Ayat songsang.
Susunan biasa ayat dalam
bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk
daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan
dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan
kepada predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat songsang berlaku tanpa ada penambahan perkataan, dan tanpa ada
penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan
kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat
songsang anda salah dari segi binaannya.
Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada
ayat binaan pendek )
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan
biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif.
(susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat
yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu
saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi
susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi
subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan
Frasa Kerja
i. Pendepanan
kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan
biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan
songsang)
ii. Pendepanan
frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan
songsang)
iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan
biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan
songsang)
b) Pendepanan
Frasa Adjektif
i.
Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli.
(susunan songsang)
ii.
Pendepanan kata adjektif dengan kata
bantu.
Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih
teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)
iii.
Pendepanan kata adjektif
dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat
segak Encik Zaidi. (susunan songsang)
iv. Pendepanan kata
adjektif, kata bantu dengan kata penguat
Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih
segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c) Pendepanan
Frasa Sendi Nama
i.
Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk
ibu rantai emas itu. (susunan songsang)
ii.
Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke
dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)
FORMULA AYAT SONGSANG.
Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan
Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1
|
2
|
3
|
|
Dia
|
membeli
|
buku
|
di kedai itu.
|
KGND - Ketiga
|
Frasa Kerja Transitif
|
Objek
|
Frasa Keterangan
|
Subjek
|
Predikat
|
FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.
2+3+1
ii.
2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1
Ayat Biasa:
1
|
2
|
3
|
Dia
|
membeli buku
|
di kedai itu.
|
Contoh ayat songsang (i)
2
|
3
|
1
|
Membeli buku
|
di kedai itu
|
dia
|
Contoh ayat songsang (ii)
2
|
1
|
3
|
Membeli buku
|
dia
|
di kedai itu
|
Contoh ayat songsang (iii)
3
|
1
|
2
|
Di kedai itu
|
dia
|
membeli buku
|
Contoh ayat songsang (iv)
3
|
2
|
1
|
Di kedai itu
|
membeli buku
|
dia
|
Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang
panjang, timbul perasaan sukar dalam fikiran anda untuk menukarkan ayat biasa
tersebut kepada ayat songsang. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut,
tidak ada cara mudah untuk
menyelesaikannya melainkan dengan latihan dan menggunakan jadual bantuan
penukaran ayat biasa kepada ayat songsang berkenaan.
Cuba latihan di bawah untuk meningkatkan kemahiran anda untuk
memahirkan diri untuk menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.
Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.
(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.
(ii) Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.
Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.
(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.
(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.
(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.
(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.
(ii) Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.
Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.
(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.
(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.
(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.
Saya bantu anda
dengan menyenaraikan skema jawapan. Sebaik-baiknya buat latihan dulu barulah
melihat skema di bawah.
PROSES MENGGUNAKAN
FORMULA PERUBAHAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG.
i. iPenggalkan
kata atau frasa daripada ayat biasa.
ii.
Susun
kata dan frasa untuk menentukan ayat songsang yang boleh anda bina.
Ayat biasa.
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
Peserta
|
pertandingan pidato itu
|
sungguh
|
petah
|
berbicara
|
Hasilan pertama:-
Ayat songsang
pertama.
4
|
5
|
3
|
1
|
2
|
petah
|
berbicara
|
sungguh
|
Peserta
|
pertandingan pidato itu
|
Hasilan kedua:-
Ayat songsang
kedua
3
|
4
|
5
|
1
|
2
|
sungguh
|
petah
|
berbicara
|
Peserta
|
pertandingan pidato itu
|
Hasilan ketiga:-
Ayat songsang
ketiga
5
|
4
|
3
|
1
|
2
|
berbicara
|
petah
|
sungguh
|
Peserta
|
pertandingan pidato itu
|
Jika dibina semula daripada jadual penukaran ayat songsang di atas, ayat songsang boleh berbentuk seperti di bawah.
1. Petah berbicara sungguh peserta pertandingan pidato itu.
2. Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.
3. Berbicara petah sungguh peserta pertandingan pidato itu. ( Ayat kurang baik-gugurkan)
Cuba aplikasi latihan di atas menggunakan jadual pembinaan ayat songsang di atas untuk membina lebih daripada satu ayat songsang. Latihan kendiri sebagai tambahan sekiranya anda mempunyai masa lapang atau senggang sebagai menduga kemahiran anda. Selamat mencuba.
Skema Latihan 1
(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.
(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.
(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.
Skema Latihan 2
(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.
(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.
(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.
(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.
(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.
(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.
Skema Latihan 2
(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.
(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.
(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.
37 ulasan:
Terima kasih ats perkongsian.
Cikgu, bagaimana cara untuk membina ulasan karangan pt3 bagi pelajar lemah? Ada tips atau formula untuk pelajar yg lemah dlm ulasan?
Terima kasih.
Terima kasih cikgu..sangat membantu..
Good!!!!!!
assalamualaikum...mohon kongsi nota ini untuk anak - anak ye..terima kasih
Waalaikumsalam. Silakan, semoga bahan berkenaan dapat membantu anak-anak.
mohon share.tq
Silakan, semoga bahan berkenaan dapat membantu memahirkan kemahiran tatabahasa.
Salam..mohon share .terima kasih
Silakan semoga bahan berkenaan dapat membantu memperkukuh kemahiran tatabahasa terutama berkaitan dengan penukaran ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang.
Terima kasih cikgu.. Saya sangat faham ����
Tahniah kerana anda dapat mengaplikasikan kemahiran menukar ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang menggunakan bahan berkenaan. Sekiranya pelajar faham proses penukaran ayat berkenaan pelajar memang mudah menjalankan tugasan kerana semasa pertukaran ayat berkenaan pelajar tidak boleh memngubah imbuhan, menggugurkan perkataan dan paling penting apabila anda menukar susunan perkataan dalam ayat berkenaan, ayat berkenaan tidak bertukar maksud dan sama maksudnya dengan ayat asal.Dengan menggunakan nombor perubahan kedudukan ayat akan jelas, dan prediket ayat berkenaan akan berubah sama pada awal ayat atau ditengah ayat dan diikuti dengan subjek. Saya juga teruja apabila pelajar saya ( Ting 3A1 )dapat menjawab soalan percubaan PT3 baru-baru ini dengan cemerlang. Begitu juga saya mengharapkan pelajar Ting 5 Sains juga begitu. Syabas saya ucapkan kerana anda berjaya menguasai kemahiran menukar ayat biasa kepada ayat songsang.
Terbaik. Sangat membantu. Terima kasih
Penerangan yang sangat baik.penerangan ini dapat membantu saya untuk memahami ayat songsang.Terima kasih
Sama-sama. Semoga bahan berkenaan dapat membantu penguasaan dan kemahiran menukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsan dan sebaliknya.
Assalamualaikum..mohon kongsi untuk murid - murid ye..terima kasih
Terima Kasih cikgu...saya sangat faham
terima kasih cg... formula ni buat saya semakin faham tentang pengunaan ayat sonsang
Terima kasih cikgu.mohon izin untuk dikongsi
Tahniah cikgu Ramsul, penerangan yang jelas. Mohon izin untuk dikongsikan dengan anak-anak didik saya.
Terima kasih Cikgu Kamzira, silakan semoga bahan berkenaan dapat membantu pelajar cikgu. Saya sekadar berkongsi maklumat dan memanjangkan ilmu.
Mohon izin saya kongsi nota dan latihan cikgu untuk anak murid saya ya.Tq keranan memudahkan.
Mohon kongsi nota ini untuk anak-anak didik saya ya Cikgu. Terima kasih !
Masehh cikgu... Doakan saya dan Aiman berjaya di Spm tahun hadapan.. Muahh
Terima kasih cikgu ia amat mmbntu saya sbgai calon spm utk minggu hdapan
Assalamualaikum. Mohon kongsi nota dan latihan utk murid saya
Mohon kongsi dgn murid ya
saya mohon gunakan bahan ini. Terimakasih
Sy mohon mohon guna bahan ini untuk anak murid saya...
terima kasih ckg..mohon share ye ckg..harap banyak lagi nota2 untuk tatabahasa kerana kssm sangat menguji tatabahasa murid
NOTA CIKGU SANGAT MEMBANTU SAYA DALAM PERKONGSIAN ILMU DENGAN ANAK-ANAK MURID SAYA.SAYA MOHON IZIN UNTUK BERKONGSI NOTA CIKGU UNTUK DIBERIKAN KEPADA MURID-MURID SAYA. TERIMA KASIH CIKGU.
Sama-sama. Gunakanlah bahan berkenaan demi kebaikan anak didik cikgu.
Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu. Nota ini amat bermanfaat kepada saya dan anak-anak didik saya.
Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu saya ketika menghadapi peperiksaan :)
Terima kasih sangat cikgu! Memang membantu dlm pelajaran kita:)
Mohon guna bahan cikgu. Terima kasih.
mohon keizinan untuk berkongsi nota ya untuk kegunaan pelajar..terima kasih atas ilmunya
Terima kasih atas perkongsian cikgu, saya sangat menghargai 1 ayat iaitu "... proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat" , agar lebih banyak penjelasan dapat dilihat akan penggunaan ayat songsang and tujuan menggunakannya.
Catat Ulasan