Jumaat, 7 April 2017

TATABAHASA. AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG

Ayat songsang.

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat songsang  berlaku tanpa  ada penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat songsang anda  salah dari segi binaannya.

Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.   Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b)      Pendepanan Frasa Adjektif
 i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                 Ramli rajin. (susunan biasa)
                 Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii.              Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                 Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                 Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

 iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                 Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                 Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

  iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama
          i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                          Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                          Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

            ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                            Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                            Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1



Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang panjang, timbul perasaan sukar dalam fikiran anda untuk menukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat songsang. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, tidak ada cara mudah  untuk menyelesaikannya melainkan dengan latihan dan menggunakan jadual bantuan penukaran ayat biasa kepada ayat songsang berkenaan.

Cuba latihan di bawah untuk meningkatkan kemahiran anda untuk memahirkan diri untuk menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.

Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii) Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.




Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.



Saya bantu anda dengan menyenaraikan skema jawapan. Sebaik-baiknya buat latihan dulu barulah melihat skema di bawah.


PROSES MENGGUNAKAN FORMULA PERUBAHAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG.
      i.             iPenggalkan kata atau frasa daripada ayat biasa.
    ii.        Susun kata dan frasa untuk menentukan ayat songsang yang boleh anda bina.
Ayat biasa.
1
2
3
4
5
Peserta
pertandingan pidato itu
sungguh
petah
berbicara

Hasilan pertama:-
Ayat songsang pertama.
4
5
3
1
2
petah
berbicara
sungguh
Peserta
pertandingan pidato itu

Hasilan kedua:-
Ayat songsang kedua
3
4
5
1
2
sungguh
petah
berbicara
Peserta
pertandingan pidato itu

Hasilan ketiga:-
Ayat songsang ketiga
5
4
3
1
2
berbicara
petah
sungguh
Peserta
pertandingan pidato itu


Jika dibina semula daripada jadual penukaran ayat songsang di atas, ayat songsang boleh berbentuk seperti di bawah.

1.   Petah berbicara sungguh peserta pertandingan pidato itu.
2.  Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.
3.  Berbicara petah sungguh peserta pertandingan pidato itu. ( Ayat kurang baik-gugurkan)

Cuba aplikasi latihan di atas menggunakan jadual pembinaan ayat songsang di atas untuk membina lebih daripada satu ayat songsang. Latihan kendiri sebagai tambahan sekiranya anda mempunyai masa lapang atau senggang sebagai menduga kemahiran anda. Selamat mencuba.

Skema Latihan 1

(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.



Skema Latihan 2

(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

37 ulasan:

Nur berkata...

Terima kasih ats perkongsian.
Cikgu, bagaimana cara untuk membina ulasan karangan pt3 bagi pelajar lemah? Ada tips atau formula untuk pelajar yg lemah dlm ulasan?
Terima kasih.

Taman Sanubari berkata...

Terima kasih cikgu..sangat membantu..

Tanpa Nama berkata...

Good!!!!!!

afif berkata...

assalamualaikum...mohon kongsi nota ini untuk anak - anak ye..terima kasih

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Waalaikumsalam. Silakan, semoga bahan berkenaan dapat membantu anak-anak.

Tanpa Nama berkata...

mohon share.tq

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Silakan, semoga bahan berkenaan dapat membantu memahirkan kemahiran tatabahasa.

Rasahati berkata...

Salam..mohon share .terima kasih

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Silakan semoga bahan berkenaan dapat membantu memperkukuh kemahiran tatabahasa terutama berkaitan dengan penukaran ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu.. Saya sangat faham ����

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Tahniah kerana anda dapat mengaplikasikan kemahiran menukar ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang menggunakan bahan berkenaan. Sekiranya pelajar faham proses penukaran ayat berkenaan pelajar memang mudah menjalankan tugasan kerana semasa pertukaran ayat berkenaan pelajar tidak boleh memngubah imbuhan, menggugurkan perkataan dan paling penting apabila anda menukar susunan perkataan dalam ayat berkenaan, ayat berkenaan tidak bertukar maksud dan sama maksudnya dengan ayat asal.Dengan menggunakan nombor perubahan kedudukan ayat akan jelas, dan prediket ayat berkenaan akan berubah sama pada awal ayat atau ditengah ayat dan diikuti dengan subjek. Saya juga teruja apabila pelajar saya ( Ting 3A1 )dapat menjawab soalan percubaan PT3 baru-baru ini dengan cemerlang. Begitu juga saya mengharapkan pelajar Ting 5 Sains juga begitu. Syabas saya ucapkan kerana anda berjaya menguasai kemahiran menukar ayat biasa kepada ayat songsang.

Unknown berkata...

Terbaik. Sangat membantu. Terima kasih

Unknown berkata...

Penerangan yang sangat baik.penerangan ini dapat membantu saya untuk memahami ayat songsang.Terima kasih

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sama-sama. Semoga bahan berkenaan dapat membantu penguasaan dan kemahiran menukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsan dan sebaliknya.

afif berkata...

Assalamualaikum..mohon kongsi untuk murid - murid ye..terima kasih

Unknown berkata...

Terima Kasih cikgu...saya sangat faham

Unknown berkata...

terima kasih cg... formula ni buat saya semakin faham tentang pengunaan ayat sonsang

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu.mohon izin untuk dikongsi

kamzira bt hj saleh berkata...

Tahniah cikgu Ramsul, penerangan yang jelas. Mohon izin untuk dikongsikan dengan anak-anak didik saya.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Terima kasih Cikgu Kamzira, silakan semoga bahan berkenaan dapat membantu pelajar cikgu. Saya sekadar berkongsi maklumat dan memanjangkan ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Mohon izin saya kongsi nota dan latihan cikgu untuk anak murid saya ya.Tq keranan memudahkan.

Unknown berkata...

Mohon kongsi nota ini untuk anak-anak didik saya ya Cikgu. Terima kasih !

Unknown berkata...

Masehh cikgu... Doakan saya dan Aiman berjaya di Spm tahun hadapan.. Muahh

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu ia amat mmbntu saya sbgai calon spm utk minggu hdapan

Ahmad berkata...

Assalamualaikum. Mohon kongsi nota dan latihan utk murid saya

Ahmad berkata...

Mohon kongsi dgn murid ya

Unknown berkata...

saya mohon gunakan bahan ini. Terimakasih

Unknown berkata...

Sy mohon mohon guna bahan ini untuk anak murid saya...

Unknown berkata...

terima kasih ckg..mohon share ye ckg..harap banyak lagi nota2 untuk tatabahasa kerana kssm sangat menguji tatabahasa murid

Unknown berkata...

NOTA CIKGU SANGAT MEMBANTU SAYA DALAM PERKONGSIAN ILMU DENGAN ANAK-ANAK MURID SAYA.SAYA MOHON IZIN UNTUK BERKONGSI NOTA CIKGU UNTUK DIBERIKAN KEPADA MURID-MURID SAYA. TERIMA KASIH CIKGU.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sama-sama. Gunakanlah bahan berkenaan demi kebaikan anak didik cikgu.

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu. Nota ini amat bermanfaat kepada saya dan anak-anak didik saya.

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu saya ketika menghadapi peperiksaan :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sangat cikgu! Memang membantu dlm pelajaran kita:)

Tanpa Nama berkata...

Mohon guna bahan cikgu. Terima kasih.

Aniza berkata...

mohon keizinan untuk berkongsi nota ya untuk kegunaan pelajar..terima kasih atas ilmunya

Libby berkata...

Terima kasih atas perkongsian cikgu, saya sangat menghargai 1 ayat iaitu "... proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat" , agar lebih banyak penjelasan dapat dilihat akan penggunaan ayat songsang and tujuan menggunakannya.