SAJAK – SEJADAH RINDU (Mohd. Haikal Aminuddin)
Rangkap 1:
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu
Rangkap 2:
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
Kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
Rangkap 3:
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
Rangkap 4::
Rangkap 4::
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.
Rangkap 5::
Rangkap 5::
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya
bersifat sementara.
A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang khusyuk bersembahyang dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam mula terbit di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penulis teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya sejak dahulu.
RANGKAP 2
Dengan penuh keinsafan di dalam hati, penulis tetap bersyukur kerana dia mendapat peluang hidup yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Penulis juga sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan terhad kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada waktu yang ditetapkan oleh-Nya.
RANGKAP 3
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penulis mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian dan kesunyian diri pada usia tua itu, penulis juga meluahkan rasa insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam sembahyang yang didirikan. Pada masa yang sama, penulis berasa sebak atas segala-galanya yang terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.
RANGKAP 4
Penulis berasa bahawa perasaannya sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus memanjatkan doa di atas tikar sembahyang yang sudah lama digunakannya. Penulis meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada Tuhan yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa hidupnya yang tidal lama lagi akan menemui Pencipta.
RANGKAP 5
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan agama. Selain itu, penulis juga berjanji akan mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar dia tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu sahaja.
B TEMA
Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak sudah benar-benar insaf.

Contoh :
(R1;B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.
C. PERSOALAN
1. Persoalan keinsafan seorang
pesalah yang menunggu hukuman
Contoh:
(R1; B5;B6)
Merekah keinsafan di hati
yang beku
Mengenang dosaku yang
terdahulu.
2. Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk
bertaubat selagi dia hidup.
Contoh :
(R3;B6;B7)
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
3. Persoalan setiap manusia masih berkesempatan
untuk memohon keampunan sebelum meninggal
dunia.
Contoh :
(R2;B4;B5)
moga terbuka ruang
keampunan
sebelum saat aku di
nisankan.
4. Persoalan ajal maut di tangan tuhan.
Contoh :
(R2;B5;B6)
sebelum saat aku
dinisankan
di masa yang kautetapkan.
D GAYA BAHASA
(a) Metafora ( Perbandingan langsung antara objek dan objek abstrak yang sama cirinya )
Buktinya, di sejadah rindu
(b) Bahasa asing, bahasa Arab
Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
(c) Pengulangan kata
Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
(d) Sinkope ( penggunaan singkatan perkataan seperti ku, kau, dan mu)
Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
(e) Responsi ( pengulangan kata di tengah baris )
Buktinya, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa
(f) Inversi ( susunan ayat terbalik)
Contohnya:-
Terkedu aku sepatutnya aku terkedu.
E. Nada sajak
Melankolik ( mendayu-dayu/
sedih )
F NILAI MURNI
1. Keinsafan : Penyajak menginsafi dosa-dosanya yang lalu.
2. Kegigihan : Penyajak
bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum
meninggal dunia.
3. Keikhlasan : Penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan
sehingga menitiskan air mata.
4. Ketaatan :Penyajak taat kepada pencipta dan hanya berharap kepada
pengampunan daripada
Pencipta.
5. Kesedaran : Penyajak mempunyai kesedaran bahawa dunia ini
bersifat sementara sahaja.
Senaraikan lagi nilai yang anda kesan dalam
sajak di atas.
G PENGAJARAN
(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin
tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan
kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat
memberikan
ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih
tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia
tua(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia
Sila jawab soalan Sejadah Rindu dalam buku latihan muka surat 104 ( latihan 1)
1 ulasan:
Terima kasih
Catat Ulasan