CERPEN MUNSYI
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’,
seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang
bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di
bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati
dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai
tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah
berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah
tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu,
bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya
terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat
patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan
sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas
kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil. Setelah ‘saya’ berasa
mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk
meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara
iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk
kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak
bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan
Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.
Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang
merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama
yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi
tidak kelihatan di mana-mana.
TEMA
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya
yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap
menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa
agar dihormati oleh orang.
PERSOALAN
1. Keinginan anak muda berhijrah ke
bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya
untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja
yang lain.
2. Peranan penjajah dalam usaha
memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya, pihak penjajah telah
menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak
berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas
hati rakyat.
3. Kegigihan anak muda mempelajari
segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai
ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
4. Ketaatan seorang anak terhadap
nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya
berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat
jati diri untuk tinggal di bandar.
5. Kebimbangan seorang ibu terhadap
anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana
bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di
bandar.
TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog
- “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
2. Imbas kembali - Saya teringat cerita
bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad
lampau.
3. Imbas
muka. - Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
4. Pemerian. Salam saya akhirnya dijawab
oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian
muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu
bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu. Di
jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
5. Kejutan. Saya mendengar khabar bahawa
syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh
Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
6. Saspens.
Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Watak
utama - ‘Saya’
·
Seorang yang
taat -‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
·
Seorang yang
amanah. -‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya
diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
·
Seorang yang
gemar membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
·
Seorang yang
tidak mudah putus asa -‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah
lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak
oleh ibunya.
2. Watak
sampingan
Bonda ‘saya’
·
Seorang yang
berpengetahuan luas. -Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit
tanah air.
·
Seorang yang
bersifat patriotik. -Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
ibunda dan negara.
·
Seorang yang
amat memahami -Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya
itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
Munsyi
·
Kawan lama
bonda.
·
Seorang yang
cinta akan budaya Melayu -Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap
dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
·
Seorang yang
mengalu-alukan tetamu. -Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke
rumahnya.
LATAR
Latar masa
1. Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah
telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan perintah.
2. Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk
mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas
dijajah.
Latar tempat
1. Di kampung -Pada mulanya, bonda tidak
membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
2. Di kota
-‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
3. Di sebuah perkampungan tradisi di
pinggir kota -Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
1. Masyarakat
kampung. -‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
2. Masyarakat remaja yang tinggal di
bandar. -‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya
telah hanyut oleh keseronokan hidup.
3. Masyarakat yang mengamalkan
demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. -Penduduk kampung tradisi mengadakan
demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah
milik mereka oleh pihak berkuasa.
4. Masyarakat yang cekal dan berani. - Anak-anak
bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan
bandar pelabuhan yang terkenal.
GAYA BAHASA
1. Kata
ganda - Zaman- berzaman
2. Metafora.
- Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
3. Peribahasa.
-Bahasa jiwa bangsa
4. Simile - Pakaiannya lengkap dengan
tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman
kesultanan Melayu.
5. Hiperbola -Namun kerana hasad dengki,
khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina
musnah sekelip mata.
NILAI
1. Patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
2. Ketaatan.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
3. Kegigihan. Anak-anak bangsa pada
zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan
yang terkenal.
4. Amanah. ‘Saya’ menyampaikan amanah
bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke
bandar.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah taat pada perintah dan
larangan ayah dan ibu. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia
berhijrah ke bandar
2. Kita hendaklah gigih apabila
melakukan sesuatu pekerjaan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan
berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
3. Kita hendaklah rajin membaca untuk
meningkatkan pengetahuan.‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
4. Kita tidak boleh mudah putus asa
apabila menemui kegagalan.‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila
sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah
ditolak oleh ibunya.
|
Soalan 2 (b)
Di bawah saya menyenaraikan sekolah/ daerah dan negeri
menyoal soalan Cerpen Munsyi buat masa ini dalam peperiksaan percubaan tahun 2019.
Inysa-Allah jika ada ruang dan masa, saya akan menyenaraikan soalan percubaan
negeri yang lain yang menyoal soalan Cerpen Munsyi dalam analisis selanjutnya. Pelajar boleh merujuk soalan-soalan
berkenaan di ruangan Soalan Percubaan sama ada sekolah, daerah, dan negeri di ruangan
atas bahagian kanan, blog ini. Sekiranya saya dapat menyenaraikan
soalan-soalan percubaan negeri daripada sumber sekolah, daerah dan negeri yang lain, saya akan
meneruskan analisis ini.
Bilangan sekolah yang menyoal cerpen Munsyi sehingga ke hari ini. Soalan percubaan negeri
negeri akan menyusul apabila soalan dapat dikumpul.
1. Soalan
Peperiksaan Percubaan SMK Sungai Manik, Perak
2.
Soalan Peperiksaan Percubaan SMK Seri Londang, Daerah Perak Tengah
3.
Soalan Peperiksaan Percubaan SMK Sungai Karangan, Kedah.
4. Soalan Peperiksaan Percubaan
Negeri Pulau Pinang
5. Soalan Peperiksaan Percubaan
Negeri Sembilan
6. Soalan Peperiksaan Percubaan
MRSM
Persoalannya, kenapa sekolah, daerah dan negeri beminat memasukkan soalan Cerpen Munsyi dalam
peperiksaan percubaan SPM tahun 2019. Jika dirujuk daripada analisis soalan yang telah
saya lampirkan sebelum ini, soalan Cerpen Munsyi belum pernah ditanya dalam peperiksaan SPM.
Analisis soalan selain Cerpen Munsyi akan saya paparkan di dalam blog ini, insya-Allah.
Di bawah disenaraikan antara soalan Cerpen Munsyi yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, daerah dan
negeri sebagai rujukan pelajar. Pelajar boleh merujuk
Soalan
2(b) –
Petikan Cerpen
Baca
petikan cerpen
di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang
kita. Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.”
Saya akur dengan permintaan bonda
yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata bonda, hanya insan
bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu, sebaik
sahaja tiba di ibu kota,saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda
melalui peta yang dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu.
Akhirnya,selepas bertanya beberapa kali,saya tiba di sebuah rumah kayu berukir
indah dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang
lelaki berusia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih
bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan
seorang maharaja pada zaman Kesulatanan Melayu. Jari-jemarinya lengkap
menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia memandang saya lama-lama.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi,
sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya
memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya
masuk.
Kami bersalaman
erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi
puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah pesanan bonda kepada Mel?
[2 markah
(ii) Pada masa ini, bahan-bahan kesusasteraan
kurang menarik minat para remaja.
Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk minat para
remaja terhadap bahan-bahan kesusasteraan?
[3
markah]
(iii) Jelaskan satu
perwatakan Mel yang
terdapat dalam petikan cerpen
di atas dan satu
perwatakan
Mel yang lain daripada
cerpen tersebut yang
tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]
Soalan Peperiksaan Percubaan 2019, SMK Sungai Karangan,
Kedah.
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
“Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang
kita. Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.”
Saya akur dengan
permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata bonda,
hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu,
sebaik sahaja tiba di ibu kota,saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat
bonda melalui peta yang dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu.
Akhirnya,selepas bertanya beberapa kali,saya tiba di sebuah rumah kayu berukir
indah dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang
lelaki berusia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih
bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan
seorang maharaja pada zaman Kesulatanan Melayu. Jari-jemarinya lengkap
menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia memandang saya lama-lama.
“Tuan
inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas
saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput
saya masuk.
Kami
bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan
beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh
Husna Nazri
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berdasarkan
petikan cerpen di atas, apakah pesanan bonda kepada Mel?
[2
markah
(ii) Pada masa ini, bahan-bahan kesusasteraan kurang menarik minat
para remaja.
Pada pendapat anda,
apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk minat
para remaja
terhadap bahan-bahan kesusasteraan?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam
petikan cerpen di atas dan satu
perwatakan
Mel yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Soalan Peperiksaan
Percubaan 2019 SMK Seri Londang, Daerah Perak Tengah.
Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saya akur dengan permintaan bonda mahu saya
menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata
bonda, hanya insan bernama Musyi sahaja
yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu,
sebaik sahaja tiba di ibu kota,
saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda
melalui peta yang
dibekalkan bonda.Pencarian saya membawa saya ke sebuah
perkampungan tradisi di
pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya,
selepas bertanya
beberapa kali, saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan
pelbagai
seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki pada usia emas
dengan janggut menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap
dengan
tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada
zaman Kesultanan
Melayu.Jari jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris
bersarung cantik. Dia
memandang saya lama-lama.
“ Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat
baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula
tersenyum meramahi saya sebelum
menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam
bonda kepadanya sebelum
menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya
bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota
mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan
jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup
dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi.Saya berasa jelik dan aib
menyaksikan adengan
sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang
tidak segan silu menjual
bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni.
Dipetik
daripada cerpen “Musyi”dalam
Antalogi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka
(i)
Apakah yang ‘saya’ lakukan selepas menerima pesanan bonda?
[2 markah]
(ii)
Jati diri remaja pada masa kini semakin
luntur.
Pada pendapat anda
, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan
bahasa kebangsaan dalam
kalangan remaja?
[3
markah]
(iii)
Huraikan satu perwatakkan ‘saya’ yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu perwatakkan ‘saya’ yang
lain dari keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[ 4 markah ]
1 ulasan:
Hello
Catat Ulasan