Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kemaslahatan melancong di dalam negara. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melancong di dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200-250 patah perkataan.
Mengarang Menggunakan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan isi dan Perenggan Penutup.
MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA
MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN
MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN
CONTOH
PENGENALAN BERFAKTA DAN UNIK MENGGUNAKAN PERENGGAN JENIS PERIBAHASA.
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PENGENALAN JENIS PERIBAHASA
|
“Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri.”
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Peribahasa
di atas amat berkait rapat dengan hakikat keberadaan seorang warganegara
Malaysia iaitu sejauh manapun keistimewaan yang terdapat di destinasi pelancongan
luar negara tetapi sebagai rakyat cinta akan pertiwi, kita perlu akur dan
cakna bahawa destinasi pelancongan di negara sendiri juga mempunyai
kelebihannya.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Cuma sikap
masyarakat Malaysia lebih mengutamakan destinasi pelancongan luar negara wujud
kerana kurangnya semangat patriotisme dan sikap menunjuk-nunjuk yang menebal
tanpa memikirkan pengaliran wang ke luar negara merugikan negara.
|
AYAT CONTOH
|
Sebagai
contoh, negara kita terdapat pelbagai monumen bersejarah seperti Kota A Famosa
di Melaka, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Perak, Bukit Melawati,
Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Bangunan Stadhuys,
Melaka, Lembah Bujang, Kedah dan sebagainya.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Selain
itu, negara kita juga terkenal dengan tempat-tempat pelancongan dengan
keindahan semulajadi dengan panorama menarik seperti Pulau Pangkor, Perak,
Pulau Tioman, Pahang, Pulau Aur, Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut,
Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan sebagainya.
|
AYAT RANGSANGAN 4
|
Bahkan
juga, Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian kaum, kepelbagaian
budaya, kepelbagaian makanan, kepelbagaian adat istiadat, kepelbagaian Hari
Perayaan yang amat unik dan menggamit kedatangan pelancong asing.
|
AYAT RANGSANGAN 5
|
Oleh sebab
itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah memperkenalkan
Tahun Melawat Malaysia bermula pada tahun 1990 dan hasil impak program
berkenaan, dianggarkan seramai 26.8 juta pelancong
asing telah melawat Malaysia pada tahun 2017.
|
FRASA MENARIK
|
Peribahasa
Melayu, “ Jauh perjalanan, luas pandangan,” amat berkait rapat dengan sektor
pelancongan kerana dengan melancong di dalam negara kita akan dapat
mengetahui keistimewaan yang terdapat di negara sendiri.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya,
usaha mempromosikan destinasi pelancongan negara dilakukan secara koloborasi
antara masyarakat dan kerajaan, sudah pasti sektor pelancongan negara dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor pelancongan negara
maju yang lain.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah faedah
-faedah sektor pelancongan kepada negara?
|
CONTOH PENGENALAN UMUM ( TANPA
PENGGUNAAN JENIS-JENIS PENGENALAN-UBAH SUAI DARIPADA PENGENALAN DI ATAS)
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PENGENALAN JENIS PERIBAHASA
|
Negara
Malaysia terkenal sebagai dastinasi pelacongan dalam kalangan pelacong daripada
Thailand, China, Negara-negara Arab, dan Eropah.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Hal ini
demikian kerana Negara Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber khazanah
negara, baik dari segi kebudayaan, monumen bersejarah sama ada tinggalan
kolonial penjajah mahupun monumen semulajadi, pulau-pulau menarik yang belum
dicemari pembangunan, dan juga kehidupan masyarakat berbilang kaum yang kaya
dengan nilai-nilai Ketimuran.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Sebagai
contoh, negara kita terdapat pelbagai monumen bersejarah seperti Kota AFamosa
di Melaka, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Bukit Melawati, Selangor, Bangunan
Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Bangunan Stadhuys, Melaka, Lembah Bujang,
Kedah dan sebagainya.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Selain
itu, negara kita juga terkenal dengan tempat-tempat pelancongan dengan
keindahan dan panorama menarik seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman,
Pahang, Pulau Aur Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut Terengganu, Pulau Bum Bum,
Sabah, dan sebagainya.
|
AYAT RANGSANGAN 4
|
Bahkan
juga, negara kita terkenal dengan kepelbagaian kaum, kepelbagaian
budaya, kepelbagaian makanan, kepelbagaian adat istiadat, kepelbagaian Hari
Perayaan yang amat unik dan menggamit kedatangan pelancong asing.
|
AYAT RANGSANGAN 5
|
Oleh sebab
itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah memperkenalkan
Tahun Melawat Malaysia bermula pada tahun 1990 dan hasil impak program
berkenaan dianggarkan seramai 26.8 juta
pelancong asing telah melawat Malaysia pada tahun 2017.
|
FRASA MENARIK
|
Peribahasa
Melayu, “ Jauh perjalanan, luas pandangan,” amat berkait rapat dengan sektor
pelancongan kerana dengan melancong dalam negara kita akan dapat
mengetahui keistimewaan destinasi pelancongan yang terdapat di negara
sendiri.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya,
usaha mempromosikan destinasi pelancongan negara dilakukan secara koloborasi
antara masyarakat dan kerajaan, sudah pasti sektor pelancongan negara dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor pelancongan negara
maju yang lain.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah faedah
-faedah sektor pelancongan kepada negara?
|
MODUL OPERANDI JADUAL
PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA:-
Pelajar kreatif, boleh mempelbagai kedudukan ayat huraian dan ayat
contoh. Paling utama setiap ayat yang diutarakan ada perkaitan dan
kesinambungan ayatnya bermakna.
TEMA KECIL/ KATA KUNCI
ISI
|
Sebagai
memulakan perbincangan pertama berkaitan faedah-faedah pelancongan, saya
ingin melontarkan idea pertama iaitu sektor pelancongan glokal mampu
meningkatkan ekonomi negara.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Kita
sebagai warganegara Malaysia perlu cakna akan kekayaan destinasi pelancongan
negara dengan pulau-pulaunya masih belum tercemar, dengan keindahan pantainya
putih bersih, serta dikelilingi panorama hutan semulajadi yang masih belum
diterokai pasti destinasi pelancongan ini mampu menggamit kedatangan
pelancong asing.
|
AYAT CONTOH 1
|
Antara
contoh pulau yang menarik dan boleh dikunjungi pelancong sama ada pelancong
asing, mahupun pelancong domestik adalah seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Pulau Aur Mersing, Johor
Pulau Rawa, Besut Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan sebagainya.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Tambahan
pula, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk negara
kaya dengan kepelbagaian budaya, kepelbagaian hari perayaan disambut setiap
masyarakat saban tahun, dan kepelbagaian makanan yang boleh dinikmati
bergantung kepada cita rasa masing-masing.
|
AYAT CONTOH 2
|
Selain
itu, pelancong asing serta pelancong domestik yang melancong ke
Malaysia amat tertarik dengan keenakan makanan masyarakat Malaysia yang
pelbagai seperti nasi lemak, tose, capati, nasi ayam, kuetiau goreng,
martabak, laksa, mee banding, mee mamak dan sebagainya.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Oleh
sebab itu, pada setiap tahun kehadiran pelancong asing dan pelancong domestik
melawat Malaysia semakin meningkat dan perkara ini diakui oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermieyatie
Samsudin yang berkata bahawa pihak kerajaan yakin kehadiran
pelancong pada 2018 akan melebihi jumlah 26.8 juta yang dicatatkan tahun
lalu.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya
pertambahan bilangan pelancong asing dan pelancong domestik ke Malaysia terus
meningkat, sudah pasti peningkatam pelancongan akan meningkatkan pendapatan
pengusaha hotel, pengusaha industri kecil tradisional, pengusaha premis
makanan, pengusaha 'homestay' atau inap desa sekaligus akan meningkatkan
pendapatan negara.
|
FRASA MENARIK
|
Persis
peribahasa Melayu ada mengatakan “ Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama
dilapah” begitulah hakikatnya dengan ekonomi negara kerana setiap masyrakat
akan menikmati kemajuan negara terutama aktiviti sektor pelancongan.
|
AYAT ARAHAN
|
Konklusinya,
sudah terang lagi bersuluh, sektor pelancongan mampu meningkatkan ekonomi
negara.
|
MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN
ISI KEDUA:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI
ISI
|
Seterusnya,
sektor pelancongan juga mampu menambah pengetahuan terutama pelancong
domestik berkaitan dengan sejarah negara.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Seyogia,
kita sedia maklum Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing seperti Belanda,
Portugis dan juga Jepun.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Oleh
sebab itu, banyak monumen atau bangunan dan kubu dibina oleh penjajah yang
boleh meningkatkan pengetahuan serta meningkatkan semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat agar negara tidak akan dijajah semula oleh
kuasa asing bak kata peribahasa Melayu supaya “ pisang tidak berbuah dua
kali.”
|
AYAT CONTOH 1
|
Antara
contoh monumen tinggalan penjajah asing seperti Kota A’ Famosa, Melaka, Kota
Belanda, di Pulau Pangkor, Fort Conwallis, Pulau Pinang, Tugu
Peringatan Birch di Ipoh, Perak dan Bangunan Stadhuys, Melaka.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Selain
itu, dengan pengetahuan berkaitan sejarah negara, pelancong domestik dan
pelancong asing akan dapat mengetahui sejarah sebenar pejuang-pejuang tanah
air yang bermati-matian mempertahankan tanah air pada suatu ketika dulu
dianggap musuh dalam kalangan kolonial atau kerajaan penjajah yang memerintah
negara.
|
AYAT CONTOH 2
|
Sebagai
contoh pejuang negara menentang kerjaan British sepertiSi Putum, Dato’
Maharaja Lela, Dato’ Sagor yang terlibat membunuh JWW Birch Residen British
di Perak, Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau penentang penjajah British di
Pahang, Dol Said menentang British di Negeri Sembilan dan sebagainya.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya,
pelancong domestik atau pelancong asing mengunjungi monumen bersejarah ini
sudah pasti mereka akan dapat menyingkap semula sejarah negara dan sekaligus
mengetahui bahawa negara Malaysia pernah dijajah oleh kolonial asing seperti Belanda, Portugis, Jepun dan
British.
|
FRASA MENARIK
|
Persis
peribahasa Melayu ada mengatakan “ tak lekang dek hujan dan tidak lapuk dek
hujan” begitulah hakikatnya sejarah negara negara tetap kekal dalam kalangan
masyarakat pemangkin semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang
cinta akan tanah air.
|
AYAT ARAHAN
|
Tegasnya,
sektor pelancongan juga mampu menambah pengetahuan terutama pelancong
domestik berkaitan dengan sejarah negara.
|
MODUL OPERANDI JADUAL
PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI
ISI
|
Bahkan
juga, melancong di dalam negara juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Pada
era globalisasi ini kenaikan kos isi rumah amat membimbangkan,
justeru, masyarakat lebih mengutamakan kerjaya untuk menampung
perbelanjaan ahli keluarga.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Oleh
sebab itu, setiap ahli keluarga dewasa terdiri daripada ibu bapa dan
anak-anak, lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya masing-masing dan akan
keluar rumah sebelum mentari memulakan sinar dan akan balik setelah mentari
menjalankan sinarnya.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Kebiasaan,
waktu ahli keluarga berkumpul hanya pada malam hari, itu pun jika anak-anak
yang masih bersekolah tiada kerja rumah dan tidak mengikuti kelas tuisyen.
|
AYAT HURAIAN 4
|
Impaknya,
waktu senggang berkualiti untuk setiap ahli keluarga berkomunikasi dan
berinteraksi antara satu sama lain amat terbatas.
|
AYAT HURAIAN 5
|
Situasi
demikian akan menyebabkan kasih sayang antara seorang ketua keluarga dan
anak-anak semakin menjarang dan memerlukan ibu bapa mencari waktu terluang
agar masalah berkenaan dapat di atasi.
|
AYAT HURAIAN 6
|
Satu
cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan adalah dengan melancong ke
destinasi pelancongan menarik di dalam negara.
|
AYAT CONTOH 1
|
Sebagai
contoh, ibu bapa boleh membawa ahli keluarga ke destinasi pelancongan seperti
Pulau Tioman, Pulau Bum Bum, Sabah, atau Taman Negara di Pahang sebagai
lokasi pelancongan keluarga.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya
aktiviti pelancongan keluarga ini diadakan, sudah pasti setiap ahli keluarga
akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain, dapat
mengelakkan stres akibat bekerja dan belajar lebih masa dan mewujudkan
keluarga bahagia.
|
FRASA MENARIK
|
Slogan
“ Rumahku, Syurgaku” akan menjadi realiti sekiranya aktiviti pelancongan
keluarga di adakan secara berkala terutama pada cuti persekolahan.
|
AYAT ARAHAN
|
Sudah
terang lagi bersuluh, aktiviti melancong di dalam negara dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan.
|
GUNAKAN JADUAL
PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP DI BAWAH UNTUK MEMBINA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN.
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya,
sektor pelancongan negara amat berfaedah dan mampu menjana pendapatan ekonomi
negara, meningkatkan pendapatan sektor hiliran yang berkait rapat
dengan sektor pelancongan, serta dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
|
Ayat cadangan
|
Oleh
sebab itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan serta sektor
pelancongan negeri perlu mempromosikan keistimewaan destinasi pelancongan
negara terutama lokasi pelancongan yang masih belum dikenali oleh pelancong
asing dan pelancong domestik.
|
Ayat huraian cadangan
|
Bahkan juga, kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malayisa perlu
diketengahkan sebagai aset negara seperti industri inap desa yang memberikan
situasi baru sektor pelancongan kerana pelancong asing atau pelancong
domestik boleh menikmati bukan sahaja destinasi pelancongan yang ada di
sekitar tetapi suasana tinggal bersama masyarakat setempat.
|
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
|
Hal
ini demikian kerana pelancong asing amat berminat untuk menikmati suasana
tinggal di kampung berbanding menginap hotel-hotel bertaraf lima bintang
kerana di negara mereka sendiri suasana berkenaan sudah biasa bagi mereka.
|
Ayat cadangan
tambahan.
|
Selain
dapat menikmati keindahan dan kebudayaan penduduk tempatan secara langsung,
malah mereka akan dibawa melancong ke destinasi pelancongan berhampiran
dengan penginapan inap desa sesuai dengan kehendak pelancong.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya
usaha mempromosikan lokasi pelancongan, serta pakej pelancongan yang
ditawarkan bersesuaian dengan cita rasa serta kehendak pelancong, sudah pasti
sektor pelancongan dapat menghambat hati pelancong serta dapat meluaskan
pengetahuan, mengikat rapat hubungan kekeluargaan serta menjana ekonomi
negara.
|
Frasa menarik
|
Oleh
sebab itu, pelbagai faedah pelancongan akan dinikmati bersama sekiranya pihak
bertanggungjawab mempromosikan sektor pelancongan kepada pelancong,persis
peribahasa Melayu sambil menyelam minum air.
|
Ayat harapan
|
Tegasnya,
sektor pelancong dalam negara mampu menggamit kedatangan pelancong asing atau
pelancong domestik kerana negara kita kaya dengan pelbagai khazanah
semulajadi, kaya dengan kepelbagaian budaya, kaya dengan destinasi
pelancongan bersejarah mahupun monumen moden sejajar dengan kemajuan negara.
|
2 ulasan:
Thanks😉
Amat berguna~Terima kasih😁
Catat Ulasan