalan produk pertanian kepada masyarakat dan juga negara. Sebagai contoh, " Sekiranya permintaan produk pertanian semakin bertambah akibat pertambahan bilangan penduduk sedangkan penawaran produk berkenaan sedikit sudah pasti kadar inflasi akan berlaku. Kesannya, harga barangan akan meningkat dan akan menghimpit kehidupan masyarakat. Ayat KBAT ini boleh ditambah selapis lagi, Bahkan juga pada masa yang sama pihak kerajaan pula perlu mengimport produk pertanian daripada luar negara dan situasi ini menyebabkan harga barangan pertanian akan bertambah meningkat akibatnya kehidupan masyarakat ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. (Frasa menarik boleh diselitkan). Oleh sebab itu, menyalin karangan di blog tanpa kemahiran mengembangkan karangan ada impaknya dan ketika ini pentingnya pelajar mahir dan matang mengarang dan perlu ada panduan, iaitu menggunakan kaedah dan tidak semestinya menggunakan kaedah pengembangan idea sahaja tetapi apa-apa sahaja kaedah yang sesuai yang digunakan oleh guru anda.

Untuk itu rujuk Kaedah Pengembangan Idea Perenggan  isi saya gunakan seperti di bawah sebagai memandu pelajar untuk menghasilkan karangan cemerlang.

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
PELAJAR PERLU MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
Cara untuk memulakan isi, pelajar boleh menulis frasa seperti di bawah:-
Pada hemat saya senario permasalahan ini berpunca.........
Pada pandangan saya tindakan yang boleh diambil untuk........
Pada realitinya, tidak dapat disangkal bahawa..............
Umumnya  masyarakat mengetahui .............
Sebagaimana yang kita sedia maklum....................
Sebagai memulakan  perbincangan, saya menyandarkan isi pertama iaitu..............
Sebagai memulakan perbincangan, saya berpendapat bahawa cara/ langkah untuk............................
Sebagai memulakan perbincangan, saya berpendapat bahawa  punca/ kesan berlakunya..............................
Idea pertama saya berkaitan ...............................ialah
Sebagai seorang pelajar/ warganegara prihatin, tindakan pertama saya lakukan.................................
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya perlu...........................

Frasa isi kedua:-
Sebagai seorang pelajar/ warganegara prihatin, tindakan kedua akan saya lakukan.................................
Mari kita memperluas lensa perbincangan dengan memperkatakan.........................
Mari kita melebarkan fokus perbincangan dengan memperkatakan.........................


Pelajar perlu bijak memilih cara memulakan isi di samping itu kreativiti pelajar dapat  menghasilkan permulaan isi menarik perhatian pemeriksa. 
AYAT HURAIAN 1
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-  
( Oleh sebab itu, Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana, Hal ini wujud kerana, Hal ini berpunca kerana, Hal ini bersangkut paut dengan, Hal ini tercetus karana, Hal ini disebabkan oleh, Permasalahan ini berlaku kerana, )
AYAT HURAIAN 2
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2:-  
Bahkan juga, Selain itu, Malahan juga , Tambahan pula, …….)
AYAT HURAIAN 3
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA ) 
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3:-  
Penanda wacana yang boleh digunakan seperti tambahan pula, Selain itu, Hal ini demikian kerana,  Bahkan juga dan lain lagi Malahan juga, Tambahan pula….)

Sebaik-baiknya,  penanda wacana tersebut telah digunakan pada ayat huraian sebelumnya, elak penggunaannya dan gunakan penanda wacana lain untuk huraian selanjutnya)
AYAT CONTOH
AYAT CONTOH -  AMAT PERLU UNTUK MENGAMBARKAN PENGETAHUAN PELAJAR  LUAS - PELAJAR PERLU MENULIS LEBIH DARIPADA SATU CONTOH SAMA ADA, DUA ATAU TIGA   CONTOH.
Penanda wacana yang boleh digunakan untuk memulakan ayat contoh seperti:-
Analoginya, Contohnya, Sebagai contoh, tamsilnya,
UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai perkara yang kemungkinan hasil tindakan berkenaan terhadap isu yang dibincangkan.
FRASA MENARIK
PFRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu “ .............................” bertepatan dengan isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata orang tua-tua, “ ............... amat berkaitan dengan isi karangan yang dibincangkan  iaitu ………………………….
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi karangan yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan  iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi karangan yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat dengan isi yang dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu...............................
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”
.........ayat huraian.............. berkait dengan  peribahasa Melayu iaitu.......................tulis peribahasa berkenaan.
…….ayat huraian ………. kerana peribahasa Melayu ada mengatakan,"............................................."

Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada pertautannya.
Kemahiran ini perlu diaplikasi selalu semasa mengarang kerana kekerapan penggunaannya akan mempertaut dan memperkaitkan ayat huraian dan frasa menarik yang diselitkan.
AYAT  PENEGAS
AYAT PENEGAS  BERFUNGSI UNTUK MENEGASKAN  SEMULA ISI PADA PERENGGAN AKHIR ISI:
KONKLUSINYA/TELAH TERANG  LAGI BERSULUH, TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA AYAT AWAL PERENGGAN ISI / AYAT TEMA KECIL/ ATAU KATA KUNCI ISI DI BAHAGIAN AWAL SETIAP PERENGGAN ISI PERLU DITULIS PADA BAHAGIAN AKHIR PERENGGA ISI SEBAGAI UNSUR PENEGASAN.

Peribahasa Melayu ada mengatakan alah bisa tegal biasa, oleh sebab itu jika pelajar tidak membiasakan penghasilan karangan cemerlang menggunakan kaedah di atas, sampai bila-bila pun pelajar akan berada ditahap yang sama semasa mengarang dan pelajar tidak akan dapat menghasilkan karangan cemerlang.

CONTOH PERENGGAN PENUTUP YANG KURANG BAIK DAN TIDAK MENGIKUT KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI .


Kelemahan pelajar di atas kerana tidak menyelitkan frasa menarik dalam perenggan penutup. Antara frasa menarik yang boleh diselitkan seperti berbudi kepada tanah sudah pasti ada hasilnya kerana usaha tangga kejayaan. Selain itu, pelajar di atas perlu membuat penambahbaikan dengan memantapkan unsur KBAT supaya bertepatan dengan tugasan karangan. Pelajar dia atas perlu mengubah sedikit binaan ayat " Realitinya, dijangka pada tahun 2050, sekiranya telaga minyak baharu tidak dijumpai, maka kebergantungan negara kepada sektor berasas petroliam sebagai punca pendapatan utama negara akan terjejas maka sebagai alternatifnya, sektor pertanian perlu diberi keutamaan selain sektor perindustrian kerana tiada rotan akar pun berguna.

CONTOH KARANGAN TANPA PANDUAN ATAU TANPA MENGGUNAKAN KAEDAH MENGEMBANGKAN KARANGAN. ( JANGKAAN SAYA- PELAJAR INI MENYALIN KARANGAN DI INTERNET SEBAGAI JALAN MUDAH UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN, AKIBATNYA......UNSUR KREATIVITI DAN KEMATANGAN SEMASA MENGARANG TIDAK DICERNAKAN SEMASA MENGARANG.

SEBAGAI PERINGATAN, MERUJUK BAHAN DI INTERNET TIDAK MENJADI KESALAHAN TETAPI MENYALIN KESELURUHAN BAHAN DI INTERNET TIDAK DIGALAKKAN KERANA TINDAKAN BERKENAAN AKAN MENYEBABKAN PELAJAR TIDAK AKAN MENGALAMI PROSES PEMBELAJARAN YANG BAIK. KERANA:-

  1. PELAJAR HANYA MENIRU TANPA MENGGUNAKAN KREATIVITI TERUTAMA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGARANG, SAMA UNTUK MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN SEPERTI MENAMBAH ISTILAH MENARIK, MEMPERBAIKI BINAAN AYAT, MENYELITKAN FRASA MENARIK, MEMBINA LAPISAN AYAT HURAIAN BARU, SERTA MENGGUNAKAN UNSUR KBAT SEPERTI KESAN POSITIF ATAU KESAN NEGATIF ISI YANG DIBINCANGKAN, ATAU PELAJAR MEMBINA DUA LAPISAN AYAT KBAT, SERTA MENAMBAH AYAT PENEGASAN. JELASNYA, MENIRU SECARA KESELURUHAN BAHAN MENYEBABKAN PELAJAR TIDAK AKAN MAHIR MENULIS KARANGAN SECARA MATANG SEBAGAI PENENTU UTAMA KARANGAN HASILAN PELAJAR PADA ARAS CEMERLANG ATAS.
  2. PELAJAR JUGA TIDAK AKAN MENINGKAT MUTU KARANGAN PABILA KARANGAN YANG DISALIN SECARA KESELURUHAN TIDAK MENGIKUT KAEDAH MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG YANG DITERAPKAN OLEH GURU-GURU DI SEKOLAH. 
  3. PELAJAR JUGA TIDAK AKAN DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGESAN KESALAHAN ATAU KELEMAHAN KARANGAN YANG DISALIN DAN ALIBATNYA HASILAN KARANGAN PELAJAR TETAP SAMA MUTUNYA.
  4. KAEDAH PENGHASILAN KARANGAN YANG DITERAPKAN OLEH GURU AKAN GAGAL, PELAJAR AKAN TERUS BERADA PADA TAHAP YANG SAMA MENGHASILKAN KARANGAN M PADA TAHAP SEDERHANA, DAN CEMERLANG BAWAH.
 Sebagai contoh, karangan seperti di bawah. Pelajar tidak mengaplikasi Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Pengembangan Idea Perenggan Isi, dan Pengembangan Idea Perenggan Penutup. ( Begantung kepada Kaedah Guru di sekolah- tidak semestinya kaedah Pengembangan Idea Karangan yang saya gunakan terbaik dan bergantung juga kepada keselesaan tetapi pelajar perlu ada kaedah mengarang sebagai acuan untuk memastikan karangan yang dihasilkan cemerlang) Akibatnya, markah pelajar ini sampai bila-bila tidak akan cemerlang. Selain itu, pada masa yang sama, pelajar tidak akan kreatif terutama membentuk kematangan semasa mengarang, di samping terus melakukan kesalahan pabila tidak dapat mengesan kesalahan sama ada binaan ayat yang tidak mantap, hambar dan berlakunya binaan ayat tergantung, cara memastikan frasa menarik seperti peribahasa ada unsur perkiatan atau pertautan dengan isi atau huraian yang dibincangkan, menyelitkan istilah menarik, begitu juga pelajar terus menerus melakukan kesalahan tatabahasa. Kadang-kadang, pelajar amat teruja dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa menjawab soalan kemahiran bahasa dan tatabahasa pada kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) tetapi apabila semasa mengarang kemahiran tatabahasa berkenaan tidak diberikan perhatian.
   Sikap sesetengah pelajar yang tidak menghantar karangan untuk disemak oleh guru juga akan menyebabkan pelajar akan terus berada ditakuk lama setiap kali mengarang. Bahkan juga, ada juga pelajar tidak langsung bertanya kepada guru sekiranya menghadapi masalah semasa mengarang kerana malu bertanya sesat jalan. Sebaik-baiknya, pelajar perlu bertanya setiap masalah semasa memulakan karangan, terutama untuk menghasilkan perenggan pengenalan yang sesuai, apakah jenis pengenalan yang perlu dipilih kerana bukan semua pengenalan sesuai dengan soalan atau tema karangan.
     Begitu juga dengan penulisan perenggan isi, untuk menghasilkan pertautan isi dan huraian, antara hurain dengan huraian, huraian dengan ayat contoh, seterusnya pertautan ayat huraian dengan ayat contoh, ayat KBAT dan peranan ayat penegas juga perlu diambil kira semasa mengarang. Bahkan juga, pelajar juga perlu mahir untuk mempertautkan setiap unsur ayat berkenaan dengan kemahiran memilih penanda wacana yang sesuai.
      Akhirnya penulisan perenggan penutup. Bagaimana untuk menulis ayat kesimpulan, ayat cadangan, perkiatan ayat cadangan dengan ayat cadangan, ayat KBAT, dan ayat harapan. Oleh sebab itu, jangan ambil mudah semasa mengarang. Kemahiran pelajar untuk menghasilkan karangan cemerlang semasa mengarang bukan boleh datang sendiri kerana yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidaka akan datang melayang, perlu perlu mebuat latihan, secara berterusan kerana alah bisa tegal biasa, usaha tangga kejayaan. Sila abil tindakan daripada sekarang, jika tidak tengok sajalah karangan di bawah kerana hanya anda sahaja yang boleh merubah diri anda. Semoga anda dapat menghasilkan karang cemerlang pada basi-basi masa yang masih ada sebelum Peperiksaan SPM menjelma.


Rujuk Jadual Pengembangan Idea Perenggan Penutup di bawah:-

PERKARA
PENERANGAN
AYAT PENYIMPUL
SEBAGAI MENGGULUNG PENDAPAT DAN ISI YANG TELAH SAYA PERKATAKAN DI ATAS,  SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA ………….TEMA KARANGAN ……MEMANG BANYAK KELEBIHANNYA / KEBURUKANNYA.
Penanda wacana yang boleh ditulis bahagian ayat penyimpul seperti,
Akhirnya, Akhirukalam,  Intihanya,  Secara tuntas,  konklusinya,  Sebagai penutup wacana, Sebelum mengakhiri wacana ini, Akhir kata,  Sebagai menggulung bicara, Sebagai menggulung pendapat, dan sebagainya.
AYAT CADANGAN
SEBAGAIMANA ISI YANG TELAH SAYA SELITKAN DALAM PERENGGAN ISI, IAITU ..…..TULIS SEMULA ISI-ISI YANG TELAH DITULIS……….
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM PERENGGAN DIBINCANGKAN
Senaraikan isi cadangan lain, sekurang-kurang dua isi, pada bahagian ayat ini.
Tujuan utama isi  berkenaan ditulis untuk mengambar pelajar mempunyai banyak idea untuk membalas jasa guru dan bukan sekadar isi-isi yang ditulis dalam karangan. Isi-isi ini tidak perlu dihurai.
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
HURAIKAN SECARA RINGKAS KEPENTINGAN / KEBURUKAN  TEMA ATAU TUGASAN,  BERGANTUNG KEPADA SOALAN.
Selanjutnya, Seterusnya, Tambahan pula, Bahkan juga, dan sebagainya.
UNSUR KBAT
JIKA SAYA/MASYARAKAT/KERAJAAN ……MELAKUKAN/ TIDAK MELAKUKAN TEMA ATAU TUGASAN, APAKAH IMPAKNYA.
FRASA MENARIK
SELITKAN FRASA MANARIK BERKAITAN TEMA ATAU TUGASAN.
( RUJUK NOTA DI BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN DAN DI BAHAGIAN PERENGGAN ISI)
AYAT HARAPAN
KONKLUSINYA, NYATAKAN HARAPAN ANDA TENTANG TEMA ATAU TUGASAN.


Pelajar diharapkan dapat membaca petikan karangan pelajar di atas, dan cuba mengesan kelemahan karangan berkenaan berdasarkan ulasan yang saya tulis di bahagian bawah karangan serta merujuk Jadual Pengembangan Idea Perenggan Penutup Karangan di atas.

Diharapkan pelajar kelas 5 Sains SMK Seri Londang memberi perhatian kepada ulasan saya di atas dan bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang masih menghantui diri anda.Sila beri perhatian. Seyogia, pelajar juga perlu sedar karangan di atas juga sesuai dengan karangan Umum Dimensi Negara, cuma bezanya jumlah isi, kerana karangan umum memerlukan 5 isi untuk mendapat markah cemerlang.

BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2018 DAN JUGA
PEPERIKSAAN SPM SEBENAR 2018 YANG AKAN DIHADAPI PADA BULAN NOVEMBER.

Tiada ulasan: