Sabtu, 12 Ogos 2017

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 DAN SKEMA JAWAPAN, PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SMK SERI LONDANG 2017



SULIT
1103/2


Soalan 1 : Rumusan  [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca semangat kejiranan semakin luntur dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

        Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Hubungan baik sesama jiran mesti dijaga bagi membina kehidupan yang harmoni, menjamin keselamatan berkekalan dan memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata peribahasa Melayu hidup sandar-menyandar 'seperti aur dengan tebing'. Kini, hubungan sesama jiran semakin renggang walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Punca utama yang sering dijadikan alasan yang membatasi pergaulan dan kelunturan semangat kejiranan ialah tuntutan hidup yang serba mencabar di kawasan bandar.
            Ada jiran tetangga yang saling tidak mengenali, malah tidak pernah bertegur sapa. Setiap anggota masyarakat asyik sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa dengan jiran kerana masing-masing mengambil sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga terpaksa keluar sebelum matahari terbit dan pulang pada lewat malam. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bergaul atau bertegur sapa sesama jiran.
             Fenomena tersebut bertambah parah dengan proses urbanisasi yang menyebabkan masyarakat lebih bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik dan sibuk dengan hal sendiri hanya akan menyebabkan ikatan masyarakat menjadi longgar. Perubahan sikap ini telah menghilangkan semangat kekitaan yang selama ini menebal dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, keadaan masyarakat di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa telah menyukarkan mereka berinteraksi dengan lebih mesra dan dekat. Ada pula dalam kalangan mereka yang bersifat merendah diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi. Orang yang berpangkat tinggi mungkin tidak selesa bergaul dengan jiran yang berpangkat rendah. Ada pula yang bersifat dengki, benci- membenci dan berpaling muka sesama jiran menyebabkan semangat kejiranan semakin jauh.
        Faktor teknologi maklumat dan komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini kurang menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan perkembangan teknologi maklumat yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan anggota masyarakat yang lain. Dengan penggunaan telefon, faksimile dan Internet, masyarakat kita seolah-olah tidak perlu bertemu secara bersemuka untuk berhubung. Tambahan pula, struktur dan reka bentuk perumahan moden juga menyulitkan hubungan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok dan pagar yang tinggi serta halangan daripada kawalan pengawal keselamatan berbayar. Sesetengah anggota masyarakat pula bersikap materialistik. Mereka kurang membuat kebajikan sesama iran dan tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Mereka lebih mengutamakan pembangunan material daripada pembangunan kerohanian kerana menganggap perkara itu tidak mendatangkan sebarangan keuntungan.
Dipetik dan diubah suai daripada
 'Kemerosotan Nilai Kejiranan'
oleh Samat Buang,
( Dewan Siswa, Mac 2016
                                                                                                                                           

Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]


Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)  Berikan maksud rangkai kata membatasi pergaulan.                                                   [2 markah]

(ii)  Pengarang menyatakan beberapa kepentingan menjaga hubungan baik sesama jiran.
      Apakah kepentingan-kepentingan tersebut.?                                                               
        [3 markah]

(iii) Semangat kejiranan tidak akan berkembang dengan hanya bersembang pendek.
       Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengenali jiran kita dengan lebih mendalam?
                                                                                                                                                           
        [4markah]


  


1103/2 © 2017  Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu                                                                                            SULIT





SULIT




1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden.

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AIMAN: Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang,   nanti  ada                  
                orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik  aku simpan
                dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

(Oleh sebab Aiman langsung tidak berminat untuk menyertai program itu, maka surat  tawaran PLKN itu langsung tidak dibukanya, malah sesampai di biliknya terus dicampakkan sahaja surat itu.)

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan   kegemaran   Aiman,    ayam
                masak asam pedas.
AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu   cuma               
                orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Saya  belum nak  makan  lagi.  Saya                           
                nak tunggu Kak Dapnia balik. Saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi  Dapnia  ada  telefon  beritahu
               yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di  universiti. Malam baru dia
                pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.  
AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk                           
                saja. Macamlah esok dah nak kiamat.

Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.



(i)                 Apakah tindakan Aiman setelah mendapat surat?
    [2 markah]

(ii)              Pada pendapat anda, mengapakah program PLKN diwajibkan bagi mereka yang baru
      menamatkan persekolahan?
      [3 markah]

(iii)            Huraikan satu perwatakan Nek Sinah yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
       perwatakan lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]


  
Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar”.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Maka sembahnya, Mohon patik, tuanku.
    Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan   
                                                                                          Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,
                                                                                                       Dewan  Bahasa dan Pustaka.

(i)                 Berikan maksud binasalah negeri ini?                                         [2 markah]
(ii)              Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar Syah setelah mengetahui tentang pertelingkahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja?
[3 markah]
(iii)            Pemimpin merupakan tonggak penting kepada sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar anda lakukan jika anda Sultan Muzaffar Syah dalam usaha untuk mendamaikan kedua-dua pihak ?
                                                                                                      [3 markah]

  
Soalan 2(d) – Puisi Tradisional
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                                                Aku Membaca Lagi

                                                Aku mendongak langit
                                    membaca garis dan titik
                                    menaakuli kebesaran-Mu
                                    di bawahnya gumpalan mega
                                    hembusan bayu dan banjaran gunung.

                                    Kuselusuri alam
                                    kicauan burung
                                    desiran ombak dan wajah pelangi
                                    mewarnai kehidupan umat-Mu.

                                    Aku mendongak lagi
                                    membaca langit
                                    di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
                                    dahan dan ranting terkulai
                                    daun-daun berguguran
                                    helai demi helai
                                    di lantai tanah airku yang makmur.

                                    Aku membaca langit
                                    kutemui
                                    bulan dan bintang menangis
                                    meratapi luka nasib bangsa.

                                    Aku mendongak lagi
                                    menitis air mata langit
                                    membasahi bahasa Melayuku
                                    yang berdarah.

                                    Razali Mohd. Yussof
                                                Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
                                                Dewan Bahasa dan Pustaka.


(i)                 Berdasarkan rangkap kedua sajak tersebut, apakah yang ditemui penyajak apabila beliau
       menyelusuri alam?                                                                 [2 markah]

(ii)              Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Namun begitu, kedudukan
       bahasa Melayu kian terpinggir.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu kian terpinggir di negara kita kini?                                                                     [3markah]

(iii)            Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran
      yang terdapat dalam rangkap kelima sajak tersebut.            [4 markah]

  
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.


(a)   Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)                 tunjuk              -           telunjuk

(ii)              kuncup             -           kemuncup

(iii)            guruh               -           gemuruh
           [ 6 markah]

(b)   Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat permintaan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat larangan.


(i)                 “Jemputlah makan pisang goreng ini,” kata Mak Minah kepada tetamunya.

(ii)              “Buang sampah ini ke dalam tong sampah di luar bilik darjah,” kata guru kelas kepada anak muridnya.

(iii)            “Usah ganggu adik kamu yang sedang tidur,” kata ayah kepada anak sulungnya.

(iv)             “Tolong susun buku-buku di rak itu,” kata ketua pengawas pusat sumber kepada pengawas-pengawas lain.

(v)               “Jangan bising ketika berbaris,” pesan guru disiplin kepada semua murid.

(vi)             “Balut semua buku teks ini jika tidak mahu didenda oleh pengawas,” kata guru kelas itu kepada semua muridnya.

[6 markah]




     (c )  Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan    
     dari  segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, 
     anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
    dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)                 Setiap hari keluarga harus luang masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama
      demi mengukuhkan tali silaturrahim.

(ii)              Majikan itu telah melakukan siasatan terhadap latarbelakang pekerja itu sebelum upahnya
      untuk bekerja.

(iii)            Kakak selalu menggunakan losyen melembap muka sebelum dia tidur.
           [ 6 markah]


 ( d)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu, Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                 Kesemua pemain-pemain itu akan mendapatkan latihan yang secukupnya daripada
       pengurus pasukan sebelum melayakkan diri mereka ke pusingan akhir dalam pertandingan   
             bola sepak itu.

(ii)              Beribu penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil kerana ingin menyaksikan reaksi antara
       pasukan bola sepak Harimau Malaya dengan Thailand dalam pertandingan Piala Pusingan   
              Suzuki AFF baru-baru ini.

(iii)             Kereta yang Hasnol pandu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

       [ 6 markah ]
     (e)   Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sikap Salmiah yang terlalu memanjakan anaknya,  Salim akhirnya mendatangkan masalah kepada dirinya. Walaupun menyedari kesilapannya dalam mendidik anak tunggalnya itu, namun semuanya sudah terlambat kerana Salim sudah meningkat remaja. Hal ini demikian kerana usaha mendidik anak mestilah dimulakan dengan pada usia muda agar anak-anak mudah dibentuk dan menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

                                                                                                                                           [ 6 markah]


  
Soalan 4  :  Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-

        i.            Pantai kasih karya Azman Nordin.
      ii.            Di sebalik Dinara karya Dayang Noor.
    iii.            Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib.
    iv.            Jendela menghadap Jalan karya Rohani Matdarin.
      v.            Tirani karya Beb Sabariah.
    vi.            Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
  vii.            Silir Daksina karya Nizar Parman.
viii.            Songket berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

a)      Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa tentang persoalan ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.
                                                                                                                        [7 markah]
b)      Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari dalam setiap novel yang telah anda pelajari.
                                                                                                                        [8 markah]



  

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


 SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN, SMK SERI LONDANG 2017

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU PERCUBAAN 2017
Soalan 1: Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab yang menyebabkan semangat semangat kejiranan semakin luntur di negara kita.
Rumusan ini membincangkan sebab-sebab/faktor-faktor semangat kejiranan semakin luntur dan kesannya.
Isi-isi tersurat (Punca-punca semangat kejiranan semakin luntur)
S1  Tuntutan hidup yang serba mencabar di kawasan bandar.
S2  Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari.
S3 Proses urbanisasi yang menyebabkan masyarakat lebih bersikap individualistik.
S4  Keadaan masyarakat di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
S5 Masyarakat Bersifat merendah diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi.
S6  Teknologi maklumat dan komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini kurang menghiraukan semangat kejiranan.
S7  Struktur dan reka bentuk perumahan moden juga menyulitkan hubungan semangat kejiranan.
S8  Sesetengah anggota masyarakat bersikap materialistik/ mementingkan kebendaan.
Isi-isi tersirat (Kesannya)
T1  Tidak ada 1agi rasa mengambil berat dan tidak lagi saling bertegur sapa.
T2  Mewujudkan pelbagai masalah sosial seperti penagihan dadahdan vandalisme.
T3  Ikatan masyarakat menjadi longgar.
T4  Berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat.
T5  Berlakunya jenayah termasuklah kes pecah rumah dan rompakan kerana tidak mengenali jiran di sebelah.
T6  Perselisihan faham mudah berlaku.


Penutup
Kesimpulannya, semua pihak / kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memupuk/membina semangat kejiranan/ hubungan yang baik dengan jiran tetangga kita agar/ supaya perpaduan kaum dapat dibentuk.

1.  Soalan 2 markah:
DESKRIPSI
MARKAH
-Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis
2
-Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup
1
-Jawapan tidak tepat/salah
0

2.   Soalan 3 markah:
DESKRIPSI
MARKAH
-Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
3
-Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis -Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
-Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
1
-Isi tidak betul/tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0



3.   Soalan 4 markah:-
DESKRIPSI
MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
4
- Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis
3
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
2
-Isi kurang lengkap/kurang releven dan ayat kurang gramatis
1
- Isi tidak betul/ tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) - Petikan Umum

(i) Membatasi pergaulan bermaksud mengehadkan/ menyekat hubungan persaudaraan sesama jiran.                                                                                                                                                                      ( 2 markah)

(ii) Kepentingan menjaga hubungan baik sesama jiran ialah:
-          membina kehidupan yang harmoni,
-           menjamin keselamatan berkekalan,
-          memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
( 2 isi – 3 markah )
(iii) Pada pendapat saya, cara mengenali jiran secara mendalam ialah:
-          menghadiri undangan jiran ke rumahnya atau majlis tertentu seperti kenduri kahwin atau majlis hari jadi,
-           melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong,
-           membantu jiran pada masa yang diperlukan,
-          menghulurkan bantuan dalam majlis kenduri,
-          menziarahi jiran ,
                                                                                                                                                ( maksimum= 4 markah)
                                                                                                                                                ( isi cukup = 3 )








Skema Jawapan Soalan 2b
(i)                 Tindakan Aiman setelah mendapat surat:

-          Membuang surat tersebut.                                                                  - 1m
-          Membakar surat tersebut.                                                                   - 1m
-          Menyimpan surat tersebut.                                                                 - 1m
[Maksimum : 2 markah]

(ii)              Sebab-sebab Program PLKN diwajibkan bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan:

-          Membina sahsiah diri generasi muda                                                 -1m
-          Membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. 
-1m
-          Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.                         -1m
-          Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.              -1m

[Maksimum : 3 markah]
            [ isi cukup = 2 isi ]
(iii)            Perwatakan Nek Sinah berdasarkan petikan:
-          Seorang yang penyayang. ( 1 m)
 Contohnya, Nek Sinah mengambil berat tentang Aiman. (1 m )                                                                                                                             
-          Seorang yang bertanggungjawab. ( 1m )
Contohnya, Nek Sinah melaksanakan tugas sebagai pembantu rumah dengan sempurna. ( 1 m )                                                                                               
-          Seorang yang prihatin.
 Contohnya, Nek Sinah prihatin tentang makanan kegemaran Aiman.                                                                                                                                 

Perwatakan Nek Sinah daripada keseluruhan drama yang tiada dalam petikan:
-          Seorang yang suka member nasihat.
 Contohnya Nek Sinah menasihati Aiman agar menjaga tutur kata dan tingkah lakunya.                                                                           
-          Seorang yang penyabar.
 Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan tingkah laku Aiman yang biadap.                                                                                                            
                                                                                                            [Maksimum: 4 markah]
                                                                                                           

Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional
(i)                 Maksud binasalah negeri ini ialah
-          rosak negeri ini
-          hancur negeri ini
-          musnah negeri ini                   
                                                                                   [ Maksimum : 2 markah]

(ii)              Reaksi Sultan Muzaffar Syah
-          terlalu berdukacita
-          berkata di dalam hati tentang kerosakan negeri
-          bercadang  mendamaikan kedua-dua pihak
[Maksimum : 3 markah]
              [Isi cukup: 2 isi]

(iii)            Tindakan-tindakan
-          mencari orang tengah untuk memberi nasihat kepada mereka
-          berbincang / bersua muka dengan kedua-dua belah pihak
-          meminta pertolongan / bantuan daripada tokoh-tokoh yang dihormati
-          memberi nasihat
[Maksimum : 3 markah]
                                                                                                  [Isi cukup: 2 isi]















SKEMA JAWAPAN ( soalan 2 d )

i.                    -     Kicauan burung
-     Desiran ombak
-     Wajah/keindahan pelangi
                                                                              [ maksimum 2 markah]

ii.                  -    Pemimpin menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
-          Sikap masyarakat yang memandang rendah akan kepentingan bahasa Melayu
-          Pihak swasta mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengambilan pekerja.
-          Tiada penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu.
-          Pengaruh media sosial/media massa
[ maksimum : 3 markah]
[ isi cukup : 2 isi ]
iii.                -     Rangkap Pertama

Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan.
Contoh: Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Kita mestilah cinta akan alam sekitar.

Contoh: Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
                                                                        [ maksimum : 2 markah]
                                                                        [ isi cukup 1 +1 ]

-          Rangkap kelima

Kita mestilah cinta akan bahasa.
Contoh: Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang kian dipinggirkan.
                                                                                    [ markah maksimum 2 ]
                                                                                    [ isi cukup 1 + 1 ]








Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3(a)   :  6 markah
Soalan 3(b)   :  6 markah
Soalan 3(c)   :  6 markah
Soalan 3(d)   :  6 markah
Soalan 3(e)   :  6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)
1.         Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2.         Tolak  1  markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada
            keseluruhan soalan.
3.         Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4.         Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5.         Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah
6.         Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih tolak ½ markah bagi setiap
ayat.
7.         Ayat kedua yang dibina sama seperti ayat pertama, berikan 0 markah pada ayat itu
8.         Jika  semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan    sebagai
satu ayat.
9.         Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
10.       Isi tidak jelas, tolak ½ markah


Jawapan 3 (a)

-Tunjuk  1. bp = menunjuk, menunjukkan; ~ diri menampakkan diri (menghadap pembesar dll); 2. Mn jari telunjuk;
            ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran; ~ cara melakukan sesuatu dgn tujuan utk memberitahu cara-cara membuatnya; ~ langit a) sj ikan laut, Triacanthus oxycephalus; b) kayu yg dipasang tegak dr alang ke bumbung rumah; ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat (bantahan dsb) dgn perarakan atau rapat umum dsb, demonstrasi;

-telunjuk 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah, kemahuan, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;
-kuncup I 1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga, daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar;
-kemuncup sj tumbuhan (rumput), rumput jarum, Chrysopogon (Andropogon) aciculatus.
-guruh bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar;
            ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar;
-gemuruh 1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2berdebar-.debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;



Jawapan 3(b)

i)                    Ayat silaan
ii)                  Ayat suruhan
iii)                Ayat larangan
iv)                Ayat permintaan
v)                  Ayat larangan
vi)                Ayat suruhan                                                                                  (6 markah)

Jawapan 3( c )

             i)         luang                -           meluangkan
                        Silaturrahim     -           silaturahim

ii)         latarbelakang    -           latar belakang
                        upahnya           -           mengupahnya

iii)        losyen              -           losen
                        melembap        -           pelembab                                             (6 markah)


Jawapan 3 (d)

i)          kesemua pemain-pemain           -           kesemua pemain
                        pengurus                                  -           jurulatih

            ii)         reaksi                                       -           aksi
                        beribu                                      -           beribu-ribu

            iii)        Hasnol pandu                           -           dipandu oleh Hasnol
                        pusingan                                  -           selekoh                        (6 markah)

Jawapan  3 (e)

i)          seperti menatang minyak yang penuh
            ii)         sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna/ nasi sudah menjadi bubur
            iii)        melentur buluh biarlah dari rebungnya. 
                                                                                                                        ( 6 markah)     

  

SKEMA SOALAN NOVEL

  
a) Contoh peristiwa tentang persoalan ketabahan.


Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

1. Contoh peristiwa : Datuk tabah meneruskan pekerjaan sebagai pengamal perubatan tradisional kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha.  Datuk begitu tersinggung apabila Danel menghentikan rawatan ayahnya William yang merupakan pesakit datuk untuk beralih kepada rawatan moden. (1m)

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran. (1m)

1. Contoh peristiwa : Dahlia gigih dan tabah meneruskan pembelajarannya menjelang STPM walaupun terpaksa keluar asrama kerana menjaga adik-adiknya sementelah ibunya mendapat rawatan di Hospital Permai dan kerana kemiskinan Dahlia tetap belajar di pusat pemindahan banjir walaupun serba kekurangan. (1m)

Persoalan ketabahan seorang gadis demi mencapai cita-cita dan membantu keluarga yang dalam keperitan. (1m)

2. Contoh peristiwa : Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk. (1m)

Persoalan ketabahan seorang isteri menghadapi kehidupan rumah tangga yang bermasalah (1m)

2. Contoh peristiwa : Embong seorang ayah yang tabah nenghadapi dugaan kehidupan membesarkan anak-anaknya dalam kemiskinan. Dia juga tabah menghadapi masalah isterinya Saleha yang menghidapi tekanan sehingga terpaksa dirawat di Hospital Permai. (1m)

Persoalan ketabahan seorang ayah/suami membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarga. (1m)

3.   Contoh peristiwa  :   Lili tabah menghadapi cabaran kehidupan di Kampung Sentosa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Dia juga tabah dlam usaha membantu menyelesaikan masalah penduduk kampung terutama masalah keretakan rumah tangga Che Jah.
(1m)

Persoalan ketabahan seorang gadis menghadapi cabaran kehidupan yang baru di kampung. (1m)


3.  Contoh peristiwa  :  Dahlia menyelamatkan Said ketika lemas di sungai walaupun usahanya gagal. Keadaan ini mnyebabkan Atun, ibu Said melemparkan kata-kata kesat dan fitnah terhadap Dahlia. (1m)

Persoalan ketabahan seorang gadis menghadapi kata-kata kesat dan fitnah daripada jiran. (1m)






           
b)  Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari.

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

1.  melakukan keganasan dalam rumah tangga (1m)

Contoh peristiwa : Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk.       (2m)


1.  mempercayai kepercayaan karut (1m)

Contoh peristiwa : Nek Kiah datang ke rumah Embong dan menggunakan kapur untuk menggores pintu dengan tanda pangkah yang bertujuan untuk mengelakkan hantu masuk ke dalam rumah./peristiwa Nek Kiah mengarahkan anak muda segera mengangkat Said di tebing sungai dan dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa, namun usaha itu gagal.  (2m)

2. terlibat dalam masalah sosial seperti penagihan dadah.   (1m)

Contoh peristiwa : anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini. (2m)


2. sering menyindir dan menabur fitnah. (1m)

Contoh peristiwa : Aton sering menyindir Dahlia sebagai gadis yang tidak baik, malah Aton telah menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat Parit Haji Rais./ Seman memfitnah adik iparnya, Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca Saleha menjadi gila.  (2m)

3. seorang bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawab.  (1m)

Contoh peristiwa : Seman sebagai seorang ayah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq menjadi nakal serta terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering memarahi dan memukul anak-anaknya. (2m)


3. tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain terhadap keluarganya. (1m)

Contoh peristiwa : Dahlia bergegas ke tebing sungai apabila mendengar jeritan bahawa Said,anak Aton tenggelam di dasar sungai dan Dahlia berusaha terjun untuk mencari dan menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai walaupun arus sungai deras. Malangnya Aton telah memaki hamun Dahlia di hadapan orang kampung dan menuduh Dahlia membunuh anak lelaki tunggalnya, Said. (2m)

4. tidak bersepakat dalam melaksanakan isu-isu penting di kampung. (1m)

Contoh peristiwa : penduduk Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan kubah iaitu sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau yang telah usang atau pada bumbung masjid yang belum dibina. (2m)


4. tidak mementingkan hubungan kekeluargaan.
                                                                     (1m)
Contoh peristiwa : Seman sanggup memujuk dan mencadangkan emaknya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar termasuk tanah tapak rumah Embong sekarang. Nek Kiah bersetuju untuk menjual tanah pusaka itu lantaran harganya mahal, iaitu lima belas ribu seekar tanpa mempedulikan nasib Embong dan anakanaknya. Nek Kiah juga sanggup menghalau Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada kerana tanah itu akan dijual.   (2m)  

5. membuat tuduhan tanpa usul periksa. (1m)

Contoh peristiwa : sekumpulan pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak sepanduk
dan melaungkan “Haji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!” di halaman rumah datuk Lili kerana menganggap datuk Lili melindungi penjenayah Hafiq dan Raziq. (2m)


5. sering terpengaruh dengan rakan sebaya. (1m)

Contoh peristiwa : Abu Bakar, anak lelaki tunggal Embong yang tiga hari tidak pulang ke rumah dan sering melepak dengan kawan-kawannya di luar serta tidak mahu mendengar nasihat ayahnya, Embong dan kakaknya, Dahlia. (2m)





























4 ulasan:

Unknown berkata...

lengkap

Unknown berkata...

Semoga tuan di kurniakan kesihatan yang baik

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Alhamdulillah Tuan. Terima kasih atas doa. Aamiiin.

idatingtong berkata...

Sangat membantu..Terima kasih