Rabu, 26 April 2017

PERMINTAAN KEDUA PELAJAR UNTUK MEMAHAMI PENGGUNAAN DI SEBAGAI KATA SENDI DAN DI SEBAGAI IMBUHAN

KHAS UNTUK PELAJAR TING. 5 SAINS KHUSUS KEPADA HAFIZ
Penggunaan Di dan Ke sebagai Imbuhan awalan dan kata Sendi
Imbuhan di dan ke dalam Bahasa Melayu tergolong kepada 2 kategori tatabahasa imbuhan awalan dan kata sendi.

1. Di dan ke sebagai imbuhan awalan digabungkan dengan kata sesudahnya.

Ciri.ciri :
i. di digunakan sebagai pembentuk kata kerja pasif untuk pelaku ketiga.
    contoh ; dicuri, disimpan, dibawa

ii. ke digunakan bagi membentuk kata nama terbitan.
     contoh ; ketua, kerajaan, kejayaan

iii. ke juga digunakan dalam kata kerja pasif yang berimbuhan.
     contoh ; kenaikan, keruntuhan,  dan lain-lain.

2. Di dan ke sebagai kata sendi dan tidak digabungkan dengan kata sesudahnya terutama kata nama  
    menunjukkan tempat.

Ciri-ciri :
i. di dan ke sama golongan dengan kata sendi dari, daripada, pada, kepada dan sebagainya.

ii. Kedua-duanya memerlukan objek yang terbentuk daripada frasa nama yang menunjukkan tempat dan
    arah.
    contoh ; di sekolah, di dapur, ke pejabat, ke kantin ( perlu dijarakkan dengan kata menunjukkan  
    tempat dan kata menunjuk arah)
 
iii. ke boleh juga digunakan untuk objek yang menunjukkan masa.
     contoh ; ke saat, ke hari ( dijarakkkan dengan kata menunjukkan masa )

iv. Dalam tulisan kata sendi digabungkan dengan kata sesudahnya, dan jika sesudahnya angka
     hendaklah dibubuh tanda sempang ( - ).
     contoh ; ke-2, ke-60, Jika angka roman, kata ke dan tanda sempang tak perlu. Contoh ;
     Sukan Olimpik XIV ( keempat belas )


Kesalahan ejaan bagi kata di dan ke sebagai imbuhan awalan.

Salah
betul
di adakan
diadakan
ke dua
kedua
ke semua
kesemua
ke banyakan
kebanyakan
di bukukan
dibukukan
di bawa
dibawa

Kesalahan  ejaan di dan ke sebagai kata sendi.

Salah
betul
diantara
di antara
disekolah
di sekolah
keatas
ke atas
kekantin
ke kantin
Ke4
Ke-4
Ke IV
IV


Saya harap Hafiz faham, apapun, saya akan bincang perkara di atas semasa membincangkan kata kerja esok. Semoga kita dipanjangkan usia untuk pertemuan esok. InsyaAllah.




Tiada ulasan: