Khamis, 6 April 2017

PENGGUNAAN KATA PEMERI IALAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEMASA MENULIS KARANGAN


CONTOH PERTAMAN KARANGAN HASILAN PELAJAR

CONTOH KEDUA KARANGAN HASILAN PELAJAR



KENAPA PELAJAR PERLU MEMBINA AYAT SEHINGGA TERPAKSA MENGGUNAKAN IALAH SEMASA MENGHUBUNGKAN FRASA DAN FRASA KERANA PENGGUNAAN KATA PEMERI  TIDAK DIGALAKKAN DALAM PEMBINAAN AYAT.

CONTOH KEDUA-DUA BINAAN AYAT DI ATAS MENGGUNAKAN KATA PEMERI IALAH:-
Untuk penjelasan berkiatan pemeri, sila rujuk bahan diterbitkan sebelumnya bertajuk Pengesanan Kemahiran Mengarang Kelas 5 Sains SMK Seri Londang.

1.    Pada pendapat saya, kepentingan amalan membaca dalam masyarakat ialah dapat                                  menambahkan ilmu pengetahuan. ( Ayat kurang gramatis )
       Ayat cadangan:-
       a)  Pada pendapat saya, amalan membaca amat penting kerana dapat meluaskan ilmu 
            pengetahuan

KEDUA, PENGOLAHAN ISI KEDUA-DUA KARANGAN TIDAK MENUNJUKKAN KEMATANGAN PELAJAR SEMASA MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN. KENAPA MASALAH TERSEBUT BERLAKU?
           a)   Pelajar kurang membaca.
           b)   Pelajar tidak membina dan mengembang isi menggunakan kaedah deduktif.

Pelajar di atas sepatutnya menggunakan kaedah deduktif untuk mengembangkan isi karangan, iaitu
membina ayat menggunakan   i)  Ayat Judul
                                                 ii) Ayat huraian.     (  Sebaik-baiknya lebih daripada satu)
                                                iii) Ayat Contoh      Selitkan aksesori untuk mengindahkan bahasa
                                                 iv)Ayat KBAT        di mana-mana sahaja tempat yang sesuai.
                                                 v) Ayat penegas.

Penjelasan berkaitan ayat KBAT.  Unsur sebab dan akibat dalam penulisan merupakan KBAT, pelajar dapat memandang jauh ke hadapan apabila membicarakan isi, contohnya dengan mencetus idea baru, pelajar akan dapat menjawab soalan berunsur KBAT dan sudah pasti bilangan calon cemerlang akan meningkat pada setiap tahun.

Contoh karangan Cemerlang A+ seperti jadual pengembangan isi  di bawah:-

Ayat
Huraian
Ayat Judul
Mari kita selongkari isi pertama perbincangan iaitu “ Membaca dapat mencetus idea baru“ dengan menggunakan minda pelajar kelas pertama.
Ayat Huraian  1
Pada era negara menuju ke arah negara maju, membaca amat penting dalam kalangan masyarakat mahupun pelajar.
Ayat Huraian 2
Hal ini kerana. dengan membaca masyarakat terutama golongan pelajar akan menerima idea-idea baru yang akan mematangkan pemikiran mereka terutama semasa menjawab soalan berunsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diselitkan dalam soalan peperiksaan awam khasnya, terutama Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Ayat Huraian 3
Pada zaman era dunia bermaklumat kini, pelajar boleh mendapat info terkini dengan mudah tanpa berfokus kepada media cetak untuk mendapat maklumat yang diperlukan.
Menyelitkan Unsur Keindahan Bahasa
Tegasnya,  dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari.
Ayat Contoh
Pelajar boleh memperoleh apa sahaja bahan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka berada, samada info tersebut melibatkan mata pelajaran mahupun informasi berkaitan peristiwa terkini berlaku dalam dan luar negara.
Ayat Huraian
Info-info terkini berkenaan akan memberi impak kepada kematangan pelajar terutama menghasilkan karangan cemerlang dan menjawab soalan berunsur KBAT berdasarkan kehendak soalan peperiksaan.
Ayat KBAT
Sekiranya, membaca  menjadi budaya dalam kalangan pelajar, sudah pasti bilangan pelajar yang akan mendapat keputusan cemerlang akan meningkat setiap tahun apabila keputusan peperiksaan diumumkan.
Ayat Penegas
Tegasnya, membaca amat penting untuk mencetus idea baru yang akan mematangkan pelajar untuk melahirkan pelajar berminda kelas pertama.


Peringatan: Usaha tangga kejayaan, bermaksud untuk menghasilkan karangan cemerlang pelajar perlu rajin membuat latihan dan sentiasa menghantar karangan untuk semakan guru. Di samping itu, pelajar perlu memperbaik karangan jika hasilan karangan banyak kesalahan atau tidak berada dalam kalangan karangan cemerlang A+. Guru akan sentiasa membantu anda untuk tujuan berkenaan. InsyaAllah.

Tiada ulasan: