Rabu, 26 April 2017

PERTANYAAN MURID SAYA BERKAITAN PENGHAWA DINGIN ATAU PENDINGIN HAWA

Penggunaan ‘penghawa dingin’ atau ‘pendingin hawa,' Mana yang betul?

Pagi tadi semasa proses pengajaran Komsas di dalam kelas, seorang pelajar saya bertanya betulke perkataan penghawa dingin cikgu? Saya jawab saya akan bincang perkara tersebut semasa perbincangan tatabahasa esok tetapi kesempatan ini saya cuba membincangkan permasalahan tersebut di dalam blog saya, semoga pelajar bertanya tadi faham kesilapan penulisan pendingin hawa.

SEBENARNYA ...


Cuaca yang panas menyebabkan hawa panas. Hawa panas menyebabkan kita berasa tidak selesa. Oleh itu, hawa yang panas perlu didinginkan. Untuk mendinginkan hawa, kita memerlukan alat  pendingin hawa. Oleh sebab itu, alat tersebut tidak sepatutnya disebut sebagai penghawa dingin, sebaliknya pendingin hawa. Maknanya jelas dan tepat. Sebaliknya, penghawa dingin tidak menimbulkan makna apa-apa.

Semoga permasalahan tersebut dapat memuaskan hati pelajar yang bertanya.

Tiada ulasan: