ISTILAH MENARIK (IM) YANG BOLEH MEMATAPKAN KARANGAN. PELAJAR PERLU BIJAK MENYELITKAN ISTILAH MENARIK INI SEMASA MENGARANG UNTUK MENGAMBARKAN PERBENDAHARAAN KATA LUWES.
BILANGAN
|
KOSA
KATA
|
MAKSUD
DAN APLIKASI DALAM AYAT
|
1
|
POLEMIK
|
Maksud :
Perbahasan yang dilakukan dalam
surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara
Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba
Haram]
Akhir-akhir
ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam
kalangan masyarakat
|
2
|
MARHAEN
|
Maksud:
Rakyat jelata
Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]
Golongan marhaen tidak
diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara
berpendapatan tinggi.
|
3
|
KULAWARGA
|
Maksud:
Keluarga
Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga
Bahagia]
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah
mulia
|
4
|
DASAWARSA
|
Maksud:
Dekad
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
Kejiranan]
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama
dalam kalangan masyarakat metropolitan.
|
5
|
IKHTISAR
|
Maksud:
Pendapat yang ringkas mengenai
sesuatu
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar
Cemerlang]
Pelajar
perlu memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
|
6
|
AMSAL/TAMSIL
|
Maksud:
Seperti,umpama, misal
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Menabung]
Amsalnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam
kalangan masyarakat.
|
7
|
WASILAH
|
Maksud:
Ikatan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Jasa
Guru]
Seseorang
pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang
terjalin dengan guru .
|
8
|
NIRMALA
|
Maksud:
Suci
Aplikasi dalam ayat[Tema: Budi
Bahasa]
Pada pagi
yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan
bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.
|
9
|
SAKINAH
|
Maksud:
Ketenangan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga
Bahagia]
Ajaran
agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinah berpanjangan
|
10
|
SINERGI
|
Maksud:
Kerjasama
Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap
Desa]
Akhir kalamnya,
rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk
merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia
.
|
11
|
USLUB/MINHAJ/MANHAJ
|
Maksud:
Kaedah, cara
Aplikasi dalam ayat[Tema: Membaca]
Membaca merupakan uslub berkesan
untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
|
12
|
PRAKARSA
|
Maksud:
Inisiatif
Aplikasi dalam ayat[Tema:Lumba
Haram]
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah
pemantauan ibu bapa di rumah.
|
13
|
AFORISME
|
Maksud:
Ungkapan, peribahasa, bidalan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
Ponteng Sekolah]
Kasih sayang yang diberikan oleh
ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
|
14
|
SIRNA
|
Maksud:
Hilang
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
Buli]
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada
sanubari generasi pelajar pada hari ini.
|
15
|
JAGATRAYA
|
Maksud:
Seluruh dunia
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Pelancongan]
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai
sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
|
16
|
SEANTERO
|
Maksud:
Seluruh
Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan
Warisan]
Seantero dunia akan memandang tinggi negara
Malaysia jika kita Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat
Malaysia.
|
17
|
OBLIGASI
|
Maksud:
Kewajiban
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
Patriotik]
Sudah menjadi obligasi setiap
rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
|
18
|
MAYAPADA
/MARCAPADA
|
Maksud:
Dunia hari ini
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Kemalangan Jalan Raya]
Mayapada, isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam
media massa
|
19
|
MAPAN
|
Maksud:
Tidak berubah, sudah diterima umum
Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala
Lumba Haram]
Sudah terang lagi bersuluh, kempen
merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi
gejala lumba haram.
|
20
|
SEYOGIA
|
Maksud:
Sepatutnya
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
Patriotik]
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif
yang akan mencalarkan imej negara.
|
21
|
SEMENTELAHAN
|
Maksud:
Tambahan pula
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
Kejiranan]
Sikap tidak ambil peduli merupakan
punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan
bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.
|
22
|
MAUDUK
|
Maksud:
Pokok perbincangan
Aplikasi dalam ayat[Tema:Rakan
Sebaya]
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri
Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.
|
23
|
PADAU
|
Maksud:
Layar
Aplikasi dalam ayat
Sebelum padau perbincangan
saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk
terlebih dahulu.
|
24
|
TEGAR
|
Maksud:
Tidak dapat dilenturkan, keras
Aplikasi dalam ayat[Tema: Merokok]
Pihak Kementerian Pelajaran gusar
kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
|
25
|
KONGKALIKUNG
|
Maksud:
Sekongkol dalam melakukan sesuatu
yang tidak baik
Aplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng
Sekolah]
Sekumpulan pelajar SMK Lepar
Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di
ladang kelapa sawit
|
26
|
MENYISIR
|
Maksud:
Mengemaskan
Aplikasi dalam ayat
Sebelum saya menyisir usul
perbahasan dengan lebih dalam, izikan saya mendefinisikan terlebih dahulu
frasa demi frasa.
|
27
|
MAHMUDAH
|
Maksud:
Terpuji
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja
Berwawasan]
Sifat mahmudah jika
diaplikasi dalam kehidupan akan merubah personaliti remaja agar
menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
|
28
|
GEMULAH
|
Maksud:
Arwah
Aplikasi dalam ayat [Tema:
Bangunan Bersejarah]
Sewajarnya kita mencontohi
sifat gemulah terdahulu yang sanggup
mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.
|
29
|
CERITERA
|
Maksud:
Cerita
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja
Berwawasan]
Sebagai remaja berwawasan, kita
sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu
yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.
|
30
|
INTI PATI
|
Maksud:
Bahagian yang penting
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja
Berwawasan]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
merupakan inti pati yang wajar difahami dan
dihayati oleh seluruh warga Malaysia
|
31
|
BERIJTIHAD
|
Maksud:
Memberikan tafsiran berdasarkan
peraturan tertentu
Aplikasi
dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu
agar mampu berijtihad apabila ditanyakan
tentang sesuatu isu oleh orang luar.
|
32
|
MENGHADAP
|
Maksud:
Menghala, mengarah
Aplikasi
dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu menghadap serta
mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
|
33
|
BELASUNGKAWA
|
Maksud:
ucapan takziah
Aplikasi dalam ayat:
Kami mengucapkan belasungkawa kepada
keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka
|
34
|
KENDATIPUN
|
Maksud:
Meskipun
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Menabung]
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita
seharusnya menyimpan sebahagian daripada pendapatan sebagai
tabungan.
|
35
|
SIGNIFIKAN
|
Maksud:
Penting
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
Lumba Haram]
Langkah-langkah signifikan perlu
dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja
|
36
|
TERAMPIL
|
Maksud:
Cekap
dalam melaksanakan sesuatu
Aplikasi
dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat terampil merupakan
ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.
|
37
|
PROGNOSIS
|
Maksud:
Ramalan,telahan
Aplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng
Sekolah]
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya
perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
|
38
|
PROKLAMIR
|
Maksud:
Pengisytiharan
Aplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan
Bersejarah]
Kerajaan telah memproklamir Melaka
sebagai Bandar Raya Bersejarah.
|
39
|
TRAGEDI
|
Maksud:
Peristiwa yang menyedihkan
Aplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba
Haram]
Menjadi suatu tragedi yang
menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram
mencambah biak gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.
|
40
|
KULAWARGA
|
Maksud:
Keluarga
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
Kejiranan]
Kulawarga dewan sekalian,
Tajuk pidato saya pada hari ini
ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.
|
41
|
JALUR LEBAR
|
Maksud:
Rangkaian yang mempunyai julat
yang besar
Aplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi
Maklumat]
Kemudahan jalur lebar yang
disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat
|
42
|
NIHILISME
|
Maksud:
Fahaman yang menolak nilai
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
Sosial Remaja]
Remaja yang terlibat dalam gejala
sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan
mereka
|
43
|
MOBILITI
|
Maksud:
Perihal mudah bergerak dan
digerakkan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng
Sekolah]
Masyarakat berilmu pengetahuan
akan bermobiliti kea rah kecemerlangan
|
44
|
HEDONISME
|
Maksud:
Pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
Sosial Remaja]
Remaja perlu dinasihati agar tidak
mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan
mereka.
|
45
|
FRANCAIS
|
Maksud:
Kebenaran oleh pengeluar untuk
memasarkan barangannya
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Pelancongan]
Agensi pelancongan boleh
mengaplikasikan konsep francais untuk
mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.
|
46
|
SAF
|
Maksud:
Baris
Aplikasi dalam ayat[Tema: Lumba
Haram]
Remaja perlu menyusun saf agar
dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam
pada hari ini.
|
47
|
PARADIGMA
|
Maksud:
Model yang jelas tentang sesuatu
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja
Berwawasan]
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk
merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
|
48
|
KODIFIKASI
|
Maksud:
Kegiatan menyusun maklumat
Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Remaja yang berpengetahuan mampu
melakukan kodifikasi apabila membaca bahan
bacaan daripada pelbagai sumber.
|
49
|
ENTENG
|
Maksud:
Ringan, mudah
Aplikasi dalam
ayat[Tema:Gejala Sosial]
Sikap masyarakat yang
memandang enteng gejala ponteng sekolah
menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.
|
50
|
CAKNA
|
Maksud:
Ambil berat
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala
Lumba Haram]
Ibu bapa perlu cakna akan
perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.
|
51
|
TUNTAS
|
Maksud:
Menyeluruh dan lengkap
Aplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1
Murid 1 Sukan]
Tuntasnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat
bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..
|
52
|
IZHAR
|
Maksud:
Jelas
Aplikasi dalam ayat[Tema:OKU]
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan
ekonomi negara Malaysia.
|
53
|
AFDAL
|
Maksud:
Lebih baik
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Menabung]
Prakarsa yang afdal bagi
menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank
untuk anak-anak.
|
54
|
JERAYAWARA
|
Maksud:
Pameran, ceramah
Aplikasi dalam ayat:
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara
bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.
|
55
|
REKAYASA
|
Maksud:
Penerapan unsur-unsur ilmu
Aplikasi dalam ayat[Tema:Guru]
Guru yang berkesan mampu
melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah
pengajaran di dalam kelas.
|
56
|
EGOSENTRIK
|
Maksud:
Mementingkan keperluan diri
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
Kejiranan]
Sikap egosentrik yang
ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat
kejiranan.
|
57
|
ADIWANGSA
|
Maksud:
Bangsa mulia
Aplikasi
dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Remaja yang mampu menongkah arus
kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang
mengharumkan nama negara..
|
58
|
EGALITARIANISME
|
Maksud:
Fahaman bahawa semua orang sama
rata
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Perpaduan]
Konsep 1 Malaysia mampu
merealisasikan egalitarianisme dalam
pembudayaan budaya dan bahasa
|
59
|
ATMA
|
Maksud:
Jiwa
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
Sosial Remaja]
Sementelahan , generasi muda pada
hari ini mengalami gangguan atma sehingga
menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
|
60
|
BOBROK
|
Maksud:
Rosak, binasa
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
Sosial]
Masyarakat yang bobrok akhlaknya
akan merugikan negara.
|
61
|
PENGITLAKAN
|
Maksud:
Membuat rumusan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan
Bersejarah]
Sebagai pengitlakan,
kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk
memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
|
62
|
EFISIEN
|
Maksud:
Berkesan
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Pendidikan Vokasional]
Langkah yang efisien mampu
memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.
|
63
|
GELANDANGAN
|
Maksud:
Merempat
Aplikasi dalam ayat[Tema:
Menabung]
Amalan menabung sejak kecil mampu
merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih
baik.
|
64
|
MUASIR
|
Maksud:
Kontemporari, semasa
Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Muasir ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia
telah meningkat.
|
65
|
SIMBIOSIS
|
Maksud:
Perkaitan hidup antara dua atau
lebih organisma
Aplikasi dalam ayat[Tema: OKU]
Sememangnya simbiosis antara
kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario
masyarakat.
|
66
|
PIDANA
|
Maksud:
Kejahatan
Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala
Sosial]
Anak-anak terdorong untuk
melakukan pidana dek galakan rakan-rakan
sebaya.
|
67
|
NINGRAT
|
Maksud:
Orang mulia
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja
Berwawasan]
Remaja seharusnya berusaha menjadi
golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa
dan negara.
|
68
|
JEMBEL
|
Maksud:
Miskin
Aplikasi dalam ayat[Tema: Krisis
Makanan Antarabangsa]
Seharusnya kita membantu
negara-negara jembel di Afrika yang mengalami
krisis makanan
|
69
|
MURBA
|
Maksud:
Rakyat jelata
Aplikasi dalam ayat[Tema: Sukan]
Sebagai golongan murba,
kita seharusnya menyokong Dasar 1 Murid 1 Sukan.
|
70
|
PROLETAR
|
Maksud:
Kaum yang suka
membunuh/ membuat kacau
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala
Sosial]
Kita seharusnya memerangi gejala
buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang
menjadi masyarakat proletar.
|
Tambahan senarai Istilah Menarik (IM)
adiwangsa = bangsa utama (mulia)
adiwarna = amat indah, amat bagus
akademikus = orang yang berpendidikan /
lepasan universiti
aktual = yang sebenarnya
aktivis –org yg melibatkan diri
secara aktif
agenda = acara / perkara
alternatif- pilihan
bobrok = rosak, binasa
piawai = yang ditetapkan
platform = asas / dasar
kritikal = serius
Efisien -menjalnkan tugas dgn cekap
gizi = zat makanan
prakarsa = ikhtiar
sarwajagat = seluruh dunia
keluhuran = kemuliaan
medium = bidang / lapangan
berkala = berjadual
toleransi = tolak ansur
intergrasi = penyatuan
inderloka- syurga
Ideal -mulia
konsisten = stabil, sejajar dengan yang dulu
alternatif = pilihan
onar = kacau
konflik = penentangan
aplikasi = menggunakan
simpton = tanda / alamat
trend = perkembangan semasa
kondusif = nyaman / sesuai
aspirasi = tunjuk ajar / dorongan
progresif = sentiasa bergerak maju
sinergi = usaha sama
unsur = perkara
elemen = perkara
gejala = masalah
negatif = buruk / tidak baik
kronik = teruk / berat
absurd = mustahil, tidak masuk akal
ketidakacuhan = sikap tidak memperdulikan sesuatu
beradaptasi = membuat penyesuaian
aktual = yang sebenarnya mengakulturasi = menyerapan budaya ke sesuatu budaya yang lain alhasil = akhirnya, kesudahannya
Arus Modenisasi -Zaman moden
seantero = seluruh
apologetik = menyesali sesuatu perbuatan yang sudah terlanjur apresiasi = penghargaan terhadap sumbangan atau jasa seseorang asimilasi = berpadu menjadi satu pengasimilasian = proses mengasimilasikan sesuatu
Belenggu -konkongan
Berkaliber -(cth: pemimpin yg berkaliber/berkebolehan/cekap)
berintegriti-mempunyai kejujuran
Dangkal -pengetahuan yg cetek
Delinkuen -tidak mematuhi peraturan
Disemarakkan -digiatkan
Dijana -dijalankan
Diuar-uarkan -diberitahu,dihebahkan
Diimplementasikan -digunakan
Dangkal -pengetahuan yg cetek
Duniawi - berkenaan dunia
drastik = keterlaluan
Filsafat -falsafah
pembabibutaan = melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang
membahalakan = memuja, mendewa-dewakan memperbonekakan = mempermainkan
Mengorak -memulakan (cth: mengorak langkah)
bobrok = rosak, binasa
membobrokkan = merosakkan, membinasakan cemerkap = tidak cermat melakukan sesuatu kecemerkapan = kelalaian mendampilkan = merapatkan darulfana = dunia yang tidak kekal abadi de facto = pada hakikatnya, sebenarnya de jure = menurut undang-undang
global = sejagat
fobia = terlalu takut
memperdekap = menjadikan lebih dekat
Izhar -Jelas
Ideal -mulia
ikhtisas- mata pencarian
Inovasi -kemajuan
Ironinya,Impak -Kesannya
impak = kesan
izharnya = jelasnya
Keakraban -hubungan yg erat
Kekangan -masalah
Kemelut -masalah
Holistik –perkaitan yang menyeluruh/mulia
Glokal/lokal -peringkat tempatan
Global -peringkat dunia
|
keefisienan = kecekapan
memfadihatkan = memalukan seseorang, mengaibkan fanatisisme = keyakinan yang amat kuat terhadap sesuatu berfantasi = berangan-angan, berkhayal memfantasikan = mengkhayalkan, mengangan-angankan fundamental = sangat penting secara generalisasinya = kesimpulannya menggeneralisasikan = membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara hipokrasi = perbuatan berpura-pura baik mengimplementasikan = melaksanakan mengintegrasikan = menyatupadukan (kaum) inteligensia = orang bijak pandai mengisbatkan = menentukan, menetapkan ketidakkeruanan =keadaan tidak tentu arah kekhilafan = kesalahan kerana kurang teliti atau kurang pengalaman terkhilaf = tersalah, terkeliru kolaborasi = berkerjasama dengan pihak musuh kolaboratif = kerjasama antara dua pihak melemahlesukan = menjadikan lemah, tidak bermaya maslahat = berfaedah, berguna kemaslahatan = faedah, kegunaan musyawarah = perundingan antara kedua-dua belah pihak bermusyawarah = berunding, berbincang, bermesyuarat mengqadimkan = meramalkan seyogia = sepatutnya mentarbiahkan = mendidik, mengasuh
deduksi = kesimpulannya
dangkal = cetek fikiran
delegasi = rombongan, perwakilan
dominan = berpengaruh, berkuasa
dewasa ini = pada waktu ini, mutakhir
empirikal = berdasarkan pemerhatian, kajian
enteng = remeh
hedonism = terlalu mementingkan keseronokan
heterogen = berbagai-bagai jenis
ironinya = kesan sebaliknya
justifikasi = hujah sebagai alasan
kekangan = halangan, rintangan
keakraban = hubungan erat
Kebejatan moral -keruntuhan moral
kealpaan = kelekaan
kemelut = kronik, keadaan yang sangat genting, masalah
komentar = komen, ulasan
kompetitif = persaingan
kontemporari = pada masa ini
Kealpaan (alpa) -Kecuaian/lupa
lokal = setempat
luwes = tidak terlalu ketat, boleh berubah
Mampan -mantap
mayapada = dunia
memanifestasikan = memperlihatkan, menjadikan
Mercu-menempa
Memperkasa -meningkatkan
menerjah - (cth: menerjah masuk)
Memorabilia -kenangan manis yg x dpt dilupakan.
Mutakhir ini, Marcapada ini, - Dewasa ini
metropolitan = bandar raya
modenisasi = proses memodenkan
Nescaya -pasti
nirmala = bersih, suci
Remeh - (cth: dipandang remeh/mudah)
Rencaman -Pelbagai
Rentetan itu, -Sehubungan itu
optimum = maksimum
Obses - terlalu terikut-ikut
Petualang -penghalang
paradigm = batasan pemikiran
Pasrah -menyerah
potensi = kemampuan
Penuh iltizam -penuh semangat
Perencah -faktor
pesimis-orang yang bersikap tidak yakin
akan pendirian
pidana = kejahatan
polemik = perbahasan
pragmatik = bersifat praktikal
prakarsa = inisiatif, dengan usaha
prestij = penghormatan tinggi yang diperoleh
prolifik = aktif, banyak menghasilkan karya
seyogia = selayaknya, sepatutnya
Sinergi -kerjasama
signifikan = penting, bermakna
Seantero - seluruh (cth: seantero dunia)
swadaya = kekuatan sendiri
Sarwajagat -peringkat antarabangsa
tuntasnya = tegasnya, kesimpulannya
transformasi = perubahan
relevan = sesuai
Ukhrawi -rohani (berkenaan akhirat)
Utopia -masyarakat yg terlalu
ideal/sempurna (tidak
mungkin diwujudkan)
uswah = teladan
wadah = alat, medan, saluran
Tamsilan -contoh
tidak bernoktah- tiada pengakhiran
vital-penting
|
20 ulasan:
😍
Terima kasih....
Sangat membantu saya sebagai seorang calon spm :)
Alpa
Contoh ayat bagi perkataan alpa
Bagus sangat
Sangat membantu ! Terima kasih banyak !;)
Terbaik!! Saya suka, saya suka! ;) Terima kasih banyak ^-^
terima kasih!!<3
Lalai
Terima kasih
goodluck
terima kasih, doakan saya spm esok
Ok
Alhamdulillah, sangat membantu. Terima kasih cikgu. Izinkan saya share kepada yang lain juga.
alhamdulillah terima kasih kepada pemilik blog ini. thank you so much
terima kasih.. sangat membantu :)
Alhamdulillah,terima kasih banyak banyak
assalamualaikum..terima kasih untuk perkongsian yang sangat berguna. saya PG student pun gunakan utk thesis saya..terima kasih sekali lagi
Assalammualaikum cg, saya mohon kongsi maklumat ini.Terima kasih banyak-banyak cikgu.
Catat Ulasan