Aktiviti masa lapang seperti bersukan,
menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan memberikan manfaat
kepada remaja.
Jelaskan manfaat-manfaat yang
anda peroleh daripada aktiviti tersebut.
Dalam Surah
al-Asr, Allah SWT berfirman bahawa, “Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada
dalam kerugian.” Hal ini membuktikan bahawa masa itu amat penting dalam
kehidupan manusia sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, masa itu emas.
Oleh hal yang demikian, remaja sering diingatkan agar memanfaatkan masa lapang
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, menyertai aktiviti
kemasyarakatan mahupun menyertai perkhemahan kerana aktiviti ini membawa
pelbagai manfaat. Kendatipun demikian, remaja marcapada lebih gemar
menghabiskan masa lapang dengan melayari laman sosial, berpelesiran di kompleks
beli-belah atau berlumba haram. Sebenarnya, hal ini telah mendorong mereka
terlibat dalam kancah masalah sosial seperti pergaulan bebas, merokok
gengsterisme dan vandalisme. Sesungguhnya, gejala yang tidak sihat ini
disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang negatif lantaran usia remaja yang
setahun jagung, darah setampuk pinang. Tambahan pula, golongan remaja mengalami
tekanan emosi bagi mencapai kejayaan dalam akademik sehingga menganggap masa
lapang perlu dipenuhi oleh aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membebani
fikiran. Sekiranya saya dapat memanfaat masa lapang dengan sebaik-baiknya,
sudah pasti saya mampu mengelakkan
aktiviti sosial kurang sihat, dan mengelakkan diri saya terjebak dengan
kegiatan remaja seangkatan yang tidak bermoral. Sebaliknya, jika saya alpa,
saya mungkin akan mencoreng arang ke muka ibu bapa saya yang telah bersusah
paya mendidik saya menjadi insan berguna semenjak saya kecil lagi. Persoalannya,
apakah manfaat yang saya peroleh apabila melakukan aktiviti masa lapang seperti
bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan?
Pada waktu
lapang seperti waktu petang, saya gemar bersukan. Antara sukan yang saya gemari
ialah sukan bola sepak, badminton atau berbasikal. Sungguhpun begitu, tidak
ramai remaja yang gemar bersukan kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa
dengan tidur di rumah dan menghabiskan masa senggang dengan bermain “game” di
gajet seperti yang terdapat dalam perisian telefon pintar dan “play store”sahaja.
Bukan itu sahaja, alasan bersukan akan menyebabkan badan berbau busuk dan tidak
selesa kerana berpeluh juga sering didengari menyebabkan remaja menjauhi
aktiviti riadah berkenaan. Sebenarnya, bersukan dapat menyihatkan tubuh badan
saya. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti sukan seperti bermain bola
sepak dan badminton menyebabkan pergerakan badan yang aktif. Oleh itu, aktiviti
ini akan menyebabkan saya mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam
tubuh. Penyingkiran ini juga menyebabkan asid laktik dikeluarkan hingga
menyebabkan saya tidak berasa lesu dan lebih cergas kerana badan sihat, otak
cerdas. Pada masa yang sama, kolesterol dalam tubuh saya dapat dibakar jika
berbasikal hingga menyebabkan masalah obesiti dapat dicegah. Dalam jangka masa
yang panjang, saya dapat melancarkan pengaliran darah seterusnya mengelakkan
penyakit kronik seperti serangan jantung dan strok. Hal ini dapat dikaitkan
dengan peribahasa yang berbunyi mencegah lebih baik daripada mengubati kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekiranya saya dapat
menjalani aktviti senggang yang bermanfaat berkenaan, saya mampu menjadi
seorang pelajar aktif, cergas dan dapat menjalankan tugasan saya sebagai
seorang pelajar di sekolah. Pendek kata, aktiviti bersukan dapat menyihatkan
tubuh badan saya dan dapat menjalankan tugasan saya sebagai pelajar yang
proaktif dalam atau di luar kelas.
Di samping itu,
pada masa lapang seperti musim cuti sekolah juga saya gemar menyertai aktiviti
kemasyarakatan. Antara aktiviti kemasyarakatan yang pernah saya sertai ialah
aktiviti ke rumah warga emas, menemui gelandangan sekitar ibu kota Kuala Lumpur
dan melawat ke rumah anak yatim. Semasa tiba di tempat terbabit, saya mendengar
kisah warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak, mengedarkan makanan kepada
warga geladangan, dan bergotong-royong membersihkan dan menceriakan rumah anak
yatim. Oleh hal yang demikian, aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam diri saya. Misalnya, aktiviti mendengar kisah orang tua yang ditinggalkan
oleh anak-anak dapat memberikan nilai keinsafan dan kasih sayang kepada saya
kerana lebih menyayangi dan membalas jasa kedua-dua ibu bapa yang telah
membesarkan saya seterusnya mengelakkan diri saya daripada menjadi seorang anak
yang tidak mengenang jasa kedua-dua penjaga saya seperti kacang melupakan
kulitnya. Aktiviti memberikan makan kepada gelandangan pula dapat menyemai
nilai keprihatinan dan tanggungjawab terhadap orang yang kurang bernasib baik.
Aktiviti melawat anak-anak yatim pula dapat memupuk nilai kerjasama kerana saya
membersihkan kawasan rumah anak-anak yatim bersama-sama selain dapat memupuk
nilai kebersihan. Jika saya dapat melibatkan diri serta menyertai aktiviti
kemasyarakat, aktiviti senggang saya dapat saya isi dengan aktiviti bermanfaat,
di samping saya dapat menyelami kesusahan masyarakat serta bersyukur kerana
saya masih ada orang yang menyanyagi diri saya di dunia yang fana ini. Sesungguhnya,
menyertai aktiviti kemasyarakatan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
saya.
Selain bersukan dan menyertai aktiviti
kemasyarakatan, saya juga gemar menghabiskan musim cuti sekolah dengan
berkhemah. Saya gemar melakukan aktiviti perkhemahan di hutan lipur seperti
Hutan Simpan Belum di Perak atau Hutan Lipur Sungai Tua di Selangor. Pelbagai
aktiviti yang boleh dijalankan semasa saya berkhemah seperti mendirikan khemah,
menyediakan hidangan, mencari kayu api, mengambil air atau meneroka hutan. Oleh
sebab itu, saya akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila saya terlibat
dalam pendirian khemah, saya akan dapat menambahkan ilmu dari segi pembinaan
struktur khemah dan ikatan yang paling sesuai. Manakala apabila saya meneroka
hutan, saya dapat menambahkan ilmu tentang spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan
liar yang boleh dimakan atau beracun. Daripada aktiviti ini juga, saya dapat
mengetahui cara keluar dari hutan jika tersesat, iaitu dengan mengikut arah air
sungai mengalir ke hilir. Impaknya, saya dapat mengaplikasikan ilmu tersebut
dalam kehidupan sehari-hari. Tambahan pula, saya dapat menggunakan ilmu
tersebut sebagai panduan dalam hidup sesuai dengan peribahasa, ilmu itu pelita
hati. Secara tidak langsung, saya dapat mengelakkan diri daripada dikatakan
seperti katak di bawah tempurung. Jika saya tidak menyertai aktiviti mencabar
dan penuh dugaan ini sudah pasti saya akan sukar melayari kehidupan pada zaman
mencabar yang penuh ranjau dan duri. Secara ringkasnya, dengan menyertai
aktiviti berkhemah saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang cetek di dada serta
saya bersedia menongkah arus yang penuh dengan cabaran dan halangan untuk
merealisasikan kemenjadian diri saya sebagai insan berguna kepada ibu bapa,
masyarakat dan negara.
Bahkan juga, aktiviti riadah, aktiviti kemasyarakat dan perkhemahan berkenaan banyak kemaslahatannya kepada kepada saya sebagai seorang pelajar dan remaja. Hal ini demikan kerana sepanjang aktiviti berkenaan diadakan saya dapat mengenali dan berkolaboratif dengan pelbagai golongan pelajar berfikiran positif, dan golongan pelajar yang mempunyai misi dan misi ke arah pembentukan masyarakat ideal yang diiltizamkan oleh setiap kerajaan dunia. Saya berkata demikian kerana dengan aktiviti-aktiviti riadah dan kemasyarakatan berkenaan saya akan bertemu dengan pelbagai golongan remaja sama ada pemimpin belia, golongan remaja yang mempunyai visi dan untuk pembentukan masyarakat belia dan ketika ini saya mampu berkongsi maklumat berkaitan program yang perlu diberi penekanan serta bekerjasama secara langsung dengan organisasi kemasyarakatan yang mereka anggotai. Sebagai contoh, saya boleh merancang aktiviti pertukaran belia dan pada masa yang sama setiap anggota daripada organisasi belia ini akan dapat bertukar-tukar pandangan untuk memantapkan pergerakan organisasi belia masing-masing kerana bak kata peribahasa Melayu, jauh perjalanan luas pandangan. Jika saya dapat melakukan perkara sedemikian rupa saya pasti pelbagai inisiatif baru akan dapat saya panjangkan kepada organisasi belia yang saya anggotai dan sudah pasti tindakan saya itu mampu mewujudkan organisasi belia yang mampu untuk membantu kerajaan melahirkan insan remaja proaktif yang boleh membantu kerajaan melahirkan lebih ramai kepimpinan negara dalam kalangan belia untuk menggantikan kepipimpinan negara pada masa akan datang bak kata peribahasa patah tumbuh, hilang berganti. Tegasnya, banyak maslahat yang dapat saya peroleh dengan menyertai ativiti sukan, aktiviti kemasyarakatan dan perkhemahan.
Bahkan juga, aktiviti riadah, aktiviti kemasyarakat dan perkhemahan berkenaan banyak kemaslahatannya kepada kepada saya sebagai seorang pelajar dan remaja. Hal ini demikan kerana sepanjang aktiviti berkenaan diadakan saya dapat mengenali dan berkolaboratif dengan pelbagai golongan pelajar berfikiran positif, dan golongan pelajar yang mempunyai misi dan misi ke arah pembentukan masyarakat ideal yang diiltizamkan oleh setiap kerajaan dunia. Saya berkata demikian kerana dengan aktiviti-aktiviti riadah dan kemasyarakatan berkenaan saya akan bertemu dengan pelbagai golongan remaja sama ada pemimpin belia, golongan remaja yang mempunyai visi dan untuk pembentukan masyarakat belia dan ketika ini saya mampu berkongsi maklumat berkaitan program yang perlu diberi penekanan serta bekerjasama secara langsung dengan organisasi kemasyarakatan yang mereka anggotai. Sebagai contoh, saya boleh merancang aktiviti pertukaran belia dan pada masa yang sama setiap anggota daripada organisasi belia ini akan dapat bertukar-tukar pandangan untuk memantapkan pergerakan organisasi belia masing-masing kerana bak kata peribahasa Melayu, jauh perjalanan luas pandangan. Jika saya dapat melakukan perkara sedemikian rupa saya pasti pelbagai inisiatif baru akan dapat saya panjangkan kepada organisasi belia yang saya anggotai dan sudah pasti tindakan saya itu mampu mewujudkan organisasi belia yang mampu untuk membantu kerajaan melahirkan insan remaja proaktif yang boleh membantu kerajaan melahirkan lebih ramai kepimpinan negara dalam kalangan belia untuk menggantikan kepipimpinan negara pada masa akan datang bak kata peribahasa patah tumbuh, hilang berganti. Tegasnya, banyak maslahat yang dapat saya peroleh dengan menyertai ativiti sukan, aktiviti kemasyarakatan dan perkhemahan.
Intihanya, terdapat seribu satu manfaat yang
boleh saya peroleh daripada aktiviti seperti bersukan, menyertai aktiviti
kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan semasa masa lapang. Sehubungan dengan
itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam meletakkan tanggungjawab ini di
atas bahu masing-masing kerana peribahasa ada menyatakan bahawa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah seperti yang dinukilkan Saidina Ali,
“Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka pedang itu akan
memotong kita”. Oleh itu, pihak sekolah perlulah menyusun dan melaksanakan
pelbagai aktiviti yang menyeronokkan pada musim cuti sekolah seperti
perkhemahan unit beruniform dan mengadakan lawatan ke rumah orang tua. Dalam
pada itu, kerajaan hendaklah memperbanyakkan penganjuran karnival untuk remaja
terutamanya pada masa cuti sekolah demi mengisi masa lapang remaja daripada
terlibat dalam masalah sosial. Ibu bapa juga tidak boleh melepaskan
tanggungjawab kerana mereka boleh mendidik anak-anak sejak kecil dengan
melakukan aktiviti yang berfaedah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini, impian kudus untuk melahirkan
generasi yang bijak memanfaatkan masa lapang dapat direalisasikan dengan
jayanya. Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam
diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
Sila tambah satu isi lagi. Cadangan isi dan fikirkan isi yang sesuai dengan tugasan karangan.
4 ulasan:
Good job. Best karanagn ni.
Terbaiklh..terima kasih atas perkongsian maklumat ini
Mantap
Remaja boleh mengisi masa lapang mereka dengan kerja sambilan.
Catat Ulasan