Isnin, 20 Ogos 2018

KARANGAN BERPANDU-GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KEMASLAHATAN MELANCONG DI DALAM NEGARA. HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG FAEDAH-FAEDAH MELANCONG DI DALAM NEGARA. PANJANGNYA HURAIAN HENDAKLAH ANTARA 200-250 PATAH PERKATAAN.

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kemaslahatan melancong di dalam negara. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melancong di dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Mengarang Menggunakan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan isi dan Perenggan Penutup.



MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA
MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN
MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

CONTOH PENGENALAN BERFAKTA DAN UNIK MENGGUNAKAN PERENGGAN JENIS PERIBAHASA.

PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS PERIBAHASA
“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.”
AYAT RANGSANGAN  1
Peribahasa di atas amat berkait rapat dengan hakikat keberadaan seorang warganegara Malaysia iaitu sejauh manapun keistimewaan yang terdapat di destinasi pelancongan luar negara tetapi sebagai rakyat cinta akan pertiwi, kita perlu akur dan cakna bahawa destinasi pelancongan di negara sendiri  juga mempunyai kelebihannya.
AYAT RANGSANGAN 2
Cuma sikap masyarakat Malaysia lebih mengutamakan destinasi pelancongan luar negara wujud kerana kurangnya semangat patriotisme dan sikap menunjuk-nunjuk yang menebal tanpa memikirkan pengaliran wang ke luar negara merugikan negara.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, negara kita terdapat pelbagai monumen bersejarah seperti Kota A Famosa di Melaka, Kota Belanda di Pulau Pangkor,  Perak, Bukit Melawati, Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Bangunan Stadhuys, Melaka, Lembah Bujang, Kedah dan sebagainya.
AYAT RANGSANGAN  3
Selain itu, negara kita juga terkenal dengan tempat-tempat pelancongan  dengan keindahan semulajadi dengan panorama menarik seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Pulau Aur, Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut, Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan sebagainya.
AYAT RANGSANGAN  4
Bahkan  juga, Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian kaum, kepelbagaian budaya, kepelbagaian makanan, kepelbagaian adat istiadat, kepelbagaian Hari Perayaan  yang amat unik dan menggamit kedatangan pelancong asing.
AYAT RANGSANGAN  5
Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia bermula pada tahun 1990 dan hasil impak program berkenaan, dianggarkan seramai 26.8 juta pelancong asing telah melawat Malaysia pada tahun 2017.
FRASA MENARIK
Peribahasa Melayu, “ Jauh perjalanan, luas pandangan,” amat berkait rapat dengan sektor pelancongan kerana dengan melancong di dalam negara kita akan dapat mengetahui keistimewaan yang terdapat di negara sendiri.
UNSUR KBAT
Sekiranya, usaha mempromosikan destinasi pelancongan negara dilakukan secara koloborasi antara masyarakat dan kerajaan, sudah pasti sektor pelancongan negara dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor pelancongan negara maju yang lain.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah faedah -faedah sektor pelancongan kepada negara?





CONTOH PENGENALAN UMUM ( TANPA PENGGUNAAN JENIS-JENIS PENGENALAN-UBAH SUAI DARIPADA PENGENALAN DI ATAS)

PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS PERIBAHASA
Negara Malaysia terkenal sebagai dastinasi pelacongan dalam kalangan pelacong daripada Thailand, China, Negara-negara Arab, dan Eropah.
AYAT RANGSANGAN  1
Hal ini demikian kerana Negara Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber khazanah negara, baik dari segi kebudayaan, monumen bersejarah sama ada tinggalan kolonial penjajah mahupun monumen semulajadi, pulau-pulau menarik yang belum dicemari pembangunan, dan juga kehidupan masyarakat berbilang kaum yang kaya dengan nilai-nilai Ketimuran.
AYAT RANGSANGAN  2
Sebagai contoh, negara kita terdapat pelbagai monumen bersejarah seperti Kota AFamosa di Melaka, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Bukit Melawati, Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Bangunan Stadhuys, Melaka, Lembah Bujang, Kedah dan sebagainya.
AYAT RANGSANGAN  3
Selain itu, negara kita juga terkenal dengan tempat-tempat pelancongan  dengan keindahan dan panorama menarik seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Pulau Aur Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan sebagainya.
AYAT RANGSANGAN  4
Bahkan  juga, negara kita terkenal dengan kepelbagaian kaum, kepelbagaian budaya, kepelbagaian makanan, kepelbagaian adat istiadat, kepelbagaian Hari Perayaan  yang amat unik dan menggamit kedatangan pelancong asing.
AYAT RANGSANGAN  5
Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia bermula pada tahun 1990 dan hasil impak program berkenaan dianggarkan seramai 26.8 juta pelancong asing telah melawat Malaysia pada tahun 2017.
FRASA MENARIK
Peribahasa Melayu, “ Jauh perjalanan, luas pandangan,” amat berkait rapat dengan sektor pelancongan kerana dengan melancong  dalam negara kita akan dapat mengetahui keistimewaan destinasi pelancongan yang terdapat di negara sendiri.
UNSUR KBAT
Sekiranya, usaha mempromosikan destinasi pelancongan negara dilakukan secara koloborasi antara masyarakat dan kerajaan, sudah pasti sektor pelancongan negara dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor pelancongan negara maju yang lain.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah faedah -faedah sektor pelancongan kepada negara?

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  PERTAMA:-
Pelajar kreatif, boleh mempelbagai kedudukan ayat huraian dan ayat contoh. Paling utama setiap ayat yang diutarakan ada perkaitan dan kesinambungan ayatnya bermakna. 

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Sebagai memulakan perbincangan pertama berkaitan faedah-faedah pelancongan, saya ingin melontarkan idea pertama iaitu sektor pelancongan glokal mampu meningkatkan ekonomi negara.
AYAT HURAIAN 1
Kita sebagai warganegara Malaysia perlu cakna akan kekayaan destinasi pelancongan negara dengan pulau-pulaunya masih belum tercemar, dengan keindahan pantainya putih bersih, serta dikelilingi panorama hutan semulajadi yang masih belum diterokai pasti destinasi pelancongan ini mampu menggamit kedatangan pelancong asing.
AYAT CONTOH 1
Antara contoh pulau yang menarik dan boleh dikunjungi pelancong sama ada pelancong asing, mahupun pelancong domestik adalah seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Pulau Aur Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan sebagainya.
AYAT HURAIAN 2
Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk negara kaya dengan kepelbagaian budaya, kepelbagaian hari perayaan disambut setiap masyarakat saban tahun, dan kepelbagaian makanan yang boleh dinikmati bergantung kepada cita rasa masing-masing.
AYAT CONTOH 2
Selain itu, pelancong asing  serta pelancong domestik yang melancong ke Malaysia amat tertarik dengan keenakan makanan masyarakat Malaysia yang pelbagai seperti nasi lemak, tose, capati, nasi ayam, kuetiau goreng, martabak, laksa, mee banding, mee mamak dan sebagainya.
AYAT HURAIAN 3
Oleh sebab itu, pada setiap tahun kehadiran pelancong asing dan pelancong domestik melawat Malaysia semakin meningkat dan perkara ini diakui oleh Timbalan Menteri Pelanco­ngan, Datuk Mas Ermieyatie Samsudin yang berkata bahawa pihak  kerajaan yakin kehadiran pelancong pada 2018 akan melebihi jumlah 26.8 juta yang dicatatkan tahun lalu.
UNSUR KBAT
Sekiranya pertambahan bilangan pelancong asing dan pelancong domestik ke Malaysia terus meningkat, sudah pasti peningkatam pelancongan akan meningkatkan pendapatan pengusaha hotel, pengusaha industri kecil  tradisional, pengusaha premis makanan, pengusaha 'homestay' atau inap desa sekaligus akan meningkatkan pendapatan negara.
FRASA MENARIK
Persis peribahasa Melayu ada mengatakan “ Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah” begitulah hakikatnya dengan ekonomi negara kerana setiap masyrakat akan menikmati kemajuan negara terutama aktiviti sektor pelancongan.
AYAT  ARAHAN
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh, sektor pelancongan mampu meningkatkan ekonomi negara.

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  KEDUA:-


TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Seterusnya, sektor pelancongan juga mampu menambah pengetahuan terutama pelancong domestik berkaitan dengan sejarah negara.
AYAT HURAIAN 1
Seyogia, kita sedia maklum Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing seperti Belanda, Portugis dan juga Jepun.
AYAT HURAIAN 2
Oleh sebab itu, banyak monumen atau bangunan dan kubu dibina oleh penjajah yang boleh meningkatkan pengetahuan serta meningkatkan semangat patriotisme  dalam kalangan masyarakat agar negara tidak akan dijajah semula oleh kuasa asing bak kata peribahasa Melayu supaya “ pisang tidak berbuah dua kali.”
AYAT CONTOH 1
Antara contoh monumen tinggalan penjajah asing seperti Kota A’ Famosa, Melaka, Kota Belanda, di Pulau Pangkor, Fort Conwallis, Pulau Pinang,  Tugu Peringatan Birch di Ipoh, Perak dan Bangunan Stadhuys, Melaka.
AYAT HURAIAN 3
Selain itu, dengan pengetahuan berkaitan sejarah negara, pelancong domestik dan pelancong asing akan dapat mengetahui sejarah sebenar pejuang-pejuang tanah air yang bermati-matian mempertahankan tanah air pada suatu ketika dulu dianggap musuh dalam kalangan kolonial atau kerajaan penjajah yang memerintah negara.
AYAT CONTOH 2
Sebagai contoh pejuang negara menentang kerjaan British sepertiSi Putum, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor yang terlibat membunuh JWW Birch Residen British di Perak, Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau penentang penjajah British di Pahang, Dol Said  menentang British di Negeri Sembilan dan sebagainya.
UNSUR KBAT
Sekiranya, pelancong domestik atau pelancong asing mengunjungi monumen bersejarah ini sudah pasti mereka akan dapat menyingkap semula sejarah negara dan sekaligus mengetahui bahawa negara Malaysia pernah dijajah oleh kolonial asing  seperti Belanda, Portugis, Jepun dan British.
FRASA MENARIK
Persis peribahasa Melayu ada mengatakan “ tak lekang dek hujan dan tidak lapuk dek hujan” begitulah hakikatnya sejarah negara negara tetap kekal dalam kalangan masyarakat pemangkin semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang cinta akan tanah air.
AYAT  ARAHAN
Tegasnya, sektor pelancongan juga mampu menambah pengetahuan terutama pelancong domestik berkaitan dengan sejarah negara.

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  KETIGA:-

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Bahkan juga, melancong di dalam negara juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
AYAT HURAIAN 1
Pada era globalisasi ini  kenaikan kos isi rumah amat membimbangkan,  justeru, masyarakat lebih mengutamakan kerjaya untuk menampung perbelanjaan ahli keluarga.
AYAT HURAIAN 2
Oleh sebab itu, setiap ahli keluarga dewasa terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak, lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya masing-masing dan akan keluar rumah sebelum mentari memulakan sinar dan akan balik setelah mentari menjalankan sinarnya.
AYAT HURAIAN 3
Kebiasaan, waktu ahli keluarga berkumpul hanya pada malam hari, itu pun jika anak-anak yang masih bersekolah tiada kerja rumah dan tidak mengikuti kelas tuisyen.
AYAT HURAIAN 4
Impaknya, waktu senggang berkualiti untuk setiap ahli keluarga berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain amat terbatas.
AYAT HURAIAN 5
Situasi demikian akan menyebabkan kasih sayang antara seorang ketua keluarga dan anak-anak semakin menjarang dan memerlukan ibu bapa mencari waktu terluang  agar masalah berkenaan dapat di atasi.
AYAT HURAIAN 6
Satu cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan adalah dengan melancong ke destinasi pelancongan menarik di dalam negara.
AYAT CONTOH 1
Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa ahli keluarga ke destinasi pelancongan seperti Pulau Tioman, Pulau Bum Bum, Sabah, atau Taman Negara di Pahang sebagai lokasi pelancongan keluarga.
UNSUR KBAT
Sekiranya aktiviti pelancongan keluarga ini diadakan, sudah pasti setiap ahli keluarga akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain, dapat mengelakkan stres akibat bekerja dan belajar lebih masa dan mewujudkan keluarga bahagia.
FRASA MENARIK
Slogan “ Rumahku, Syurgaku” akan menjadi realiti sekiranya aktiviti pelancongan keluarga di adakan secara berkala terutama pada cuti persekolahan.
AYAT  ARAHAN
Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti melancong di dalam negara  dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

GUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP DI BAWAH UNTUK MEMBINA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN.

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sektor pelancongan negara amat berfaedah dan mampu menjana pendapatan ekonomi negara, meningkatkan pendapatan sektor hiliran yang  berkait rapat dengan sektor pelancongan, serta dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
Ayat cadangan
Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan serta sektor pelancongan negeri perlu mempromosikan keistimewaan destinasi pelancongan negara terutama lokasi pelancongan yang masih belum dikenali oleh pelancong asing dan pelancong domestik.
Ayat huraian cadangan
Bahkan juga, kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malayisa perlu diketengahkan sebagai aset negara seperti industri inap desa yang memberikan situasi baru sektor pelancongan kerana pelancong asing atau pelancong domestik boleh menikmati bukan sahaja destinasi pelancongan yang ada di sekitar tetapi suasana tinggal bersama masyarakat setempat.
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Hal ini demikian kerana pelancong asing amat berminat untuk menikmati suasana tinggal di kampung berbanding menginap hotel-hotel bertaraf lima bintang kerana di negara mereka sendiri suasana berkenaan sudah biasa bagi mereka.
Ayat cadangan tambahan.
Selain dapat menikmati keindahan dan kebudayaan penduduk tempatan secara langsung, malah  mereka akan dibawa melancong ke destinasi pelancongan berhampiran dengan penginapan inap desa sesuai dengan kehendak pelancong.
Unsur KBAT
Sekiranya usaha mempromosikan lokasi pelancongan, serta pakej pelancongan yang ditawarkan bersesuaian dengan cita rasa serta kehendak pelancong, sudah pasti sektor pelancongan dapat menghambat hati pelancong serta dapat meluaskan pengetahuan, mengikat rapat hubungan kekeluargaan serta menjana ekonomi negara.
Frasa menarik
Oleh sebab itu, pelbagai faedah pelancongan akan dinikmati bersama sekiranya pihak bertanggungjawab mempromosikan sektor pelancongan kepada pelancong,persis peribahasa Melayu sambil menyelam minum air.
Ayat harapan
Tegasnya, sektor pelancong dalam negara mampu menggamit kedatangan pelancong asing atau pelancong domestik kerana negara kita kaya dengan pelbagai khazanah semulajadi, kaya dengan kepelbagaian budaya, kaya dengan destinasi pelancongan bersejarah mahupun monumen moden sejajar dengan kemajuan negara.







2 ulasan:

Unknown berkata...

Thanks😉

Unknown berkata...

Amat berguna~Terima kasih😁