Khamis, 27 April 2017

MASTERI TATABAHASA UNTUK RUJUKAN PELAJAR TING. 5 SAINS

FAHAMKAN NOTA DI BAWAH, INSYAALAH SELEPAS INI SAYA AKAN MASUKKAN LATIHAN BERKAITAN PENGUASAAN TATABAHASA DAN KITA BINCANG JAWAPAN DI DALAM KELAS.



BAHAGIAN MASTERI TATABAHASA
Masteri Penguasaan Istilah
 KESILAPAN  DAN PEMBETULAN EJAAN (KATA)
SALAH
BETUL

SALAH
BETUL
auto matif
audien
agreget
arithmetik
agen (wakil)
ampangan
aked
akitek
analisa
atlit
atnik
anggrik
baucer
bistari
bowling
buffet
bumiputra
buroh
calun
cocok (tusuk)
cucuk (sesuai)
catit
cendiawan
cop
dasyhat
dialog
definasi
deligasi
deraf
durhaka
efisyen
ekur
ehsan
engzos
ekslusif
ekspot
ekspress
emel
engkar
fadhilat
fax
faksimili
Febuari
gembeling / gembeleng
automotif
audiens
agregat
aritmetik
ejen (wakil)
empangan
arked
arkitek
analisis
atlet
etnik
anggerik
baucar
bestari
boling
bufet
bumiputera
buruh
calon
cucuk (tusuk)
cocok (sesuai)
catat
cendekiawan
cap (cetak)
dahsyat
dialog
definisi
delegasi
draf
derhaka
efisien
ekor
ihsan
ekzos
eksklusif
eksport
ekspres
e-mel
ingkar
fadilat
faks
faksimile
Februari
gembleng
geraf
geharu
hajjah
hurmat
ide
idap
iktizam
impot
injin
inspekter
insuran
Insyaallah / Insya Allah
istihar
istirehat
isya
justru
jeket
kampong
kapitalisma
katun
kefeteria
komidi
komisyen
kondaktor
konsotium
kontrek
korum
kaptain
karenah (ragam)
kelender
keredhaan
kerinting
kianat
ko-kurikulum
kolestrol
komersil
komplek
kontingen
lagenda
lakun
lapuran
lebel
lencungan
leukimia
graf
gaharu
hajah
hormat
idea
hidap
iltizam
import
enjin
inspektor
insurans
insya- Allah
isytihar
istirahat
isyak
justeru
jaket
kampung
kapitalisme
kartun
kafeteria
komedi
komisen
konduktor
konsortium
kontrak
kuorum
kapten
kerenah
kalendar
keredaan
keriting
khianat
kokurikulum
kolesterol
komersial
kompleks
kontinjen
legenda
lakon
laporan
label
lencongan
leukemia
SALAH
BETUL
SALAH
BETUL
lojik
losyen
letrik
lojistik
maksima
manafaat
masaalah
mee
mekanisma
mencatit
mengenengahkan
megenepikan
mengujudkan
mengwujudkan
mentera
merbahaya
minima
munshi
nasionalisma
odit
oditorium
optima
organisme
otomatik
otomobil
pamir
paspot
patriotisma
pehak
pelancung
pemerosesan
pemilekan
pengembala
pengemblengan
pensil
perabut
perihatin
perlaburan
perlancaran
perletakan
pertunjukkan
pesaraan
pesiaran
plan
profession
prosidur
logik
losen
elektrik
logistik
maksimum
manfaat
masalah
mi
mekanisme
mencatat
mengetengahkan
megetepikan
mewujudkan
mewujudkan
mantera
berbahaya
minimum
munsyi
nasionalisme
audit
auditorium
optimum
organisma
automatik
automobil
pamer
pasport
patriotisme
pihak
pelancong
pemprosesan
pemilikan
penggembala
penggemblengan
pensel
perabot
prihatin
pelaburan
pelancaran
peletakan
pertunjukan
persaraan
persiaran
pelan
profesion
prosedur
protin
pekej
pesonal (kakitangan)
petrolium
platfom
profail
profesyenal
sekala
sekelian
sekim
sessi
setor
siksa
silaturrahim
snooker
stesyen
stokin
sunnah
sabsidi
sanwic
selinder
skima
spesis
stem
talipon
taugeh (sayuran)
trampil
tulin
ugama
usek
warong
vokasyenal
yunit
protein
pakej
personel
petroleum
platform
profil
profesional
skala
sekalian
skim
sesi
stor
seksa
silaturahim
snuker
stesen
stoking
sunah
subsidi
sandwic
silinder
skema
spesies
setem
telefon
tauge
terampil
tulen
agama
usik
warung
vokasional
unit


 KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)
SALAH
BETUL

SALAH
BETUL
acapkali
ada pun
adakala
andai pun
andaikata
apa kala
apa tah
atau pun
Aidil-fitri
aturcara
ambilalih
barang kali
begitupun
belumpun
biar pun
baikpulih
bandaraya
cendera mata
cahayamata
campurtangan
empatbelas
gambarajah
gantirugi
garispanduan
gunatanah
hakmilik
hapuskira
ibubapa
ibupejabat
ibusawat
isipadu
inipun
janakuasa
jasabaik
jawatan kuasa
jiwa-mu
jualbeli
kawalselia
kadang kala
kemaskini
kerapkali
keretapi
kerja sama
kerjatanah
kertaskerja
kuatkuasa
acap kali
adapun
ada kala
andaipun
andai kata
apakala
apatah
ataupun
Aidilfitri
atur cara
ambil alih
barangkali
begitu pun
belum pun
biarpun
baik pulih
bandar raya
cenderamata
cahaya mata
campur tangan
empat belas
gambar rajah
ganti rugi
garis panduan
guna tanah
hak milik
hapus kira
ibu bapa
ibu pejabat
ibu sawat
isi padu
ini pun
jana kuasa
jasa baik
jawatankuasa
jiwamu
jual beli
kawal selia
kadangkala
kemas kini
kerap kali
kereta api
kerjasama
kerja tanah
kertas kerja
kuat kuasa
lalulintas
latarbelakang
lebuhraya
lagi pun
mana pun
mana kala
merekapun
meski pun
olah raga
papantanda
penguatkuasa
pengubahmilik
pilihanraya
pasaraya
rekabentuk
rekabina
ruangniaga
samada
sebutharga
sediada
segitiga
sekaligus
senireka
suratcara
suratkhabar
susunatur
susutnilai
sediakala
selangseli
seringkali
sesungguh-nya
siapa-tah
sudahpun
sungguh pun
temubual
temuduga
tengahari
tuanpunya
tukarsyarat
telahpun
ulangtahun
urusetia
usahasama
walau pun
walaubagaimanapun
lalu lintas
latar belakang
lebuh raya
lagipun
manapun
manakala
mereka pun
meskipun
olahraga
papan tanda
penguat kuasa
pengubah milik
pilihan raya
pasar raya
reka bentuk
reka bina
ruang niaga
sama ada
sebut harga
sedia ada
segi tiga
sekali gus
seni reka
surat cara
surat khabar
susun atur
susut nilai
sedia kala
selang seli
sering kali
sesungguhnya
siapatah
sudah pun
sungguhpun
temu bual
temu duga
tengah hari
tuan punya
tukar syarat
telah pun
ulang tahun
urus setia
usaha sama
walaupun
walau  bagaimanapun

KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)
Imbuhan Pinjaman
-          imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris.
-          boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.
Contoh imbuhan pinjaman:
Imbuhan Inggeris:
Awalan
Imbuhan
Makna
Contoh
anti-
menentang / benci
antidadah
antikomunis
anti-Amerika
auto-
dengan sendiri
automatik
autonomi
automobil
poli-
banyak
poligami
poliklinik
politeknik
pro-
menyokong / menyebelahi
prokerajaan
probarat
pro-Malaysia
sub-
sebahagian daripada
subtajuk
subbidang
subsistem
supra-
melebihi / merentasi
supranasional
suprakelas
pasca-
selepas
pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis

Akhiran
Imbuhan
Makna
Contoh
-is
orang yang melakukan
cerpenis
kartunis
ekonomis
-isme
kepercayaan / ajaran / fahaman seseorang
kapitalisme
komunisme
nasionalisme
-logi
bidang ilmu
antologi
psikologi
morfologi
-grafi
bidang ilmu / bidang seni
geografi
kaligrafi
biografi
*Catatan
-          jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-) mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut.
Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel


Imbuhan Sanskrit
Awalan
Imbuhan
Makna
Contoh
dasa-
sepuluh
dasawarsa
dwi-
dua
dwibahasa
dwimusim
dwicara
eka-
satu
ekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
juru-
orang yang pakar / mahir dalam sesuatu bidang
juruhebah
jurubahasa
juruterbang
maha-
agung / besar
mahaguru
maharaja
mahasiswa
panca-
lima
pancaragam
pancawarna
pancaindera
pra-
sebelum
prakata
prasangka
prasyarat
tata-
peraturan / sistem
tatabahasa
tatatertib
tatadunia
Akhiran
Imbuhan
Makna
Contoh
-ita
wanita / perempuan
biduanita
posnita
-man
orang yang memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu bidang
seniman
budiman
-wan
orang yang
-          pakar dalam sesuatu bidang
-          melakukan sesuatu
       perbuatan
-          memiliki sesuatu sifat
-          memiliki sesuatu
jutawan
wartawan
jelitawan
ilmuwan
angkasawan
-wati
wanita yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
peragawati
seniwati
angkasawati
*catatan
-          -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]
-          -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘i’]






Imbuhan Arab –Parsi
Awalan
Imbuhan
Makna
Contoh
bi-
tidak
biadab
bilazim
binormal



Akhiran
Imbuhan
Makna
Contoh
-ah
orang perempuan / wanita
ustazah
qariah
-at
orang perempuan / wanita
muslimat
hadirat
-iah
hal yang ada perkaitan dengan sifat
ilmiah
jasmaniah
alamiah
-in
orang lelaki
hadirin
muslimin
musyrikin

*catatan
-           -wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal]
-          -in   [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan]

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.
Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar
            negara.
Betuln: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar
            negara.

Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
B. Kesalahan tatabahasa:Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam
     pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa.

Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia.
Betul : Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
Betul : Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
Latihan:Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
              Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan
     memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia
    buat.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu
    lebih baik dari seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang
    syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka
    yang syarikat itu anjurkan.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang
    menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik
    menerima arahan daripada pihak berkuasa.

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut
    begitu mengutamakan kuantiti.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
    akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan
      buku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang
      hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan
      penyelesaian perlu segera diambil.

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh
      bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan
     disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan
      takat keselamatan diri mereka sendiri.

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti
      tepung itu.

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu
      berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh
      kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan
      petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.


20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih
      berada pada ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir
      tayar kereta yang dipandunya meletup.

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di
      taman yang berhampiran.

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang
      tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam
      kecederaan.
25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di
      kawasan landasan itu.

26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut
      sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam
      peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain
      gagal memasukkan gol.

30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema
      burung daripada meluas kepada orang ramai.

31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh
      perniagaan yang terkenal.

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar
      tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.

33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar
      negara.

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita
     dari  ancaman musuh.

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang
      berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis
      bahan masakan di ruang masakan itu.

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja
      pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan
      pengurusan syarikat terbabit.

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun
      perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan
      yang sewajarnya pada orang ramai.

42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak
      pengantin perempuan.

43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah
      melihat sijil asal yang dikemukakan.

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan
      beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk
      mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.

47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang
     singkat.

48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan
      yang bakal di buat pada minggu hadapan.

49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke
      semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan
     dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.





MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT:
A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
    suka hati kepada pemborong ayam.

2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan
    simen.

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
    membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.

4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh
    pihak polis.

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang
    dijalankan.

6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak
    berubah.

7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan
    kepada Menteri Pengangkutan.

8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.

9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak
      pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.

11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang
      ditawarkan berpatutan juga.

12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan
      tarian  asli yang ditontonkan.


13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya
      menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.


14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan
      perlumbaan kerana suntuk masa.

15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang
      kelima.

16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang
      diberikan oleh pegawai harta tanah itu.

17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka
      menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.

18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak
     dengan gejala gengsterisma.

19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam
      bidang perniagaan dan industri kecil.

20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan
      yang menarik dan penuh semangat sukan.

21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
     disambut kemerdekaan tanah air selesai.

22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.

23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6
      tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi
      pingat dalam acara yang disertai.

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama
      pada waktu puncak.

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya
      pada awal minggu lepas.

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional
      Melayu pada minggu yang lalu.


28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak
      polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat
      diri dalam lapangan perniagaan.

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di
      sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan
      kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa
     untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri   
      daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana
      bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan
      baginda yang ke 52 tahun.

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan
      tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau
      daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.


38. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
       khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya
      sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah
      memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
      termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca
      sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.

43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan
      mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan
      lebih efisyen.
44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali
      bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita
     dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga
     dewasa.

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam
      matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang
      timbul.

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun
      di  pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.

TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT

A. Langkah yang perlu diikuti:

1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’, ‘kesalahan
    imbuhan’, ‘kesalahan istilah atau kata’ atau ‘kesalahan tatabahasa’.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan
    hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang sudah dibaiki dengan lengkap.
5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.
7. Semasa menulis ayat itu semula, jangan ubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.
8. Biasanya, satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah.

B. Jenis kesalahan dalam ayat:
i.  Kesalahan ejaan 
ii. Kesalahan penggunaan imbuhan
iii. Kesalahan penggunaan kata atau istilah
iv. Kesalahan tatabahasa
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala
  “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena
     buat)


B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)
   manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh
    menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan
    kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i.   Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii.  Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
    Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh
                       bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana
    sekolahnya.
    Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh
                       guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit
    tersebut.
    Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang
                       berkaca  mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
    Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
    Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

D. LATIHAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Husaini sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung
    Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada
    pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.

11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.

12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di
      mahkamah.

13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.

14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca
      buku.

15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.

E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
    Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
    Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan
                      gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
    Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada
                      awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari
    Amanah Saham Nasional.
    Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat
                      tentang pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di
    bahagian pemprosesan.
    Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah
                     diproses itu ke dalam bekas plastik.


F. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi
     negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi
    menarik penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi
    memudahkan keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar
    di Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi
    semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan
    pada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila
    dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal
    dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.


9.  Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga
     diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak
      kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.

11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka
      pada setiap akhir tahun.

12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak
      ditinggalkan oleh pemiliknya.

13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang
      tahun kelahirannya.

14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu
     dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.

15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah
     padinya pada petang kelmarin.

LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.
a. Langkah menukarkan ayat:
1. Jangan mengubah makna asalnya.
2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)
3. Lakukan perubahan perkataan:

   contoh:
- saya .....................dia..................................- kamu...............................dia
- kami ....................mereka..........................-hamba..............................dia
- di sini...................di situ/di sana...............-begini................................begitu
- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.


4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.
    contoh:
- mengapa..............punca/sebab................-bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga...............-bila....................................masa


5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.
    contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii.    Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii.   Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv.   Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v.    Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi.   Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii.  Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut,
       menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".
      ( Sebagai pemahaman tambahan sila rujuk buku Kerja Twitter Ting. 5 )

6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
     Jawapah: Ali memberitahu Azim bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
     Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya   
      penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
      Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Salbiah  kepada  Cikgu Hazimah..
       Jawapan:  Salbiah menjemput Cikgu Salbiah  supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
       Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Husaini kepada Naimullah..
      Jawapan: Husaini menyindir Naimullah  yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul
      11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Munirah?" kata Fai Jun Pui.
       Jawapan:  Ashikin  menegur Munirah  sambil bertanyakan khabarnya..

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. 
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad      : Betul, tu. Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz          : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
                    Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad      :  Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
                    tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
                    potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
                    percutian mereka.
Samad       : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam
                    dalam diri.
Jawapan:
            Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.

Jawapan: 
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan
    bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik
    ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan
    naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja
    menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.




c. Latihan Pengukuhan (AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan dibuat sahaja!)
Latihan 1
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.............[ 6 markah ]

Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya.....................................[ 6 markah ]

Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......[ 6 markah ]

Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia....................[ 6 markah ]
.......................
.......................................................................
Latihan 5:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.........................................................[ 6 markah ]
.................................................................................................................................................................
....................................................................................

Contoh jawapan:-
Jawapan Latihan Ayat Cakap Ajuk ke Cakap Pindah
JAWAPAN SOALAN 1:

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.
2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan
    rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.

4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu      
    akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.


JAWAPAN SOALAN 2:

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan
2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahaya
    sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di
    rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah
    tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot


JAWAPAN SOALAN 3:
1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.
2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang
    yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan
    yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan
    abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan
    perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang
   yang sangat garang.


JAWAPAN SOALAN 4:

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada
    Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian
    namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-
    mata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan   
   dahulu.


JAWAPAN SOALAN 5:
1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.
2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan
     bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan
    perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung
    kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.


a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:



1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)
i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.
2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada bentuk
    asal seperti yang telah dipelajari dalam “menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat pindah”. Jika anda
    lupa, sila rujuk semula.
3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk mengelakkan markah
   anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

Jawapan :
Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi
...................... yang ..indah.

Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,
....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................... tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan
........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
........................mereka.

Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
.........................ditanam dalam diri.


Contoh 2:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.


...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.


Jawapan:
Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

c. Soalan Latihan:
Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

       Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Latihan 2:
Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.




AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.

A. MAKSUD AYAT:
1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal:-
     ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.
2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang:-
   - ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.

B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :
Syarat penukaran:

i.   Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.
ii.  Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.
iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
        a.   Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.
        b.   Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namun
             dan lain-lain.
iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.
v.  Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.
vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada
      perkara yang sebelumnya.
vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.


C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :
1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
    Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
    Ayat majmuk : i.  Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.
                             ii. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
    Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.
    Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Jawapan :1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual
                     pelbagai barang dengan harga yang murah.
                 2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati
                     suasana pasar malam yang meriah tersebut.
                 3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama
                     ibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :
               1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian
                   supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih
                   engkar.
               2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan
                   menangkap pesalah dan didenda RM300.
               3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat
                  dijadikan pengajaran.

E. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.

Soalan 1 :
Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang hadir. Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan. Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira.


Soalan 2 :
Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit.

Soalan 3 :
Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat dengan mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong.

Soalan 4 :
Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.

F. LATIHAN DAN JAWAPAN

Panduan kepada pelajar :
** PERKATAAN CONDONG IALAH  KATA HUBUNG YANG  PERLU DITAMBAH.
LATIHAN 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
Cadangan jawapan :-1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita  sejak beberapa lama dulu.
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang berpunca daripada kegiatan manusia seperti 
     manusia berburu sesuka hati mereka dan kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen
     kesedaran dan  penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.


LATIHAN SPM 2
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

Cadangan jawapan:-1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang  direka untuk memberikan manfaat
     kepada manusia  dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah serta kesan
     kepada masyarakat dan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas ganas dapat
     mempengaruhi masyarakat.
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan  tersebut dan mereka
     mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

LATIHAN SPM 3
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga
Cadangan jawapan:-
1) Unsur-unsur keganasan  dalam rancangan-rancangan seperti  yang  disiarkan oleh     RTM  terdapat
    juga di TV3.
2) Sejak akhir-akhir ini, penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan hal
     ini membimbangkan    ibu bapa kerana mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut
     mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik atau  menilai sesuatu  yang buruk.

LATIHAN SPM 4
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer  untuk    para pelajar di
     negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi  membantu mengisi kekosongan
    dalam bidang berkenaan yang  ketara sekali di sekolah luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar
    bandar  mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami
    bidang  ini komputer juga.


LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
Cadangan jawapan:-1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang  tergolong dalam jenis novel kanak- kanak dan
    buku ini  dikarang oleh Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah
    seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau   
    Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa disedari  nasib mereka
     baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.


LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

Cadangan jawapan:-
1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat  sejak beberapa tahun yang lalu serta
    kestabilan ekonominya  pula berterusan
2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini  untuk mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan
    walaupun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .


LATIHAN SPM 7
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh
    dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang  memperlakukan bumi sewenang-
    wenangnya untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil seperti peningkatan suhu
    dan penipisan lapisan ozon.






FRASA DM DAN HUKUM DM:

1. MAKSUD:
a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. yang bertentangan dengan
    sebutan frasa dalam bahasa Inggeris.
-          D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”.
-          M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.
 c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.

2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :
    Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya
-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru


Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)
    3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:

             i.  Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)
- dia menaiki mini bas.
- makan di Aisyah Restoran.
- makan Maggie mee.
- naik Mara Ekspress
- bercicahkan cili sos.
- membeli goreng pisang.
- di Ah Kong Kedai Basikal.
-  berbincang lain hal.
                       Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.
                       - makan di Restoran Aisyah.
                        -makan mi Maggie
                       .-naik Ekspress Mara.
                        -bercicahkan sos cili.
                        -membeli pisang goreng
                       .-di Kedai Basikal Ah Kong
                       .-berbincang hal lain.

            ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.

Contoh:
Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)
- hal lain-lain
                 -perkara lain-lain
                 -peristiwa lain-lain
                 -buku lain-lain
                 -buku bacaan lain-lain

Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)
               -lain-lain hal
               -lain-lain perkara
               -lain-lain peristiwa
               -lain-lain buku
               -lain-lain buku bacaan


Contoh:
Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan)
-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.


4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:
    i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
    ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.
   iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain  faktor yang mengakibatkan   
        kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

KATA NAFI
1. MAKSUD:
    Kata naïf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.

2. JENIS KATA NAFI:
Tidak  : Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja
Bukan : Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung




3.     KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI:

a. ‘tidak’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja.
Salah:i- Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar. (adjektif)
          ii- Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif)
         iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja)

Betul: i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif)
          ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif)
          iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja)

b. ‘bukan’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi & hubung.
Salah :i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama)
          ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu tidak Hayati. (nama)
         iii-Peniaga berbangsa Melayu itu tidak dari Kuala Lumpur. (sendi)
         iv-Dia melawat ke negara barat itu tidak dengan saya. (hubung)

Betul:
         i -Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton. (nama)
        ii -Pelajar perempuan yang baru datang itu bukan Hayati. (nama)
       iii -Peniaga berbangsa Melayu itu bukan dari Kuala Lumpur. (sendi)
       iv -Dia melawat ke negara barat itu bukan dengan saya. (hubung)

c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan ‘tetapi’, hanya ‘bukan’ yang boleh digunakan tanpa mengira
    jenis  kata di depannya. (jangan gunakan ‘tidak’)

Salah:i- Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton tetapi kereta Mazda.
          ii- Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar tetapiberbadan kurus.
         iii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat tetapi sederhana sahaja.

Betul:
          i - Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton tetapi kereta Mazda.
         ii - Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar tetapiberbadan kurus.
         iii -Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat tetapi sederhana sahaja.

d. Kata pemeri ‘adalah’ sahaja yang boleh digunakan bersama-sama dengan kata nafi. (jangan
    gunakan ‘ialah’) / Lebih tepat jika 'adalah tidak' atau 'adalah bukan' digantikan dengan 'tidak'
    atau 'bukan' sahaja.

Salah:i-  Merokok ialah tidak menyalahi undang-undang di negara kita.
          ii-  Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
          iii- Orang kaya itu ialah bukan keturunan raja Melayu Melaka.
          iv- Peniaga berbadan gempal itu ialah bukan dari Johor Bahru.

Betul: i- Merokok adalah tidak menyalahi undang-undang di negara kita. (lebih tepat: tidak menyalahi)
          ii- Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. (lebih tepat: tidak benar)
         iii- Orang kaya itu adalah bukan keturunan raja Melayu Melaka. (lebih tepat:bukan keturunan)
         iv- Peniaga berbadan gempal itu adalah bukan dari Johor Bahru. (lebih tepat:bukan dari)
   (Pelajar disaran supaya menggunakan 'tidak' atau 'bukan' tanpa menyertakan 'adalah')


KATA PEMERI
1. JENIS KATA PEMERI:
i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.

ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah    :-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
              -Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.

Betul    :-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
              -Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.
ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah    :-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
              -Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
              -Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

Betul    :-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
              -Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
              -Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri
      ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah    :-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
              -Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
              -Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

Betul     :-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
               -Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
               -Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
               -Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
               -Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
               -Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

KATA TANYA ( ? )

1. MAKSUD:
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

2. JENIS KATA TANYA:

Jenis dan Fungsi kata tanya
Apa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)
Siapa - Untuk manusia
Mana - Untuk tempat, kedudukan
Bila - Untuk masa, zaman, waktu
Berapa - Untuk jumlah, harga
Mengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding ‘kenapa’)
Kenapa - Untuk sebab
Bagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:

a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan ‘kata tanya’ tetapi mestilah ada tanda
     tanya ( ? ).
Betul:-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?
          -Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?

b. Penegas ‘kah’ tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.
     (letak di hadapan atau tengah)
Salah:-Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
           -Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Betul:-Semalam awak tidak hadir, mengapa?-Mengapakah awak tidak hadir semalam?
          -Awak akan melancong ke sana, bila?-Bilakah awak akan melancong ke sana?

c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya. 
   (tukar dengan menyebut ‘fungsinya’)

Salah    :-Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
               -Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.
               -Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.
               -Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

Betul    :-Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
              -Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
              -Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
              -Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d.  ‘apa’ tidak boleh digunakan untuk manusia  ./ ‘siapa’ tidak boleh digunakan untuk binatang.

Salah    :-Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
              -Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

Betul    :-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
              -Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah digandakan.
Salah    :-Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
               -Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun.
               -Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

Betul      :-Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
                -Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun.
                -Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.




f. ‘Mengapakah’ dan ‘bagaimanakah’ lebih tepat penggunaannya daripada ‘kenapakah’ dan
   ‘macamanakah’.
Betul       :-Mengapakah awak tidak hadir?   (ini lebih tepat)
                 -Bagaimanakah awak sampai ke sini? (ini lebih tepat)
                -Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?  (ikut susunan mana yang lebih tepat)
                -Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?
                 (ikut susunan mana yang lebih tepat)

g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.
Salah       :-Mengapa awak tidur di lantai?
                 -Bila awak tiba di sini?

Betul:      -Mengapakah awak tidur di lantai?
                -Bilakah awak tiba di sini?

KATA MAJMUK
1. MAKSUD:
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok mengikut jenis di bawah.

2. JENIS KATA MAJMUK:
a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas:
Contohnya:
gambar rajah biru laut air hujan jalan raya
nasi minyak terima kasih luar biasa merah muda alat tulis
bandar raya tengah hari jam tangan meja tulis
bom tangan kapal terbang kuning langsat

b. Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran:Contohnya:
Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Censelor Profesor Madya
Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara

c. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah:
Contohnya:
model linera garis pusat lelefon dail terus lesung sendi
kanta tangan mata pelajaran pita suara darah panas
kertas kerja batu kapur


d. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa:
Contohnya:
kaki ayam buah hati makan angin pilih kasih
anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk
berat tangan


e. Bentuk kata majmuk yang telah mantap:
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan/ dirapatkan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
apahal apabila antarabangsa apakata
apalagi bagaimana barangkali beritahu
bumiputera darihal daripada dukacita
jawatankuasa kakitangan kepada pilihanraya
          kerjasama manakala manalagi olahraga
padahal pesuruhjaya sediakala setiausaha
sukacita sukarela suruhanjaya tandatangan
tanggungjawab warganegara matahari


fPenggandaan kata majmuk:
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata
jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar
gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusat
model-model linear Naib-Naib Censelor Ketua-Ketua Menteri


g. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasadan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.Contohnya:
anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan ibu bapa – ibu bapa
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha


h. Pengimbuhan kata majmuk :
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:


i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja (1 imbuhan), ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk → bercampur aduk
litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual
daya serap → daya serapan
senarai hitam -- disenarai hitam
baik pulih -- membaik pulih


ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2 imbuhan), ejaannya
              menjadi bercantum.Contohnya:campur aduk → mencampuradukkan
daya serap → kedayaserapan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan
tunjuk ajar → menunjukajarkan
senarai hitam -- disenaraihitamkan
baik pilih -- membaikpulihkan.


KATA BILANGAN
1. MAKSUD :
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah.

2. JENIS KATA BILANGAN :
a. Kata bilangan tentu : Menunjukkan jumlah yang tepat.
    Contoh : satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh tiga dan sebagainya.
b. Kata bilangan tak tentu : Menunjukkan bilangan yang tidak pasti jumlahnya.
     Contoh : semua, banyak, ramai, pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan dan lain-lain.
c. Kata bilangan pisahan : Kata bilangan yang menunjukkan sifat dipisahkan
     Contoh : berdua-dua, ketiga-tiga, masing-masing, tiap-tiap
d. Kata bilangan tingkat : Menunjukkan maksud tempat
    Contoh : pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.
e. Kata bilangan pecahan : Jumlah yang dinyatakan dalam pecahan.
    Contoh : suku, separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.

3. KONSEP KATA BILANGAN :
a. Kata bilangan jamak : Menunjukkan maksud jumlah lebih daripada satu.
    Contoh : semua, beberapa, kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.






b. Kata bilangan tunggal : Menunjukkan maksud bilangan tunggal atau satu.
    Contoh : satu, se

4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN :
a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan)
Salah:-pelbagai-pelbagai hadiah diberi.
-para-para pelajar yang hadir.
Betul:-pelbagai hadiah diberi.
-berbagai-bagai hadiah diberi.
-para pelajar yang hadir
b. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan.Salah:-Dia ke sekolah pada tiap pagi.
-Berbagai cabaran telah ditempuh.
Betul:-Dia ke sekolah pada tiap-tiap pagi.
-Dia ke sekolah pada setiap pagi.
-Berbagai-bagai cabaran telah ditempuh.
-Pelbagai cabaran telah ditempuh.

c. Kata bilangan berimbuhan ‘ber….’ Mesti digandakan.Salah:
-Lori itu membawa berguni beras ke kilang.
-Sudah bertahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan air sejuk.
Betul:
-Lori itu membawa berguni-guni beras ke kilang.
-Sudah bertahun-tahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan-cawan air sejuk.

d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak boleh digandakan.
Salah:
-Banyak buku-buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung-burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan-ikan berjaya dipancing.
Betul:-Banyak buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan berjaya dipancing.


e. Jika kata bilangan berakhiran dengan ‘…….an’, kata nama juga tidak boleh digandakan.
Salah:-Barisan pelakon-pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang-bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta-peserta mengambil bahagian pada malam ini.
Betul:
-Barisan pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta mengambil bahagian pada malam ini.


f. ‘Kata bilangan jamak’, tidak boleh disertai dengan ‘penjodoh bilangan’.
(kecuali : 'beberapa' dan kata bilangan tentu seperti 'tiga, empat, lima' dan sebagainya)

Salah:
            -Semua ekor ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
            -Kebanyakan orang pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.
Betul:
          -Semua ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
          -Kebanyakan pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.
         - Beberapa ekor ikanenam buah rumah dan sebagainya.

g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak boleh digandakan.
Salah:
          -Banyak ikan yang besar-besar di kawasan hulu sungai itu.
          -Semua pegawai di situ garang-garang dan sukar untuk ditemui.
Betul:-Banyak ikan yang besar di kawasan hulu sungai itu.
          -Semua pegawai di situ garang dan sukar untuk ditemui.

h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang berganda. 
Salah:
-Di kawasan sungai itu banyak kura.
-Ramai mata bertugas di tempat ini.
Betul:
-Di kawasan sungai itu banyak kura-kura.
-Ramai mata-mata bertugas di tempat ini.


i. Kata bilangan berimbuhan ‘ke….’ yang menunjukkan jumlah mestilah digandakan.
Salah:
           -Polis berjaya membarkas kelima perompak itu.
          -Kedua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.

Betul:-
          -Polis berjaya membarkas kelima-lima perompak itu.
          -Kedua-dua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.

j. ‘Kata bilangan tentu’ (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat dengan ‘kata bilangan pecahan’ ('suku, separuh, setengah). (letak objek antara kata bilangan ini)
Salah:
         -Kami mengambil masa dua setengah hari untuk sampai di sini.
        -Anda hanya diberi tempoh tiga suku jam untuk menyiapkan tugas ini.
        -Masukkan satu suku sudu garam ke dalam masakan itu.

Betul:-Kami mengambil masa dua hari setengah untuk sampai di sini.
        -Anda hanya diberi tempoh tiga jam suku untuk menyiapkan tugas ini.
        -Masukkan satu sudu suku garam ke dalam masakan itu.

KATA HUBUNG
1. MAKSUD:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:
a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka
b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila
c. Kata hubungan berpasangan:
Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun,
                sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah


3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG:

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)
Salah:-
          -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.
Betul:
          -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan.
Salah:
      -Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
      -Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.
Betul:
       -Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
       -Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.

c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.
Salah:
         -Awak datang dari Melaka atau Johor.
         -Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.
         -Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.
Betul:
         -Awak datang dari Melaka atau dari Johor.
        -Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.
       -Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.


d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’. (pilih salah satu sahaja)
Salah:
        -Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.
       -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.
Betul:-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.
      -Dia belajar dari pagi ke petang hari.
      -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.
      -Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.


e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah …….)
Salah:
        -Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
       -Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.
Betul:-
       -Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
       -Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.

f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan gunakan ‘dan’ )
Salah:
        -Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
        -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.
Betul:
        -Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
       -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.

g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.
Salah:
         -Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
Betul:
        -Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.
Salah:-
         -Dia kaya dan dia kedekut.
         -Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.
Betul:-
         -Dia kaya tetapi dia kedekut.
         -Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.
Salah:
        -Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.
        -Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.

Betul:-
        -Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.
        -Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.


j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengan ayat.
Salah:-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.
Betul:-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.


Aktiviti Masteri Peribahasa:-



Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:
1.  bagai menatang minyak yang penuh
    Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh    
    sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurung
    Sikap Muzammil yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran     
    tertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukul
    Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan
    yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
    Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran  
    samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:
Contoh: Beri tiga  peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup
    melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes   
    ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat   
    diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.

i.   bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii.  bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii.  anak emas (anak kesayangan)
iv.  air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.



C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:Contoh:

1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.
D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah
Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup
2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
Latihan 3:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai
    oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah
    berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik  
    Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang
    baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.

5. Walaupun  keluarga Encik  Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah,
    namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar
    kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya Saidiyah  seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-
    sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.

8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam
    pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di
    kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama  Farislullah  supaya berhenti merokok
     sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.

ANTARA BAHAN NOTA INI DISEDUT DAN SAYA UBAH SUAI DARIPADA NOTA PANITIA BAHASA MELAYU SMK ST GEORGE. MOHON PENGGUNAAN ATAS DASAR PENYEBARAN ILMU.
                                                                              
        BAHAN DI ATAS AKAN SENTIASA  DIKEMASKINIKAN DARI SEMASA KE SEMASA, BERDASARKAN KELAPANGAN MASA SAYA. HARAP MAKLUM.  SAYA MOHON PARA PELAJAR SENTIASA MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MERUJUK BAHAN DI DALAM BLOG INI DALAM USAHA MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA ANDA. SALAM SAYANG DARI GURUMU. WASALAM.

Tiada ulasan: